31 Dec 2014

Salah Satu Skim Tersontot Malaysia

Sangat power tulisan Brader Di ni dalam blog beliau di sini.

Hari Selasa lepas ada sorang sahabat aku bertanya mengenai blog aku ni. Dia cakap susah nak cari dalam google sebab dia tak ingat nama blog aku. Aku pelik la, ape nak tau pasal blog aku. Respon dia buat aku berfikir, ade ke?

Dia nak cari post ini dan tanya pasal satu skim pelaburan yang kawan dia join. Kalau join sorang takpe, ni siap ajak-ajak orang lagi join. Hok aloh.

"Bro, guwa rasa kawan lu tu macam bermuka huduh tapi nak kapel dengan Neelofa la." Ni nasihat aku bagi kat kawan aku tu.

Skim Tersontot

Ohh, lanciau sungguh bunyi dia. Sontot ye.

Korang peratikan satu gambar screen shoot salah sorang sifu kewangan aku ni.



Nampak tak betapa tersontotnya brader ni. Nasib baik muda lagi, boleh bayar hutang tu. Kalau berhutang la, kalau tak berhutang tu lain cerita. Siyes fakap la kalau aku jadi brader ni.

Okay, takpe. Kesilapan adalah sifu terbaik. Jangan buat silap lagi.

Kenali skim tersontot anda

Skim yang kawan aku diajak masuk tu adalah skim popular sekarang. Skim tu ada sesuatu yang ikan (something fishy) yang berlaku. Banyak faktor mempengaruhi ke-fishy-an dia. Aku pernah tanya anak buah aku yang join skim tu, tapi jawapan dia kurang memuaskan kerana aku tak sampai hati nak kabor. 

"Ang pasti ka yang skim ang join ni patuh syariah?"

Tu adalah satu sebab nya. Berkisar kepada 'how do they make money?'. Aku diberitakan jika masuk skim tu ada pakej. Pakej A (mahal tapi pulangan awesome). Pakej B (sedang-sedang timbal balik risiko dengan keuntungan) dan Pakej C (murah dan pulangan sikit). Pakej C ni value dia dalam 1.9k+/-

Aku akan disclosure dan sebaik mungkin tutup nama skim yang aku kabor ni sebab aku tanak timbul fitnah sebab aku bukannya tahu 100% skim ini berjalan macam mana. Lagi satu, aku ni judgemental sikit mengenai skim pelaburan pulangan konsisten setiap bulan dengan risiko rendah.

"Al-ghurm bil ghunm"
returns are justified by taking risks

Dalam buku Understanding Islamic Finance hasil tulisan Muhammad Ayub diterbitkan tahun 2007 ada menyebut terma di atas yang bermaksud 'keuntungan datang bersama risiko'.

Senang cerita, lagi besar kerak, lagi banyak nasi. 

So, bila kome dok cerita pasal skim pelaburan yang dimaksudkan, aku jadi curious. Research punya research aku dapat tau yang:

1. Aktiviti yang dijalankan oleh syarikat skim pelaburan tersebut adalah tidak berlesen dari Bank Negara Malaysia (BNM)

Ni aku terkejut. Tapi ada sahabat seperjuangan aku share benda ni dan sahih. Tak caya? Gugel bro... Gugel...

2. Apa perniagaan yang dilakukan sehingga boleh gandakan ROI dalam masa yang singkat?

Ni anak buah aku dapat counter dan aku pun tellykan apa yang dia kabor. Memang kompeni ni ada banyak division termasuklah kelab, kedai online, hartanah, amal kebajikan, emas dan media. Tapi korang akan dapat banyak info selagi korang korek. Anak buah aku masih tak dapat meyakinkan aku terhadap soalan aku berikutnya.

3. Halalkah perniagaan yang dilakukan?

Berbeza betul skim ni dengan pelaburan 'marhaen' ramai orang lakukan, iaitu pelaburan saham dalam Bursa Malaysia. Dalam Bursa Malaysia, broker saham telah mengklasifikasikan kaunter-kaunter saham dalam Bursa Malaysia kepada dua kategori iaitu patuh syariah dan tidak patuh syariah. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia adalah badan memastikan keselamatan pelabur dalam Bursa Malaysia supaya para pelabur dan pemilik perniagaan tidak tertipu. Cerita dia, SELAMAT dan HALAL.

Mekanisma pelaburannya adalah dengan cara membeli saham yang murah dalam bentuk unit yang istimewa dan menjualnya semula bila harganya tinggi. Aku malas dedahkan nama unit saham tersebut, kalau aku dedahkan sudah terang lagi bersuluh kan?

4. Siapa mengawal nilai naik turun unit saham tersebut?

Aku pun masih lagi dalam pembelajaran mekanisma nilai saham Bursa Malaysia naik dan turun macam mana, tapi secara asasnya untuk korang faham macam ni la:

Nilai saham naik turun tu adalah 'market equilibrium' yang dipelajari masa ECO 101 diploma dulu (siapa belajar diploma UiTM mesti pernah belajar). Lebihan barangan akan menyebabkan harga turun dan kurangnya barangan akan menyebabkan harga naik. Lebih kurang macam tu la.

Tapi kalau korang beli unit saham tu, siapa mengawal turun naiknya? Kalau ada udang disebalik mee, nampak benor la menipunye.

