6 Jul 2015

Adik Tiada... Sedih...


Kahwin Sejenis lwn. Perkahwinan Normal

Masa kes ni tengah hot kat twitter dan FB, aku, Miss A, Sha, Mat Yie dan Azwar tengah layan cerita TED kat Subang Parade. Azwar mula point out benda ni.

"Walaupun aku liberal, tapi takdalah sampai nak kahwin sejenis," - Azwar

Tak dinafikan, ramai juga yang benci benda ni berlaku dan ramai juga orang yang suka. Ada Imam kat US mengaku gay dan ada juga orang Islam pergi perarakan LGBT kat US tu. Kena kecam kot. Tapi ada juga respon kawan aku yang join geng LGBT ni menentang perkahwinan sejenis. Alhamdulillah, dia mengakui yang homoseksual ni adalah tabiat dan tingkahlaku yang salah. Lebih kepada Psikologi dan bukan biologi.

Well, aku tinggalkan video ni untuk korang tengok dan nilai. Aku nampak kat wall FB aku si Izwan Shafiq share.




4 Jul 2015

Here is what I do with my peanut salary (RM 2 100 fresh grad). How do feed girlfriend? (Counter)

*Ini adalah artikel counter pada website funnymalaysia.net yang terang-terang menyatakan kesusahan untuk menguruskan duit ketika Malaysia sedang dirudum krisis ekonomi. Aku ulas sikit je pasal 'girlfriend'. Isu remeh. Setakat bawak girlfriend keluar... Pfffttt...



Malaysia memang sudah dalam kancah kemelesetan ekonomi yang bertalu-talu akibat pelbagai faktor yang kita sendiri tidak boleh kawal (seperti kata majoriti kawan2 FB aku). Jangan bingung, jangan panik. Artikel kali ini akan membantu anda untuk membelanjakan wang anda sekiranya gaji anda bawah RM 2 100 sebulan.

Aku bukan nak cakap apa, tapi dalam artikel di funnymalaysia.net tu menunjukkan cara perbelanjaan sebanyak RM 2 500 dan banyak pembaziran dalamnya. Kalau aku kata bazir dan hanya akan membuat korang butthurt dan mengaum dengan pelbagai cara, aku tak tahu la nak kata apa. Tapi memang membazir (bayar ansuran kereta misalnya)

"Duit mengalir mengikut keutamaan," - Zaidi Ismail

Aku sendiri berguru dengan En Zaidi ni. Kalau korang ada hutang tersontot, terbantut dan mempunyai banyak hutang sehingga beribu-ribu, korang boleh laburkan duit korang sikit dan jumpa dia untuk sesi 1 on 1 financial consultation. Tak rugi. 

Aku tak buat free marketing pun, aku cakap sebab aku semak tengok dinding fb aku. Ramai menyalak dan menyalahkan kerajaan atas kenaikan harga barang dan minyak tatkala kita hampir-hampir menyambut musim perayaan. Memang faktor kerajaan memainkan juga, tapi itu bukan faktor terbesar.

Ikut pendapat aku, faktor kerajaan hanya 5% dan 95%  yang lain datang dari diri sendiri. Aku fokus pada 95 % tu. Sekiranya kerajaan memberikan manfaat dan kelebihan maka aku akan anggap itu sebagai satu bonus. Iya, bonus...

Permulaan



Okay, ikut Brader Izwan Robotys, formula kewangan yang senang diikut adalah;

Gaji - Simpanan - Insuran - Perbelanjaan = Lebihan

Alah, kalau tak belajar secara formal pun, ramai dah faham dan pernah dengar formula ini. Ada juga yang pecahkan formula tersebut secara peratusan. Brader Suzardi Maulan misalnya ada pernah aku terbaca dalam buku dia 'Rancang Wang Dari Sekarang' menyatakan bahawa selain formula asas tersebut, perlu juga ditambah elemen sedekah dalam merancang kewangan individu. Ini bagi memastikan keberkatan dalam setiap sen yang kita dapat.

Senang kira macam ni;

Gaji - simpanan (20%) - derma (10%) - perbelanjaan = lebihan

Bukan dalam agama Islam sahaja memperuntukkan sedekah dalam amalam harian kita, Agama Kristian dan banyak agama lain turut menuntut penganutnya menderma. Penderma akan merasa rezeki mereka bertambah dan tidak akan merasa rezeki mereka berkurang.

