27 Dec 2013

Kerja?

Aku semalam meeting dgn Amir. Tapi tak berani nak mintak kerja sebab aku takda transpot dan aku rasa nak cuti sebulan dalam bulan Januari ni untuk setelkan urusan rumah sewa (kalau nak pindah) dan hujung bulan 1 nanti adik aku intern kat Labuan, jadi mak aku suruh escort dia.

Tapi yang paling obvious adalah sebab adik aku nak intern. Susah juga duduk dalam broken family. Bapak takda, aku la bapak. Haish~

16 Dec 2013

Dah nak habis latihan industri

Alhamdulillah dah nak dekat habis dah intern. Rasanya 27 haribulan nanti last. Ni pun sedang cuba menyelesaikan beberapa tugasan rutin sebelum tamat sesi latihan industri bersama Buku Fixi.

Perkara paling terbesar semasa bertugas sebagai intern Fixi adalah minggu lepas. Dari hari Rabu sampai Ahad semalam jadi crew untuk Expo Buku 1 Malaysia di PWTC. Crew Jelajah Lejen Fixi yang lelaki cuma ada 2 orang je lelaki. Aku dan Bob dan dua orang bos lelaki, Linglung dan Amir. Result of the event was awesome!

Banyak pengalaman yang menarik dan perkara aku belajar sepanjang event tu. Antaranya adalah bekerja secara berkumpulan. Selalu sangat aku kerja sensorang, jadi expo itu adalah wadah terbaik untuk aku belajar secara berkumpulan. Alhamdulillah, selesai.

Sekarang ni timbul isu. Isu kehidupan selepas bergelar pelajar. Aku dah la cuak nak menyumbangkan tenaga dalam industri ni. Banyak perkara aku rasa aku flop masa intern ni. Aku selalu datang lambat event. Tu yang paling utama. Bukan aku suka-suka untuk lambat. Tapi faktor transpotasi menjadi sedikit halangan. Trafikjem dan jalan yang bersimpang siur merata menyebabkan aku sering terlewat sampai. Kalau naik motor, selalu awal. Tapi bila dah naik kereta, peluang untuk cilok mencilok dah takda.

Aku dah la bukan anak jati KL. Kalau bagi Johor atau Perak, boleh la. Ni KL beb. Nasib baik ada bantuan GPS dari note aku. Itu sangat membantu. Kalaulah tiada kemudahan note tu, aku rasa intern ni aku flop habis.

Lepas ni aku masih blurr bab selepas bergelar pelajar. Aku teringin sangat nak sambung kerja di Fixi. Tapi dari pemerhatian aku Fixi tidak perlukan ramai pekerja sebab bahagian editorial kebanyakannya dah outsource dan part timers ramai. Jadi aku cuma nampak kepincangan dari sudut marketing. Tu aku nampak sebab aku memang lambat update sales, update best seller rank, update buku habis dan macam-macam lagilah. Tu kelemahan aku lah sebab bos ada hal lain dan mana boleh monitor aku 24 jam. Semua kena berdikari.

Aku nak try mintak kerja dengan Amir (bos Buku Fixi) tapi macam seganlah. Banyak juga benda aku flop masa intern ni. Nak ke dia amek?

Lagi satu, aku terpaksa cari transport lain untuk mak aku. Dah la aku kebas kereta dia 1 sem, takkan lepas 1 sem ni tanak pulang balik and terus buat harta. Ye dok...

Mak aku tu pun satu hal. Motor aku tu ade kat rumah. Bukan reti nak guna. Lesen ade je. Motor EX5 je kot. Lama sangat motor tu kat rumah, adik aku pergi kebas bawak pergi U dia. Katanya nak maintain motor dia mahal, nak save budget, dia kebas motor aku dan tinggalkan 125z dia kat rumah. Takkan mak aku nak bawak motor 125 tu. Cerdik gak adik aku ni. Haish... Satu satu nak kena fikir.

Miss A dah bagi submission kat Linglung (bos Lejen Press) dan sedang menunggu jawapan. Dia perlukan kerja tu lebih dari aku. Itu aku faham. Tapi aku ni macam mana?

Nak mohon kerja dengan kompeni lain macam tak kena dengan jiwa ribel aku ni pulak. Skill design dengan writing aku dah macam nak tumpul je. Haish. Masalah juga tu.

Sekali fikir, aku rasa macam aku flop je intern ni. Ibarat Najmi katalah:

Bos ni tak percaya kat aku ke tak bagi kerja banyak?

Hahaha...

Siapa taknak bekerja dengan bos yang sempoi? Siapa taknak kerja pada waktu yang fleksibel? Siapa taknak kerja dengan kompeni yang awesome? Siapa taknak kan? Buku Fixi memang kena dengan jiwa aku bhai...~

Anyway, mungkin aku akan tanya Amir sendiri. Doakan yang terbaik doe!

21 Nov 2013

Temubual Buku Seronok, Kasyaf dan Maaf Aku Bukan Lagi Leon Trotsky Kamu Semua.

Tugas aku semasa latihan industri ni memang agak banyak. Antaranya adalah menjadi moderator untuk book launch dan interview. Masa book launch Kasyaf aku jadi host, tapi cameraman masa tu tak dapat datang, jadi cameraman amatur yang datang. dari awal sampai akhir blur dan goyang. Jadi video tu out la. 

Ini adalah video terkini book launch di Kedai Buku 1 Malaysia, UTC Pudu Raya pada 9 November 2013. Dah upload disaluran Buku Fixi. Tengoklah video editing yang tak seberapa ni. Aku terpaksa tengok berulang kali sebab video asal dia satu jam setengah! Hampir muntah juga sebab nak kena pendekkan video menjadi kurang 10 minit. Gila doe!


18 Nov 2013

Mintak maaf kat Poket Press

Terkejut juga aku bila Poket Press tetibe tuit aku dan bagi amaran. Secara jujur, takda niat nak fitnah. Tak terfikir pun tweet tu jadi perhatian depa.

Aku follow Poket Press kat twitter dan Instagram. Jadi aku rasa hari sabtu lepas kot ada event Hari Sokan. Ternampaklah buku KLCC. Buku tu buku rare. Sembang-sembang kosong dgn kwn aku dia cakap memang Poket Press masih ada lagi stok buku-buku edisi terhad ni.

Aku tak heran pun Poket Press jual buku tu. Tweet itu sebenarnya tuit nganjing. Mungkin aku tak macam Luca, dia nganjing orang gelak lagi byk dari baling batu. Aku nganjing kena pukul. Kah kah kah!

Anyway, aku sempat beli Mat tiara 2 je. Mat Tiara 1 tu dah tak da juai dah secara open market. Underground saje yg ade. Mungkin aku x jumpe kot kat market mainstream.

Depa baru balas dan cakap maaf aku diterima dan itu gambar si Rauf bukannya dari Pocket Press. Cisss... Tertipu.

Aku kena tuit kot lepas ni letak hashtag #TuitMacamLuca kalau nak nganjing. Umpama ada cop halal la tu. Kah kah kah!

Halah pun aku tetap kena beduk.

17 Oct 2013

Projek Bisness RM 300

Aku tengah short duit...

Aku ada sorang sahabat. Sahabat aku tu suka berkawan dengan orang berwawasan dan berimpian besar. Salah seorang sahabat kepada sahabat aku ni buat bisnes hartanah. Bisnes hartanah sekarang ni antara yang meningkat naik. Ni realiti yang aku tak boleh sangkal. 

Apa kata aku namakan sahabat kepada sahabat aku tu sebagai Alif. Alif ni mula bisnes hartanah dengan modal minima 10k. Sepuluh ribu dia mula. Aku faham sikit-sikit tentang selok belok hartanah ni sikit-sikit, tapi untuk aku venture dalam bisnes hartanah dalam masa terdekat ni memang tak ah.

Aku pernah buat bisnes dulu. Aku buat fotografi, tapi sekarang slow sikit sebab equipment cam punda nak beli. Mahal wei. Aku tak rasa market untuk fotografi sekarang ni available untuk aku ceburi. Lepas tu aku pernah flop satu wedding job. Aku ingat sampai mampos benda tu. Pengalaman aku tak boleh lupa. Hardisk aku pernah crash dengan semua gambar wedding dalam tu. Takda backup. Gampang. Bad history... Bad history..!

Masa aku main fotografi dulu, aku ada terserempak dengan satu cabang perniagaan yang unik. Aku panggil dia Internet Marketing atau IM. Aku tahu IM ni dari sahabat aku bernama Kerut. Kerut ni dia seorang geek yang bekerja sebagai penolong pengurus estet Sime Darby di Pulau Carey. Dia merangkap senior aku la kiranya.

Aku pun try IM dengan bermodalkan RM400 dahulu. Sepatutnya boleh bermula tanpa modal. Aku rasa tak berbaloi sebab sifu-sufu yang ajar tu sebenarnya diorang cuma berkongsi bahan, ilmu dan seumpamanya secara percuma. Bila percuma, aku rasa benda tu macam overload. Sebab ramai cikgu maksudnya banyak cara. Aku cuba cara aku tapi aku tak nampak hasil. Memang benda ni perlukan kesabaran dan knowledge yang awesome, tapi aku cuma ada modal: 

1. Masa
2. Tenaga
3. Tempat urusan (rumah)
4. Sahabat lain yang ada modal masa, tenaga dan tempat.

Lama kelamaan, aku slow dengan IM ni ada banyak sebab. Bukan hanya IM, foto pun makin slow juga sekarang dalam beberapa bulan ni. Antara kenapa aku slow adalah :

1. Masa diperuntukan lebih kepada belajar, berpesatuan dan bukan berniaga.
2. Tenaga yang diperuntuk lebih kepada belajar.
3. Tempat urusan (rumah, komputer dan internet) lebih kepada untuk belajar dan main game. Main game tu silap aku sendiri sebenarnya. Haha!
4. Sahabat aku dampingi berminat kepada belajar dan bukan berniaga. Budak rumah aku rata-rata tidak berkongsi minat seperti aku.

