Showing posts with label Slumb3r Game Review. Show all posts
Showing posts with label Slumb3r Game Review. Show all posts
3 Mar 2015
Ragnarok Online 2: Lagend of the Second
Hoooriii shit...
Okay, aku baru jumpa Ragnarok Online 2 ni kat youtube. Aku dah boring main game yang sorang-sorang, Jadi aku gugel beberapa perkara pasal MMORPG ni. Aku malas nak main DOTA2 atau LOL sebab player dia limited satu-satu game. Lepas tu masa tengah lawan, tak boleh pause (aku tak tau la boleh ke idok, tapi aku rasa tak boleh pause) dan itu buat aku annoying sikit.
Sejarah aku dengan RO ni lama gila beb. Tahun 2001 atau 2002 dulu-dulu. Masa aku sekolah rendah nak naik menengah dan internet masa tu masih guna tmnet 1515. Lama gila. Masa tu ada 5 orang main game ni dalam kelas. Aku, Edika, Fendi, Din dgn Enn. Tapi kaki lepak CC, kaki ponteng sebab main game, kami-kami la. Masa tu CC sebelah kedai letrik hala ke Taman UPC tu ngah top. Situ la kami lepak. I truly missed those days of counter strike, RO, Red Alert 2 dan benda-benda bodoh kitorang buat.
Anyway,
RO ada buat comeback dalam tahun 2013, aku tak pasti 2012 atau 2011. Dalam tahun tu la. Masa tu aku dah kurang main RO ni. Kalau main pun kat server Trinity. Tapi banyak BOT dalam tu. Macam bangang. Boring. Real player tak ramai pun. Ada pun bersepah masa WoE je. Aku betul2 rindu masa WoE masih BETA dulu. Gempak siut. Masa tu aku rasa game ni la paling lahanat best. MMORPG masa tu tengah nak up, game ni yang datang dengan majalah Gempak dulu. Aku ingat lagi. Diorang bagi CD percuma. Aku install kat rumah. Tapi kurang thrill sebab member takde. So, CC adalah jalan terbaik masa tu.
MMORPG Concept
MMORPG bermaksud, Massively Multiplayer Online Role Playing Game.
Bila sebut massive tu, memang ramai gila la orang yg main dalam tu. Aku tak tahu berapa ramai, tapi masa RO ngah free dulu, ada dua server, Chaos dengan Loki. Player dalam tu beriban bhaaaiii!!... Tapi masa tu tengah free la. Bila dah bayar, aku pun berhenti main. Cam bangang je bila dah bayar.
Secara asasnya RPG punya game main secara leveling, pukul-pukul binatang dan jadi power. Experience dikumpul dan unlock level untuk jadi power.
Ada sistem dungeon, acah2 macam main Skyrim, Diablo dan seumpamanya. Ada sistem senjata, dan macam-macam lagilah.
Rangnarok Online Dulu-dulu
Dulu punya kes, RO lebih kepada MMORPG secara asli. Tak banyak ciri-ciri menarik yang ditawarkan. Secara rumus, dulu ramai main game tu macam ni:
Pukul binatang > Naik level > Tukar klass pekerjaan > Cari barang power > Jadi kaya @ buatlah ape kau nak
Tu setakat aku tengok kawan-kawan aku yang mainlah. Tapi sebenarnya banyak lagi ciri-ciri lain yang boleh diteroka dalam game tu selain yang selalu orang main dalam tu. Antaranya adalah:
1. Sistem dungeon.
Ni macam tapak leveling la. Ada banyak dan bersepah. Antara yang popular, Payon Dungeon, Ant Hell, Orc Village, Prontera Sewer, Byalan Island Dungeon, Pirate Ship Dungeon dan lain-lain. Ada banyak dan bersepah dalam game ni. Kau boleh pergi mana-mana kau suka sama ada untuk leveling, quests atau saja lepak-lepak cari jodoh.