5. Kenapa BNM tak bagi lesen untuk beroperasi?

Jawapan ini pun sedikit sebanyak membuatkan aku terfikir panjang kenapa dan kenapa. BNM tak bagi syarikat ini lesen kerana syarikat ini bukan dari Malaysia dan beroperasi di peringkat antarabangsa. Oh well, I get this point. Tapi tak rasa pelik ke? AIA Insurance, Al-Rajhi Bank dan beberapa syarikat lain beroperasi secara halal dalam Malaysia walaupun diorang ni syarikat yang melibatkan transaksi duit, juga berasal dari negara luar?

Mak aku pernah cerita pasal skim duit pesisir. Sampai beribu-ribu duitnya habis sebab masa tu akaun bank syarikat skim pesisir tu dibekukan oleh kerajaan Malaysia. Ape dah jadi bila akaun dibekukan? Tentulah pelabur-pelabur tadi tak boleh bawa keluar duit mereka laburkan dari Malaysia. Mak aku kabor, ada cara lain nak keluarkan duit tu, tapi payah sikit sebab prosesnya bukan berlaku dalam Malaysia dan melibatkan pihak ketiga.

Jadi, apa masalahnya kalau dah tahu semua jawapan tu?

Senang je. Terpulang lah dekat korang nak join atau tak. Aku masih tak yakin sebab aku tak nampak lagi jawapan rasional yang ditunjukkan oleh pengamal pelaburan ni. Ada juga sahabat aku keluar gajet beribu, sedara mara yang keluar kereta, sahabat satu opis sampai berenti kerja selepas join benda ni atas alasan untung. Oh yeah, memang untung.

Bukan tu sahaja, bahkan ada juga yang pancing dan mengajak aku dengan kata-kata:

"Eh, sedara mara kita ramai join mende ni jadi kaya,"
"Kawan aku siap melancong kut dengan dividen saham dia,"
"Adik aku kawen guna duit saham tu la,"

dan bermacam-macam lagi.

Korang kena faham benda ni. Saham, apa dia saham? Saham tu adalah membeli sebahagian perkongsian syarikat perniagaan. Dengan kata mudah yang lain, saham adalah perkongsian perniagaan.

Cara dapat duit adalah daripada saham melalui perniagaan. Ada dua cara untung daripada pelaburan saham ni, yang pertama secara dividen dan kedua adalah untung capital gain.

Nilai saham akan naik dan turun mengikut perniagaan tersebut. Contohnya macam kes Air Asia sekarang, saham dia kejap naik kejap turun sebab ramai takut nak invest sebab kes Air Asia terhempas beberapa hari lepas. Saham oil and gas pun tak stabil sebab krisis minyak dunia antara WTI dengan OPEC. Jangan tanya aku apejadah WTI dengan OPEC, malas explain.

Kesimpulan

"Most average investors seek secure, comfort and rich from their investment without realize they lack education, experience and excess money," - Rich Dad's Guide To Investing (Robert T. Kiyosaki, 2012)

"It is not risk they should be scared off, instead they should be more scared of lacking financial education," Rich Dad Poor Dad (Robert T. Kiyosaki, 2010)

"... kita perlu menerima hakikat sebarang aktiviti pelaburan mesti mempunyai risiko..." (Suzardi Maulan, 2014) 

"Duit korang, korang punya suka," (Zaidi Ismail, 2014)

"Pergi mampus dengan duit korang, aku tak bagi tahi (I don't give a shit)," (Gapo, 2014)

30 Dec 2014

Tips memulakan perniagaan #1

Tadi siang ada sedikit perbualan antara aku dengan beberapa sahabat aku yang berniat untuk membuka sebuah perniagaan dalam wasap. Aku sokong je kawan-kawan aku nak buka perniagaan sebab Nabi Muhammad S.A.W kabor yang 9/10 rezeki datang daripada perniagaan. Tambahan perniagaan ni pun sunnah. Tak rugi pun ikut kan, dapat pahala lagi ade.

Ada 2 story tadi siang;

1. Nak mulakan perniagaan macam mana?
2. Bagaimana memulakan perniagaan dengan idea?

Aku bukan nak berlagak, tapi aku cuma share apa yang aku ada buat masa sekarang ni. Modal terbesar aku adalah diri aku. Aku ada tenaga, masa dan kesihatan yang baik. Tu adalah modal paling utama dalam sesebuah perniagaan. Selain tu, aku ada mindset yang berani. Berani kat sini, berani rugi. Bukan berani pukul orang ape lanciau semua tu.

Ada beberapa faktor sebelum korang berfikiran jauh dalam hal-hal perniagaan ni. Kalau ikut buku tulisan Richard St. John ni ada 8. Kesemua 8 sifat2 ni ada dalam semua CEO2, usahawan2 berstatus global dan nasional.




 Antaranya:

1. Passion

Kena ada minat. Ini adalah permulaan sesuatu bidang. Semua orang kaya dan terkenal dalam dunia ni ada minat mereka sendiri. Kita pun ada minat. Minat ni akan jadikan motivasi untuk buat semua 7 sifat yang lain. Tak tahu nak buat apa, cari minat korang dulu. Kalau minat kat perempuan, cari jalan pikat perempuan. Kalau kau suka kaum sejenis, boleh g mampus.

2. Work

Orang hebat, mereka rajin. Siapa yang pemalas dia lingkup. Walaupun Bill Gates pemalas, tapi dia rajin bekerja pada permulaan perniagaan Microsoft. Syed Mokhtar Albukhari pun rajin. Macam mana dia bermula daripada orang tak habis belajar dulu sehingga jadi sampai sekarang kan? Sebab dia rajin. Berusaha dulu, baru cerita lain-lain.

