Untung la pada yang yang berjimat selepas GST.
Aku ni yang rugi. Sebelum GST dah berjimat. Lunch kat opis kengkadang bawa bekal dari rumah, makan malam masak kat rumah, naik motor je pergi kerja, baju baru tah berapa lama tak beli. Rugi betullah.
Lagi rugi sebab semalam aku tak pergi perhimpunan bantah GST. Hadui. Rugi betullah. Boleh pula aku terpergi kurus A4B yang brader Reza anjurkan. Haish. Rugilah! Rugi terpaksa keluarkan RM 5xx untuk pergi kursus 8.30 pagi sampai 10 malam ni. Rugi betullah!
Kelas semalam ramai juga yang pergi. Aku tengok ramai loosers dalam kelas tu, terkebil-kebil nak fahamkan teknik research keywords, nak run campaign serendah RM 5 sehari. Ada juga loosers ni nak cari jalan untuk optimize keywords selama sebulan ikut jadual brader Reza ni buat. Hadui. Paaadia la loosers ni buat.
Aku pun susah juga nak faham, tambah-tambah metod remarketing yang diorang kata teknik minyak dagu untuk dapat pelanggan. Macam siut gila rasa bila nak fahamkan teknik GDN untuk tingkatkan sales dalam masa yang singkat.
Bukan takat tu je, Brader Reza ni ajar sikit pasal teknik nak perah customer sampai kering duit mereka berbelanja dengan kita. Senang rupanya nak utilizekan customer's data untuk target diorang secara sniper. Wow... Bodoh gila siut aku tak tahu teknik tu.
Lepas kelas, diorang ni boleh lepak dalam group dalam fesbuk sebagai supporting team. Ohh demm...
Anyway, aku malas nak rangkumkan kerugian masa aku yang terbuang untuk kursus ini. Saja nak try untuk tingkatkan jualan aku. Minggu ni sahaja, Miss A dapat closed sale 4 job. Tak cukup rasanya. Sebab target sales memang dah capai, tapi rasanya tak cukup. At least 20 job sebulan baru cukup. Baru la aku ngan Miss A boleh berhenti kerja sekarang, dan fokus bisnes sahaja. Silap-silap haribulan, sebelum umur 50 dah boleh bersara dah.
Tak apalah. Janji ade job masuk. Aku pun jenuh nak siapkan mockup dengan design dari client. Tak menang tangan. Next week balik Johor dengan akak aku dan cuba lock deal dengan akak ipar aku. Dia call hari Jumaat lepas. Katanya nak offer job. Aku follow je. Dah rezeki nak datang, datanglah. Then, hari yang sama, akak sepupu aku kabor yang anak dia nak bagi job. Tapi design takda lagi. Aku pun iyekan je la. Nak aku design, boleh je. Takda masalah.
Aku tak mampu bayar kelas tu sensorang. Yuran kelas tu sahaja dah makan lebih suku gaji aku. Boleh bayar installment Myvi sial. Jadi, aku ada sorang sponser yang merangkap partner in crime aku for the past 6 years aku kenal dia. Kalau tak silaplah 6 years. Hahaha... Lupa dah.
Aku mungkin akan JV dengan dia next month. Tu pun kalau dia tak sembang kotey la. Selalu dia sembang kotey je, tak tahulah semenjak dua menjak ni dah matang dan tak jadi munafik. Aku pun tak tahulah. Lama tak jumpa dia ni.
Another story, seorang member aku pun halo2 pagi semalam. Lama tak dengar cerita. Aku jarang kontek dia lepas dia pindah duduk UK beberapa bulan dulu. Senyap. Tahu-tahu sekarang dah rugi 12k dalam bisnes dia. Alahai. Kesian tersontot. Tak apalah. Modal dia pun kecik. Sekarang dia nak up balik. Dia terpaksa kerja makan gaji pula. Aku tau dia memang tak suka kerja makan gaji. Tak thrill kabornye. Chill bruh, kau ada kawan-kawan yang masih leh sapot. Sapot nasihat je la. sapot duit, tak boley. Aku dah rugi banyak ni sebab tak pergi perhimpunan GST tu. Hahaha!
Aku tak tahu bila brader Reza nak approve friend request aku kat fb. Mungkin tak kut. Aku bukan siapa-siapa lagi. Hanya pencetak baju cabuk dari satu tempat ceruk di Alam Jaya. Orang pun ramai tak tahu tempat ni kat mana. Lantak la.
Nah, gambar. Ada aku cilok dari group A4B... Hahaha!
Oh yeah, gambar last brader tu. Aku respek dia sebab dia chill. Ex-engineer yang lari field. Hahaha!
============================================
Masa sarkastik dah tamat. Itupun kalau sesiapa terasalah. Pergi mampus. Aku tak kesah. Korang tak bayar bil-bil aku. So, no need my concern.
Pada sesiapa yang hadir perhimpunan bantah GST ape jadah semua tu, apa korang dapat? Pada yang komplain, dan sehingga sekarang tiada tindakan yang korang buat untuk tambah pendapatan, ape cer? GST tetap akan jalan dan menyusahkan kita. Get creative. Use your imagination-lah.
Juga pesanan ini aku tujukan pada yang duduk kutuk kerajaan tak adil dan banyak korup segala, jangan pernah putus asa untuk tunjukkan perasaan korang itu. Itu cara korang untuk perjuangkan hak-hak orang tertindas. Aku tak tertindas, jadi korang tak bawa ideologi aku ni. Aku oportunis. Continue on doing what you do. It will give less competitors to me. I support you all!
In before,
"If people are lame, they love to blame," -RTK
===========================================
Aku ngah cari beberapa kepala yang sama dengan aku untuk setup team. Buat masa ni, aku offer pada kawan-kawan aku yang nak belajar setup website untuk kedai korang yang nampak profesional bermodalkan bawah RM 200 serta masa yang agak banyak untuk trial and error. Pelaburan yang baik dan mampu menjimatkan wang pada masa hadapan.
Aku gak tengah eksperimen dengan eCommerce punya sistem. Tapi tu masih dalam latihan. Betul-betul aku offer untuk pilot test setup website nampak professional. Free. Aku tak amek satu sen. Korang cuma perlu bayar hosting dengan domain je. Aku ajar yang lain.
Kalau nak lah. Sediakan duit. Mungkin next post aku share website aku buat guna modal RM 111.95. betul-betul hosting dengan domain je. Setahun.
Aku offer pilot test dulu untuk 2 orang. Just give me a Whatsapp only. Call aku tak layan. Bizi.
Sesuai untuk segala spesis bisness. Fotografi, freelance designer, jual kuih, jual ape jadah semua. Nak jual dadah pun boleh, tapi bila kena tangkap, aku tak terlibat. Aku cuma train je sampai jadi website tu.
Jangan risau. Aku tak upsell. Ni untuk eksperimen next project. Nak jadi tikus makmal aku?