24 Jun 2012

Sabar menanti...

Bukan restoran kat stadium Ipoh tu...

Really discribes what am I feel now. Sangat tak rasional. Tak tahu jangan mandai. Buat rilek je da la. Tak payah nak gelabah bagai. Paling menyampah bila ni berlaku. Dah banyak kali, benda yang sama. Tak rasional giler. At the end, terpaksa layankan je. Malas nak cakap lagi. babai.

19 Jun 2012

Kenapa aku menulis?

Ahahahaha!....

Slumb3r dapat 1 komen... Dy kabo lebih kurang macam ni la;

"apo yang ang dok ngarut ni"

Slumb3r pun tak tahu. Tapi komen dy tak membina. So lebih baik padam.

Untuk pengatahuan pembaca semua, penulisan dalam blog ni berbentuk pendapat. Kalau nak penulisan Slumb3r yang berbentuk ilmiah, silalah ke blog Extradisi Idea sini. Kat situ Slumb3r paparkan karangan berbentuk fakta.

Kalau masih tak faham, Slumb3r masih tak salahkan korang. Mungkin sebab penulisan ni terlalu abstrak. Yelah, dah takda benda nak mengarut. Tulis je ape-ape.

Adios~

18 Jun 2012

Minggu Mati

Tak ada apa nak update....
Minggu ni sangat hell. Banyak work kena hantar hari-hari...

Hari ni siapkan eseimen kena hantar besok, besok siapkan eseimen kena hantar lusa. Begitulah seterusnya sampai 3 Julai. Ohsemnye!

14 Jun 2012

Xbox 360 kinect

DAYUMMM!!!

Banyak benda yang Slumb3r inginkan dah dapat. Antaranya PSP, Blackberry, laptop, moto, gitar, kasut, tab, kamera DSLR, jam, baju dan lain-lain.

OMG! It works already... My law of attraction methods plus my own rezeki. Walaupun sebenarnya target yang lagi mega, tapi alhamdulillah la dapat.



Okay. Kali ni Slumb3r target nak beli Xbox 360 with kinect. Damn! Nak sangat main game console. Dah lama gila tak main. Last main masa tingkatan 2. Masa tu tengah hot PS1. Sekarang dah ada PS3. PS 2 main pinjam2 sedara mara je.

Mana nak cekau beli Xbox ni ha? Tengok price dia masa 2009, RM1150. Najmi cakap sekarang PS3 pun dah turun RM800 apetah lagi Xbox kan?

Dah mintak tolong Haziq tolong tgk2 harga siap dengan monitor. Agak2nye dapat tak kalo pau mak sendiri? HAHAHAHAHA!!

Kalau la mak bagi, memang Slumb3r repair moto guna duit sendiri lepas ni, tak mintak duit mak dah. Baru la hensem.

Xbox 360 kinect 1!


11 Jun 2012

Design of the week

Hasil kelas selama 4 jam tadi

Kelas hari ni book design and layout. Slumb3r terkejut sebab dapat 9 setengah per sepuluh punya markah. Markah paling baik sepanjang kelas ni. Sebelum ni dapat markah 8 lebih untuk design book chapter. Semakin hari, semakin baik nampaknya.

Takpalah. Tengok saja hasil sembilan setengah ni. Komen amat dihargai.

Ni la design book jacket untuk buku 'Communication through photography'. Simple je.


SCANDAL Band- Scandal Baby [Musick Monday]


Guwa tak tahan... Nak terejakulet tgk video yang ni....

Lagu ni yang cuba Slumb3r mahirkan sekarang. Nak try cover lagu dari aweks Jepun punya band. Slumb3r agak obses dengan band ni sekarang. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab diorang rock dan diroang aweks. Kat Malaysia ni jarang ade band aweks2 ni. Katanya lagha main muzik. Fuck off b*tch!

Ape-ape pun, rasanya lagu dari band diorang ni tak mainstream kat Malaysia. mana taknya. Kat Malaysia trend lagu K-pop yang rasa macam nak muntah dengan versi vocal ala-ala tekno hanjing tu.

Berbaloi juga nak cuba.

Video ni kurang sebab basis takda. kalau ada 3 tu dah kira okay. Tak masukkan drum sebab tu dah kira 100% perfect band. Takpa. Okay la juga ni. Sayangnya Malaysia takda lagi cover untuk ni.

Oh, by da way, ni bukan band tu. Ni orang lain cover untuk lagu ni.

Layan je la eh. SCANDAL BAND- Scandal Baby (Cover)

10 Jun 2012

Report on dinner

Dinner Publishing 2012

Selesai sudah majlis makan malam anjuran kelas Slumb3r dan kelas 3A. Majlis ni superb dihadiri oleh ramai pelajar dari semester 1 dan 6. Terima kasih kepada senior-senior yang menjalani latihan industri kerana sanggup untuk turun memeriahkan majlis junior-junior kamu. Kami sangat hargainya.

Kepada yang tidak sempat, tak dapat invitation atau sekadar tidak mahu hadir ke majlis kami tanpa sebab, hari ni Slumb3r bagi liputan sedikit mengenai majlis kami ni. Tapi ini liputan personal sedikit sebab Slumb3r akan dedahkan apa yang istimewa.


 Kami ada live band performance, photobooth dan yang paling penting, makanan yang sedap. Bertemakan Hollywood glamour, ini adalah pentas platform terbaik untuk dressup smart2 dan lawa.