3.Focus

Syarikat besar-besar diorang fokus ketika berbisnes. Takda syarikat pengiklanan tetiba jual kain sekali. Media Prima tak buat perniagaan komoditi dan runcit. Begitu juga Hypermarket Mydin, diorang tak jual siaran television. Korang pun kena fokus. Aku pun fokus. Dulu jual shawl, pin tudung, biskut, tshirt dan macam-macam lain, sekarang dah lebih fokus pada percetakan t-shirt dan penjualan t-shirt.

4. Push

Push ni lebih kepada macam mana kita motivate diri kita. Apa yang memotivasikan diri kita supaya melangkah lebih jauh? Mak bapak? Umur? PTPTN dah register dengan CCRIS? Anak dah 5, tapi kerja gaji 2k? Apa benda yang buat korang motivasi? Kalau setakat duit, dah boleh terjun gaung, sebab duit tak boleh motivate sangat. Duit boleh dicari dan dikumpul... Kan?

5. Ideas

Jadilah kreatif. Albert Einstein bukan takat genius, tapi dia juga kreatif. Designer, walaupun kreatif tapi dia kengkadang bongok gak. Macam aku ni ha. Jangan jumutkan pemikiran dengan hal remeh-temeh yang tak penting seperti "malam ni makan kat mana ye?" terlalu lama. Itu akan bantutkan idea korang. 

6. Improve

Dari masa ke semasa kena improve. Kena majukan diri. Walaupun Bill Gates tu bongok, tapi dia dalam masa yang sama turut belajar dan memajukan diri dia. Robert T. Kiyosaki pun sama. Syed Mokhtar? Korang pun boleh jawabkan. Walaupun ada degree, tuntut ilmu tu sesuatu yang fardhu.

7. Serve

Berkhidmat semula kepada masyarakat. Berbakti semula. Rezeki kita tu kengkadang ada bahagian kecil rezeki makhluk lain. Jangan sombong, nanti tuhan tarik balik rezeki tu, baru tau.

8. Persist.

Sabarrr~

Aku cuma terangkan secara kasar je, kalau korang nak tau lebih lanjut, boleh cari buku ni kat kedai buku berhampiran. Aku tak jual ye.

Kesimpulan

Modal terbesar sesuatu perniagaan adalah diri kita. Bukan duit, bukan aset ataupun aliran tunai. Tak payah nak tengok jauh-jauh sangat. Tak payah nak pinjam duit beribu-ribu pun. Benda ni free. Cari dan nilai dulu. Setkan minda anda. Boleh ubah idea kita jadi perniagaan, tapi ubah dulu diri tu.

Ps: Pakcik Richard yang tulih buku ni org kapir, dia tak boleh relate kelapan-lapan sifat ni dengan sifat Nabi Muhammad S.A.W kita ketika menguruskan perniagaan Siti Khadijah. Cuba fikir, nabi kita ada tak ciri-ciri ni?

26 Dec 2014

Doodle #PrayForPantaiTimur


Aku tak update banyak minggu ni. Ikut mood sebenarnya dan agak sibuk. Hujung minggu ni dua orang kawan sekolah aku kawen. Aku harap dapat pergi dua-dua. Dua-dua tu kawan aku ngan Miss A. Konpem kena ni ni, tak boleh miss. Nanti takde sape nak datang kenduri kawen kitorang plak.

Atas tu artwork aku masa boring. 1 jam je buat. Aku baru2 nak belajar natang doodle ni. Masih mencari2 -ism aku. Tak pasti sampai level mana aku nanti. Hahaha...

Ada juga post dalam FB, insta dan tak lupa juga Shenget Store.

Cakap pasal Shenget, aku rasa macam nak ubah nama la. Sebab aku ngan Miss A lebih kepada art punya orang dan kami tubuhkan Shenget atas dasar minat dulu, baru duit. Jadi adalah rasional kalau kitorang rebrand balik lepas setahun penubuhan dia. I mean, next year maybe. Nak namakan apa lagi, kami belum decide lagi.

Ape2 hal, all the best for Pantai Timur. Bersabarlah dan jangan putus asa. Aku harap volunteer dari Pengakap ramai turun ni sebab aku yakin, khidmat team2 Scout ni sangat membantu. Kalau aku ade pun, aku turun sama. Tapi apa la mampu aku.

Don't Giv up guys!!

21 Dec 2014

Maaf, cara pengiraan ASB Salah

Kat opis aku minggu lepas ada beberapa trend, trend pertama mencari suspek Moon yang kena skodeng ketika nak kencing dalam toilet. Lagi satu trend, loan ASB yang dipromote oleh Kak Siti.

Aku dah lama sebenarnya nak tanya pasal loan ASB kat Kak Siti. Hari tu kebetulan pula si Ikin nak buat loan ASB, jadi dia pun pergilah dengan Kak Siti ke bank CIMB. Hasil dari diorang pergi tu, Kak Siti explain la kat aku macam mana mekanisma loan ASB ni. Aku tertarik dengan cara pengiraan dividen ASB tu sendiri. Barulah aku tahu yang sebenarnya cara pengiraan ASB aku tempo hari ada silap.

