20 Dec 2012

Video keluarga angkat dah dilepaskan

Okay...

Secara rasmi, video keluarga angkat sudah dimuat naik dalam laman sesawang tube anda (YouTube). Baru je naik semalam sebab pensyarah, Mama (Pn. Hariyati Ariffin) suruh upload. Ni la aktiviti kami semasa disana. Enjoice!


8 Dec 2012

Extradisi idea: Palestin dan Malaysia



The war that never ends~

Ada beberapa minggu lepas semasa hangat isu Israel dan Palestin dibincangkan sama ada dalam kaca telivision ataupun radio. Tu dimedia arus perdana. Dekat internet lagi dahsyat dia punya penangan. Ramai respon dengan perkara ini dengan dana yang penuh emosi.

Rata-rata respon yang diberikan oleh pengguna laman sosial seperti facebook dan twitter mengeji tindakan rejim Zionis. Ada yang share gambar anak-anak kecil main api jadi yatim piatu, hilang tempat tinggal dan lagi dahsyat bila ada yang share kaki tercabut, kepala terburai ape-ape tah lagi.

Tapi tahukah kita bahawa tanggungjawab kita bukan semata-mata jatuhkan Israel laknatullah dan membebaskan Palestin?

Baca lagi dekat Extradisiidea.blogspot.com

4 Dec 2012

Family Angkat

Kelmarin baru lepas habis program anak angkat dekat Sg. Besar. Ingatkan dekat Sabak Bernam, rupanya dekat Parit 5 je. Tak sampai pun Sabak.

Nak dijadikan cerita, Slumb3r duduk la dekat rumah keluarga angkat selama lebih kurang 3 hari. Diorang sangat peramah. Yang paling best bila kami dilayan dengan layanan first class.

Slumb3r rasa bukan Slumb3r je yang rasa macam tu, tapi semua lah.

Slumb3r nak tulis semua, tapi buat update ciput je ni dulu bersama gambar yang tak berapa nak hensem buat tatapan semua. Gambar ni pun tangkap guna BB tu pasal tak chantek. Enjoice!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

29 Nov 2012

Kawan namanya, bulan palat...

Slumb2r dah lama tak menulis blog ni. Alasan tipikal semua student yang berblog bagi, sibuk katanya...

Slumb3r terfikir 1 benda selepas tengok satu tweet punya update dari sahabat Slumb3r. Dia tension dengan kawan rumah dia. Housemate dia dah buat dia tension.

Masalahnya kat kes dia ni Slumb3r rase bukan kawan dia. Masalah dekat kes ni dianye sendiri. Contohnya la macam dia kabor, dah masak kat dapur lepas tu makan trus tak cuci kuali lepas guna. Housemate datang sound la. Dia basuh juga tapi lepas makan la sekali dengan pinggan dia guna.

Mungkinn teguran hosmate tak kena kot time tu atau hosmate PMS. Macam2 benda tak puas hati.

Slumb3r pun macam tu sebenarnya. Tapi bukan dari segi pinggan, tapi tempat tidur la.

Slumb3r tido kat ruang tamu sebab bilik tak muat. Bilik kecil saja tapi isinya sampai 4 orang. Kat situlah tido, kat situ la study semua. Slumb3r nasib baik dpt pot study kat luar. Ingtkan dapat reserve bilik sebagai tempat tido. Tapi haraaaammm...

Masa nak tido tu la romate study dengan lampu terbukak bagai. Tak dapek. Dah la sempit sebab kami tak pakai double decker. Kami tak berapa nak mampu beli tu.

Slumb3r pn hari2 la dok kena sound " ni ruang tamu, bukan bilik tidur"...

Terasa la juga dan kadang2 dah banyak kali justify kenapa Slumb3r dok sini. Masih juga kena sound.

Slumb3r pernah kalih kasut yang diorang letak kat ruang tamu ni sebab tempat ni Slumb3r tido. Diorang marah dan cakap, "ni ruang tamu, bukan bilik tido". Tersentap seketika.

Biarlah. Tu sebab kadang2 rasa nak saje keluar rumah ni. Tak tahan kena perli pasalnya.

Bukan tak cakap tau, dah cakap masalahnya. Bukan sekali, tapi byk kali dah... Dah dekat setahun dah ni...

Biarlah. Tapi kalau korang ada kawan macam Slumb3r, jgn la bising2. Sesekali mungkin la tahan tapi kalau selalu kecik hati wei kawan tu. Betul tak tipu...

Ni update simple je. Slumb3r takkan post kat mana2 social network lain sebab mungkin akan mengguris perasaan kawan2 Slumb3r. Kalau diorang terjumpa, tu biarla. Janji bukan sebab Slumb3r promote entry ni...

Okay nak tido. Good nite. Oyasuminasai minasan!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

15 Nov 2012

Selamat Hari Lahir~!

Okay... Today is my birthday...

Happy birthday to me...

Thanks for the wish my friends especially my mom and my lil bro. Finally thanks to my sweet heart Miss A.

No celebration for me. Need to work on my assignments...


26 Oct 2012

Selamat Hari Raya Korban

Dengan ucapan tulus ikhlas dari slumb3rstory....