Sedekah



Banyak versi dan banyak cara. Ada yang tafsir sedekah itu lebih kepada memberi kepada golongan yang lebih memerlukan, contohnya seperti anak-anak yatim, fakir dan miskin. Memang kalau ikutkan itu definisi sedekah. Tapi perlu diingat juga, pahala sedekah tu bukan mufti, imam, khatib, atau hakim yang bagi. Benda tu Allah yang bagi. Jadi jangan risau jikalau hendak memberi hadiah sebagai sedekah. 

Iya, hadiah.

Contoh hadiah;

Beri duit kat mak bapak kat kampung. bagi adik duit belanja kolej, bagi nenek yang nak besarkan rumah, bagi duit raya kat budak-budak, sponser sepupu yang nak kahwin, belanja keluarga makan besar setiap hujung minggu, belanja kawan-kawan makan dan sebagainya. Itu juga merupakan satu cara untuk kongsikan lebihan rezeki yang dikurniakan. Kongsikan ikut kemampuan. Benda ini subjektif.

Perbelanjaan bulanan.


Okay, mulakan dengan jumlah gaji yang diterima. Gaji kasar - KWSP/Socso (12%) = Gaji bersih.
*anggaran sahaja 12% tu ada kata 11% kena semak semula nanti

RM 2 100 - RM 252 (KWSP 12% ) = RM 1 848

Apa nak buat dengan RM 1 848?

Simpanan 20% = RM 369.60
Sedekah 10% = RM 184.80

Belanja;
- Dapur RM 200
- Minyak motor RM 180
- Servis motor RM 50
- Topap Henfon RM 63.60 (termasuk GST)
- Duit lunch RM 66 (RM 3 sehari selama 22 hari bekerja)
- Sewa rumah, elektrik dan air RM 380
- Insuran RM 150
- Internet telefon RM 53 (termasuk GST)
- Hiburan RM 100

Jumlah perbelanjaan sebulan = RM 1 242

Lebihan = RM 51.6 (RM 1 848 - RM 369.60 - RM 184.80 RM 1 242)

Ini adalah anggaran perbelanjaan bulanan yang boleh dibuat sekiranya anda mempunyai gaji sebanyak RM 2 100. Pada aku rata-rata gaji fresh grad selepas konfem bekerja selepas tempoh 6 bulan dalam sesebuah syarikat. Sekiranya lebih, maka itu adalah bonus bagi anda. Tahniah.

Aku tak nafi, untuk memulakan kehidupan selepas bergelar pelajar memang susah. Aku pun perlukan masa setahun untuk stabilkan diri dan kewangan. Memang sangat susah dalam tahun pertama selepas tamat balajar. Industri pekerjaan gemar memilih pekerja lelaki berbanding wanita untuk tugas-tugas yang berat. Aku akui memang sukar bagi wanita untuk bersaing mendapatkan pekerjaan sekarang. Tapi jangan risau, Rezeki Allah itu luas.

Perbelanjaan diatas diambil kira sekiranya anda sudah setahun bekerja atau selepas tempoh percubaan di alam pekerjaan. Namun begitu Senarai dibawah adalah justifikasi yang menentukan rasionaliti angka-angka seperti terdapat dalam perbelanjaan:

1. Belanja dapur.

Nasi Tanpa GST too mainstream, how about garlic bread?

Mengapa RM 200?

Tengok. Beli ayam, ikan dan sayur di kedai seperti Econsave atau pasar memang murah. Aku tak tipu. Aku sendiri beli di Econsave sebulan 2 kali. Cukup untuk dimasak untuk makan malam dan makan tengah hari selama sebulan.

Tips:
- Pastikan sekali masak dalam kuantiti yang besar untuk bertahan selama lebih kurang 3 hari. Masak dan simpan dalam peti ais. Sekiranya ingin makan, keluarkan dan panaskan semula. Jimat!

- Kumpul resepi dalam internet yang simple-simple kalau taknak simpan makanan. Contohnya resepi spageti dan garlic bread with mushroom soup. Feveret aku dua ni.

- Bandingkan harga di pasaraya besar dan pasar-pasar awam yang terdapat di sekitar tempat tinggal kita. Jangan terkejut perbezaan harga seperti pasaraya AEON dan Econsave terlalu luas jurangnya. (*Kalau ikutkan aku, Tesco pun mahal.)

2. Minyak motor.

Boleh balik kampung, tapi jangan berbelanja lebih-lebih. Bengong neh...
Elakkan pakai kereta. Kalau takda kenderaan lain selain kereta, jual kereta dan beli motor. Lebih senang dan praktikal. Anda perempuan yang takut naik motor? Jadilah berani dan tungganglah motor. Berani adalah sifat insan. Kalau hidup di Kuala Lumpur dan bandar satelitnya seperti Shah Alam, Damansara dan Puchong, penggunaan kereta adalah tidak relevan dari segi praktikal. Ini kerana lambakkan orang kaya Malaysia yang menggunakan kereta terlalu banyak sehingga mengakibatkan kesesakkan lalulintas. 