2. Sistem Klass Pekerjaan
Ni antara sebab kenapa ramai orang main. Sebab sistem pekerjaan dalam game yang pelbagai. Mula-mula game dulu ada sikit je. Ada klass asas seperti Novice. Kemudian pemain didedahkan dengan klass pekerjaan biasa seperti Swordman, Magician, Archer, Merchant, Acolyte dengan Thief. Tu common. Lepas dah power, pemain boleh tukar klass jadi:
Swordsman > Knight
Magician > Wizard
Archer > Hunter
Merchant > Blacksmith
Acolyte > Priest
Thief > Assasin
Tu sistem lama. Kemudian diperbaharui dengan klass lain seperti:
Swordsman > Crusader
Magician > Sage
Archer > Bard/Dancer
Merchant > Alchemist
Acolyte > Monk
Thief > Rogue
Ada update lagi lepas tu. Klass baru. Lagi kompleks cam babi. Klas-klas yang aku maksudkan macam ni:
Knight > Lord Knight
Wizard > High Wizard
Hunter > Sniper
Blacksmith > Mastersmith
Assassin > Assassin Cross
Priest > High Priest
Crusader > Paladin
Sage > Scholar
Bard/Dancer > Minstrel/Gypsy
Alchemist > Biochemist
Monk > Champion
Rogue > Stalker
Lepas tu last update seingat aku sebelum aku berhenti main dulu macam ni:
Lord Knight > Rune Knight
High Wizard > Warlock
Sniper > Ranger
Mastersmith > Mechanic
Assassin Cross > Guillotine Cross
High Priest > Arch Bishop
Paladin > Royal Guard
Scholar > Sorcerer
Minstrel/Gypsy > Maestro/Wanderer
Biochemist > Geneticist
Stalker > Shadow Chaser
Champion > Sura
Haaa... Antara kenapa aku berhenti sebab ada klass mengarut macam:
TaeKwon Kid > Soul Linker/ TaeKwon Master
Ninja > Kagerou/ Oboro
Gunslinger
Super Novice
Kaaaannnn! Cam bongok. Banyak skill dan benda boleh explode kalau suka sistem klass ni. Dah la nak tukar klass ada ujian dan tugasan kena buat. Paling terbaik la masa tu aku ingat kena tunggu turn nak tukar klass dari Mage ke Wizard. Babi sial tunggu turn pukul 2 pagi. Nasib baik lepas. Masa tu memang ramai gila
3. Sistem ekonomi.
Sistem ekonomi dalam game ni antara yang terbaik aku pernah jumpa dalam mana-mana MMORPG. Aku suka masa server Chaos, Loki dgn War Of Emperium (WoE). Masa ni semua orang nak jadi kaya. Jual kad, senjata, perisai bagus-bagus siap dengan refine. Power beb masa ni. Dah la dungeon bersepah sebab ada satu kes, Piramid Underground Dungeon bersepah sebab orang nak kad Minorous sebab kad dia boleh jadi power kalau lawan Munak. Aku tak berapa ingat masa tu. Sebab kecik lagi, bukan paham sangat pasal ekonomi dia tu.
4. Sistem binatang perliharaan.
Sistem ni sama macam kes Alchemist bela homunculus, tapi Alchemist ni buat pet dia sendiri dan pet dia boleh serang. Power siut... Aku ada klass ni satu dulu.
5. Peta dunianya luas
Banyak bandar boleh jelajah, Kalau nak mencabar, boleh jalan kaki je dari satu tempat ketempat yg lain. Kalau nak cepat, boleh mintak Kafra hantar. Pilih... Pilih...
6. dan banyak-banyak update lain.
Bersepah. Aku nak cerita satu-satu pun tak boleh. Diorang siap buat Wiki kot pasal RO ni. Kalau nak tengok, mai usha Rate My Server yang mana spesifik untuk RO fan.
Aku enjoy biase-biase je ngan game ni, tapi takde la obses pun. Aku enjoy dengan kawan-kawan yang main game ni sama-sama. Ada dah geng main game aku ni jadi bapak. Tengok aje Edika tu. Untuk yang lain, susah nak cakap. Tapi tak tahu la pula diorang stop gaming lepas jadi matang ni atau masih bermain sampai sekarang.
