28 Aug 2012

Raya pada aku

Raya tahun ni agak lain dari biasa sebab aku rasa biasa-biasa je.

Kenapa nak simbolikkan raya dengan ketupat, keluarga dan masyarakat? Aku rasa aku bukan sebahagian dari masyarakat dan ada keluarga pun tak lengkap. Ketupat pun beli segera bukan hand made. Rasa macam looser tiap-tiap raya wei.


Raya aku tak gangnam macam depa. Depa gangnam sangat. Oppa Gangnam Style! Whoop Whoop Whoop!...



By the way, this is the original video...



Kalau nak tahu lebih lanjut boleh bukak Personal Blog Slumb3r. Tu je nak kabor. Lain takda.


27 Aug 2012

Selamat Hari Raya Kepada Semua..

 Assalamualaikum semua. Lama tak tulis lepas post pasal game tu kan. Ni SLumb3r dah takda kerja, tu sebab gatei tangan nak menulis.

Raya kelima haritu Slumb3r buat rumah terbuka. Takda la ramai yang datang sebab Slumb3r ni takda la ramai kawan sangat. Kawan-kawan semua bz beraya kat tempat lain. Yang hadir hanyalah kawan-kawan yang tengah bercuti di kampung.

Slum3br bersyukur sangat diorang datang. Takpalah, ada rezeki nanti Slum3br buat lagi open house macam ni.

Mungkin diorang sibuk sangat dengan family. Ape nak heran kan. Kalau ada yang mampu pergi Langkawi, Pangkor, Sabah, Sarawak atau Bali takkan diorang tak mampu nak datang rumah terbuka Slum3br kan. Takpe, Slumb3r faham. Sibuk bersama keluarga.

Okay, ni jela gambar-gambar dari tab Te'a Slumb3r curik dari FB. Enjoys.

By the way, semua gambar ni takda editing yea. Segar dari tab Te'a.



Dari atas kiri :Miss A, Enot, Te'a, Una
Dari bawah kiri: Nad (Kacang), Bella, Lehahahahaha


 Ini adalah geng aweks. Dari semua ni hanya Te'a jer berada dalam golongan ibu-ibu. HAHAHA! Dia tak bawak anak dia time ni, tapi bila beraya time petang, dy bawak anak dy sekali dengan husband dy.

Dari atas kiri : Budin, Khaidir, Azar
Dari bawah kiri: Wafi bersama mamat hensem


 Ini adalah geng Jejans yg datang. Ada lagi dua orang patutnya. Sorang mat, dia segan nak masuk dalam gambar katanya.

Paling menyayat hati adalah kawan yang datang dari Johor. En. Zamzairin aka Todler. Dia datang dengan family dy. Terharu sangat dia dapat sampai rumah Slumb3r. Jauh dia datang dari JOHOR tau. Tapi tak sempat nak tangkap gambar dengan dy, sbb bz sgt nk buat jamu kengkawan.




Dalam banyak-banyak gambar ni, hanya 2 gambar ni yang Slumb3r pelik. Ape yg diorang nak tunjukkan sebenarnya ni?.. Giler pose seh Nad ngan Nabila... Feeewittt... calon menantu beb!!

Yang Kak Lehahahahaha dengan Kakuna ni tataw dme buat ape. HAHAHA!...

Okay, sampai sini je post kali ni. Mungkin post depan Slumb3r cerita pasal game. Tengoklah kalau ada mood nak tulis sebab duduk kat rumah ni kurang produktif. Kena kat Shah Alam jugak baru produktif sebab internet laju kot.

Yang geme tu Slumb3r terpaksa buat second account sebab single account tu macam tak boleh nk hidup sebab susah nk up doee. Asik kena katuk dengan pemain lagi power. Nasib baik jumpa pemain macam Death, wwales, Avina dengan ape tah nama budak baru dalam alliance Xcom tu. Tak ingat la pulak.

Bye~!

15 Aug 2012

Star Supremacy Review (loong post)

Game review peeps

Selamat berpuasa kepada mereka-meraka yang berpuasa. Hari ni Slumb3r nak buat posting pasal game lagi. Memang Slumb3r tahu dah beberapa post Slumb3r dok cerita pasal game je. Mana taknya sebab dah boring kat rumah. Pagi g kebun balik kul 10.30 lepas tu main game je la kerjanya sampai la nak masuk tido. Kali ni Slumb3r nak cerita pasal 1 game. 

Game ni Slumb3r jumpe kat webcomic miao &wafu pafu sewaktu sedang baca blog2 komik yang terdapat dialam maya ini. Tapi sekarang Slumb3r bukan nak cerita pasal webcomic. Mungkin dalam post lain, tapi kali ni Slumb3r nak cerita pasal 1 game yang simple tapi menyeronokkan yang Slumb3r main.