Senang cerita, aku takut yang dikejar tak dapat, yang digendong keciciran. Aku terpaksa korbankan salah satu semata-mata untuk mecapai sesuatu yang dengan lebih efisyen. Alhamdulillah, dip aku grad dengan cemerlang. Aku buat foto dan IM ni masa dip dlu. skitar tahun 2010 sehingga sekarang. Tapi sekarang dah kurang.

Pengalaman aku semasa bisnes IM dulu sangat berguna dan aku praktikkan sehingga sekarnag. Antara benda paling berguna adalah:

1. How to manage properly.

Ni selalu ramai usahawan tersilap. Kurang teliti ketika menguruskan sesuatu perniagaan. Nak urus sesuatu perniagaan ni bukan mudah. Mula dengan urus dini, masa, ruang dan tenaga sendiri dahulu. Utamakan apa yang perlu.

2. How to keep our motivation in top notch.

Bahagian ini adalah yang paling banyak berguna. Kat sini aku kenal buku La Tahzan, The Secret dan kenal ramai motivator yang sangat memberi inspirasi kepada aku untuk berjaya. Antaranya seperti Irfan Khairi, Syed Mokhtar Albukhary, Donal Trump, Zaidi Ismail dan ramai lagi usahawan yang berjaya tak kira dalam, atau luar negara. Ada juga yang buat bisnes IM ni dah jadi tabligh dah sebab dah kaya dan mencari akhirat pula katanya. Power!

3. How to use your network.

Kata orang, cara-cara mengguna kabel. Ni kabel dasar laut. Kabel susah nak putus punya. Ramai orang tak sedar kekuatan kabel-kabel ini. Nak hidup sekarang at least, kena juga ada kabel. Rata-rata bisnesman berjaya diorang mempunyai jaringan yang kuat antara industri sendiri. Belajar cara urus kabel korang sendiri, kalau tak, kebel tu boleh jerut diri sendiri nanti. Keh keh keh.

Sekarang ini aku mencabar diri aku dengan bermodalkan RM300 sahaja, aku akan setup 1 bisnes kecil tahap mikro dan sambilan. Aku nak try test market dulu. Aku nak tengok sambutan macam mana boleh buat. Aku cuba je dulu dengan RM300... Dan aku memerlukan rakan subahat untuk benda ni bila aku rasa boleh pergi lagi jauh selepas plan RM300 aku ni berjaya.

14 Oct 2013

Review buku Kasyaf terbitan Buku Fixi

Aku ade kasyaf bontot... Aku dpt ramal jap lg aku berak...

Okay, itu aku gurau. Aku takda kasyaf pun. Aku sebenarnya baru lepas habis baca buku Kasyaf. Tajuk dia mmg gempak. Cuba korang google sekarang kalau nak tahu apa maksud kasyaf tu. Kalau malas, klick je link bawah ni. Pengulir ai ikam!

1. Kasyaf - blog cahaya mukmin
2. Kasyaf - blog nan-saleh

Dalam kes ini aku dah bagi dua definisi dari dua pendapat berbeza. Terpulang nak pakai mana satu sebab pada aku dedua definisi kasyaf tu betul.

Berbalik pada buku kasyaf tu tadi. Buku ni kalau aku terjemahkan dalam satu ayat ia mungkin berbunyi:

"Kasyaf adalah cerita Lakhus, makhluk suruhan jin yang berjalan menuju Lab Four di Agensi Nuklear Malaysia dan dihalang oleh Prof. Zack."

Ya. Itulah sebenarnya cerita Kasyaf ni. Kedengarannya boring sebab:

1. Pa ada di Lab Four?
2. Siapa Lakhus?
3. Siapa Prof. Zack?
4. Kenapa ada jin?
5. Siapa ada kasyaf?
Dan beberapa soalan yang lain.

Bila aku baca bukunya, hanya soalan nombor 1 tu aku tak boleh jawab. Kalau boleh jawab pun cuma 'dalam tu ada Large Hydron Collider'. Lebih dari tu aku tak boleh jawab. Sebab kena baca buku prequel dan sequel dia.

Abg Khairi ni otak dia penuh imiginasi yang acah-acah JK Rowling.

Permulaan cerita dalam buku ni agak slow sebenarnya. Slow kat sini bukan bermaksud lembab nak mampos mcm kekura, tapi slow and steady.  Aku rasa part klimaks dalam cerita ni adalah dimana Datuk Hashim kena kelar oleh Lakhus. Sebab dari situ cerita tu terbelah tiga,

1. Misteri tulisan pada meja.
2. Misteri kehilangan mata.
3. Misteri awek bernama Hasnita.

Kalau ikut kronologi ceritanya, Abg Khairi cerita part nombor 2, part kenapa mata Datuk Hashim tu kena korek. Part yang pertama tu masih misteri. Siapa tulis atas meja tu? Kenapa tak tulis bahasa Melayu rumi?  Ape makna pantun tu?

Dari situ juga sebenarnya Abg Khairi cuba selindung yang cerita pasal Hasnita yang membawa point nombor tiga, siapa Hasnita? Cerita lepas Datuk Hashim tu kena bunuh, terus hilang cerita Hasnita tu. Mana?

Peranan Nik dalam tu hanya pada awal cerita? Bapak kecewa gila aku sebab watak dia tu sebenarnya sebagai pak lawak sebenarnya perlu untuk rilekskan minda bersama fakta saintifik tahap student form 5 science stream je yang faham. Sebab teori perlekuran dan sebagainya tu aku tak berapa paham sebab mungkin bahasa. Aku kat sekolah belajar bahasa Inggeris dah, jadi terma tu dan mungkin lari sedikit.

Aku boleh bayangkan yang masyarakat jin yang direka Abg Khairi ni sebenarnya macam bangsa Protos macam dalam game Starcraft tu. Pembangunan teknologi berunsur spiritual dan biologi, bukan seperti manusia macam kita yang menggunakan hukum fizik dan jentera sebagai penanda aras kemajuan sedia ada.

Cara penceritaan juga santai dan boleh difahami. Agak sukar bagi mereka yang bukan dari science stream untuk faham terma seperti circuit breaker, antimatter, dark matter dan lain-lain. Terma itu agak asing mungkin bagi sesetengah orang.

The best part is, korang takkan boleh berhenti baca. Sebabnya setiap penghujung bab ada 'cliff hanger' yang selalunya terdapat pada hujung drama di telivision. Biasanya itu dibuat untuk menarik perhatian pembaca supaya jangan berhenti membaca. Pergh, mungkin tu sebabnya aku dapat habiskan buku ni awal kot. Lebih awal dari buku Kelabu dulu. Kalau ikutkan buku Kelabu tu lagi tebal dari buku ni. Atau aku ada kasyaf 'speed reader' mungkin... Okay, jauh menyimpang dah ni.

Cerita pasal 'kasyaf' tu sendiri sebenarnya pada penglihatan aku kabur. Hanya beberapa tempat sahaja diceritakan dalam buku ni. Contohnya semasa meeting dengan Tan Sri Abnan tu, scene dalam dunia jin tu bersama Yusuf dan imbas kembali Tan Sri Abnan tentang kasyaf Prof. Zack tu.

Aku pun pelik kenapa watak Ariff yg pada awal2 tu hilang? Aku terlepas pandang kot bahagian ni. Entah. Tapi bila bab Zack tibai polis dan bergerak ke rumah Datuk Hashim tu pun Ariff hilang. Watak Salsabila pun hilang. Walaupun dalam perjalanan ke rumah Nea pada masa tu si Salsabila berpaut atas Lexus tu, mana pergi Salsabila bila dah sampai rumah Nea?

Aku rasa watak hero dalam ni perlu lagi awesome dan lagi dahsyat. Bukan setakat kemampuan Zack yang kuat, pantas, kebal, boleh lentur besi dan sedikit kelebihan sahaja diceritakan. Mungkin boleh buat si Zack ni tetibe mampos dan hidup semula macam Amsyar kemudian mencari Marlissa yang hidup balik menjadi agen CIA untuk membunuh Lakhus ke. Oh... okay, dah mengarut cerita kau Khairi nanti. KAH KAH KAH!

Back to story.

Aku tak tahu la pula kalau tetibe Abg Khairi ni nk jadikan watak Amsyar a.k.a Lakhus sebagai hero. Sebab aku sebenarnya nampak kenapa Lakhus tu jadi macam tu. Dia boleh jadi hero.

Cerita awesome dan banyak konsep. Aku suka. Abg Khairi ni kabor dulu kat aku yang dia tulis ni sambungan kepada cerita ape tah namanya di Jemari Seni dulu. 3 buku dia dulu terbit dengan Jemari Seni. Power doe brader ni. Leh mintak sain ni. Mintak sain kat cek ah sebab byk royalti nanti dapat. Keh keh keh!

Mungkin banyak persoalan aku tu akan terjawab sekiranya next book sequel kepada Kasyaf ni sendiri dah diterbitkan.

Aku bagi 4 bintang dari 5 bintang untuk buku ni sebab kalau tak bagi rating tinggi, Abg Khairi katuk aku. KAH KAH KAH! Okay, tu gurau. Part serius bila aku kata 4 bintang tu.

Oh, sebelum aku terlupa, 19 Oktober ini bersamaan hari Sabtu akan diadakan book launching dibawah event Boco. Bertempat di Taman Budaya, KL pada pukul 3.30 petang. Tetapi event mula pukul 12 tengah hari. Boleh datang awal. Takda masalah. Lagi bagus datang awal sebab boleh jumpa aku. Tapi kali ni takda kismis macam kat UPSI dulu ah. Dah pokai. Hahaha!

Anyway, selamat hari raya eidul adha.

Poster event Sabtu ni, temanya Askar
Bebudak ni dalam dunia yang memiliki buku Kasyaf. Kembang jubor aku upload gambo deme.
Aku nk highlight gambar Abg Khairi dan bukan awek sebelah tu. Dia perasan muka dia mcm Farid Kamil. Power dia tu, leh masuk maharaja lawak.
Ni la bukunya!

9 Oct 2013

Sebulan intern di Buku Fixi

Alhamdulillah,
Bersyukur kehadrat illahi kerana dengan berkat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, karamah ibu dan hikmah bapa, aku akhirnya dah selamat menjalankan sesi latihan industri bersama Buku Fixi selama sebulan.