Cara aku tu tak boleh praktikkan sebab kalau nak ikutkan, boleh rujuk sini untuk tengok cara pengiraan yang betul.

Daripada blog tu punya penulisan, aku dapat rumuskan benda ni:

1. Orang tamak selalu untung.

Pengiraan dividen secara selepuk adalah lebih menguntungkan daripada bank in secara konsisten setiap bulan. Ini adalah findings aku paling fakap la. Sebabnya aku setiap bulan secara konsisten dah apply ni. Bila kira-kira balik, memang rugi.

Cara terbaik adalah dengan letak sekali banyak. Letak terus maksima ASB boleh simpan, RM 200 000 sekali letak, lepas tu boleh dah angkat kereta cash dengan dividen dia. Haram jadah betul. Ni baru orang tamak selalu untung.

2. Dah simpan, jangan bawak keluar.

Mak aku pesan, guna ASB untuk 2 benda. Pertama untuk kawen, kedua untuk kecemasan. Aku tukar sikit, ASB khas untuk kawen sebabnya kecemasan aku ada backup lain. Bergantung pada kecemasan spesis apa. Kalau kesihatan, aku pakai duit insurans je. Ape ade hal.

3. Untuk faham ASB loan, tak boleh tanya-tanya orang.

Aku dah amek inisiatif nak jumpe sekali dengan financial consultan yang berurusan dengan Kak Siti dan Ikin tempohari. Aku nak tanya banyak benda pasal loan ASB. Malangnya esok dia takda. Dia cuti sehingga masuk semula 26 haribulan ni. Lepas Krismas. Boleh la kejap nak pergi bank dengar dia bercerita letop2 pasal loan ASB ni.

Takpalah, aku lepas ni akan regular update pasal ekonomi dari masa ke semasa untuk bantu korang dan diri aku sendiri. Tunggu je la post nanti.

20 Dec 2014

Belajar daripada kesilapan orang

Percaya atau tidak, aku memang susah nak percaya kat orang kalau bab-bab duit ni. Kalau nak ambil cakap orang bulat-bulat dan percaya terus, itu bukan cara aku. Keluarga aku pun dah ramai kena tipu, bisnes bankrap, hutang berkepuk dan macam-macam lagi yang boleh buat sesetengah kau jadi gila sebab kena pressure dari kiri dan kanan. Semua sebab duit.

Rajinkanlah diri anda dengan membaca kerana membaca penuhkan ilmu. Membaca apa? Membaca sejarah dan buku-buku berkaitan duit. Korang akan lebih faham mengenai pengurusan duit dan cara bagaimana untuk meminimakan risiko kerugian pada masa hadapan.

Kisah sahabat aku di Paris, Perancis.

Budak opis aku namanya Joel. Dia pernah melancong ke Paris tak berapa lama dahulu. Dia cakap Paris takda ape yang best. Cuma ada besi buruk tengah-tengah bandar tu yang buat bandar tu jadi menarik. Keliling menara tu bersepah penipu-penipu.

Aku pelik, penipu? Penipu tu buat apa?

Penipu tu tipu menggunakan sejenis permainan cawan dan bola. Mamat A (si penipu) akan setup gelanggang sekitar kawasan menara besi tu dengan cara meletakkan meja beserta 3 cawan dan satu bola sebesar saiz guli.

Cara permainan sangat simple. Mangsa hanya perlu teka bola itu berada di cawan yang mana selepas mamat A ni shuffle cawan tu atas meja. Sebelum shuffle, dia akan tunjukkan bola tu ada di dalam cawan mana.

Mamat A ni akan shuffle 3 cawan tu secara rawak. Mangsa akan teka. Tekaan terebut akan disertakan dengan duit. Pada tekaan pertama mangsa akan dibiarkan menang. Duit akan berganda. Menang lagi dan menang. Sehingga pada satu tahap (duit diletakkan dalam taruhan jadi banyak), mamat A ni akan guna cara kotor untuk menang permainan itu. Bila dah kalah, dia cabar lagi. “Baru sekali kalah, takkan nak back off? Cubalah lagi, mana tahu menang.”

Mangsa akan terpedaya dengan cabaran tu dan letak duit lagi. Main lagi. Menang 3 kali secara konsisten dan kalah sekali dengan duit yang banyak. Last-last tak balik modal.

Di akhir cerita Joel, “Paris tak best, lebih kurang KL je.”

Skim Ponzi

Siapa yang internet geek mesti dah terdedah dengan skim Ponzi ni kan? Skim pelaburan yang melibatkan pulangan dividen yang dikaut daripada wang yang dilaburkan pelabur baru dan bukan daripada keuntungan perniagaan. Skim Ponzi menawarkan keuntungan jangka pendek yang tinggi untuk menarik pelabur baru, di mana wang mereka diperlukan untuk membayar dividen kepada pelabur lama. Cycle tu berulang-ulang sampai infiniti atau sampai kantoi dgn BNM.

Dividen dibayar, yup... Dibayar. Jangan risau, semua dibayar. Tapi part mana duit tu datang, orang masih blurr. Kena fikir juga tang situ. Nak tau lebih lanjut, gugel la. Baca satu-satu dan nilaikan.

Tahap Pelabur

Ada 5 tahap pelabur yang boleh dikesan seperti yang ditulis oleh Robert T. Kiyosaki dalam buku dia, Cashflow Quadrant. Tahap-tahap tersebut menunjukkan tahap kepandaian terhadap pengurusan kewangan setiap individu. Aku nak terangkan sikit je bagi terang kepada yang masih gelap dan malap.