 Okay. Game ni game baru dari 1 tempat laman sosial seperti Facebook dan twitter. Tapi laman sosial ni lebih tua dari dua tu rasanya. Slumb3r main masa zaman muda remaja sewaktu mula-mula kenal internet tahun 2002. Yeah beybeh.... Friendster.

Friendster kini dah berwajah baru. Tak macam dulu lame dan buruk. Rasa-rasanya dah ada apps friendster untuk smartphone mcam facebook dgn twitter. Tak tahu la pulak. That is beyond my knowledge.

Okay. Slumb3r buat introduction dulu la ye.

Game ni macam 1 game online Slumb3r pernah main dalam PC dalam tahun 2010 dulu. Galaxy something2 lah. Tak ingt nama game tu apa. 

Game ni menawarkan kita untuk menjadi komander dalam 1 koloni angkasa lepas dan bertindak sebagai pemerintah. Ini adalah game strategy macam red alert, age of empires and so on.

Kita boleh kawal untuk berperang, bersosial, atau jadi bodoh. Kome boleh pilih mana satu nak. 

Ada 3 factions kita boleh pilih masa mula-mula main game ni. antaranya UEO, Seekers dengan Altarian. Ketiga-tiga factions tu ada keistimewaan. FYI, factions tu bangsa @ kelass @ character kome dalam game tu.

Macam UEO (United Earth Order) hebat dalam berperang sehinggakan teknologi dan upgrade diorang semua pasal perang. Diorang mempunyai 1 kapal perang spesis super ship yang dipanggil battle ship. Weapon jangan cerita le, konpem2 hebak nanang! Diorang juga berkebolehan untuk menggali rare resourcess iaitu Heavy Metal. Gua cakap factions ni gempak!!

Seekers pula antara yang terawal hidup kat angkasa. Kira-kira macam orang asli angkasa. HOOOGAH HOOOGAH! Mereka ada keunikan sendiri. Diorang hebat dekat high technology. Diorang bergantung kepada kecekapan dan kreativiti. Mampu untuk menggali nebula gas sebagai rare resources. Faction ni bukan senang2 nak kalahkan sebab diorang Alien yang berteknologi tinggi.

Altarian pula adalah sepihan dari UEO. Diorang tak suka kepada cara UEO yang suka berperang. Macam Slumb3r. Slumb3r tak suka berperang. Maka diorang lebih fokus kepada pembangunan ekonomi. dan insaniah. Diorang hebat dalam bidang ekonomi dan mampu untuk menjadi saudagar kepada Seekers dan UEO sebab dia mampu untuk menggali Crystals sebagai rare resources. 

Slumb3r pilih faction ni.

Now, let the picture talk.

 Ini adalah colony Slumb3r yang pertama. Baru seminggu main. Dah ada 3 colony. Slumb3r namakan dia Mareshia as in Malaysia in Japanese. HAHAHAHA!

Yang kurengnya dalam game ni, kalau nak namakan colony tu kena ada special item. Nak beli kena pakai RM RM RM!! Slumb3r main free. Dapat item melalui perang2 je. Tak payah kuar duit 1 sen pun.

Bila nak perang, mesti ada askar. Dalam game ni boleh design kapal angkasa sendiri untuk pergi perang. Korang kena DESIGN! Ye, design. Ada modul dan weapon. Setiap modul ada keistimewaan sendiri macam lebih armor ke, shield ke, fighter bay ke untuk angkat jet-jet kecik untuk tolong g perang ke, nak letak weapon boleh serang jet-jet tu sahaja je atau weapon campur2. 

Tapi yang penting, terpulang kepada korang nak buat macam mana pun. Setiap kapal berbeza mengikut jenis. Macam yang Slumb3r buat ni Slumb3r guna kapal class Corvette dari spesis kapal kecik. Ada 2 modul dan 1 turret weapon. Ade sesetengah kapal ade banyak modul dan ade beberapa spesis weapon.

Lepas dah design boleh letak design kita tu nama. Yang ni tak payah ade special item. Korang letak la nama apa pun asalkan korang hepi.

Lepas dah buat kapal, korang boleh tugaskan siapa jadi ketua untuk setiap angkatan tentera tu. Ni la gunanya leaders. Ni balacibai dalam game ni. Kita boleh recruit ramai-ramai tapi apa gunanya ramai2 kalau takda kapal untuk diorang. Betui dok.

Boleh leveling sama-sama dan setiap leader hanya boleh kawal beberapa anak buah. Limit diorang berbeza-beza mengikut level masing-masing. 

Gaisss...

Ni pula adalah Planet Map. Kita boleh tengok banyak koloni dari player-player lain dalam game ni dalam tanda merah tu. Slum3br punya colony dalam planet tu ditanda dengan tanda hijau. Comel je 1 tu. Musuh-musuh lain berlambak. Ni yang seronok dalam game ni. 

Map planet besar gila, tak percaya tengok bucu bawah kiri. Kawasan kotak hitam tu korang nampak sekarang, luar dari kotak tu adalah map untuk player-player lain. TAHI!