Sebenarnya, aku ni ada kat UPSI sehingga hari ini untuk acara 'Hari Interaksi UKLK & PC Fair' di dewan Bitarasiswa. Biasalah, bebudak intern ni kena kerja kuat untuk dapat keputusan yg cemerlang dan sedikit duit.

Aku masih ingt masa firstday aku mula kerja dulu. Masa tu aku jumpa bos aku iaitu Amirmu aka Amir kat Restoran Sambal Hijau (salah tulis, bukan sambal belacan tp sambal hijau) di Sungai Penchala. Aku diberi tugas untuk hantar buku di 2 tempat iaitu di Bangsar dan di Perpustakaan Negara Malaysia. Gila rare doe aku g sana.

Aku kira beruntung la juga dapat kat Fixi sebab Fixi xda opis, jadi aku byk buat kerja kat rumah dengan jual buku kat event je. Elaun pn x byk mcm kat tempat intern lain seperti Petronas, Sime Darby, UiTM, University Press, Cerdik Publication, Galeri Ilmu, Majalah sukan atau lain-lain. Kerja pun takda opis met.

Sunyi juga kalau pergi event sensorang lepas tu xda member nak ajak bersembang ni. Lunch pun sensorang. Mcm org gila.

Banyak perkara aku belajar dalam sebulan ni. Contohnya cara2 nak jual buku, tulis buku, design buku, hantar buku dan macam2 lagi pasal bukulah. Paling banyak adalah jual buku.

Petang ni dah nak kena balik Shah Alam... Rasanya nak berguling je balik. Penat ni doe. Buku log tak tulis lagi. Aku guna instagram dgn tuit je sebagai panduan aku nk tulis buku log.

Anyway, sesiapa x follow aku kat insta, instahandle aku @gafafilafofo.  Aku ade update byk benda untuk event. Follow tuit aku. Ade org tanya FB, minta maaf, FB aku kurang sikit dan banyak kepada perkara lebih personal sebab family banyak kat sana. Tapi insta dgn tuit untuk semua.

Aku harap dapat terus kerja kat Buku fixi ni la. Kerja pada waktu yg fleksibel. Aku taknak terikat dengan waktu 8-5 serta tatacara berpakaian formal selalu. Aku kurang selesa dan bajunya mahal. I can be myself when I'm at work. Siapa taknak? Gaji? Belakang kira. Aku kira minat aku dulu.

Konsepnya :

Kalau minat = rajin
Kalau rajin = kaya

Siapa xnk? Ye dok?

Aku selesa kerja kat sini. Bos pn sempoi, kenal ramai orang, kwn pn ramai.

Aku letak sikit gamba sebagai rujukan aku pd masa hadapan sebab nk isi buku log tu aku x berapa reti. Ade format atau ikut aku je isi mcm mana pun aku x tau...

Ps: Terkantoi dgn bos blog aku ni... Adussss....

26 Sept 2013

Big mama!

Dengar cerita, gambar ni ad kaitan dengan kenaikan harga minyak Malaysia... betul ke?

22 Sept 2013

Kepercayaan is trust

Percaya tanpa usul periksa,
Itu bodoh bukan bijaksana,
Kalau percaya tanpa bertanya,
Itu pun bodoh juga.

Selidik sementara belum parah,
Bukan makna kita mengongkong,
Mana tahu sebelum pasrah,
Boleh juga ditolong-tolong.

Masuk perbualan beri salam,
Bukan makna kita curang,
Cari punca cuba selam,
Entah-entah kita pun lebih kurang.

Mungkin dulu teringin curang,
Sebab pasangan dia kurang,
Tapi bukan sebab perang,
Sekarang timbul rasa sayang.

Jadi bodoh sebab percaya,
Hati mati sebab sayang,
Mata bulat bentang cahaya,
Pujuk sikit terus melayang.

Jadikan ini sebagai iktibar,
Dia menyesal perbuatannya
Biar sendiri mencari ikhtiar,
Moga dimaaf dia akhirnya.

Tak tahu aku nak cakap apa. Xda niat pun mamat tu nk curang dan aku nak jadikan ini iktibar. Masing2 ad kurang, kita kena terima dan cuba untuk berubah kearah yang lebih baik. Insyaallah, masing2 dapat faedah.

Insyaallah...

18 Sept 2013

Ape benda nak isi dalam buku log praktikal?

Aku dah praktikal, tapi aku tak tahu apa nak isi dan macam mana format nak isi buku log. Anyone has any experience and can you share with me?...


15 Aug 2013

Isu Melayu UiTM Bodoh

Tajuk macam pukimak kan...

Aku bangun pagi2 ni kerja aku. Bukak blog orang buat sikit analisis kritikal pasal satu isu. Kali ni pasal isu graduan UiTM menanggur. Statistik pelajar ijazah UiTM yang menganggur ada 41.4% menanggur. Ramai tu wei. Siyes ramai Melayu pemalas.

Tengoklah blog aku lagi satu. Isu Melayu Bodoh

5 Aug 2013

Cerita Nabi Khidir dan Air Abadi

Pernah aku berkongsi cerita dengan kawan aku mengenai Nabi Khidir, Nabi Yusuf, Nabi Musa, Luqman Nur-Hakim, Alaxander The Great, Iskandar Dzulkarnain, Sallehuddin Al-Ayubi dan beberapa cerita yang menarik.

Pada asalnya aku cuma bercerita kosong sahaja dengan sahabat aku sorang ni, tah macam mana dia (sorang wikipedia bergerak) telah membuka cerita yang aku tak pasti kesahihannya lagi. Contohnya cerita Nabi paling lama hidup, Nabi Khidir.

Menurut sahabat aku ni, Nabi Khidir hidup semenjak era Iskandar Dzulkarnain sehingalah era Nabi Musa. Ia turut merangkumi era Nabi yusuf dan pengkisahan Luqman Nur-Hakim. Nabi Khidir juga adalah penasihat kepada Iskandar Dzulkarnain dan Nabi Musa yang setia.

Dikisahkan juga yang Nabi Khidir mendapat keistimewaan hidup lama setelah meminum air dari 'youth fountain'. 'youth fountain' ni ada banyak dalam cerita hikayat dalam dunia ni dan turut dikenali dengan pelbagai nama macam aku panggil, air abadi, ada yg bagi nama fountain of life, macam-macamlah. Dikatakan seluruh kerajaan dalam dunia ini mencari air dari pancuran ini. Silap2 Langkasuka pun ada hantar wakil untuk mencari hadirnya air dari pancuran ni.

Apa istimewanya air ini?

Dikatakan air ini sangat ajaib kerana sesiapa yang meminumnya akan kekal hidup (atau dipanjangkan umur, tu aku tak pasti). Pastinya semua orang akan mahu menikmatinya bukan?

Perkhabaran air ajaib ini sampai ditelinga Iskandar Dzulkarnain dan mereka mengembara ke seluruh pelusuk tanah jajahan Iskandar Dzulkarnain. Kita sedia maklum yang cerita Iskandar Dzulkarnain ni bukan? Beliau adalah pemerintah agung yang berjaya menakluk banyak wilayah dalam dunia ini.

Dipendekkan cerita, akhirnya rombongan ini tiba disatu kampung yang diura-urakan dengan air ajaib ini. Penduduk kampung pada ketika itu ketakutan kerana mereka diserang penjahat yang aku tak ingt apa benda. Lepas tu Iskandar Dzulkarnain ni diminta penduduk kampung untuk menghapuskan musuh penduduk kampung dengan balasan, rombongannya diberitahu lokasi air ajaib itu.

Askar2 Iskandar Dzulkarnain sememangnya hebat dalam peperangan dan berjaya menewaskan musuh penduduk kampung. Untuk menunaikan janji, mereka diberitahu lokasi air ajaib itu.

Rombongan Iskandar tiba disatu kawasan gua. Gua itu dalam dan gelap. Dikatakan bahawa disitu terletaknya lokasi air ajaib yang kecoh satu dunia tu. Maka Iskandar memerintahkan penasihatnya, Nabi Khidir untuk mencari dan melaporkan kewujudan air tersebut. Maka turunlah Nabi Khidir kedalam gua itu untuk mencari seperti yang diarahkan baginda tuanku.

Dengan izin Allah, Nabi Khidir pun menjumpai pancuran air tersebut. Dikatakan pada ketika itu Nabi Khidir berdialog dengan penjaga air tersebut (dikatakan Jibril menjaga iar tersebut) lalu berkata, "Wahai penjaga air (Jibril), aku diperintahkan oleh tuanku baginda untuk mencari air abadi. Benarkanlah aku meminumnya sedikit untuk dibuktikan pada baginda akan bukti kewujudannya air ini"

Lalu penjaga air (Jibril) pun membenarkan. Maka minumlah Nabi Khidir akan air itu. Selepas meminum air tersebut, Nabi Khidir naik semula ke permukaan untuk bertemu baginda Iskandar Dzulkarnain dan memberitahu kewujudan air tersebut. Rombongan terebut turun untuk menemui air tersebut tetapi dengan izin Allah, pancuran air tersebut hilang tah kemana.

Kesimpulan cerita ini, hanya Nabi Khidir sahaja yang berjaya minum air tersebut dan hidup lama. Aku saja je google benda ni betul atau pun tak. Ada beberapa fakta meragukan seperti jurang masa antara Iskandar Dzulkarnain sehingga Nabi Musa itu tidak dapat dipastikan. Cerita ini ada di dalam Al-Quran. Aku tak pasti part mana pasal ni, tetapi cerita Iskandar Dzulkarnain dengan Nabi Khidir tu memang ada.

Ada sesetengah ulama percaya yang Nabi Khidir masih hidup dalam kalangan kita sekarang. Ada percaya yang Nabi Khidir sudah wafat. Dua-dua pendapat ada asasnya cuma sekarang terpulang kat kita nak percaya yang mana satu. Jangan lepas ni korang claim yang korang jumpa Nabi Khidir plak ye.