Raya la wei. Raya seperti biase. Akan emo juga akhirnya. Bila cuti je mesti ada masalah...

Jangan fikir sangat. Ape-ape pun, selamat hari raya.





Credit to Mr. Google

For more insight of my life, refer to this notessssss....

12 Oct 2012

Dominonism sedap bila free

Ni kali kedua update blog guna BB.. Tapi tak tahu la macam mana rupanya kang sebab aku dah tuka signature bb...

Kira okay lah daripada tak boleh update langsung kan...

Oh yea... Malam tadi Miss A payung Dominos... Dia ad byk gila kupon...

Dah habis makan baru ingat nak tangkap gambo sebelum ni tak ingat... Bukan takat terlupa nak amek ganbo, chili flakes pn terlupe nak letak... Sedap je tenyeh benda tu kat mulut... Lupa dunia sebentar...

Okay, tu je update simple ni... Cubaan kali kedua untuk mobile update...

Sekian...
This is mobile post, ignore typos.

10 Oct 2012

Scandal Band Again!

Must write... must write!!

I cannot stop thinking about going to the concert. Seriously!

Just now I've Google 'Scandal band Malaysia' and found out that they had their FB fan page for Malaysian.

All of my housemates are suggesting me to go. Because "once of a lifetime opportunity" they said. I've got only until 1st Nov to get the ticket at best price which is the lowest price of RM 100.00 about my one and half week of pocket money. DAMMIT!

The FB link is here my friends.

I need to reconsider going to UiTM Kedah on that day.

Help ME to make a real decision~!


8 Oct 2012

First post guna BB

Tak tahu la boleh guna ke tidak BB untuk post blog siap dengan gambar... Ni la baru nak try... Oh yea.. Malam tadi g party bthday bobo...

Hahahah... Ni cake dy... Tah kenapa ada nama Hazik kat situ bersa ma iqbal..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

5 Oct 2012

Me and Scandal (Scandal and me) LIVE in MALAYSIA!

Don't get me wrong.


First thing first, take a look at this video clip from one of my favorite band.


Okay... They are having concert at Kuala Lumpur here in MALAYSIAA!!!

For those who are interested on goin that concert, they can buy ticket online here at this link.

As for me, I'm not goin......

I need to help my course mates at UiTM Kedah on that day which is 1 Dec 2012. They got some sort of book fair for their publishing project. I will post the details about this upcoming project later. T_T

I like Scandal band during their appearance as 'girls band' not as 'dancing girl band'. Although they still in 'band' but the way that Scandal band now are much more like k-pop and i don't like k-pop. i aware that this is for the marketing purposes but they had lost their identity.

I like Scandal in the 2009/2010 rather than now.

They had slowly turn more on k-pop!

And~

I had my twitter mention their name and band but they don't RT or reply. Such a shame Don't mind this.

Last but not least, I don't like Mami's hair style. 

I admit she is damm beautiful but this hair style is tooooooooo....

I much do prefer Mami in the old hair style. Black.

Yeah.... But at least she is beautiful. and look rusty

That is all. Check out this local news reporting their concert in Malaysia. To buy ticket online, click here.

BuhBye!

17 Sept 2012

Semalam Bersama Awek Jepun

Tajuk kena catchy

Semalam Slumb3r g berjimba kat KL. Walaupun rasa macam;

Walawei, KL je?.. Itu pun nak tulis ke?

Ye la, nak tulis sebab bukan pergi dengan sembarangan orang. Pergi dengan exchange student dari Jepun.

Hakikatnya dia pun gila-gila dengan kami. Ingatkan tak boleh nak blend sekali. HAHAHA!

Nama dia Yurie. Nak sebut kena yu- ri-eh. Ni Sensei Naharaja ajar la. Kami-kami ikut je.

Dalam kelam bawak Yurie, Slumb3r jumpe pula kawan sekolah lama. Yeap Mei Li. Lama gila tak jumpa dia. Rasa dalam 4 tahun la. Lepas masuk diploma dulu ada la jumpa sekali. Masa Depavali kot kat Rumah Jeya. Tu je la sekali. Lepas tu tak jumpa-jumpa sampai sekarang.

Dia dah kerja dah sekarang. Kat NTV7 as broadcast journalist. Superb! One of my kampung friend that are same field as me. Tapi bila Slumb3r dah degree ni tak jadi ambil major untuk journalism, tapi ambil publishing as major. Journalism cuma sebagai minor je. Boleh laaaaa...

Kami sekelas dalam 6 orang, Slumb3r, Zhaf, Ain, Mimi, Sitah dan Mar bawa si Yuri ke KLCC, Central Market, dengan Petaling Street. Nak jalan-jalan KL 1 hari memang tak cukup la jawabnya. Kami bawa mana termampu.

Nak tengok bingkisan lebih2, usha la photoblog. Sini Slumb3r cuma letak 1 gambar je. Gambar yang ada dalam button cenderamata dari kami untuk Yuri.


 

Ni la si Mei Mei. Tak banyak perubahan. Masih kecil dan pendek seperti biasa la. HAHAH!

Sekali lagi, Nak tengok gambar lagi banyak usha PhotoBlog.