1.  Zero- financial intelegence level.

Ada terma paling best dalam kategori ni. Sub-zero investor. Tak kira apa skim pelaburan dia masukkan, konfem dia FAILLL! Ini disebabkan dia kurang celik mengenai pengurusan kewangan, contohnya perbelanjaan melebihi pendapatan.

2.  Savers are loosers level.

Kategori ni up sikit dari zero financial intelegence level sebab dia pandai. Tapi ape silap dia, melabur pun masih rugi. Dia menyimpan, tapi masih rugi. Dia melabur, pun masih rugi. Contohnya seperti pelabur dalam skim cepat lingkup. Mula-mula untung, tapi akhirnya rugi.

3.   “I’m too busy” level.

Ni adalah pelabur yang level-level macam aku gak. Jenis malas nak fikir dan serahkan pada ASB, mutual fund, penasihat kewangan dan lain-lain. Aku jenis tak suka semakkan kepala otak aku untuk benda yang boleh membuatkan aku hilang fokus pada kerja.

4.  “I’m Professional” level.

Golongan pada tahap ini adalah golongan yang menguasai 100% pelaburan sendiri. Dia tahu mana nak letak duit dia supaya memberi pulangan maksimum dengan risiko minimum. Boleh dibuat, tapi semua based on pengalaman dan ilmu yang cukup.

5.  Capitalist level.

Level ni paling power. Contoh ada berlambak. Antaranya adalah Tan Sri Syed Mokhtar, Tan Sri Dato' Vincent Tan, Ananda Krishnan dan ramai lagi yang feymes. Mereka menggunakan OPM sebagai modal untuk membesarkan perniagaan mereka. Mana nak dapat OPM? Tu... Bursa Malaysia. OPM tu Other Peoples Money yang mana duit tu banyak daripada golongan 2 dan 3. Semestinya banyak cabaran dan dugaan mereka nak sampai level ni. Tapi paling asas adalah celik pengurusan kewangan dahulu. KNOWLEDGE!

Kesimpulan

Tak kesahlah nak melabur dalam apa jua skim pelaburan. Tapi jangan kaburkan mata anda dengan duit berkepuk secara konsisten. Belajar sekali macam mana duit tu beroperasi. Tahu mana datangnya duit dan keluarnya duit. Didik diri tu baca buku yang lebih kepada beri pendedahan tentang pengurusan kewangan. Cari juga macam mana skim cepat kaya beroperasi untuk elak ditipu. Mula-mula ye untung, pas tu?

Aku memilih jalan susah sikit. Jalannya panjang tapi kesudahannya pasti. Aku banyak baca biografi usahawan dan pelabur terkenal. Macam mana mereka jatuh, itu akan aku elakkan. Cari juga persamaan antara mereka dan ikut. Dalam masa yang sama, duit aku dilaburkan untuk ilmu. Tak rugi.

Tanya kat diri korang, siapa mentor kewangan korang? Dia ada ikut skim tu tak? Dia ada buat ini atau itu tak? Selidik kenapa diorang pilih jalan sendiri. 

When the offer are too good to be true, it is too good to be true.

Terpulang kat korang nak uruskan duit macam mana, dah duit korang kan.



17 Dec 2014

Tetapkan matlamat kewangan anda.

Aku menulis benda ni sebab aku tahu kawan-kawan aku ada yang rasa diri diorang dah berjaya dengan gaji RM2500, RM3000, bahkan ada yang sudah bergaji RM4000. Tapi harus diingat, duit tak kekal lama.

Robert T. Kiyosaki ade tulis dalam buku dia, Rich Dad Poor Dad pasal kaya. Dia perkenalkan kat aku satu istilah lagi. Istilah MEWAH (wealth). Kalau ikut semantiknya lebih kurang sama dengan kaya (rich), tapi memang berbeza antara mewah dan kaya. Orang kaya tidak semestinya mewah dan orang yang mewah tidak semestinya kaya. Itu kena faham.

Kekayaan diukur melalui berapa banyak duit dan aset yang dia ada. Tapi kena fikir balik, duit dan aset tidak kekal lama. Jadi, di situlah datang terma mewah. Mewah pula diukur melalui masa. Berapa lama masa boleh bertahan tanpa bekerja (membanting tulang siang dan malam) dengan duit atau aset yang sedia ada. Nampakkan perbezaan antara dua tu. Jadi, mana satu pilihan korang?

Kaya=duit banyak.
Mewah=masa lama.

Berbalik pada tajuk kat atas iaitu matlamat kewangan, aku ringkaskan sikit supaya korang faham. Pada yang dah tau pun, mungkin aku boleh bantu untuk korang lebih mendalami dan buat matlamat korang lebih spesifik.

Matlamat kewangan tu terpulang kepada setiap individu apa yang dia nak letak. Ada yang nak pergi haji sebelum umur 30, ada yang nak beli kereta RX-8, ada juga nak buat kawen. Aku bagi contoh untuk diri aku supaya korang mudah faham.

Aku target nak kawen, tapi berapakah jumlah duit yang perlu aku kumpul? Berapa lama nak kumpul? Macam mana nak kumpul? Kalau target nak kawen bulan 6, aku cuma ada masa lebih kurang 6 bulan je lagi. Target kumpul 10k. Aku dah kerja gaji RM3000 (anggaran lah ye, bukan betul pun), tapi berapa aku nak kena simpan?