Aku tak pasti pula adakah cerita yang aku cerita ni 100% sama atau dah tokok tambah, tapi ini adalah point2 penting sahabat aku tu cerita dengan aku. Aku cuma ulang balik apa yang dia cerita.

Yang pasti, semua itu berlaku atas izin Allah ye. Bukan suka2 jadi pun.

Ni aku belum cerita kenapa nama Iskandar Dzulkarnain dengan Luqman Nur-Hakim tu Allah sebut dalam Al-Quran. Itu cerita lain la. Benda ni dah macam folklore dah, tapi menarik untuk dipanjangkan. Apa-apa pun, aku tak tahu mana satu betul sebab internet ni bukan leh caya selalu.

29 Jul 2013

Gurindam hati sang misteri

Cerita aku cerita duka
Tak pernah tipu walau seketika
Keluarga aku porak peranda
Apa dibuat semua tak kena

Sampai tiba suatu saat
Akan satu tubuh kelibat
Tahun itu tahun keramat
Menjadi tahun sangat palat

Mak abah tiada berdamai
Aku dan adik terpisah longlai
Ikutkan hati ikutkan perangai
Semua orang aku tibai

2005 menjelma juga
Negeri Perak tempat berjaga
Keliling kawan lupa sengketa
Tetapi hati teringat jua

Duduk dikelas tingkatan tiga
Tingkatan tiga kelas pertama
Tidak mengungkit bukan menghina
Cuma teringat sejarah lama

Muncullah dia si puteri
Tidaklah lawa seperti bidadari
Santun adapnya aku mengerti
Comel dicari ku pandang budi

Walaupun hati keluh gelisah
Setiap saat macam tak kesah
Berkawan sudah berkasih sudah
Tiba masa cerita ditambah

Walaupun susah ditimpa derita
Janganlah hampa wahai anak muda
InsyaAllah tuhan menerima
Sebesar zarah walaupun jasa

Alhamdulillah, hidup mesti diteruskan...

28 Jul 2013

How you define 'success'?

Aku ingatkan nak mula post ni guna pantun, tapi aku tak reti nak karang pantun yang sesuai untuk aku gambarkan perasaan aku sekarang ni. I'm not good with words.

Okay, aku terus terang jela. Selalunya aku update bila ada benda seronok nak kongsi, perkembangan diri aku dan ape benda aku rasa menarik, aku post. Tapi kali ni bukan sebab aku nak post. Aku tengah moral down sedikit. Aku nak mencari kekuatan sambil memotivasikan diri. Aku selalu dapat tekanan, tapi selalunya tekanan aku dapat tu aku boleh tipu moral aku dan menjadikan tekanan itu sebagai pencetus motivasi.

Tadi adik aku cerita pada aku yang dia baru balik lepak dengan dua orang member kampung aku. Dua-dua dah kerja. Paling sadis, dua-dua tu baya aku. Biasalah. Adik aku ni kalau takda benda menarik, dia tanak cerita. Jadi aku biarkanlah dia bercerita.

Cerita adik aku macam inverted piramid sikit. Dia cerita part yang dia paling kagum dulu. Dia kagum dengan dua orang kawan aku tu. Kagum dengan diorang punya nikmat duniawi. Adik aku bercerita yang diorang dah pakai henfon power, baru beli kereta, baru lepas melancung ke Amsterdam, baru belikan mak diorang handbag bagai. Semua nikmat duniawi yang pada aku memang itu sesuatu yang boleh dibanggakan.

Aku cerita sikit pasal dia orang kawan aku tu. Tak payah aku point nama diorang. Aku cuma kabor ape diorang keje je la. Yang sorang pegawai kerajaan. Dia Tentera. Baru tamat latihan tentera laut tahun lepas. Sekarang masih berkhidmat dengan TLDM sebagai Leftenan Muda. Sorang lagi kawan aku tu baru grad dalam kos ijazah sains gunaan UiTM Shah Alam. Grad sem lepas dan sekararang dia bekerja sebagai consultant dalam sebuah syarikat ternama di Kuala Lumpur.

Aku namakan kawan aku yang TLDM tu sebagai Mat P dan member consultant aku ni sebaga Mat A.

Mat P adalah seorang yang tidak berapa cerdik disekolah. Dia sedar akan kelemahan ini dan dia cari kekuatan dia yang lain iaitu, dia rajin. Hanya sebab rajin itu, dia masuk TLDM dan perlahan-lahan naik sampai sekarang. Dia memang bermula dari bawah.

Mat A adalah seorang yang pandai. Antara pelajar cemerlang dalam sekolah aku dulu dan digilai ramai gadis. Rupa dia adalah hensem sedikit nak dibandingkan bangla  buat jalan tu. Keh keh keh... Okay, itu aku tipu, tapi bab muka dia hensem, itu betei. Dia pelajar pandai kat sekolah. Lepas SPM dulu dia dapat sambung matriks. Alhamdulillah, lepas tu dia dapat sambung degree dekat Shah Alam. Sebelum dia grad dulu aku ada la jumpa dia beberapa kali.

Family diorang berdua takda kaya mana. Aku boleh kategorikan sebagai keluarga yang kuat agama dan sederhana. Mat A dan Mat P ni takda feymes mana pun masa sekolah. Sekadar popular dalam kalangan member kampung la. Tapi dua-dua berwawasan. Itulah menyebabkan diorang jadi macam sekarang.

Bila aku melihat diri aku sekarang dan bertanya,

"Apa ada pada aku sekarang?"

Ohhh... Soalan itu selalu menjadi soalan cabaran pada Kerut dan Kukuk. I know, they are mentally injured then me. Kawan-kawan diorang ramai dah establish dari diorang. Pelan-pelan aku rasa apa yang diorang rasa cuma bezanya aku masih ada banyak masa untuk bersaing dengan diorang.

On the other side of their story, there are always unpleasant one that most of us don't even realize it.

Mat P selalu travel. Sebabkan dia Navy, dia banyak offshore. Jadi dia ada kekangan masa untuk buat apa yang dia minat contohnya cari jodoh, masa dengan keluarga dan sebagainya. Kadang-kadang offshore sampai berbulan-bulan. Pergi Australia, Filipina, India, Indon. Tah mana-mana la dia pergi.

Mat A pula lebih kurang macam Mat P. Masa. Tapi dia tak berapa kesah sangat. Kerja office hour kot, kul 8-5. Pada dia takda masalah dan pada aku pun itu tak jadi masalah. Tapi menjadi masalah pada dia dari segi spesifikasi tugas. Mat A sebenarnya tak suka kerja dia. Kerja dia pressure. Pressure dari client, bos. Company nak untung banyak kadang-kadang sampai dia terpaksa sembunyikan kebenaran. 'Sembunyikan kebenaran' ni bukan menipu ye cuma dia tak bagitahu 100% kebenaran je. Kerja dia banyak risiko. Tanggungjawab pun besar.

Apa yang aku nak sampaikan kat sini adalah, aku tak mampu nak jadi macam diorang buat masa ini. Aku masih berfikir yang benda yang adik aku banggakan kat diorang itu sebenarnya adalah liabiliti. Some people might not agree with me, but in my opinion, all those things that they have is actually liability.

Aku sebenarnya tidak mengukur seseorang itu punya kejayaan dengan gajet diorang miliki, kereta diorang naik atau pakaian yang diorang pakai. Tidak. Itu semua tak penting. Aku mengagumi orang macam makcik aku. Duduk kat rumah, belai2 kucing, tiap2 bulan duit masuk. Walaupun sikit tapi consisten.

Tu satu, duduk kat rumah, duit masuk. Keduanya bila kau memiliki syarikat sendiri dan pekerja yang ramai. Aku tahu, nak mulakan perniagaan tu susah. Dah la nak mula susah, nak maintain lagi susah. Because of the hardship I value their work. Bukan maksud aku yang orang kerja makan gaji tu senang, diorang pun ada tanggungjawab yang diorang kena pikul dan tanggungjawab tu tak semuanya senang. I do understand their feelings.

Ketiganya, sumbangan mereka kepada masyarakat. Aku nak kata yang orang yang hebat sebenarnya adalah seorang philanthropist yang hidup dia untuk orang lain. Jarang nampak kelibat orang macam tu dalam Malaysia ni. Aku bagi contoh sikit la, macam  Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Aku tanak cerita details, apa yang aku cerita ini adalah sikit dan barangkali 80% tipu. 80% tipu. Nak percaya atau tidak terpulang. Tapi apa yang pasti, aku ada cita-cita aku sendiri dan aku akan menjadi hebat dengan cara aku.

Cukup dengan 3 list orang yang hebat ikut cara aku tu sebab sekadar cakap je takda guna. Kita mesti bertindak sekarang. Bak kata Irfan Khairi la. Aku ikut je. Oh, lupa pula. Ada sesiapa nak bagi duit kat aku tak? Aku nak beli buku Rich Dad Poor Dad.

Oh, lupa pula... Aku nak share satu news la. Pagi tadi aku semak mynewshub. Diorang ada kongsi cerita yang NASA balas surat budak umur 7 tahun. Budak tu tanya macam mana nak jadi angkasawan. Budak umur 7 tahun nak jadi angkasawan. Budak Malaysia umur 7 tahun nak jadi apa agak-agaknya ye?

11 Jul 2013

Story pasal tempat intern

Alhamdulillah, segalanya hampir tamat.

Aku tinggal tunggu feedback dari Mdm Zaliffah untuk suntingan Academic Writing aku. Sikit je lagi, lepas tu aku dah boleh cakap babai kat part 5 dan selamat datang part 6. Oh yeah~!

Sebagai pembukaan untuk semester 6 nanti, aku sedang mencari tempat untuk internship ataupun kata bahasa Melayunya, tempat latihan industri. Ye. Ni adalah peluang untuk aku rapat dengan industri secara amnya. Secara khasnya aku nak build repo dengan kompeni yang aku nak intern tu. Tapi ada banyak juga masalah untuk intern ni. Aku dah hantar dari bulan 6 hari tu application, sampai sekarang takda feedback ape pun.

Aku baru lepas cek e-mel. Sumpah takda apa-apa lagi. Sedih woi!