Kalau kaya, barulah naik kereta. Pastikan juga anda 'kaya' masa, kerana masa adalah komoditi yang paling berharga.

Nasihat aku, tak payah beli kereta sehingga diperlukan. Fresh grad beli kereta umpama menggantung diri. 

3. Servis motor

Servis motor disini merangkumi servis rutin dan servis bukan rutin. Rutin adalah seperti penukaran minyak hitam, tukar oil filter dan apa alat ganti yang perlu kerap ditukar yang lain. Bukan rutin pula seperti tukar tayar, tukar pad brek, tukar rantai dan spoket, tukar kabel throttle dan alat ganti yang tidak perlu ditukar setiap bulan.

Kebiasaannya tidak mengambil nilai lebih daripada RM 50 pun. Tukar minyak hitam baru RM 20,  mentol kalau terbakar baru RM 5. Kalau ada lebih, carry forward lebihan tu pada bulan hadapan.

Pemilihan motor pula memainkan peranan. Tayar motor EX5 dengan tayar moto Kawasaki Ninja 250 tidak sama harga misalnya. Jadi kalau kaya dan bekemampuan, boleh la pakai motor besar.

4. Topap telefon.

Aloo, Roti Najib satu...
Ini adalah keperluan. Tapi aku sendiri pakai cuma RM 30 sebulan. Lebih tu kot kot ada nak bergayut dengan mak kat kampong, nenek kat bandar, makcik kat obersi ke. Tapi orang macam aku ni nak call sape? Miss A pun aku wasep je. Payah call-call ni. Aku kengkadang bizi main game. Kah kah kah!

5. Duit Lunch

Tengah kumpul duit beli mangkuk tingkat ni untuk bawa bekal

Kalau nak jimat makan tengah hari, masak dan bawa bekal dari rumah. Jimat RM 7 sepinggan. Tu untuk makanan sahaja, belum minuman. Kalau bawa bekal, air minuman boleh beli yang eksklusif sikit. Teh bunga atau laici misalnya. Kosnya kurang dari RM 3.

Pada yang dah berkahwin, variasi makanan tengah hari korang ada bonus. Bini tolong masakkan kuttt! Apa guna bayar hantaran mahal-mahal kalau setakat mintak tolong masak nasi ayam hainan untuk laki tak reti kan? Hahahaha!

6. Sewa rumah.

Tidak semestinya sewa rumah. Boleh sewa bilik. Lagi jimat berbanding sewa rumah. Sewa bilik di bandar lebih kurang RM 150- RM 300 sebulan. Ikut keperluanlah. Orang bujang takpayah bazir sangat bab tempat tinggal ni. Masa korang lebih banyak dihabiskan ditempat kerja berbanding dirumah. Iye dok? Ni semua dah lengkap bayar bil elektrik, bil air dan bil Indah Water.

7. Insuran

Ambil!
Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan anda kerugian besar. Tapi ingat, fungsi insuran adalah untuk melindungkan anda dari masalah kewangan akibat faktor yang tidak boleh dikawal seperti kesihatan, kemalangan atau kematian. Dia macam payung time-time nak hujan.

Jangan fokus pada insuran yang menawarkan bersama skim pelaburan. Fokus pada perlindungan ditawarkan. Sekiranya anda tertarik dengan skim perlindungan yang ditawarkan bersama skim pelaburan, anggapkan skim pelaburan itu sebagai bonus.

Untuk pelaburan, insuran bukan instrument yang betul.

Oh ye,... Jangan jadi aku. Dah beli insuran, lepas tu ada masalah dengan sistem pembayaran. Aku hubungi ejen aku masuk dulu memaklumkan masalah dari segi pembayaran, malangnya ejen insuran aku telah berhenti dan kes masalah pembayaran aku sehingga sekarang tidak selesai. Senang citer, aku takda insuran. Pastikan ejen insuran anda berkredibiliti dan dah lama buat insuran. Kalau tak, dia akan rasa kerja ejen insuran tak best dan berhenti. Menyusahkan anda kemudian hari.

8. Internet Telefon

Ini adalah keperluan. Plan internet ni ada banyak. Pilih ikut kemampuan dan sesuai dengan keperluan anda. Setakat nak download dengan dengar Sportify, buat kat opis je la. Rumah tu ibarat tempat tidur, mandi, makan dan berlindung. Tak payah pun internet kat rumah. Kalau mampu nak pakai internet, apa salahnya kan?