 Slumb3r punya outfit simple. Merah hitam. Formal dan simple. Kitar semula pakaian lama. HAHAHA!
 Miss A punya outfit. Sepatutnya pakai lain. Tapi ni boleh tahan la. Dan beliau pakai MAKEUP! #RAGE!!
Haha! Setidak-tidaknya kami masih dalam tema yang sama, merah hitam. Walaupun tone lari banyak. Sorang gelap, sorang cerah.
Akhir kata, kami menanti-nantikan semester depan punya majlis. Ikut tradisi sequence kami, pelajar semester 3 sahaja wajib buat benda ni. Best of luck!

Untuk tayangan gambar puas hati, boleh bukak link Majlis Makan Malam Penerbitan 2012

Gambar-gambar ni Slumb3r edit je, tapi keseluruhan hasil tangkapan Azam

Ps: Balik pukul 3 pagi dan bangkit pukul 6.30 pagi untuk siap-siap explorace. Gilo...

8 Jun 2012

Dinner Publishing 2012

Please use #Dinnerpub2012 on twitter

Okay guys! the heat is on...

Slumb3r takpaksa kansel untuk pergi ke kenduri sepupu rapat semata-mata untuk ni. Bila jadi organizer ni rasa tension lain macam woo...

Ape-ape hal, nanti Slumb3r update lagi... Chio!


5 Jun 2012

Mari daftar sebagai pemilih

Bukan pasal politik lagi.

Assalamualaikum semua. Selamat pagi.

Hari ni Slumb3r nak cerita pasal pendaftaran sebagai pengundi untuk pilihanraya.

Slumb3r bukan pro kerajaan atau pro pembangkang. Slumb3r cakap hanya sebagai seorang rakyat yang prihatin. Marilah kita daftar sebagai pemilih.

Kenapa perlu kita daftar sebagai pemilih?

Pertama sekali adalah kerana bila dah daftar, boleh la mengundi. Itu adalah tanggungjawab kita. Tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia berumur 21 tahun keatas. 21 tahun kebawah, anda masih belum cukup a'ul lagi.

Bila dah daftar sebagai pemilih, maka senanglah kita untuk menentukan masa depan negara kita. Alah, macam beli-beli barang. Kalau tak suka kita pangkah lain dalam PRU akan datang. Tak suka ni, pilih tu, tak suka tu , pilih lain. Ni semua adalah perlu untuk memastikan kemandirian spesis kita sebagai rakyat Malaysia yang berlandaskan sistem demokrasi berparlimen seperti yang dianjurkan oleh penjajah jahanam dulu.

Slumb3r ada juga belek-belek journal mengenai politik sebab sekarang ni sedang buat research pasal politik dan media di Malaysia. Bercerita pasal ahli falsafah yang berbicara pasal pentadbiran dan politik. Contohnya seperti Confucius, Aristotle, Plato, Nicolo Machiavelli, Karl Marks dan Ibnu Khaldun. Sangat teruja  bila berbicara tentang politik.

Pokok pangkalnya kita mesti daftar sebagai pengundi dahulu. Dah daftar, baru kita boleh pilih mana parti-parti politik yang bersesuaian dangan kepentingan kita.

Sesiapa dah daftar sebagai pemilih boleh semak dekat link DAFTAR PEMILIH. Sesiapa yang belum daftar, bolehlah berbuat demikian di Pejabat Pos berhampiran dengan membawa diri dan sekeping plastik kaler biru yang digelar 'MyCard'. Pendaftaran adalah percuma. PERCUMA!

Siapa taknak benda PERCUMA?

Kalau nak cuba guna SMS pun boleh gak. Ikuti langkah berikut.


Sekian sahaja...

PS: Slumb3r pilih mana2 parti politik memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu

2 Jun 2012

Publishing Club Dinner 2012




Dah lama tak update pasal PSA

Jumaat ni Kelab Publishing atau lebih dikenali sebagai Publishing Club yang dianuti oleh semua pelajar Komunikasi dan Pengajian Media jurusan penerbitan di UiTM Shah Alam akan mengadakan Majlis Makan Malam. Pakaian bertemakan Hollywood Glamour bertempat di The Summit Hotel, Subang pada pukul 7.45 malam.

Majlis gilang gemilang ni telah dianjurkan oleh pasukan yang mantop dibawah pimpinan Datuk Sri Najib Aeti Amira, para pelajar semester 3 penerbitan.

Sepatutnya kami kena buat family day. Tapi rasanya terlalu mainstream macam sebelum-sebelum ni dan demand yang tinggi dari maklum balas para pelajar yang lain maka Majlis Makan Malam dianjurkan. Kami mahukan perbezaan supaya batch kami akan diingati oleh seluruh junior dan senior yang pernah bergelar pelajar penerbitan.

Maka anda yang menggelarkan diri anda sebagai pelajar penerbitan wajib menghadirkan diri kemajlis ini. Kehadiran adalah WAJIB WAJIB WAJIB.....

Dan jangan lupa besoknya kita ada hari sukan. Sukan tak berat pun. Benda-benda bodoh yang best untuk dimain. Ada bran? Moh le kite battle esoknya.

-Transmission Ends-

Ps: Pasal personal ada sikit update kat notes disini. Tak perlu baca rasanya.