Aku baru lepas dapat e-mel dari Apak. Alhamdullilah, ada juga orang yang nak offer pergi kursus e-book. Sabtu ni kursus dia. Jumaat ni aku kena pergi balik la Shah Alam. Apekan daya. Hidup pun macam takda masa depan je bila tempat intern ni tak dapat lagi.

Aku nak kena jumpa balik Mdm Zaliffah ni, nak mintak permission dia untuk second letter ke next company on the list. Macam company yang pertama dalam list aku untuk intern ni adalah company buat buku. Publisher yang buat buku alternatif yang sangat aku kagumi semenjak berkecimpung dalam dunia penerbitan ni. Buku-buku diorang buat sangat awesome gila habis punyalah.

Second company ni aku tak konfem lagi. Aku terpaksa buat tindakan drastik ni sebab aku dah kena desak dengan lecturer aku untuk konfemkan tempat intern kat mana. Pengurusan untuk masuk intern makan masa juga, kalau tak konfem kelak aku kena campak tah company mana-mana pula. Silap2 masuk intern kerja lipat baju atau bancuh kopi jek. Tak naya woi~!

Tindakan drastik aku mula dalam hujung bulan 7 ni. Aku tak boleh tangguh lagi. Makin lama tangguh, makin tak keruan pulak aku. Kecewa tu jangan cakap la kalau aku tak dapat company first yang aku apply ni. Aku faham, orang2 picisan yang baru2 nak acah-acah hipster ni memang susah nak penetrate dalam market alternatif ni. Lagipun, aku dapat tahu, owner company tu banyak kerja, pergi Indon la, event merata pas tu tah mana-mana lagi dia pergi. Takpelah. Aku tahu nasib akan menyebelahi aku. Aku yakin dia akan kontek aku. Aku optimis sebab aku tahu dia profesional. Tapi sampai hujung bulan 7 je la aku mampu memberi harapan.

Nampak tak besar mana harapan aku nak masuk intern kat situ? Gila tak besar woi~! Company ni power kot.

Ape-apelah. Nanti aku inform lagi sebab aku nak pergi cari kerja ni. Boleh tahan bosan la juga kat kampung ni. Kawan-kawan belum balik lagi ni.

29 Jun 2013

16 Jun 2013

Around the corner

Seminggu je lagi nak habis semester 5 ni. Bukan bermakna habis belajar. Baru habis kelas. Tapi assignment, presentation masih berhutang ni haa.

Kelas Jepun, Organization Communication, final test Print and Society, final test website design, magazine layout design dengan International Marketing. Semua ada tugasan yang perlu diselesaikan. Cuma due date jauh lagi, Academic Writing. Tu pun takda la jauh mana, kena hantar 5 Julai nanti. Mampuih!

Gambatte kudasai!

5 Jun 2013

Luka mahu sembuh

Luka dalam hati dah pelan-pelan nak pulih. Aku dah mula fikir rasional balik dan tolak ke tepi emosi. Maaflah, minggu lepas aku pressure gila. Dah la pressure, ada pula lagi mendesak bagai. Memang meletup la. Benda kecik pun boleh jadi benda besar.

I do love you. Just give me time to calm myself and in the mean time, try to find yourself an explanation over my accusation... I need you to explain but not in this kind of situation. If you can be creative enough. I'm positive that you will somehow.

Try to defend yourself before blaming other people as an act of defense.

My love to you will never end-lah~!

27 May 2013

Balik sini je tension~

Kat Johor Sekarang. Aku emo. Tu je nak cakap. Bila aku emo, aku menulis. Menulis kat mana?

Aku rasa ramai tahu bila aku emo aku tulis kat mana...

15 May 2013

Design MANUSKRIP 2013 [unfinished]

Pengajaran pada aku jugalah benda ni.

Hari Sabtu, Ahad dengan Isnin lepas aku sangat sibuk. Sibuk buat event. Awal pagi tadi aku terima e-mail. E-mail tu dari orang yang aku tak kenal. Dia nak tahu pasal jurusan yang aku belajar ni.



Terkena pula dengan benda yang bakal aku tulis dalam post kali ni, pasal publishing.

Sabtu lepas kelas aku ada mengatur satu majlis. Majlis ini adalah wajib kepada semua warga semester lima kohot lama. Kohot lama ni macam silibus lama la. Jadi, kelas aku adalah pelajar menggunakan kohot lama, dan kelas A (kelas dari STPM, diploma lain, politeknik, matrikulasi dsbg) adalah dari kohot baru.

Silibus lain-lain. Macam kelas aku, kami kena buat ceramah. Sesi ceramah kami kali ni berkisar mengenai penerbitan elektronik atau lebih dikenali sebagai e-publishing. Sangat awesome persembahan berteknologi tinggi dari EN. Syed Muhammad Faiz. Beliau adalah pengurus untuk syarikat Xentral Methods Sdn. Bhd. yang pertama memberikan perkhidmatan penerbitan secara elektronik.

Jadi itu kisah kelas aku. Kelas A pula lain ceritanya. Esoknya hari Ahad, kami satu batch telah pergi ke SMK Ungku Aziz untuk sesi mengajar para pelajar tingkatan enam rendah mereka software Adobe Photoshop, Illustrator, Indesign dan Microsoft word. Macam bodoh pula bila sebut belajar Word. Kami bukan belajar taip-taip bodoh, tapi belajar cara edit manuskrip profesional. Sangat best sebab balik hari Isnin.

Secara ringkasnya, sequence Publishing ni sebenarnya belajar bidang editorial, design dan management. Aku nasihatkan kepada bakal-bakal Publishing student ini buatlah tugasan pada semester tiga, semester empat betul-betul. Sebabnya bila korang dah semester lima nanti dah mula-mula sibuk, korang boleh "recycle" assignment. Assignment masa diploma tu pun boleh "recycle" juga. Tapi "recycle" kat sini bukan copy paste, tapi lebih kepada "recycle" interview lepas untuk diguna masa assginment semester lima.

Balik-balik editorial, designing, editorial, design, event. Tu je ulang-ulang.

Cakap pasal design ni, aku terlupa bawa design aku untuk tunjuk kat student kat SMK Ungku Aziz. Aku ada upload jugak masa design2 sem lepas. Sem ni kelas aku kena buat magazine MANUSKRIP. Jadi aku letak juga design aku kat blog senang orang nak tengok. Semua dari artikel, design aku hasil sendiri. Kecuali gambar la. Gambar kebanyakan dari google. Aku tunjuk je la.





Kalau ada apa-apa nak tanya pasal kos Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Dan Pengajian Media (Penerbitan) UiTM Shah Alam, just tuit ke, e-mail ke ape ke. Aku gembira nak share.

7 May 2013

Sembilan alasan kenapa saya tidak suka kepimpinan Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak


Tajuk dia ni boleh bikin orang marah. Aku tahu aku sedikit emosi bila menaip artikel ini malam tadi. Terima kasih pada Miss A. Kalau ikutkan aku cuma dapat 7 je. Lain-lain tu Miss A bagi idea.

Sembilan alasan kenapa saya tidak suka kepimpinan Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak

Aku bersyukur tempat kawasan aku ni masih dipegang BN. Aku bersyukur kerana BN diberi mandat untuk memerintah negeri Perak. Aku bukan penyokong BN yang tegar. Aku penyokong BN yang mahukan perubahan dalam parti itu sendiri. Tidak suka sesuatu bukan bermakna kena tukar terus.

Transformation vs. Reformation

Aku sokong perubahan berbanding pembentukan semula. Macam nak repair kereta juga kes ni. Anologinya kalau kereta rosak, adakah bermakna kita kena tukar terus kereta? Mestilah kita tukar bahagian yang rosak kepada bahagian yang baru kerana kalau tukar kereta terus, belanjanya lagi besar dan nak tunggu tempahan lagi lama. Boleh je amik yang ready stock, tapi mungkin belum tentu berfungsi 100%.

Seperti isu PTPTN yang aku rasa boleh ditambah baikkan sepatutnya. Idea untuk menjadikan pendidikan percuma memang boleh diusahakan. Kerangka kerja dari YB Rafizi boleh diguna pakai, tapi ada sesuatu seperti 'sustainability' seperti diunjurkan YB Khairi tu pun kena diambil kira.

Senang kata aku menyokong transformation berbanding reformation.

Kepada sahabat yang mahukan pembaharuan, boleh kongsi dengan aku kat twitter, atau kat ruangan komen kat bawah sebab aku mahukan respon pembaca sekalian.

Blog bukan sekadar tempat untuk join segmen, jual barang, diari dan lain-lain. Blog juga tempat kita luahkan pendapat. Kalau anda gelarkan diri anda mahasiswa, maka sama-sama kita fikir macam mana nak bangunkan Malaysia.

Artikel Sembilan alasan kenapa saya tidak suka kepimpinann Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak boleh dibaca disini. Comment, share and give your oppinion.

5 May 2013

Pesanan Rakyat Marhaen Kepada Bakal Sang Pemerintah Malaysia


Mungkin aku terasa poyo yang amat apabila menulis watikah ini. Tapi ini mungkin pesanan aku kepada seluruh wakil rakyat seluruh Malaysia yang bakal memerintah Malaysia ini. Baca dengan minda dan hati yang terbuka. Kalau nak buka baju sambil baca pun aku tak kesah.

############################################################################

Assalamualikum wbt.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan syukur kepada para pengundi dalam Malaysia yang bersiap sedia untuk mengundi besok. Alhamdulillah, tahun ini adalah tahun yang ke 13 kita mengundi. Banyak perkara baru yang kita akan tempuh kali ini. Antaranya adalah penggunaan dakwat kekal oleh SPR.

Bersyukur juga kehadrat illahi bahawa inilah kali adalah pertama bagi saya untuk keluar mengundi. Saya telah daftar sebagai pemilih tepat pada 15 November 2011 di Pejabat Pos Selekoh, Perak. Saya telah diheret oleh mak saya untuk daftar menjadi pemilih.