Aku masih lagi main game, tapi genre aku banyak dah tukar. Aku lebih gemar RTS dan strategi. Aku suka game yang berfikir. Action tu boleh la, Tapi terhad sebab aku punya komputer dah downgrade. Pakai laptop, sebab PC aku rosak. Tak tahu nak betulkan bila. Hahaha...
Aku ingat nak buat comeback la dengan RO 2 ni, tapi server kat Malaysia dah tutup. Katanya tak dapat sambutan. Bodoh betul. Bukan sambutan la, kurang promosi. Aku dapat tahu pun dah 2 tahun lepas server Malaysia ni tutup. Cuba market macam dulu-dulu, letak kat majalah Gempak, bagi CD free. Konfem power.
Aku yakin, ramai dah RO player ni rindu game ni. Aku pun rindu. Tapi private server dia hidup segan, mati tak mahu. Sunyi je. Ramai dah jadi bapak-bapak dan mak-mak, terus tak main. Kalau tak main, cube turunkan skill tu kat anak-anak. Mana tau ada generasi lain main...
15 Aug 2012
Star Supremacy Review (loong post)
Game review peeps
Selamat berpuasa kepada mereka-meraka yang berpuasa. Hari ni
Slumb3r nak buat posting pasal game lagi. Memang Slumb3r tahu dah beberapa post
Slumb3r dok cerita pasal game je. Mana taknya sebab dah boring kat rumah. Pagi
g kebun balik kul 10.30 lepas tu main game je la kerjanya sampai la nak masuk
tido. Kali ni Slumb3r nak cerita pasal 1 game.
Game ni Slumb3r jumpe kat
webcomic miao &wafu pafu sewaktu sedang baca blog2 komik yang terdapat
dialam maya ini. Tapi sekarang Slumb3r bukan nak cerita pasal webcomic. Mungkin
dalam post lain, tapi kali ni Slumb3r nak cerita pasal 1 game yang simple tapi
menyeronokkan yang Slumb3r main.
Okay. Game ni game baru dari 1 tempat laman sosial seperti Facebook dan twitter. Tapi laman sosial ni lebih tua dari dua tu rasanya. Slumb3r main masa zaman muda remaja sewaktu mula-mula kenal internet tahun 2002. Yeah beybeh.... Friendster.
Friendster kini dah berwajah baru. Tak macam dulu lame dan buruk. Rasa-rasanya dah ada apps friendster untuk smartphone mcam facebook dgn twitter. Tak tahu la pulak. That is beyond my knowledge.
Okay. Slumb3r buat introduction dulu la ye.
Game ni macam 1 game online Slumb3r pernah main dalam PC dalam tahun 2010 dulu. Galaxy something2 lah. Tak ingt nama game tu apa.
Game ni menawarkan kita untuk menjadi komander dalam 1 koloni angkasa lepas dan bertindak sebagai pemerintah. Ini adalah game strategy macam red alert, age of empires and so on.
Kita boleh kawal untuk berperang, bersosial, atau jadi bodoh. Kome boleh pilih mana satu nak.
Ada 3 factions kita boleh pilih masa mula-mula main game ni. antaranya UEO, Seekers dengan Altarian. Ketiga-tiga factions tu ada keistimewaan. FYI, factions tu bangsa @ kelass @ character kome dalam game tu.
Macam UEO (United Earth Order) hebat dalam berperang sehinggakan teknologi dan upgrade diorang semua pasal perang. Diorang mempunyai 1 kapal perang spesis super ship yang dipanggil battle ship. Weapon jangan cerita le, konpem2 hebak nanang! Diorang juga berkebolehan untuk menggali rare resourcess iaitu Heavy Metal. Gua cakap factions ni gempak!!
Seekers pula antara yang terawal hidup kat angkasa. Kira-kira macam orang asli angkasa. HOOOGAH HOOOGAH! Mereka ada keunikan sendiri. Diorang hebat dekat high technology. Diorang bergantung kepada kecekapan dan kreativiti. Mampu untuk menggali nebula gas sebagai rare resources. Faction ni bukan senang2 nak kalahkan sebab diorang Alien yang berteknologi tinggi.