Kita zoom out planet, nampak lah solar system kita. Ni adalah solar system. Tadi kita ada kat planet, sekarang dalam solar system. Planet asal untuk UEO di Juno, Seekers di Phaeton dan Altarian di Heracles. 3 lagi planet tu netural. Boleh lah takluk. 

Buat masa sekarang Slumb3r menetap di Heracles, Aquila dengan Lizard. Bakal membuka cawangan di Diploe lepas ni.

Zoom out solar system, kita jumpa lah galaksi. Galaksi ini terdiri dari beberapa solar system. Yang terpampang di screen shoot ni adalah solar system yang kome tengok kat gambar atas tadi. 

Buat masa sekarang hanya 3 solar system dibuka dan 3 lagi belum dibuka sebab game ni game baru. Untuk pergi ke solar system yang lain kena ada level 35 leaders dan keatas baru boleh fly. Kalau takda, duduk je la dalam solar system yang lama. 

Solar system lain ada banyak rare resourcess tidak terdapat dalam solar system asal. Superbbb!!!!

Game ni baru, jadi Slumb3r sarankan korang masuk sebab kalau start awal, nanti lama-lama hebat. Serius tak tipuu!!

Okay. Slum3br cerita pasal perang-perang sebab Slumb3r yakin ramai macam nak cuba game ni. Game ni tak terhad untuk perang sahaja. Slumb3r belum cerita pasal sistem ekonomi, kajian dan sistem persekutuan (alliance). Banyak lagi kelebihan dalam game ni yang korang kena cuba sendiri dan lihat hasilnya.

Korang boleh search guna nickname Slumb3r dalam game ni. Mungkin kita boleh jumpa dan Slumb3r akan tolong korang. Mana tahu ada alliance dari Malaysia dapat takluk 1 planet sama-sama. Manalah tahu. Dalam screen shots tu Slum3r dalam alliance Novafleets kan? Slumb3r dah keluar sebab cuma ada 4 orang je dalam alliance tu. Sekarang join XCom. Alliance paling hebat KoA.

Takpalah, ni dah ngarut lebih. Korang kena cuba sendiri kat sini. Jangan lupa buat akaun Friendster dulu. Buat akaun semata-mata untuk main game cool ni. Tak caya? Cuba le!

11 Aug 2012

Video buat gay SHITBRIX

HAHAHAHAH!

Thanks Ajik sebab bagi link kat YM tadi. Aku konpem lepas ni Teto dengan Tayu mungkin ada dalam next video brader ni. Siap dengan botol di seluar.

WAKAKAKAKA!!

 Oh, by the way ramai pangkah lagu ni. Tak cukup dengan pangkah, siap parody pulak berlambak. Tapi video ni terbaik. We can see their emotion fresh! YEAAHHH BEYBEH!

Hey, I've just meet you,
And this is baby,
so this my p*nis,
go lick it beybeh!

8 Aug 2012

Facebook Timeline Aku

Assalamualaikum...

Lama tak tulis kat blog ni. Lepas post pasal game haritu Slumb3r masih lagi tercari-cari game lain untuk dimain. Buat masa ni tengah download 1 game. Game kecik je. Tapi tak tahu lah bila habis downloadnye sebab internet sini macam nohoram jek.

Okay,

Bersesuaian dengan tema post kali ni, Slumb3r nak carita pasal FB Slumb3r. Tah macam mana tadi pagi log in FB dan dapat notification secara paksa yang Slumb3r kena tukar profile ke timeline. Tahi lembu semua tu.

Memang menyekat pahala puasa Slumb3r je pagi2. Takpa lah, lagi pun dia bagi tempoh sampai 15 ogos untuk kita set up timeline kita sebelum dipublish.

Apa yang menariknya 1 je timeline FB ni, diorang punya cover photo. Dah macam banner blog dah Slumb3r tgk. Banner blog yang kita letak untuk tarik perhatian orang. HAHAHAHA!

Takpa, selaku designer Slumb3r akan buat terbaik untuk timeline yg baru. Tiba-tiba datang idea. Yoshh! IDEA!






Tak lama pun buat less than 30 minutes. Ni lah hasilnya.


Kerana Slumb3r minat band SCANDAL, maka Slumb3r google la wallpaper Scandal saiz dinosor dan kecikkan jadi macam ni. Profile pic pulak cuma padankan background dengan cover photo.

Hasilnya taklah berapa kreatif lagi tapi okay lah untuk orang yang tak suka timeline ni decorate sikit profile page tu. Dah nak nak myspace dah. Tapi konsep timeline ni merujuk kepada tweeter jek. Ah! Lantak la, janji TL FB aku lawa. Kau hadooo?!

PS: Slumb3r blurrkan sikit info dlm fb tu untuk melindungi hak peribadi Slumb3r.