Kepada sahabat-sahabat yang tidak daftar mengundi lagi, adalah rugi kepada anda kerana anda adalah orang yang rugi. Yaaaa. Rugi. Kerana anda tak dapat duit pengundi luar. Banyak tau elaun pengundi luar ni. Jangan main-main. Nasiblah.

Seperti tajuk diatas, rasanya tidak perlulah saya memberi saudara baca lebih banyak celoteh saya kerana saya tahu saudara-saudari tidak rajin membaca. Dah la tulisan saya ni tak berapa nak menarik, jadi wajiblah saya teruskan menulis pesanan saya (rakyat marhaen) kepada bakal pemerintah Malaysia akan datang.

1. Seperti dalam petikan filem 'Rock- Rimba Bara Kembali', ada tiga perkara yang boleh menjatuhkan negara. Yang pertamanya rasuah, kedua, tidak menepati masa dan chinggey. Saya taknak sentuh yang lain, tapi saya berminat nak sentuh yang pertama iaitu rasuah.

Janganlah pemimpin makan rasuah atau sedara-mara mereka (kroni) makan hasil rasuah. Nanti rakyat susah nak percaya. Contohnya seperti kes Khir Toyo dan Shahrizat. Duit rakyat tu. Jangan makan.

2. Cuba kurangkan terbit isu perkauman dan pupuk semangat perpaduan seperti mana Rasullulah kita ajar dahulu. Kita ikut. Tak jadi masalah kalau perkara seperti hudud dan seumpamanya dikuatkuasakan. Tapi cuba kaji balik, ada tak negara Islam yang mengamalkan 100% hudud?

Saya dapat tahu bahawa negara Arab Saudi pun ada kepincangan dari segi pelaksanaan hukum hudud ini. Tambah-tambah ketika melibatkan kes keluarga diraja. Kalau macamtulah, perlu perbincangan semula untuk melaksaan hukum hudud ini.

3. Buang semua isu politik lucah dan fitnah bagai. Kami sebagai rakyat tidak mahu lagi mendengar cerita kutuk mengutuk lagi. Tambah-tambah dalam ceramah politik.

Sepatutnya ceramah politik menceritakan "apa yang boleh parti ini buat untuk anda" bukan menuding jari siapa salah. Masing2 ubah.

4. Berhati-hati memilih orang bawahan. Ini sudah banyak terjadi kepada pemimpin yang terdahulu. Orang bawahan ini kadang kala tidak jujur ketika melakukan tugas. Dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab kepada pemimpin tersebut untuk memerhati orang bawahan mereka.

Seringkali kami mendengar kejadian "duit hilang" ketika menyampai bantuan kepada rakyat. Adalah lebih baik sekiranya duit dari kerajaan, pemimpin tersebut yang beri sendiri kepada rakyat dan bukan melalui orang tengah. Dikhuatiri orang tengah ini tidak jujur dan akhirnya ketua mereka mendapat nama buruk.

5. Layanan sama rata terhadap rakyat jelata. Tolak unsur perkauman, agama, perbezaan parti politik. Asalkan nama rakyat Malaysia, adalah wajib dibantu tidak kira kroni atau bukan. Ini adalah perbezaan yang ketara antara setiap wakil rakyat.

Jangan sesekali memilih bulu untuk membantu. Menjadi kewajipan anda untuk membantu kami tidak kira apa jua keadaan sekali pun. Kami tidak mahu pemimpin kami sombong selepas mendapat gelaran wakil rakyat nanti.

Sebenarnya, banyak lagi perkara yang hendak disampaikan. Tapi mata pun dah mengantuk, pagi-pagi nanti nak kena beratur panjang untuk mengundi. Jangan lupa bawa IC.

Lagi satu, sekiranya keputusan sudah diumumkan ini adalah pesanan saya kepada parti yang menang dan kalah. Yang menang kena hormati yang kalah dan jangan dihina dan yang kalah mestilah mengiktiraf yang menang dan jangan mempersoalkannya. Pegawai SPR berkhidmat dibawah Yang di-Pertuan Agong dan bukan dengan kerajaan. Itu harus diingat.

Adios~!

24 Apr 2013

Konek untuk dijual

Ni bukan karya aku. Aku ulangi... BUKAN KARYA AKU.

Aku terjumpa masa godak-godak kapasitor.net. Seorang yang dikenali sebagai Zombi menulisnya.

*******************************************

Sedang duduk menikmati makan malam bersama teman teman serumah tiba tiba datang seorang budak lelaki berbaju melayu lusuh datang berdiri di sebelah meja. Kata aku, maaf dik abang tak beri sedekah di mapley. Tapi budak lelaki tersebut masih berdiri tegak tidak berganjak.Tiba tiba budak lelaki tersebut bersuara.

  Maaf bang, adik juga tak minta sedekah di mapley. Atau di mana mana tempat sekali pun. Adik datang berniaga. Mata aku melilau mengelilingi tubuh badan kurus budak lelaki tersebut. Entah apa barang nak diniagakannya. Tisu? Kerepek kentang? ataupun buku buku agama nipis untuk pencari makrifat?

  Nah, kata budak lelaki tersebut sambil mengeluarkan satu beg plastik hitam dan menonggengkannya di atas meja. Berketul ketul konek lelaki bertaburan atas meja. Bermacam macam saiz, berbagai bagai warna. Malah ada yang kelihatan seperti masih belum bersunat. Dengan muka polos, budak lelaki tersebut membahagikan konek konek tersebut kepada tiga bahagian. Yang ini konek orang orang bisu bang, jenis tak mempertahankan walaupun mampu. Jenis diam walaupun perlu bersuara. Konek ini harganya paling murah, kerana jenis ini boleh didapati dengan mudah. Yang ini pula konek orang orang bodoh. Jenis orang orang tahu mengikut telunjuk saja. Tidak ada pendirian tetap. Konek jenis ini harganya berpatutan. Dan ini pula konek orang orang yang tidak amanah. Kepercayaan diberi orang mereka tukarkan kepada kekayaan personal. Orang orang ini koneknya susah di dapati kerana kebanyakkan mereka memang sudah tidak berkonek sejak kecil. Barang rare bang, harganya sedikit mahal.

  Semua di meja mengangguk angguk mendengar penjelasan budak lelaki berbaju melayu lusuh tersebut. Tangan masing masing berada di bawah meja memegang konek sendiri. Bimbang luruh dan menjadi barang dagangan budak lelaki tersebut. Lalu aku bertanya, dik, konek konek ni dapat mana? Menarik nafas panjang dan melepas sedikit keluhan suram, budak tersebut berkata,

   Ini adik kutip dekat bangunan Parlimen bang.

23 Apr 2013

Modified blog

Kena ubah blog punya isi la. Dari segi penggunaan bahasa, susun atur, gambar dan sebagainya.

Tapi yang perlu perubahan besar adalah penggunaan bahasa... I'll think, I need to stop using 'Slumb3r' as substitute to 'I'.

Now, that is good way to start...

Next thing to in list;

1. Blog lists
2. Widget

Kalau ada masa, baru aku buat.

14 Apr 2013

State of depression

Urgh... Pressure... Sedih... Semua negatif...

Dalam minggu ni semua macam tu. Mau melarat sampai minggu depan.


Aku cover lagu ni untuk 3 hari ni...  Emo tak tentu pasal...

7 Apr 2013

Patriotisma tahap akademik.


This post is quite long actually. Ini benda sedikit serius, jadi kata ganti nama tidak seperti dalam post2 lain.



Aku nak cerita pasal semangat patriotisma dalam diri aku. Aku terfikir nak buat artikel ni sebab aku rasa terpanggil gara-gara pilihanraya umum akan datang. Dikhabarkan pada 27 haribulan ni. Tapi itu perancangan kata mak aku, belum tentu lagi. Nampaknya kerajaan pandai juga. Masa-masa cuti midsem baru diorang nak buat. Pandai depa. Yelah, kalau bodoh, takkan jadi perdana menteri, ye dok?

Semalam ada sedikit jamuan dekat rumah salah seorang pensyarah aku. Aku kagum dengan kegigihan beliau mengharungi hidup. Beliau dah sedikit sebanyak memotivasikan diri aku untuk teruskan usaha sambung belajar.

Aku bercita-cita nak sambung belajar luar negara. Dah sampai masanya aku berjalan ke tempat orang. Dah 23 tahun duduk dalam negara sendiri, jadi aku akan cari peluang untuk cuba hidup di negara orang. Aku bercita-cita nak sambung ke Jepun. Tapi agak susahlah. Aku dah gugel beberapa perkara mengenai cara-cara sambung belajar ke Jepun. Buat masa ni aku terpengaruh dengan satu tawaran biasiswa. Biasiswa Monbukagakusho oleh kerajaan Jepun.

Tapi untuk dapat tawan biasiswa ni susah tetapi tak mustahil. Aku nak sambung pengajian dalam bidang sosial sains. Kalau ada kursus melibatkan industri buku. Aku tahu industri penerbitan buku kat sana power jugalah sebab Jepun ni terkenal dengan penerbitan Manga. Komik Jepun tu.

Semangat patriotisma aku sangat tinggi sehinggakan aku bercita-cita nak gunakan ilmu aku untuk kegunaan masyarakat kita. Aku sedikit tidak setuju sekiranya bidang sosial sains kita menggunakan ilmu barat. Kita tahu bahawa orang2 barat ni sebenarnya tidak faham budaya orang Asia macam mana, tambah2 orang Malaysia. Jadi aku rasa releven juga kalau aku menuntut dalam bidang penerbitan buku dari negara Asia sebab budaya kita hampir sama.

Itu cita-cita akulah.

Dulu aku bercita-cita nak sambung kat Jepun, tapi sedikit kurang bermotivasi kerana subjek third language aku dapat C+ masa sem lepas. Kesan sangat mendalam pada aku, tapi C+ pun, aku masih DL lagi. Alhamdulillah. Aku tahu bahasa Jepun sedikit susah. Mungkin aku demotivate sebab Sensei aku garang. Aku tak nafikan itu salah satu faktor aku malas belajar dulu. Tapi tak mengapa, aku anggap itu satu cabaran utnuk aku maju kedepan.