9. Hiburan.

Aku suka tengok wayang. Tapi takdalah kaki wayang sangat. Maklumlah, movie sekarang boleh download dan buang lepas tengok. Hiburan kat sini adalah sebagai ganjaran setiap bulan selepas penat bekerja. Kalau takda hiburan, anda boleh mati. Mati kutu. Maklumlah, berhibur itu adalah fitrah manusia.

Hiburan juga aku letak perbelanjaan untuk duit grooming. Penjagaan peribadi. Sebab kos gunting rambut, gel rambut, syampoo rambut, sabun badan, pencukur, buih pencukur, dan sebagainya tidak memerlukan komitmen setiap bulan secara konsisten. Korang gunting rambut setiap bulan ke? Aku gunting rambut 2 bulan sekali. Wax tahan 3 bulan, sabun 2 bulan (beli refill je), pencukur Gillete yang ada 6 mata tu, beli 6 bulan sekali. Banyak barang-barang grooming beli 2 bulan sekali minima.

Tips:
- Kaki wayang boleh tengok wayang pada hari Rabu. Biasanya murah. Pandailah pilih.

- Sebelum bergerak keluar untuk berhibur atau berbelanja, pastikan sudah makan. Ini bagi memastikan kewarasan akal tidak diganggu kelaparan. Terutama ketika berbelanja.

- Cari hiburan yang tidak boleh dicari dirumah. Contohnya main paintball atau Escape Room. Setakat main belon celup-celup kat Setia City Mall atau Putrajaya tu, tak payah la.

- Bahagikan perbelanjaan hiburan untuk membeli gadget seperti permainan konsol Xbox, PS5 atau PC. Ini akan jimat perbelanjaan dikemudian hari kerana kos permainan konsol ini adalah one off. Nak lagi jimat, permainannya boleh di download secara haram di internet. Kalau nak secara halal, tunggu sale STEAM. Beli game sampai muntah.


Kesimpulannya

Cium duit tanpa usaha tidak akan membuahkan hasil. Kerja la woi!


Apa yang aku tulis adalah lebih kepada cadangan. Kalau nak bash dengan pertanyaan 

"Mana modal nak beli dapur untuk masak?"
"Nak beli tong gas tolak duit mana?"
"Nak beli baju baru bila?" 
"Kasut sukan dah terkopak, duit mana pula nak cekau ni?"
"Alamak, motor rosak pula. Siapa nak sponser,"

Get creative. Ini adalah guideline. Bukan peraturan yang mesti dan wajib diikut. Apa yang penting tahu membezakan keperluan dan kehendak. Definisi keperluan dan kehendak adalah berbeza pada setiap individu. Contohnya:

- Rokok pada pandangan individu yang tidak merokok adalah kehendak, tapi pada pandangan individu yang merokok itu adalah satu keperluan.

- Kereta bagi yang bujang adalah kehendak, manakala bagi yang sudah berkeluarga pula itu adalah keperluan.

-Cermin mata adalah kehendak bagi individu yang tidak mempunyai masalah penglihatan, tetapi pada yang mempunyai masalah penglihatan ianya adalah satu keperluan.

- Keluarga kat kampung orang susah, jadi perlukan jumlah yang besar untuk menyara mereka. Kalau rasa-rasa itu keperluan, why not?

Pokoknya, diri sendiri. Kalau rasa naik kereta Suzuki Swift adalah keperluan berbanding naik kereta Perodua Viva, maka terpulang. Kalau rasa Rokok Winston lebih sedap berbanding Vape perisa aiskrim Solero itu satu keperluan, terpulang.



Sengaja aku tak masukkan pembayaran hutang PTPTN sebab hutang PTPTN korang boleh bayar ikut hati. Kalau nak guna duit lebihan sebanyak RM 51.60 untuk bayar yuran PTPTN tu pun boleh. Leverage-kan hutang PTPTN anda. Elak ASTRO kalau boleh pakai siaran percuma, elak UNIFI kalau guna internet untuk berfesbuk dan blog sahaja, elak bayar ansuran kereta kalau mampu naik motor.

Berkenaan ber-girlfriend, pastikan girlfriend faham status kewangan korang, bagi yang lelaki. Pada yang perempuan pula, jangan ingat boipren korang tu DS Najib yang kaya. Sekiranya apa yang berlaku sebaliknya, anda mempunyai pilihan sama ada teruskan atau cari yang lain. Kumbang tak sekuntum, bunga tak seekor. Pilihan ditangan anda.

Anda mampu mengubahnya.


Persoalannya sekarang, apa nak buat dengan duit simpanan itu?