Pengiraannya macam ni:

Katakanlah aku dah ada komitmen kereta, which is 35% off my salary (RM1050). Aku juga dah bagi mak aku, adik dan dah standby duit buat ibadah korban tahunan dalam 10% gaji aku (RM300). EPF dan SOCSO dah tolak siap-siap 12% (RM360). Jadi, berapakah baki yang tinggal kat aku?

RM3000-(RM1050 + RM300 + RM360) = RM1 290 Ã§ Baki tinggal. Ini adalah amaun yang perlu digunakan untuk hidup selama sebulan disamping simpanan. Tapi sifu-sifu aku kabor, simpan dulu, baru guna. Jadi SIMPAN la dulu.

Kalau nak kawen bulan 6 kena ada 10k (sekarang bulan 12), berapakah duit simpanan aku perlu simpan?

RM10 000 bahagi 6 bulan = RM1 666.67 ç wow, tak mampu la nak kumpul 10k dalam masa 6 bulan dari baki komitmen RM1 290 tu. Urgh... Dah tak mampu kan, takkan nak teruskan.

Jadi aku pun ubah strategi. Ubah. Ubah jangka masa kumpul. Jadikan 2 tahun (tahun 2017 la kawen).

RM 10 000 bahagi 24 bulan = RM416.67 ç Ni adalah angka mampu, ada baki lagi RM 873.33

Persoalannya kenapa 2 tahun, bukan setahun? Mai tengok pengiraan ni:

RM10 000 bahagi 12 bulan = RM833.33 ç Mampu hidup dengan RM456.67? (RM1 290RM833.33)

Kalau mampu hidup dengan berbekalkan RM456.67, dipersilakan. Tapi kena berbajet ketatlah sebab sekali kalau tersilap bajet, makan megi la bulan tu. Tu belum letak belanja transpot, belanja lunch lagi. Sekarang ni pun, belanja barangan dapur aku sebagai bujang pun dalam RM 200 sebulan. Alahai, ni dah nak jadi cerita berjimat cermat. Nanti aku cerita pasal tips jimat cermat la pulak.

Kesimpulannya

Berdasarkan analogi aku tu, ada beberapa point aku nak highlight. Antaranya adalah:

1.  Matlamat kewangan haruslah jelas dan terperinci.

Kalau nak beli kereta, kereta apa, berapa ringgit kena keluar tiap2 bulan, berapa riba’ kena bayar, berapa lama nak hutang, roadtax, insurans, minyak dan tol kena bayar juga. Kena perhalusi satu-satu.

2.Matlamat kewangan haruslah boleh dicapai.

Kalau dah tak mampu capai, ubah matlamat tu. Bagi satu matlamat yang boleh dicapai oleh diri sendiri. Ukur baju dibadan sendiri, tak payah ikut orang. “If it is to good too be true, it is too good to be true."

3. Kenalpasti keutamaan.

Kalau rasa bercuti itu penting, letak dalam bajet. Kalau rasa beli beras lebih penting dari beli aiskrim pun letak dalam bajet. Takda apa yang lebih penting daripada keutamaan.

4. Berdisiplin mematuhi matlamat.

Bab ni aku pun ingatkan diri aku juga sebab selalu sangat over budget. Contohnya pergi BBW hari tu. Tak plan pun masa awal bulan dulu, tau2 pergi je. Melayang RM45 aku... Sedihnya.

P/s: Angka 10k tu anggaran je sebab nak kawen kena g merisik dan tahu berapa pihak perempuan letak. Bila dah tahu, baru boleh bajet masa dan bajet duit.

15 Dec 2014

Cara tukar kereta setiap tahun tanpa hutang sampai lebam.

Alhamdulillah, aku masih tiada hutang lagi kecuali hutang PTPTN. Aku bersyukur kerana aku dapat kick start untuk elak dari 'rat race' kehidupan. Wow. Tak sangka aku dapat kawal nafsu aku sampai macam ni.

Aku selalu ditanya kenapa aku tak beli kereta lagi? Kenapa tak guna Iphone? Kenapa ko tak beli kasut baru? Wallet ko dah berapa lama tak tukar? Motor baru bila nak keluar? Ape barang laptop, bila nak tukar PC?

Well, aku punya keutamaan bukan kat situ lagi. Tu je aku boleh kabor. Bukan tak mampu, aku mampu je tapi taknak. Aku tahu kalau aku beli juga, padah akan menimpa.

Kawan-kawan rapat aku dah sedia maklum benda ni. Aku hanya beli aset dan barang keperluan sahaja. Aku terpaksa tinggalkan kehendak buat masa ini demi kemaslahatan ummah sejagat. Hahaha!

But seriously, aku taknak habiskan duit aku atas benda yang tak boleh mendatangkan duit kat aku semula. Aku sedia terima risiko asalkan berbaloi dengan apa yang bakal aku dapat.

Kalau kereta dapat tambah pendapatan aku sebanyak 50%, aku beli. Kalau henpon dapat tambah income sebanyak RM150 sebulan, aku beli. Tapi malangnya semua itu liabiliti dan bukan aset. Lagi banyak kena keluar duit adalah. Aku kena fikir masak-masak sebelum buat keputusan. 