Adios~

7 Sept 2012

Design Cover Photo FB baru!

Design design design

Okay...

Sejak post pasal facebook timeline dulu, Slumb3r ada terima request untuk buat Miss A punya timeline. Request tapi tak bagi gambar sume. Apa yang dia bagi cuma DP. Boleh laaa.

Dia nak design berbentuk emo. Slumb3r dah biasa emo-emo. Ada la bekas-bekas design yang lepas-lepas boleh guna balik. Cuma font saje takda, jadi download la font emo kat fontspace.com ni. Banyak font yang menarik lagi boleh cari kat situ.

Konsep dah tahu, sekarang tinggal mashup je semua, godek-godek sikit maka jadilah ni:


Okay le tu. Slumb3r malas nak tweak lg. Dia pun puas hati. Slumb3r lagi suka sebab dapat letak Slumb3rStudio punya tagline.

Kalau lepas ni sesiapa nak design cover photo FB, cuma bagi kat email Slumb3r kat Slumbercorp@gmail.com. Slumb3r cuma perlukan:

Profile Picture
Cover Photo

Kalau takda cover photo takpe, bagi konsep, Slumb3r googlekan je design yg abstrak. Macam Miss A neh.

Okay. THA THA!

28 Aug 2012

Raya pada aku

Raya tahun ni agak lain dari biasa sebab aku rasa biasa-biasa je.

Kenapa nak simbolikkan raya dengan ketupat, keluarga dan masyarakat? Aku rasa aku bukan sebahagian dari masyarakat dan ada keluarga pun tak lengkap. Ketupat pun beli segera bukan hand made. Rasa macam looser tiap-tiap raya wei.


Raya aku tak gangnam macam depa. Depa gangnam sangat. Oppa Gangnam Style! Whoop Whoop Whoop!...



By the way, this is the original video...



Kalau nak tahu lebih lanjut boleh bukak Personal Blog Slumb3r. Tu je nak kabor. Lain takda.


27 Aug 2012

Selamat Hari Raya Kepada Semua..

 Assalamualaikum semua. Lama tak tulis lepas post pasal game tu kan. Ni SLumb3r dah takda kerja, tu sebab gatei tangan nak menulis.

Raya kelima haritu Slumb3r buat rumah terbuka. Takda la ramai yang datang sebab Slumb3r ni takda la ramai kawan sangat. Kawan-kawan semua bz beraya kat tempat lain. Yang hadir hanyalah kawan-kawan yang tengah bercuti di kampung.

Slum3br bersyukur sangat diorang datang. Takpalah, ada rezeki nanti Slum3br buat lagi open house macam ni.

Mungkin diorang sibuk sangat dengan family. Ape nak heran kan. Kalau ada yang mampu pergi Langkawi, Pangkor, Sabah, Sarawak atau Bali takkan diorang tak mampu nak datang rumah terbuka Slum3br kan. Takpe, Slumb3r faham. Sibuk bersama keluarga.

Okay, ni jela gambar-gambar dari tab Te'a Slumb3r curik dari FB. Enjoys.

By the way, semua gambar ni takda editing yea. Segar dari tab Te'a.



Dari atas kiri :Miss A, Enot, Te'a, Una
Dari bawah kiri: Nad (Kacang), Bella, Lehahahahaha


 Ini adalah geng aweks. Dari semua ni hanya Te'a jer berada dalam golongan ibu-ibu. HAHAHA! Dia tak bawak anak dia time ni, tapi bila beraya time petang, dy bawak anak dy sekali dengan husband dy.

Dari atas kiri : Budin, Khaidir, Azar
Dari bawah kiri: Wafi bersama mamat hensem


 Ini adalah geng Jejans yg datang. Ada lagi dua orang patutnya. Sorang mat, dia segan nak masuk dalam gambar katanya.

Paling menyayat hati adalah kawan yang datang dari Johor. En. Zamzairin aka Todler. Dia datang dengan family dy. Terharu sangat dia dapat sampai rumah Slumb3r. Jauh dia datang dari JOHOR tau. Tapi tak sempat nak tangkap gambar dengan dy, sbb bz sgt nk buat jamu kengkawan.




Dalam banyak-banyak gambar ni, hanya 2 gambar ni yang Slumb3r pelik. Ape yg diorang nak tunjukkan sebenarnya ni?.. Giler pose seh Nad ngan Nabila... Feeewittt... calon menantu beb!!

Yang Kak Lehahahahaha dengan Kakuna ni tataw dme buat ape. HAHAHA!...

Okay, sampai sini je post kali ni. Mungkin post depan Slumb3r cerita pasal game. Tengoklah kalau ada mood nak tulis sebab duduk kat rumah ni kurang produktif. Kena kat Shah Alam jugak baru produktif sebab internet laju kot.

Yang geme tu Slumb3r terpaksa buat second account sebab single account tu macam tak boleh nk hidup sebab susah nk up doee. Asik kena katuk dengan pemain lagi power. Nasib baik jumpa pemain macam Death, wwales, Avina dengan ape tah nama budak baru dalam alliance Xcom tu. Tak ingat la pulak.

Bye~!