Aku nak cuba untuk dapat DL lagi semester ni. InsyaAllah, kalau aku dapat DL, aku ada sebab kukuh untuk sambung dekat Jepun. Jepun tu impian aku. Aku ada kawan-kawan yang baya aku lepas SPM sambung kat sana. Pengajian diorang 5 tahun. Aku tahu sebab diorang lepasan SPM dapat biasiswa JPA terus sambung kat Jepun. Power dan gifted dia.

Aku punya result SPM 2 A je. Adik aku 6 A. Kami dalam bidang sains, sama je subjek kami ambil. Cuma kelebihan adik aku, dia gifted. Aku ni pemalas. Wake up call aku dulu pun lepas SPM. Aku tahu aku silap kat mana. Aku betulkan masa diploma. Alhamdulillah grad dengan kelas pertama. Untuk degree ni peratus untuk aku grad dengan kelas pertama 80%. Aku akan berusaha kearah itu.

Pengalaman aku dalam Pengakap dulu ajar aku satu benda yang berharga. Aku tak boleh bergantung dengan orang lain. Tu sedikit sebanyak mengubah aku untuk jadi lelaki bersifat individualistik. Aku pernah mengharap orang dan ramai kecewakan aku. Aku selesa hidup sendiri. Aku ni pelik. Tak ramai yang faham aku macam mana.

Ramai nak sambung kat eropah. Tak terkecuali kawan-kawan kelas aku. Lecturer aku pun sokong, aku pun sokong. Tidaklah pula aku menentang. Aku hormati setiap keputusan dan pandangan seseorang. Tu salah satu sifat indie dalam diri aku. Sepelik mana seseorang itu, aku hargai apa yang dia buat. Tapi kebanyakkan orang salah anggap persoalan 'reverse psychology' yang aku buat kat depa. Tak ramai co-op dengan tu.

Aku hidup terlalu banyak dengan 'reverse psychology' punya metod. Masa aku King Scout, belajar, mengaji dan lain2. Kebanyakkan aku belajar melalui cara kasar. Aku tak kesah. Nak maki, pijak, buli selagi aku tak mati, selagi itu aku cari. Aku cari ilmu. Itu usaha aku sendiri. Ada je yang kritik aku menggelabah la bagai. Peduli apa aku, siapa lambat, dia lembab. Ini realiti kehidupan sekarang. Kau expect kawan2 kau nak tunggu kau? Kau expect mak bapak kau nak tolong kau? Silap besarlah. Kau ingat kau budak belasan tahun? Kau sedar tak umur kau dah tua?

Persoalan macam ni aku selalu tanya pada diri. Alhamdulillah, aku bermotivasi semula untuk meneruskan cita-cita aku.

Tengoklah nanti macam mana, sebab aku rasa aku dah ada cita-cita cuma cara aku nak kearah itu mungkin banyak rintangan dan halangan.

Ps: Gambar aku lukis tu agak tidak berapa betei part bendera. Aku tak reti lukis bintang pecah 14...

5 Apr 2013

Batak drawing tablet

Seperti yang kalian tahu, Slumb3r baru beli tablet lukisan. Jadi dalam minggu ni macam addicted nk lukis2.

Nilah hasilnya~

 Miss A



4 Apr 2013

Drawing Tablet Baru

Awesome...

Benda ni baru sampai semalam. Sempat la juga gatei tangan lukis pakai ni...




More are coming... Soon~

30 Mar 2013

Nak melukis tapi ada halangan

Ni semua gara-gara Note II Gorah la ni!

Kelasmet Slumb3r baru beli fon Samsung Galaxy Note II. Sukalah juga nak godak2 henfon orang ni. Benda yang sukanya tu pun software S note diorang. Sangat power dan ohsem untuk drafting. Ingtkan nak beli Note 8.0 bila dah sampai Malaysia, tapi rasa macam takda function dan overpriced pula.

Slumb3r baru subscribe satu channel kat youtube pasal komik. Slumb3r mula-mula berangan nak jadi feymes macam vloggers tapi mengenangkan tanak jadi poyoh tahap cipan, maka lupakan sekejap benda tu. Jadi Slumb3r terserempak dengan 1 channel macam vloggers tapi dia tak guna video, dia guna animation. Kindda cool.

Kalau korang rajin, g google dan tengok satu website nama Domics. This shit are cool!


Lukisan dia sangat simple tapi awesome. Slumb3r layan dia punya animation kat youtube. Cekidot~

Ada FAQ dalam website dia, ada yang tanya dia guna hardware apa dengan software apa. Murah je equipment dia. Pakai drawing tablet pun yak murah punya brand Genius.

Bercakap pasal drawing tablet, Slumb3r ingt nak angkat 1 lah. Dah murah dah pun dalam kurang dari 130 la. Boleh la~

Entry level punya tablet. Tapi nak beli kat mana uh? Nak try cari kat PAS atau Lowyat, tapi sapa nk g ngan Slumb3r? Miss A balik Rawang... :'(

Genius Easy Pen i405x 4x5 Graphic Tablet~


Awesome~

Just remember, ada ramai lagi selain Domics untuk webcomic punya artis. Kita punya artis tempatan buat webcomics pn ada gak, macam dontlikethatbro , missmorbids , theeggyolks dan ramai lagi. Diorang pun awesome gak. Cekidot!

21 Mar 2013

Pelajar lepasan SPM dan STPM kena datang

Ekspo Selangkah UiTM akan diadakan Sabtu dan Ahad ni di DATC UiTM Shah Alam. Sesiapa rasa nak teruskan pengajian, boleh datang kat sini dan bertanya mengenai kursus ditawarkan.

Slumb3r ada di booth Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media sequence Publishing untuk dua-dua hari tu, InsyaAllah. Kalau nak tanya pasal diploma pun boleh sebab Slumb3r pun bekas student diploma dulu.

Jumpe kome kat sane yea...


19 Mar 2013

Nightmare...

I'm having nightmare. I'm dreaming of my late crush during my primary school years. I wonder how is she now?

And that is creepy!

Seriously!

15 Mar 2013

Projek Duniawi

Kena regular update blog sendiri kalau aku nak bentuk disiplin sebagai seorang penulis. Masa cuti dulu idea untuk menulis cerpen berlambak tapi sekarang sebab komitmen sudah dihalakan ketempat lain, kena tangguh semua tu. Biasalah, procrastinate untuk sesuatu yang dikatakan hobi dan juga perlu mendahulukan apa yang penting.

Adalah juga mengarang beberapa projek untuk tahun ini tapi tak tahu berapa lama boleh execute plan maha gempak ni. Ramai member dah buat side income masa belajar semua, tapi macam rasa tanggungjawab sendiri buat masa sekarang ni bukan sebagai pekerja untuk mencari duit. Lebih kepada tanggungjawab seorang pelajar yang belajar.

Plan untuk kumpul duit banyak semester ni, tapi tu lah...

Projek assginment banyak yang berat tu pun salah satu faktor. Ada yang kena buat event, projek majalah. Senang cerita macam-macamlah yang luar dari norma. Kalau ikutkan semester ni cuma ada 2 paper final, book marketing dengan international marketing. Lain subjek semua berbentuk final test.

Apa-apa pun, mari berdoa untuk yang terbaik dalam hidup!



12 Mar 2013

Qoutes for today

"Penerbit bertanggungjawab atas apa yang diterbit, penulis bertanggungjawab atas apa yang ditulis dan pembaca bertanggungjawab atas apa yang dibaca..."

(Abg Aqram, 2012)

Abang Aqram adalah penyusun dan editor untuk Terfaktab Media. Rasanya tak ramai kenal dia, tapi apa yang dia cakap tu ada betulnya.

Akhirnya dah ada tajuk untuk subjek penulisan ilmiah. Mungkin berkaitan kandungan buku dan kesannya terhadap pembaca. Informant kajian ni mungkin ada 6 orang. Buat masa ni masih belum tahu siapakah gerangan mereka. Tunggu dan lihat.


7 Mar 2013

Mencari topik penulisan akademik

Seperti tajuk diatas, Slumb3r sedang mencari tajuk untuk penulisan akedemik. Dah ada beberapa isu dalam kepala, antaranya isu isi kandungan buku dan pengaruhnya terhadap remaja.

Semalam pun dapat topik untuk subjek tugasan individu Print and Society 'Book content issue in alternative books in Malaysia'. Power kan?

Malam tadi sesi perbincagan berlaku mengenai 'tanggungjawab penulis vs tangungjawab pembaca'. Tu boleh kot jadi tajuk penulisan akademik. Macam stailo je.

Ada cadangan?

5 Mar 2013

Apa itu babi?...

Lama tak update.. Acah-acah BZ dah masuk sem.. semua projek terpaksa tangguh...

Oh... By the way, tahu tak apa tu babi?...






Carutan aku minggu ni... Ahahaha!

25 Feb 2013

Review buku Kolonial Mimpi


Slumb3r jadi pembaca dah. Dah lepas tahap pembacaan normal tipikal rakyat Malaysia. Dah lepas 2 buku setahun. Ohseemnye rasa.

Kali ni cerita pasal buku Kolonial Mimpi yang digarap dari penulis Sahidzan Salleh dan diterbitkan syarikat Abam Aisa Linglung, Lejen Press. Kalau nak follow twitter penulis, followlah . Dia ni penulis baru. Katanyalah. Hari tu Slumb3r sengaja unmensi tuit buku Kolonial Mimpi:

Jadi nak pendek cerita, adalah sedikit kritik buku Kolonial Mimpi ini. Tapi kalau ikut hakikatnya, bukan salah penulis, ini mungkin salah editor atau... Teknikal (klisenya). Tapi Slumb3r percaya, hanya dalam cetakan pertama sahaja buku terbitan label alternatif ini ada masalah, selepas itu semua okay. Buku ni cetakan pertama September 2012. Panas lagi. Baku keluar oven.



Ni cover bukunya. Mudah dan lebih abstrak dengan corak camo di muka depan. Perfect binding sebagai tulang buku. Materialnya yang pasti bukan simili 80gsm la kot. Sebab kertas dalamnya kekuningan macam kertas ujian bulanan sekolah. Kertas recycle la kot. Ringan walaupun agak tebal. Tiada finishing yang power seperti laminate gloss atau UV coating bagai. Simple.

