17 Feb 2014

Tolong carikan aku kerja lagi

Aku nak kerja designer... Sama ada majalah, buku, iklan atau ape2 sahaja pun janji designer.

Aku dah apply dah kerja designer tu. Portfolio pun dah buat siap. Apa yang aku perlukan adalah masa. Masa untuk aku menunggu sama ada panggilan temuduga atau panggilan terima kerja. Jadi designer memang haluan yang aku pilih.

Aku akui yang sebenarnya aku ni tidaklah begitu kreatif seperti mana budak dibawah fakulti seni. Aku letak diri aku sebagai design untuk komunikasi. Beza antara design untuk cantik dengan design unuk komunikasi. Tengok pun dah tahu. Aku tak berapa gemar design untuk cantik bagai ni. Tu sebab aku amek Masscomm sebagai bidang aku.

Alhamdulillah, hasil usaha dan komitmen aku masa belajar maka aku tidak perlu bayar PTPTN. Itu adalah pencapaian terbesar aku buat masa sekarang. Hanyaa Allah je tahu betapa susahnya mak aku nak cari duit bagi aku belajar.

Aku nilaikan diri aku sebagai seorang yang berjaya. Sebab aku belajar tidak se-stress mana. Yelah, masa minggu2 exam dulu, aku takdalah belajar teruk2.

Aku perati je kawan2 aku ni. Push diorang punya luck sampai limit. End up result tak setimpal dengan usaha. Tertekan. Masa, tenaga harta semua dah dilaburkan untuk tu, tapi hasilnya tidak memuaskan.

Aku? Belajar kena rilek. Esok paper, kawan2 sibuk study. Aku main game. Ye. Main game. Aku bukan gifted. English aku pn tak berapa fluent sangat. Grammar tunggang langgang juga. Waktu belajar takda tambah, takda kurang. Sama je 1 sem tu dengan kawan2 yang lain.

Kalau kawan2 yang study terok tu, tanya balik diri korang. Yakin ke belajar terok2 tu dapat 4 flat? Kalau yakin, continue la. Kalau tak, chillax la. Chill pun chill gak, kelas jangan tak pergi. Kalau setakat hujan tak dapat nak g kelas, itu bodoh namanya. Takut basah, takut itu, takut ini... Result gempak tu pun takut nak datang. Tu dapat result biasa2 je.

Tak payah study teruk. Tak payah perform sangat. Buat rilek je. Sebab kalau buat rilek je, kita dapat jaga performance kita. Kita nilai sendiri performance kita okay atau tidak.

Kepada kawan2 yang esok nak paper, malam baru nak study, yang kawan2 ajak keluar, taknak dengan alasan nak belajar, yang taknak g kelas sebab hujan je, yang bagi banyak alasan bila suruh buat discussion, yang kipas pensyarah, yang jilat pensyarah, yang guna kabel semua. Ucapan aku pada korang senang je. Moga2 dapat 4 flat.

And fuck off...

5 Feb 2014

Tolong carikan aku kerja

Susah juga cari kerja ni. Sampai sekarang, banyak juga resume aku dah hantar cuma belum ada rezeki untuk  dipanggil kerja lagi. Jadi untuk menghilangkan rasa boring sambil menganggur ni, aku buat la kerja part time.

Kerja ebook aku tak siap2 lagi. Kerja kerut pn sama. Personal project aku punya pun tah kemana. Aku banyak sangat benda nak buat sampai satu ape pun tak buat. Babi ah!

Ni, aku baru tiba2 buat backup plan sekiranya aku tak dapat kerja. Backup plan aku ni sebenarnya boleh terjadi sekiranya sampai seru.

Plan sambung belajar master.

Aku tercabar dgn sorang anak buah aku ni. Dia dah sambung master. Paling tercabar bila master dia cuma setahun setengah je. Serius kejap.

Ni pun tadi aku baru register biasiswa pascasiswazah MARA 2014. Aku isi tak lengkap lagi sebab banyak benda nak kena isi. Salah satunye tu, result final semester. Tu aku boleh isi lepas 14 hb ni sebab masa tu result dah keluar dan aku dah boleh mintak mini academic transcript kat fakulti.

Aku ni noob. Patutnya sebelum aku register MARA tu aku buat research dulu tengok macam mana. Sekarang aku dah faham macam mana prosedur untuk dpt biasiswa ni.

1. Semak syarat kelayakan.
2. Semak universiti pilihan MARA
3. Pilih kursus berdasarkan universiti disenaraikan MARA (tak semestinya dah dpt offer letter.)
4. Isi borang online kat website MARA.
5. Hantar borang.
6. Lulus ujian ape bende tah tu.
7. lulus interview
8. Dapat surat tawaran dari MARA
9. Serahkan surat tawaran kemasukan yadayadayada.....

Lepas tu aku malas nak buat sebab aku masih sangkut dekat nombor 3. Aku masih blurr dgn kursus yg aku boleh amek untuk master tu sebab aku rasa macam ni.

Pertama, aku pasang niat nak sambung master kat Jepun. Masalahnya aku tak tahu apa2 pasal belajar kat Jepun.

Kedua, aku pasang niat sama ada  sambung master dalam bidang kemanusiaan atau psikologi sebab research aku masa dip dan degre ni banyak berkisar dgn psikologi manusia dan kaitannya dengan media. But I wanted to learn more about how Japanese people co-op with that, especially in reading culture. They are fucking awesome!

Ketiganya, aku tak tahu kursus yg bakal aku ikut tu adalah mara sanggup taja. Ini sebabnya tak semua kursus dia layak sponser. Yang kritikal dan bidang NKRA tu je depa nak. Tah la, aku rasa macam betei NKRA tu.

Aku nak baca FAQ kat facebook depa, mungkin aku akan dpt pandangan lebih cerah.

Panjang betei aku rasa hari ni sebab dari lepas Maghrib tadi aku dok research pasal kursus ape yang aku nak. Mcm susah je nak sambung kat Jepun ni sebab lecturer aku banyak sambung kat eropah. Argh!! Stress!