15 Aug 2012

Star Supremacy Review (loong post)

Game review peeps

Selamat berpuasa kepada mereka-meraka yang berpuasa. Hari ni Slumb3r nak buat posting pasal game lagi. Memang Slumb3r tahu dah beberapa post Slumb3r dok cerita pasal game je. Mana taknya sebab dah boring kat rumah. Pagi g kebun balik kul 10.30 lepas tu main game je la kerjanya sampai la nak masuk tido. Kali ni Slumb3r nak cerita pasal 1 game. 

Game ni Slumb3r jumpe kat webcomic miao &wafu pafu sewaktu sedang baca blog2 komik yang terdapat dialam maya ini. Tapi sekarang Slumb3r bukan nak cerita pasal webcomic. Mungkin dalam post lain, tapi kali ni Slumb3r nak cerita pasal 1 game yang simple tapi menyeronokkan yang Slumb3r main.

 Okay. Game ni game baru dari 1 tempat laman sosial seperti Facebook dan twitter. Tapi laman sosial ni lebih tua dari dua tu rasanya. Slumb3r main masa zaman muda remaja sewaktu mula-mula kenal internet tahun 2002. Yeah beybeh.... Friendster.

Friendster kini dah berwajah baru. Tak macam dulu lame dan buruk. Rasa-rasanya dah ada apps friendster untuk smartphone mcam facebook dgn twitter. Tak tahu la pulak. That is beyond my knowledge.

Okay. Slumb3r buat introduction dulu la ye.

Game ni macam 1 game online Slumb3r pernah main dalam PC dalam tahun 2010 dulu. Galaxy something2 lah. Tak ingt nama game tu apa. 

Game ni menawarkan kita untuk menjadi komander dalam 1 koloni angkasa lepas dan bertindak sebagai pemerintah. Ini adalah game strategy macam red alert, age of empires and so on.

Kita boleh kawal untuk berperang, bersosial, atau jadi bodoh. Kome boleh pilih mana satu nak. 

Ada 3 factions kita boleh pilih masa mula-mula main game ni. antaranya UEO, Seekers dengan Altarian. Ketiga-tiga factions tu ada keistimewaan. FYI, factions tu bangsa @ kelass @ character kome dalam game tu.

Macam UEO (United Earth Order) hebat dalam berperang sehinggakan teknologi dan upgrade diorang semua pasal perang. Diorang mempunyai 1 kapal perang spesis super ship yang dipanggil battle ship. Weapon jangan cerita le, konpem2 hebak nanang! Diorang juga berkebolehan untuk menggali rare resourcess iaitu Heavy Metal. Gua cakap factions ni gempak!!

Seekers pula antara yang terawal hidup kat angkasa. Kira-kira macam orang asli angkasa. HOOOGAH HOOOGAH! Mereka ada keunikan sendiri. Diorang hebat dekat high technology. Diorang bergantung kepada kecekapan dan kreativiti. Mampu untuk menggali nebula gas sebagai rare resources. Faction ni bukan senang2 nak kalahkan sebab diorang Alien yang berteknologi tinggi.

Altarian pula adalah sepihan dari UEO. Diorang tak suka kepada cara UEO yang suka berperang. Macam Slumb3r. Slumb3r tak suka berperang. Maka diorang lebih fokus kepada pembangunan ekonomi. dan insaniah. Diorang hebat dalam bidang ekonomi dan mampu untuk menjadi saudagar kepada Seekers dan UEO sebab dia mampu untuk menggali Crystals sebagai rare resources. 

Slumb3r pilih faction ni.

Now, let the picture talk.

 Ini adalah colony Slumb3r yang pertama. Baru seminggu main. Dah ada 3 colony. Slumb3r namakan dia Mareshia as in Malaysia in Japanese. HAHAHAHA!

Yang kurengnya dalam game ni, kalau nak namakan colony tu kena ada special item. Nak beli kena pakai RM RM RM!! Slumb3r main free. Dapat item melalui perang2 je. Tak payah kuar duit 1 sen pun.

Bila nak perang, mesti ada askar. Dalam game ni boleh design kapal angkasa sendiri untuk pergi perang. Korang kena DESIGN! Ye, design. Ada modul dan weapon. Setiap modul ada keistimewaan sendiri macam lebih armor ke, shield ke, fighter bay ke untuk angkat jet-jet kecik untuk tolong g perang ke, nak letak weapon boleh serang jet-jet tu sahaja je atau weapon campur2. 

Tapi yang penting, terpulang kepada korang nak buat macam mana pun. Setiap kapal berbeza mengikut jenis. Macam yang Slumb3r buat ni Slumb3r guna kapal class Corvette dari spesis kapal kecik. Ada 2 modul dan 1 turret weapon. Ade sesetengah kapal ade banyak modul dan ade beberapa spesis weapon.

Lepas dah design boleh letak design kita tu nama. Yang ni tak payah ade special item. Korang letak la nama apa pun asalkan korang hepi.

Lepas dah buat kapal, korang boleh tugaskan siapa jadi ketua untuk setiap angkatan tentera tu. Ni la gunanya leaders. Ni balacibai dalam game ni. Kita boleh recruit ramai-ramai tapi apa gunanya ramai2 kalau takda kapal untuk diorang. Betui dok.

