Portfolio



Assalamualaikum dan hai...

Aku tak suka formaliti, jadi urusan dengan ramai pelanggan hanya berteraskan 'senang dan cepat' sebab ramai orang tak suka birokrasi dan segala macam benda-benda susah lagi menyusahkan hidup kita. Buat apa formaliti kalau menyulitkan?

Kat sini nak beritahu dua benda. Benda pertama, pasal diri dan kedua pasal portfolio.

Pasal diri.

Nama betul, Abdul Ghafar Bin Nawi tapi kengkawan panggil Gapa, Paa atau Bam. Dalam dunia maya banyak guna nama Slumb3r. Tapi nak panggil aku bro, pakcik, abam atau ape2 pun tak kesah. Duduk kat negeri Selangor, lahir di Johor dan kampung di Perak. Tahun 2016 umur aku 26 dan masih bujang.

Kerja di Redberry Media Group (Magiq Ads Sdn. Bhd) sebagai Creative Executive atau Eksekutif Kreatif semenjak awal tahun 2014 sehingga sekarang. Fokus pada reka corak media. Media disini lebih kepada media cetak di hypermarket seperti Tesco, Mydin, AEON dan seumpamanya. Ada perniagaan sendiri atas nama Shenget Store Services (SA0307986-K) yang dibuat secara suku masa. Towkey ada dua orang, salah sorangnya aku la.

Personally tak suka orang panggil aku 'tuan' sebab level kita sama je. Sama-sama hamba.

Portfolio

Aku letak portfolio aku sebagai rujukan korang. Portfolio ini nak simpan, simpanlah sebagai rujukan pada yang nak buat portfolio. Aku halalkan. 

Kalau ada apa nak tanya, Whatsapp aku kat 019-404 6632 (8am-6pm)

Download Portfolio First Edition
Download Portfolio Second Edition

Aku juga sedang membangunkan 2 buah website untuk syarikat percetakan pakaian aku. Boleh usha:


blog.shengetstudio.com
Website yang pernah dibuat yang lain:
telukintankini.com

No comments:

Post a Comment