Kat belakang buku ini ada ruangan sinopsis korang beli dan baca sendiri. Tapi sinopsis yang Slumb3r tulis ini bukan penuh sebab rasanya korang kena beli buku yang betul untuk ketahui akhir ceritanya.

Buku ini menceritakan perjalanan hidup Hairi yang berkerja sebagai pustakawan asalnya. Di awal buku ini menceritakan Hairi tersedar dari lena (kot, malas nak semak balik betul ke tidak) dalam sebuah hotel di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Latar masa dalam buku ini adalah tahun 2066. Permulaan cerita agak sakastik kerana jelas menceritakan apa yang berlaku depan mata kita. Bab satunya menceritakan huru-hara yang berlaku dalam Kuala Lumpur kerana golongan anti kerajaan sedang berkumpul dam mengadakan demonstrasi untuk memansuhkan sistem raja berpelembagaan. Raja umumkan darurat. Selepas darurat, Hairi terperangkap dalam KLIA untuk pulang ke Sabah, tanah airnya.

Bila hampir masuk bab tiga, ceritanya makin menarik. Demonstrasi tadi melihatkan kerajaan Malaysia seperti zalim kerana tidak menghiraukan tuntutan mereka. Ianya berlarutan sehingga negara luar Amerika datang kononnya menjadi hero menyelamatkan rakyat Malaysia (sama ironinya kes Libya).  Tentera diRaja Malaysia kalah teruk dalam masa enam hari selepas diserang oleh tentera Amerika yang jauh lebih maju dari Malaysia.

Hairi dan Kamal (kenalan di hotel) tinggal sementara di flat Jingga rumah si Kamal. Hairi pengsan selepas tentera Amerika melancarkan serangan keatas Malaysia. Bom jatuh depan flat. Bila Hairi sedar, dia berada dalam zon merah, zon larangan. Dia ditanggap dan dimasukkan dalam penjara kerana disyaki menjadi tentera diRaja. Dalam penjara kenal Malik. Mereka bebas setelah hampir setengah tahun dalam penjara. Malik bekas tentera diRaja dan pakar penembak tepat.

Selepas itu, Hairi pulang ke kampungnya di flat Seri Indah, Sabah dan berpisah dengan Malik di Kuala Lumpur. Secara tidak disangka mereka berjumpa kembali di Sabah. Hairi menjadi ahli TPM yang berjuang membebaskan Malaysia dari penjajah Amerika di Sabah.

Pertemuan bagaimana Malik bertemu dengan Hairi? Siapa perempuan misteri berbau lavender dalam mimpi Hairi? Apakah nasib Hairi dalam misi pertamanya? Bagaimana TPM Sabah melakukan misi-misi yang mencabar dengan kekuatan ahli kurang 10 orang? Berjayakah mereka menemui si pengkhianat bangsa dalam gerakan TPM Sabah? Kenapa Hairi tidak merasa sakit walaupun ditembak? Siapakah Hairi sebenarnya?

Semuanya ada dalam buku Kolonial Mimpi ini dengan harga RM 17 di Kedai Buku 1 Malaysia. Kedai lain takda ye. Harap Maklum.

Lagi satu... Buku ni ada unsur-unsur Satu Malaysia.

22 Feb 2013

Mungkin jin atau aku tak cukup tidur? #Cerkon


Aku tak tidur malam tu kerana menyiapkan gadjet-gadjet dalam tapak kem. Rasanya aku sempat lelap dalam 1 atau dua jam. Hakikatnya lama gila. Aku bangun pagi tu aku tengok ada yang dah siap pintu gerbang, semua. Aku jadi panik sebab bivuovac aku tak siap lagi. Aku tengok Aik Kian, Tuck Man dan ramai lagi baris calon pengakap raja dah siap. Aku?



Pemeriksaan pagi dilakukan dengan pantas pagi itu. Aku kemaskan tapak kem, menyusun barang-barang dan mengosongkan beg. Ala-ala tentera punya pemeriksaan. Aku rasa pada saat itu aku adalah seorang bangang berpakaian lengkap pengakap berdiri bagai orang bodoh depan pondok buruk. Itu semua aku rasa selepas aku melihat tapak kem orang lain teratur dan kemas.

Lagi parah apabila bivouac yang aku buat itu beratapkan batang pisang atas ikhsan jiran sebelah tapak kem aku. Asalnya aku memakai buluh sahaja. Bangangnya rasa. Satu persatu tapak kem idividu seluas 10 kali 10 kaki agak-agak aku itu diperiksa. Mula dari hujung sekali. Aku kira-kira aku adalah orang terakhir diperiksa pagi itu untuk bakal pengakap raja. Kem kami jauh sedikit daripada kawasan kem lencana maju dan jaya.

Lagi takut bila aku tengok tapak kem pertama didatangi oleh 2 orang pembantu daerah membawa sebaldi air untuk menguji kekukuhan atap bivouac. Syarat utama dalam kawasan kem kami mestilah 90% daripada alam. Itu antara mengapa aku tidak menggunakan kanvas sebagai atap aku. Calon pengakap raja dikehendaki baring atas bivouac dambil berdoa air tidak keluar banyak menimpa mereka.

Sampai tapak kem aku, seperti yang dijangka aku lenjun kerana atap yang aku buat hanya menahan lebih kurang 20% sahaja dari air yang dicurahkan. Lenjun. Itu yang aku boleh katakan.

Aku adalah antara yang terakhir diperiksa pagi itu. Apabila semua ahli kem berkumpul di tapak berkumpul untuk istiadat pagi, aku yang paling lambat sampai. Kenapa lambat sampai? Kerana aku basah. Oh yeah.... Malunya.

Selepas itu kami ada aktiviti ujian sistem bes atau 'Base System Test' yang mana setiap checkpoint akan dibahagikan kepada pemimpin yang dikehendaki menjalankan ujian kawad kaki, kawat tongkat, pertolongan cemas, orienteering, ikatan dan lain-lain. Semua ujian berbentuk praktikal kerana ujian teori malam tadi sudah dilaksanakan. Checkpoint akan berubah apabila wisel ditiup.

Aku tiada cerita menarik untuk dikongsi pada masa itu kerana pada sebelah pagi, hanya aktiviti itu sahaja kami lakukan. Selepas solat Zohor, aku terpaksa untuk menyerahkan model menara yang telah siap diikat kepada Tuan Arol untuk diperiksa dan diberi markah. Terus terang aku katakan yang model menara yang aku ikat semuanya tidak kemas dan rupanya sangat teruk pada aku. Walaubagaimanapun, aku tetap memberikan kepada Tuan Arol.

Sebelah petang kami ada aktiviti backwood cooking. Acara masak memasak secara alamiah. Ini tidak berapa aku gemari sebab aku tak reti memasak. Kami dipanggil untuk berkumpul, dihadapan junior sekolah aku, model menara aku dilempar. Brengsek punya Arol. Nasib baik ikatan aku kemas dan kukuh, tak terburai. Bangga sekejap depan junior aku.

Apa yang menarik yang berlaku untuk hari itu adalah pada sebelah malam. Ramai yang tidak lepas ujian bes siang tadi, jadi pada malam itu, ramai kena ulangi sistem bes mereka. Aku pun tidak terkecuali mengikut.

Aku pergi ke checkpoint kawad tongkat. Chekpoint itu diantara kawasan surau dengan dewan. Kawasan disitu gelap dan cuma diterangi oleh cahaya samar-samar dari surau dan tapak kem. Aku tak sedap hati malam tu.



Sedang aku tunggu giliran untuk diuji, aku duduk dibawah pokok mangga depan surau. Aku menyendiri kerana dalam 9 orang calon pengakap raja daerah Hilir Perak pada masa itu, hanya aku seorang sahaja Melayu. Ramai diantaranya Cina yang lebih gemar bergaul sesama mereka.

Aku kurang tidur malam semalam. Jadi aku duduk seakan-akan mahu tidur. Tiba-tiba aku terpandang jauh dalam lebih kurang tujuh kaki disebelah kiri ku satu objek. Objek tersebut tinggi lebih kurang 1 meter lebih agak-agak tinggi sedikit dari aku. Mula-mula aku ingatkan tiada apa-apa kerana objek tersebut hanya berdiri mengintai disebalik satu pokok kekabu besar. Mukanya tidak pula kelihatan. Aku biarkan sahaja.

Kemudian bunyi dedaun kering sedang dipijak sesuatu. Seolah-olah ada yang sedang memijak dedaun kering untuk menuju kearah aku.

Aku tenung lama objek itu. Lama-kelamaan objek itu melompat perlahan-lahan kearah aku. Aku dah agak, ini pocong. Ada dua ekor ditempat itu. Lama aku tenung yang seekor datang kearah aku tadi. Aku menunggu pocong tadi rapat. Aku nak tahu apa betul yang aku lihat ini atau sekadar gambaran minda separa sedar aku yang digabung dengan badan yang tidak cukup tidur.

Benda itu tak berani rapat sebab ada samar cahaya diantara aku dengan dia. Mungkin dia tak berani dekat kerana cahaya. Mungkin. Aku tenung lama juga untuk menanti mukanya. Tah kenapa aku rasa berminat untuk menunggu. Aku tidak berganjak walaupun sedikit. Dia berdiri dalam jarak tiga kaki dihadapan aku.

"Kalau dia datang lagi dekat, mesti punya aku lari," kataku sendiri. Dadaku berdebar sambil peluh menguasai ketiak dan dahi. Tanggan dan kaki aku sedia untuk berlari. Bunyi dedaun dipijak semakin hampir ketika itu. Apa aku nak tunggu dia depan aku baru nak cakap 'hai'?

Kemudian nama aku dipanggil. Selepas aku menoleh kepada tuan yang menjaga checkpoint itu aku lihat balik, dua ekor makhluk tadi tiada. Misteri betul.

PS: Semua gambar google je..

(Bersambung... Mungkin kali terakhir untuk versi kem batu 8 ini)