Boleh leveling sama-sama dan setiap leader hanya boleh kawal beberapa anak buah. Limit diorang berbeza-beza mengikut level masing-masing. 

Gaisss...

Ni pula adalah Planet Map. Kita boleh tengok banyak koloni dari player-player lain dalam game ni dalam tanda merah tu. Slum3br punya colony dalam planet tu ditanda dengan tanda hijau. Comel je 1 tu. Musuh-musuh lain berlambak. Ni yang seronok dalam game ni. 

Map planet besar gila, tak percaya tengok bucu bawah kiri. Kawasan kotak hitam tu korang nampak sekarang, luar dari kotak tu adalah map untuk player-player lain. TAHI!

Kita zoom out planet, nampak lah solar system kita. Ni adalah solar system. Tadi kita ada kat planet, sekarang dalam solar system. Planet asal untuk UEO di Juno, Seekers di Phaeton dan Altarian di Heracles. 3 lagi planet tu netural. Boleh lah takluk. 

Buat masa sekarang Slumb3r menetap di Heracles, Aquila dengan Lizard. Bakal membuka cawangan di Diploe lepas ni.

Zoom out solar system, kita jumpa lah galaksi. Galaksi ini terdiri dari beberapa solar system. Yang terpampang di screen shoot ni adalah solar system yang kome tengok kat gambar atas tadi. 

Buat masa sekarang hanya 3 solar system dibuka dan 3 lagi belum dibuka sebab game ni game baru. Untuk pergi ke solar system yang lain kena ada level 35 leaders dan keatas baru boleh fly. Kalau takda, duduk je la dalam solar system yang lama. 

Solar system lain ada banyak rare resourcess tidak terdapat dalam solar system asal. Superbbb!!!!

Game ni baru, jadi Slumb3r sarankan korang masuk sebab kalau start awal, nanti lama-lama hebat. Serius tak tipuu!!

Okay. Slum3br cerita pasal perang-perang sebab Slumb3r yakin ramai macam nak cuba game ni. Game ni tak terhad untuk perang sahaja. Slumb3r belum cerita pasal sistem ekonomi, kajian dan sistem persekutuan (alliance). Banyak lagi kelebihan dalam game ni yang korang kena cuba sendiri dan lihat hasilnya.

Korang boleh search guna nickname Slumb3r dalam game ni. Mungkin kita boleh jumpa dan Slumb3r akan tolong korang. Mana tahu ada alliance dari Malaysia dapat takluk 1 planet sama-sama. Manalah tahu. Dalam screen shots tu Slum3r dalam alliance Novafleets kan? Slumb3r dah keluar sebab cuma ada 4 orang je dalam alliance tu. Sekarang join XCom. Alliance paling hebat KoA.

Takpalah, ni dah ngarut lebih. Korang kena cuba sendiri kat sini. Jangan lupa buat akaun Friendster dulu. Buat akaun semata-mata untuk main game cool ni. Tak caya? Cuba le!

11 Aug 2012

Video buat gay SHITBRIX

HAHAHAHAH!

Thanks Ajik sebab bagi link kat YM tadi. Aku konpem lepas ni Teto dengan Tayu mungkin ada dalam next video brader ni. Siap dengan botol di seluar.

WAKAKAKAKA!!

 Oh, by the way ramai pangkah lagu ni. Tak cukup dengan pangkah, siap parody pulak berlambak. Tapi video ni terbaik. We can see their emotion fresh! YEAAHHH BEYBEH!

Hey, I've just meet you,
And this is baby,
so this my p*nis,
go lick it beybeh!

8 Aug 2012

Facebook Timeline Aku

Assalamualaikum...

Lama tak tulis kat blog ni. Lepas post pasal game haritu Slumb3r masih lagi tercari-cari game lain untuk dimain. Buat masa ni tengah download 1 game. Game kecik je. Tapi tak tahu lah bila habis downloadnye sebab internet sini macam nohoram jek.

Okay,

Bersesuaian dengan tema post kali ni, Slumb3r nak carita pasal FB Slumb3r. Tah macam mana tadi pagi log in FB dan dapat notification secara paksa yang Slumb3r kena tukar profile ke timeline. Tahi lembu semua tu.

Memang menyekat pahala puasa Slumb3r je pagi2. Takpa lah, lagi pun dia bagi tempoh sampai 15 ogos untuk kita set up timeline kita sebelum dipublish.

Apa yang menariknya 1 je timeline FB ni, diorang punya cover photo. Dah macam banner blog dah Slumb3r tgk. Banner blog yang kita letak untuk tarik perhatian orang. HAHAHAHA!

Takpa, selaku designer Slumb3r akan buat terbaik untuk timeline yg baru. Tiba-tiba datang idea. Yoshh! IDEA!






Tak lama pun buat less than 30 minutes. Ni lah hasilnya.


Kerana Slumb3r minat band SCANDAL, maka Slumb3r google la wallpaper Scandal saiz dinosor dan kecikkan jadi macam ni. Profile pic pulak cuma padankan background dengan cover photo.