Altarian pula adalah sepihan dari UEO. Diorang tak suka kepada cara UEO yang suka berperang. Macam Slumb3r. Slumb3r tak suka berperang. Maka diorang lebih fokus kepada pembangunan ekonomi. dan insaniah. Diorang hebat dalam bidang ekonomi dan mampu untuk menjadi saudagar kepada Seekers dan UEO sebab dia mampu untuk menggali Crystals sebagai rare resources.
Slumb3r pilih faction ni.
Now, let the picture talk.
Ini adalah colony Slumb3r yang pertama. Baru seminggu main. Dah ada 3 colony. Slumb3r namakan dia Mareshia as in Malaysia in Japanese. HAHAHAHA!
Yang kurengnya dalam game ni, kalau nak namakan colony tu kena ada special item. Nak beli kena pakai RM RM RM!! Slumb3r main free. Dapat item melalui perang2 je. Tak payah kuar duit 1 sen pun.
Bila nak perang, mesti ada askar. Dalam game ni boleh design kapal angkasa sendiri untuk pergi perang. Korang kena DESIGN! Ye, design. Ada modul dan weapon. Setiap modul ada keistimewaan sendiri macam lebih armor ke, shield ke, fighter bay ke untuk angkat jet-jet kecik untuk tolong g perang ke, nak letak weapon boleh serang jet-jet tu sahaja je atau weapon campur2.
Tapi yang penting, terpulang kepada korang nak buat macam mana pun. Setiap kapal berbeza mengikut jenis. Macam yang Slumb3r buat ni Slumb3r guna kapal class Corvette dari spesis kapal kecik. Ada 2 modul dan 1 turret weapon. Ade sesetengah kapal ade banyak modul dan ade beberapa spesis weapon.
Lepas dah design boleh letak design kita tu nama. Yang ni tak payah ade special item. Korang letak la nama apa pun asalkan korang hepi.
Lepas dah buat kapal, korang boleh tugaskan siapa jadi ketua untuk setiap angkatan tentera tu. Ni la gunanya leaders. Ni balacibai dalam game ni. Kita boleh recruit ramai-ramai tapi apa gunanya ramai2 kalau takda kapal untuk diorang. Betui dok.
Boleh leveling sama-sama dan setiap leader hanya boleh kawal beberapa anak buah. Limit diorang berbeza-beza mengikut level masing-masing.
Gaisss...
Ni pula adalah Planet Map. Kita boleh tengok banyak koloni dari player-player lain dalam game ni dalam tanda merah tu. Slum3br punya colony dalam planet tu ditanda dengan tanda hijau. Comel je 1 tu. Musuh-musuh lain berlambak. Ni yang seronok dalam game ni.
Map planet besar gila, tak percaya tengok bucu bawah kiri. Kawasan kotak hitam tu korang nampak sekarang, luar dari kotak tu adalah map untuk player-player lain. TAHI!
Kita zoom out planet, nampak lah solar system kita. Ni adalah solar system. Tadi kita ada kat planet, sekarang dalam solar system. Planet asal untuk UEO di Juno, Seekers di Phaeton dan Altarian di Heracles. 3 lagi planet tu netural. Boleh lah takluk.
Buat masa sekarang Slumb3r menetap di Heracles, Aquila dengan Lizard. Bakal membuka cawangan di Diploe lepas ni.
Zoom out solar system, kita jumpa lah galaksi. Galaksi ini terdiri dari beberapa solar system. Yang terpampang di screen shoot ni adalah solar system yang kome tengok kat gambar atas tadi.
Buat masa sekarang hanya 3 solar system dibuka dan 3 lagi belum dibuka sebab game ni game baru. Untuk pergi ke solar system yang lain kena ada level 35 leaders dan keatas baru boleh fly. Kalau takda, duduk je la dalam solar system yang lama.
Solar system lain ada banyak rare resourcess tidak terdapat dalam solar system asal. Superbbb!!!!
Game ni baru, jadi Slumb3r sarankan korang masuk sebab kalau start awal, nanti lama-lama hebat. Serius tak tipuu!!