Aku nak kahwin awal. Seawal yang mungkin sebab aku taknak nanti umur aku dah 50 tahun, masih membawa anak keluar masuk tadika. Woww... Too old man!! Untuk itu, aku telah aturkan beberapa strategi yang berdasarkan nasihat dan pandangan beberapa pihak. Antaranya adalah mak aku dan buku-buku aku baca. Mak aku adalah seorang penasihat kewangan yang nasihatnya lebih kepada bagaimana nak survive dan tidak rugi. Tapi bab tambah untung, ada kekurangannya. Jadi aku carilah sifu-sifu ke arah itu.

Antara sifu aku adalah Robert T. Kiyosaki. Terima kasih kepada Kerut dan Kukok kerana telah mengenalkan aku kat pakcik Hawaii ni. Dia adalah sifu kewangan sebab nasihat dia bagi aku  adalah pandangan berbeza terhadap apa itu liabiliti dan aset di samping ideologi dia yang 'rumah adalah liabiliti, bukan aset'. Aku tengah habiskan buku Cash Flow Quadrant dia lepas aku habiskan Rich Dad Poor Dad beberapa bulan dulu. Insya-Allah, buku Guide to Investing ada dalam senarai aku seterusnya.

Masalah dengan pakcik Hawaii ni, dia punya method susah nak amalkan kat Malaysia. Sebab kat Malaysia ni terikat dengan faktor ekonomi, politik dan sosial yang berbeza. Untuk itu aku telah dikenalkan dengan Suzardi Maulan, Brader Di yang dikenalkan oleh mak aku secara tidak sengaja ketika terbeli bukunya di Kedai Buku 1 Malaysia Ipoh. Aku pilih je buku dia sebab mak aku suruh. 

Lepas tu, ada Zaidi Ismail (Pakcik Botak), Tuan Bri, Akak Rohaniah Noor, Abam Syafie Bustan, Abg Faizul Ridzuan, Abam Ensem dan beberapa ikon hartawan/hartanah Melayu yang lain. Ni satu pakej dikenalkan oleh Abg Ayem (sepupu aku) selepas aku terpengaruh mcm mana nak jadi kaya. Keh keh keh!

Dalam banyak2 sifu aku ni, ada yang berkongsi macam-macam cara nak buat duit dan jadi kaya. Tapi kesemua mereka ada banyak persamaan. Antara persamaan mereka adalah mereka utamakan simpanan. Simpanan sahaja tak cukup. Duit tu tak beranak. Part ni dah banyak berubah sebab ada mcm2 cara nak bagi duit simpanan tu beranak. Cara ni berbeza mengikut setiap sifu. Tapi pokoknya, SIMPAN.

Jadi, aku nak share sikit antara tips cara diorang ni menguruskan kewangan. Cara jimat duit dengan beli kereta cash!

Beli Kereta Cash?!

Ye, beli kereta cara cash. Semua sifu aku tu setuju yang rugi beli kereta secara hutang. Macam mana nak beli kereta cash?

Secara kasar, aku ade tulis menatang ni. Ni secara kasar. Aku akan explain secara lebih teliti dan praktikal sikit.

Ada beberapa perkara yang korang perlu sediakan untuk jayakan teori ni dan praktikkan. Tolong sediakan:

1. Simpanan tetap RM 1 368 setiap bulan (acah-acah bayar ansuran kereta baru)
2. Cash RM 4000
3. Akaun ASB
4. Kalkulator

Dan beberapa benda dokumen untuk beli kereta. Aku tak explain mcm mana nak beli kereta, aku akan explain method beli kereta sahaja. Aku tak tau nak beli kereta kat mana, apa dukumen yg diperlukan dan pejadah semua la. Bab duit je aku sentuh. Jangan tanya soalan yang aku boleh bagi hashtag #BangangAbadi okay?

Alasan kenapa kena ada 4 benda tu:

1. Simpanan tetap ni terpulang kepada individu ikut kemampuan. Tapi aku punya cara ada formulanya. Macam mana aku dapat angka RM 1 368 tu datang dari sasaran aku. Apakah kereta idaman aku? 

Aku tengok kat website Honda. Aku suka kereta Honda Civic 2.0. Macam dalam gambar ni.


Harga dia on the road dalam RM 134,000.00 cash. Yeah, harga tu harga cash. Jadi target aku dengan DSR semasa ada dalam 35% DSR individu bajet untuk kereta.

What the heck is DSR?!

DSR adalah singkatan pada Debt Service Ratio atau kadar maksima hutang berbanding pendapatan. Kebanyakan bank luluskan sebanyak 70% hutang dari jumlah pendapatan. Gila apa nak guna 70% untuk beli kereta? Ikut tipikal mindset anak-anak muda yang aku agak-agak, 70% tu dibahagi dua iaitu 35% untuk kereta 35% untuk rumah. Dalam kes ni kalau aku bajet 35% gaji aku adalah mampu untuk bayar ansuran kereta tu tiap2 bulan.

Okay, berbalik kepada cerita harga kereta, lepas dah dapat harga kereta, aku g usha bank yang boleh pinjam dalam amaun tu. Bank yang popular adalah AmBank. Mai tengok riba' dia berapa.


Oh yeah. Masih rendah riba' dia. Inilah yang orang tipikal macam aku suka. Hanya 2.5%. Jadi aku pun pergi la tengok kalkulator loan pulak. Kena ingat yang kita kena bayar deposit sebanyak 10% sebab bank hanya luluskan 90% pinjaman.