Hasilnya taklah berapa kreatif lagi tapi okay lah untuk orang yang tak suka timeline ni decorate sikit profile page tu. Dah nak nak myspace dah. Tapi konsep timeline ni merujuk kepada tweeter jek. Ah! Lantak la, janji TL FB aku lawa. Kau hadooo?!

PS: Slumb3r blurrkan sikit info dlm fb tu untuk melindungi hak peribadi Slumb3r.

28 Jul 2012

Perkara dibuat masa cuti

Ahhh... dah lama tak update.

Slumb3r berada di mood cuti. Main game je kerja time cuti ni. Dok depan pc lame kang silap-silap mata leh rabun lg truk. Oh my pc

Cuti ni banyak abeskan mase main game. Tak mampu nak beli Xbox kinect RM 1300 kat Ipoh hari tu. cuma mampu main game dalam pc je. Game lama.



Ni lah game yang slumb3r kate tu. dari siri game total war. Total war shogun 2. Gempek siakk!

Game ni offer kita sebagai pemain yang mengawal suku kaum tertentu dalam nagara jepun masa senjuku jidai, perang jepun zaman feudal dulu. Ala-ala kalau kat barat masa zaman jahiliyah la. Superbbb


Suku kaum semua ada 9, ekstrak dari wiki je, malas nak taip;

  • The Chosokabe clan inhabit Tosa province and can recruit superior bow infantry and generate more income from farming.
  • The Date clan control Iwate and can recruit superior no-dachi samurai, all their units also gets a bonus when charging.
  • The Hojo clan are great builders and siege specialists who inhabit Izu and Sagami.
  • The Mori clan inhabit Aki and have a long history of naval mastery.
  • The Oda clan are efficient commanders of ashigaru and are settled in Owari.
  • The Shimazu clan inhabit Satsuma and can recruit superior katana-armed samurai, their generals are also more loyal to their clan.
  • The Takeda clan warlords preside over Kai and recruit superior cavalry.
  • The Tokugawa clan inhabit Mikawa province and rely on diplomatic relations and the recruitment of better warrior ninjas and metsuke.
  • The Uesugi clan control Echigo and specialise in Buddhism, allowing them to recruit better monks and warrior monks as well as generating more income from trading.
  • The Hattori are the leading family in Iga and recruit specialised ninjas and warrior ninjas with more expertise.
  • The Ikko-Ikki clan are a "family" of religious rebels that control Echizen and Kaga and recruit Ronin and superior warrior monks.

Korang boleh kawal posisi sebagai general atau daimyo semasa perang. Matlamat utamanya adalah untuk menjadi shogun dan menakluk 60 daerah dalam negara jepun. Korang boleh kawal askar dari unit Ashigaru, Samurai malah korang boleh kawal unit tentera laut dalam game ni.

Apa uniknya game ni korang diberi pilihan untuk mengawal 4 unit Samurai terdiri daripada Katana Samurai, Yari (lembing) samurai, Bow samurai atau unit superior dalam game ni, Warior monk. Unit tentera berkuda pun ada pecahan untuk setiap samurai macam katana samurai calvary, yari samurai calvary dan macam-macam lagi. Ada juga unit ninja comando sebagai tentera dan ashigaru metlock (tentera bersenjata) tapi slumb3r terhadkan penggunaan 2 unit ni sebab hanya berkesan dalam situasi tertentu je.

Selain banyak pilihan tentera, korang boleh kawal ejen. Yesss! Ejen! Ada 3 jenis ejen dalam game ni. Ejen ni special sebab hanya terhad kepada beberapa unit boleh bina perpandukan bangunan apa dibina dalam setiap bandar. 3 unit tersebut terdiri daripada Metsuke (secret police), Ninja (commando unit), Monk (inspiring unit). Semua unit ni ada pro and cons sebab diorang hidup dalam segitiga. Metsuke alah pada monk, monk alah pada ninja, ninja alah pada metsuke.

Kalau tak suke perang, korang boleh guna diplomasi. Boleh buat sistem barter (eksport import barang dagangan) boleh juga applikasi sistem vessel iaitu sistem tirani hamba kejam (HAHAHAHA!!) atau boleh buat sekutu untuk menentang sesuatu negara.

This game is goddam awesome!

Slumb3r amek masa 2 minggu download game ni dari warez guna internet streamyx je. Berbaloi-baloi. gameplay dia lebih kurang sama dengan Sid Miers Civilization series iaitu turn based game. Slumb3r taksub game-game strategi macam dua game ni.

Korang patut main game ni! ni screen shot dari Mr. Gugel yang slumb3r dapat.

 

16 Jul 2012

Milestone Pageviews

Orang lain dah beriban dah pageviews, Slumb3r punya blog baru sampai 10, 029. Lambatnya naik. Cuti ni nak promote la.

Another cool cover [Musick Monday]

Cuti kini bermula

Baru je jejakkan kaki kat kampung ni ha. Slumb3r rasa penat gilo. Pagi-pagi bangun sakit perot. Keluar je jamban selepas sesi pelaburan saham FGVH kat jamban dapat pulak SMS dari mak. Slumb3r diberitahu yang adik Slumb3r balik dari Johor dan dah sesat kat Shah Alam.