Okay. Slum3br cerita pasal perang-perang sebab Slumb3r yakin ramai macam nak cuba game ni. Game ni tak terhad untuk perang sahaja. Slumb3r belum cerita pasal sistem ekonomi, kajian dan sistem persekutuan (alliance). Banyak lagi kelebihan dalam game ni yang korang kena cuba sendiri dan lihat hasilnya.
Korang boleh search guna nickname Slumb3r dalam game ni. Mungkin kita boleh jumpa dan Slumb3r akan tolong korang. Mana tahu ada alliance dari Malaysia dapat takluk 1 planet sama-sama. Manalah tahu. Dalam screen shots tu Slum3r dalam alliance Novafleets kan? Slumb3r dah keluar sebab cuma ada 4 orang je dalam alliance tu. Sekarang join XCom. Alliance paling hebat KoA.
Takpalah, ni dah ngarut lebih. Korang kena cuba sendiri kat sini. Jangan lupa buat akaun Friendster dulu. Buat akaun semata-mata untuk main game cool ni. Tak caya? Cuba le!
28 Jul 2012
Perkara dibuat masa cuti
Ahhh... dah lama tak update.
Slumb3r berada di mood cuti. Main game je kerja time cuti ni. Dok depan pc lame kang silap-silap mata leh rabun lg truk. Oh my pc
Cuti ni banyak abeskan mase main game. Tak mampu nak beli Xbox kinect RM 1300 kat Ipoh hari tu. cuma mampu main game dalam pc je. Game lama.
Ni lah game yang slumb3r kate tu. dari siri game total war. Total war shogun 2. Gempek siakk!
Game ni offer kita sebagai pemain yang mengawal suku kaum tertentu dalam nagara jepun masa senjuku jidai, perang jepun zaman feudal dulu. Ala-ala kalau kat barat masa zaman jahiliyah la. Superbbb
Suku kaum semua ada 9, ekstrak dari wiki je, malas nak taip;
Korang boleh kawal posisi sebagai general atau daimyo semasa perang. Matlamat utamanya adalah untuk menjadi shogun dan menakluk 60 daerah dalam negara jepun. Korang boleh kawal askar dari unit Ashigaru, Samurai malah korang boleh kawal unit tentera laut dalam game ni.
Apa uniknya game ni korang diberi pilihan untuk mengawal 4 unit Samurai terdiri daripada Katana Samurai, Yari (lembing) samurai, Bow samurai atau unit superior dalam game ni, Warior monk. Unit tentera berkuda pun ada pecahan untuk setiap samurai macam katana samurai calvary, yari samurai calvary dan macam-macam lagi. Ada juga unit ninja comando sebagai tentera dan ashigaru metlock (tentera bersenjata) tapi slumb3r terhadkan penggunaan 2 unit ni sebab hanya berkesan dalam situasi tertentu je.
Selain banyak pilihan tentera, korang boleh kawal ejen. Yesss! Ejen! Ada 3 jenis ejen dalam game ni. Ejen ni special sebab hanya terhad kepada beberapa unit boleh bina perpandukan bangunan apa dibina dalam setiap bandar. 3 unit tersebut terdiri daripada Metsuke (secret police), Ninja (commando unit), Monk (inspiring unit). Semua unit ni ada pro and cons sebab diorang hidup dalam segitiga. Metsuke alah pada monk, monk alah pada ninja, ninja alah pada metsuke.
Kalau tak suke perang, korang boleh guna diplomasi. Boleh buat sistem barter (eksport import barang dagangan) boleh juga applikasi sistem vessel iaitu sistem tirani hamba kejam (HAHAHAHA!!) atau boleh buat sekutu untuk menentang sesuatu negara.
This game is goddam awesome!
Slumb3r amek masa 2 minggu download game ni dari warez guna internet streamyx je. Berbaloi-baloi. gameplay dia lebih kurang sama dengan Sid Miers Civilization series iaitu turn based game. Slumb3r taksub game-game strategi macam dua game ni.
Korang patut main game ni! ni screen shot dari Mr. Gugel yang slumb3r dapat.