So, g website yang ada loan calculator. Set tempoh maksima pinjaman kepada 9 tahun. Tu ramai orang suka kan, sebab bulan-bulan bayar murah. (lah sangat)



Tu la nampak anggaran bulanan aku kena simpan berapa. Ada dalam RM 1367.92 yang aku genapkan jadi RM1368 sebulan.

#Tip 1: Kalau nak kira DSR hutang dengan pendapatan aku, 35% pendapatan aku adalah RM 1368. Aku hanya boleh beli kereta spesis ni kalau gaji bersih aku RM 3908.57 la...
#Tip 2: Nak lebih afdhal lagi, baca alasan kedua.

2. Cash RM 4000 itu adalah sebagai permulaan untuk beli kereta yang tahan setahun. Kenapa setahun? Ini adalah rancangan kewangan untuk tukar kereta tiap-tiap tahun kan. Baru gempak bunyi dia.

Orang tanya aku, kereta apa yang elok boleh dibeli dengan harga RM 4000. Aku ada usha. Cube la try bukak Mudah.my. Sana berlambak macam ni.


Ade je. Kalau rasa-rasa bujang la. Kalau dah kawen, aku tak tahu la. Sebab rata-rata beli kereta sebab senang tak kena hujan dan panas selain daripada keselamatan. Aku faham. Kereta dah jadi keperluan dah buat ramai orang.

Ini adalah kereta yang boleh dibeli dengan harga RM 4000. Nak bayar down payment kereta la kiranya ni. Tapi takda la sampai 13k buat down payment.

3. Akaun ASB ni pula adalah tempat beranakkan duit-duit supaya buat lebih banyak duit. Kepada yang tak tahu kenapa dan apa function ASB ni, boleh google dulu. Aku nak highlight benefit ASB ni nanti dah lari topik. Aku cuma nak cerita beli kereta cash je.

ASB punya dividen ada dalam 12% tahun ni. Ke aku tak ingt sebab buku maklumat semua ada kat kampung, aku kat Puncak Alam pulak. Ini adalah cara terbaik kalau nak mula menyimpan secara low risk. Ingat ye, kalau nak melabur pulangan tinggi, risiko pun tinggi. Jadi pada yang taknak ambil banyak risiko boleh letak dalam ASB je.

Ada 1 buku tajuk 'The Colour of Inequality' tulisan Muhammad Abdul Khalid kabor yang lebih 55% bumiputra takda ASB. Daripada 55% tu, 72% yang memiliki RM 554 ke bawah dalam akaun ASB diorang. Wadehel. Boleh tgk kat sini pasal maklumat tu.

4. Kalkulator ni penting untuk kira-kira yang bakal aku terangkan kejap lagi. 

Okay, bab kira-kira teorinya begini.

Aku ada cash RM 4000 dan aku beli kereta. Kereta kebiasaannya akan susut nilai sebanyak 10% dari harga asalnya (Zaidi Ismail, 2014). Tabungan aku sebanyak RM 1 368 setiap bulan selama setahun dimasuk ke dalam ASB dan berganda jadi RM 16 416. Aku jual kereta lama dengan harga -10% dari harga asal dan campurkan dengan duit tabungan dari ASB jadi RM 21 985.92. 

Tahun berikutnya aku dapat beli kereta secondhand dengan harga RM 21 985.92 secara cash.

Tahun kedua aku simpan duit dalam ASB dengan amaun yang sama. Aku jual kereta lama dengan -10% susut nilai, total aku dapat  RM 36,366.66.

Dan begitulah seterusnya. Kawan-kawan ko pelik yang ko tukar kereta tiap-tiap tahun dan tuduh ko makan rasuah. Keh keh keh!

Teknik ni asasnya compound interest. Mula kecil dan dia berganda sampai jadi besar. Bak kata Albert Einstein "Compound interest is the most powerful force in the universe".

Pengiraan dia macam ni:




Dengan harga RM 21 985.92 ni korang boleh beli kereta ni:



Ada lebih lagi. Boleh buat beli minyak full tank (Cukup ke?).

Itu tahun pertama, tahun kedua:


Ni dia kereta dengan harga RM 36 366.66 korang:


Fuh~... Tiap-tiap tahun tukar kereta. Siap boleh pilih kereta apa nak kan?

Metod ni lebih praktikal daripada metod tak praktikal Saiful Nang yang boleh baca kat SINI. Aku baiki sikit teori dia supaya korang boleh dapat sikit idea supaya tak terjerat dengan perangkap pihak yang mahu anda bekerja sehingga tua untuk membayar hutang.

Apa beza kalau amek loan dengan ikut metod ni?

Aku dah snapshot gambar kat atas, tapi aku kongsikan sekali lagi padah kalau amek loan. Korang akan rugi RM 13 735.36 kalau amek loan ni.

Duit tu korang boleh invest kat aku lagi baik daaaa... Byk duit lagi boleh dapat.



Jadi, aku dah bagi tips, korang fikir la mana baik dan buruk. Aku masih beranggapan kereta liabiliti. Aku nak kena fikir insuran, roadtax, minyak, tol, servis dan beberapa lagi item yang membolehkan aku guna kereta ni dengan selesa. Selesa ape jadah kalau KL hari-hari jem?... 

So, stop asking me when do I buy a car. Mungkin belum tiba masanya lagi. Aku gak ngah open kawan-kawan nak invest. Ade buat sikit duit tepi-tepi ni. Kalau nak, halo2 aku, kita jumpa.