Sebagai abang yang baik dan bertanggungjawab maka Slumb3r pun capai kunci tanpa mandi dan berus gigi terus naik cepai pergi cari adik kat seksyen 13.

Sampai je rumah sewa, rahat kejap pas tu terus gerak lepas makan tengah hari. Sampai tadi dalam pukul 7.30.

Okeh. Dah dah la cerita pasal hari ni. Sekarang Slumb3r nak cerita pasal cover ni. Tak ada apa nak cerita panjang. Cover ni best dan unik sebab dia guna 1 gitar yang dimain oleh orang ramai. Ohh... Senang betul nak jadi artis macam Justin Pondan. Nyanyi pas tu letak dekat youtube. Setel. Tapi ni bukan macam Justin Pondan tu. Kali ni cerita best. Orang-orang dalam ni memang ada bakat. Slumb3r cakap je tak guna, mari la korang tengok sendiri.


9 Jul 2012

Cool cover [Musick Monday]

Minggu lepas Slumb3r melayari youtube untuk hilangkan tension belajar kajian komunikasi. Itu paper langsi mah. Dia nak jatuhkan gua. Kimak itu paper. Bikin guwa hot.

Oh yeah, back to topic, Slumb3r saje je cari lagu-lagu dari SCANDAL band. Of course la Slumb3r fetish lagu diorang sebab diorang awek yang main instrument dengan lagu yang rancak. Dah la seksi, comey tapi sayang. Sebab gigi diorang berterabur. Ikut perkiraan macam diorang baru lepas hantuk kepala kat dinding sampai gigi terabur macam tu. HAHAHA!

Gampey. Terkutuk band yang digemari pulak. Takpe, bukan rupa paras yang Slumb3r nak tekankan sekarang. Slumb3r nak tekankan pasal kualiti persembahan. Slumb3r tgk youtube diorang punya live concert. Walaupun diorang tak sepopular SNSD atau Wonder pet girls, tapi diorang tetap ada keistimewaan sendiri.

Persembahan bertenaga dan tak dinafikan SCANDAL memang ada bakat.

Haaaa... Video ni pula Slumb3r jumpa kat youtube sebab persembahan diorang. Vocal best! Cukup je la dengan formasi gigi mintak kaki, Slumb3r bukan pandang sangat pun benda tu. Slumb3r pun tak berapa faham apa yang diorang nyanyi. Belajar pun basic Japanese. Tak mengapalah.

Apa-apa pun, nikmatilah sementara fetish dengan Japss people.


1 Jul 2012

Update musim peperiksaan UiTM

Slumb3r takda benda nak update. Paling menipu...

Dah lama tak update blog ni. Bukan sebab terlalu sibuk, mungkin kerana ada 3 benda nak manage. Masa pulak mencemburui. Tahi betoi!

Hahahah!

Tak apalah. Masa cuti nanti mesti blog ni bersepah dengan update sebab Slumb3r ada banyak masa nak berkarya. Dah la musim bulan puasa. Nak kutuk mengutuk, umpat mengumpat dan sesi usha-usha awek Jepun terpaksa dikurangkan. Slumb3r rasa banyak lagi kena kurang dan banyak jugak benda kena lebih. Buat dosa kena kurang, buat pahala kena lebih.

Apa-apa pun, Slumb3r nak share blog Extradisi Idea punya isi. Slumb3r tulis pasal kena troll di majlis ceramah BN dengan muak baca blog barua PR dan balaci BN. Slumb3r juga dah update personal blog dalam notes FB. Boleh lihat kat sini untuk post 1 dan post kedua disini.

Maaflah sebab bikin korang keliru sebab banyak blog Slumb3r tulis. Ni sebab Slumb3r dah mula narrowkan penulisan Slumb3r. Blog ni dah jadi tempat untuk berkarya. Jangan lupa juga blog foto Slumb3r, Slumb3rStudio tu. Tak ada update sebab slow sikit fotografi ni dah semenjak dua menjak ni.

24 Jun 2012

Sabar menanti...

Bukan restoran kat stadium Ipoh tu...

Really discribes what am I feel now. Sangat tak rasional. Tak tahu jangan mandai. Buat rilek je da la. Tak payah nak gelabah bagai. Paling menyampah bila ni berlaku. Dah banyak kali, benda yang sama. Tak rasional giler. At the end, terpaksa layankan je. Malas nak cakap lagi. babai.

19 Jun 2012

Kenapa aku menulis?

Ahahahaha!....

Slumb3r dapat 1 komen... Dy kabo lebih kurang macam ni la;

"apo yang ang dok ngarut ni"

Slumb3r pun tak tahu. Tapi komen dy tak membina. So lebih baik padam.

Untuk pengatahuan pembaca semua, penulisan dalam blog ni berbentuk pendapat. Kalau nak penulisan Slumb3r yang berbentuk ilmiah, silalah ke blog Extradisi Idea sini. Kat situ Slumb3r paparkan karangan berbentuk fakta.

Kalau masih tak faham, Slumb3r masih tak salahkan korang. Mungkin sebab penulisan ni terlalu abstrak. Yelah, dah takda benda nak mengarut. Tulis je ape-ape.