Slumb3r berada di mood cuti. Main game je kerja time cuti ni. Dok depan pc lame kang silap-silap mata leh rabun lg truk. Oh my pc
Cuti ni banyak abeskan mase main game. Tak mampu nak beli Xbox kinect RM 1300 kat Ipoh hari tu. cuma mampu main game dalam pc je. Game lama.
Ni lah game yang slumb3r kate tu. dari siri game total war. Total war shogun 2. Gempek siakk!
Game ni offer kita sebagai pemain yang mengawal suku kaum tertentu dalam nagara jepun masa senjuku jidai, perang jepun zaman feudal dulu. Ala-ala kalau kat barat masa zaman jahiliyah la. Superbbb
Suku kaum semua ada 9, ekstrak dari wiki je, malas nak taip;
- The Chosokabe clan inhabit Tosa province and can recruit superior bow infantry and generate more income from farming.
- The Date clan control Iwate and can recruit superior no-dachi samurai, all their units also gets a bonus when charging.
- The Hojo clan are great builders and siege specialists who inhabit Izu and Sagami.
- The Mori clan inhabit Aki and have a long history of naval mastery.
- The Oda clan are efficient commanders of ashigaru and are settled in Owari.
- The Shimazu clan inhabit Satsuma and can recruit superior katana-armed samurai, their generals are also more loyal to their clan.
- The Takeda clan warlords preside over Kai and recruit superior cavalry.
- The Tokugawa clan inhabit Mikawa province and rely on diplomatic relations and the recruitment of better warrior ninjas and metsuke.
- The Uesugi clan control Echigo and specialise in Buddhism, allowing them to recruit better monks and warrior monks as well as generating more income from trading.
- The Hattori are the leading family in Iga and recruit specialised ninjas and warrior ninjas with more expertise.
- The Ikko-Ikki clan are a "family" of religious rebels that control Echizen and Kaga and recruit Ronin and superior warrior monks.
Korang boleh kawal posisi sebagai general atau daimyo semasa perang. Matlamat utamanya adalah untuk menjadi shogun dan menakluk 60 daerah dalam negara jepun. Korang boleh kawal askar dari unit Ashigaru, Samurai malah korang boleh kawal unit tentera laut dalam game ni.
Apa uniknya game ni korang diberi pilihan untuk mengawal 4 unit Samurai terdiri daripada Katana Samurai, Yari (lembing) samurai, Bow samurai atau unit superior dalam game ni, Warior monk. Unit tentera berkuda pun ada pecahan untuk setiap samurai macam katana samurai calvary, yari samurai calvary dan macam-macam lagi. Ada juga unit ninja comando sebagai tentera dan ashigaru metlock (tentera bersenjata) tapi slumb3r terhadkan penggunaan 2 unit ni sebab hanya berkesan dalam situasi tertentu je.
Selain banyak pilihan tentera, korang boleh kawal ejen. Yesss! Ejen! Ada 3 jenis ejen dalam game ni. Ejen ni special sebab hanya terhad kepada beberapa unit boleh bina perpandukan bangunan apa dibina dalam setiap bandar. 3 unit tersebut terdiri daripada Metsuke (secret police), Ninja (commando unit), Monk (inspiring unit). Semua unit ni ada pro and cons sebab diorang hidup dalam segitiga. Metsuke alah pada monk, monk alah pada ninja, ninja alah pada metsuke.
Kalau tak suke perang, korang boleh guna diplomasi. Boleh buat sistem barter (eksport import barang dagangan) boleh juga applikasi sistem vessel iaitu sistem tirani hamba kejam (HAHAHAHA!!) atau boleh buat sekutu untuk menentang sesuatu negara.
This game is goddam awesome!
Slumb3r amek masa 2 minggu download game ni dari warez guna internet streamyx je. Berbaloi-baloi. gameplay dia lebih kurang sama dengan Sid Miers Civilization series iaitu turn based game. Slumb3r taksub game-game strategi macam dua game ni.
Korang patut main game ni! ni screen shot dari Mr. Gugel yang slumb3r dapat.
Subscribe to:
Posts (Atom)