Adios~

18 Jun 2012

Minggu Mati

Tak ada apa nak update....
Minggu ni sangat hell. Banyak work kena hantar hari-hari...

Hari ni siapkan eseimen kena hantar besok, besok siapkan eseimen kena hantar lusa. Begitulah seterusnya sampai 3 Julai. Ohsemnye!

14 Jun 2012

Xbox 360 kinect

DAYUMMM!!!

Banyak benda yang Slumb3r inginkan dah dapat. Antaranya PSP, Blackberry, laptop, moto, gitar, kasut, tab, kamera DSLR, jam, baju dan lain-lain.

OMG! It works already... My law of attraction methods plus my own rezeki. Walaupun sebenarnya target yang lagi mega, tapi alhamdulillah la dapat.



Okay. Kali ni Slumb3r target nak beli Xbox 360 with kinect. Damn! Nak sangat main game console. Dah lama gila tak main. Last main masa tingkatan 2. Masa tu tengah hot PS1. Sekarang dah ada PS3. PS 2 main pinjam2 sedara mara je.

Mana nak cekau beli Xbox ni ha? Tengok price dia masa 2009, RM1150. Najmi cakap sekarang PS3 pun dah turun RM800 apetah lagi Xbox kan?

Dah mintak tolong Haziq tolong tgk2 harga siap dengan monitor. Agak2nye dapat tak kalo pau mak sendiri? HAHAHAHAHA!!

Kalau la mak bagi, memang Slumb3r repair moto guna duit sendiri lepas ni, tak mintak duit mak dah. Baru la hensem.

Xbox 360 kinect 1!


11 Jun 2012

Design of the week

Hasil kelas selama 4 jam tadi

Kelas hari ni book design and layout. Slumb3r terkejut sebab dapat 9 setengah per sepuluh punya markah. Markah paling baik sepanjang kelas ni. Sebelum ni dapat markah 8 lebih untuk design book chapter. Semakin hari, semakin baik nampaknya.

Takpalah. Tengok saja hasil sembilan setengah ni. Komen amat dihargai.

Ni la design book jacket untuk buku 'Communication through photography'. Simple je.


SCANDAL Band- Scandal Baby [Musick Monday]


Guwa tak tahan... Nak terejakulet tgk video yang ni....

Lagu ni yang cuba Slumb3r mahirkan sekarang. Nak try cover lagu dari aweks Jepun punya band. Slumb3r agak obses dengan band ni sekarang. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab diorang rock dan diroang aweks. Kat Malaysia ni jarang ade band aweks2 ni. Katanya lagha main muzik. Fuck off b*tch!

Ape-ape pun, rasanya lagu dari band diorang ni tak mainstream kat Malaysia. mana taknya. Kat Malaysia trend lagu K-pop yang rasa macam nak muntah dengan versi vocal ala-ala tekno hanjing tu.

Berbaloi juga nak cuba.

Video ni kurang sebab basis takda. kalau ada 3 tu dah kira okay. Tak masukkan drum sebab tu dah kira 100% perfect band. Takpa. Okay la juga ni. Sayangnya Malaysia takda lagi cover untuk ni.

Oh, by da way, ni bukan band tu. Ni orang lain cover untuk lagu ni.

Layan je la eh. SCANDAL BAND- Scandal Baby (Cover)

10 Jun 2012

Report on dinner

Dinner Publishing 2012

Selesai sudah majlis makan malam anjuran kelas Slumb3r dan kelas 3A. Majlis ni superb dihadiri oleh ramai pelajar dari semester 1 dan 6. Terima kasih kepada senior-senior yang menjalani latihan industri kerana sanggup untuk turun memeriahkan majlis junior-junior kamu. Kami sangat hargainya.

Kepada yang tidak sempat, tak dapat invitation atau sekadar tidak mahu hadir ke majlis kami tanpa sebab, hari ni Slumb3r bagi liputan sedikit mengenai majlis kami ni. Tapi ini liputan personal sedikit sebab Slumb3r akan dedahkan apa yang istimewa.


 Kami ada live band performance, photobooth dan yang paling penting, makanan yang sedap. Bertemakan Hollywood glamour, ini adalah pentas platform terbaik untuk dressup smart2 dan lawa.

 Slumb3r punya outfit simple. Merah hitam. Formal dan simple. Kitar semula pakaian lama. HAHAHA!
 Miss A punya outfit. Sepatutnya pakai lain. Tapi ni boleh tahan la. Dan beliau pakai MAKEUP! #RAGE!!
Haha! Setidak-tidaknya kami masih dalam tema yang sama, merah hitam. Walaupun tone lari banyak. Sorang gelap, sorang cerah.
Akhir kata, kami menanti-nantikan semester depan punya majlis. Ikut tradisi sequence kami, pelajar semester 3 sahaja wajib buat benda ni. Best of luck!

Untuk tayangan gambar puas hati, boleh bukak link Majlis Makan Malam Penerbitan 2012

Gambar-gambar ni Slumb3r edit je, tapi keseluruhan hasil tangkapan Azam

Ps: Balik pukul 3 pagi dan bangkit pukul 6.30 pagi untuk siap-siap explorace. Gilo...