20 Oct 2010

Bila dah b0san~~

Haluu.

Tah ape mimpi Slumb3r nk update blog cepat-cepat agaknye. Mungkin excited nak share benda kot.

Anyway, hari ni Slumb3r boring. Dengan kata lain Slumb3r nk tunjuk video release tensi sebab mencari sarung CD driver untuk komputer ni tak jumpe. Hilang kot masa g Shah Alam time nak pergi interview dengan Zahir Zainuddin [talent coordinator 8TV Showdown 2010].

Sedih~~

Takpe la. Ni pun dah bagi idea kat Slumb3r untuk isi kat Blog ape.

Background Video

Slumb3r gayut dengan marka Slumb3r malam tadi. Dia mintak Slumb3r aja gitar atas sebab dia nak main lagu yang dia suka. Slumb3r pun on je. Tapi Slumb3r nak buat marka Slumb3r ni main keyboard berbanding gitar sebab :

1. Gitar Slumb3r boleh main da, carik la benda yang baru.
Ala... Main la keyboard. Slumb3r dah reti main gitar cuma tak berapa mahir je. Nak gak belajar benda baru!!
2. Memang girl looks sexy biler main gitar, tapi gitar byk maintenance la. <=Meaning more RM!!
Macam Yuna. Hahahaha!!. Tapi kos nak beli keyboard sekali je walaupun mahal sedebuk. Tapi tak payah risau pasal nak maintain.
3. Slumb3r nk blaja main keyboard!! xdak sape nak aja.
Betul tu!! Kat kolej ni ramai dah main gitar, tapi tak ada lagi yang reti main keyboard setahu Slumb3r la.

Dan ada banyak lg sebab yang Slumb3r lupa nk tulis. 

Takpe la. Biar la dia. <=Statement mintak simpati

Slumb3r buat video ni suka-suki je sebab boring. Main lagu ni spontan je tu sebab banyak silap. Tak payah nak komen sangat yea pasal video yang kureng nih. Tak plan pun nak hebohkan kat Facebook pun. Underground la katakan.

Tak edit
Guna software free [tu sebab ada watermark]

Pasal sound system, Slumb3r pakai webcam jer. Micropon pun pakai webcam punye. Jadi bunyi dia tak berapa nak clear la. Tunggu la kalau Slumb3r dah ade mini studio sendiri yang lengkap degan peralatan sendiri. Baru semangat nak rekod. Gitar pon bukan Slumb3r punye. Tu gitar junior Slumb3r; Shaqif a.k.a Mare [main gitar dalam penjara]. 
Slumb3r bawak gitar elektrik jer datang Melaka sebab mak marah. Dia tak bagi bawak gitar kapok dengan gitar karen sekali. Maka tinggal tenggiling gitar Slumb3r yang satu ni dekat Melaka bersama-sama Slumb3r.

Dah la. Ngarut jer lebih. Bai Bai!!

19 Oct 2010

Slumb3r Raya Story Part 2==


Assalamualaikum...

Minta maaf semua sebab tak update terutama kepada cucu-cucu Slumb3r. Story raya part 2 ni simple je. Sibuk sangat la. Slumb3r rasa macam nk mati selama tiga minggu lepas. Banyak assignment Slumb3r nk kena hantar kat pensyarah. Kalau hantar sekali jer tak pe la gak. Berturut-turut selama tiga minggu. Takda masa la nak rehat atau ape.

Anyway, back to the topic ni la aktiviti yang Slumb3r buat masa raya dekat Johor. Untuk pengatahuan semua, selama 20 tahun Slumb3r hidup, tak pernah main menatang ni. Kesian giler seh. Ni pon tah ape gile abah Slumb3r tanggung perbelanjaan main neh.

So0o0, nikmati video pertama yang Slumb3r buat ni berkenaan beberapa try yang Slumb3r buat degan natang neh.

Tak lama pun video neh. Slumb3r dah edit bagi pendek.
[pelik giler! mane video tu??! Slumb3r dah masuk!! tapi xdak pon!!] <= jgn disable video... slumb3r ni sengal g blok web yg ad video...!! hahahahaha!

Haaa.... ade satu isu pasal benda ni yang slumb3r nk bagi pendapat.


Playing dangerous thing [in this case, homemade cannon @ "Meriam"] will cause harm than good.

Tidak ada apa yang perlu dirisaukan pun. Selagi ianya ada dikawal oleh orang dewasa sekali. Adult supervision is needed to do this"stunt". I really MEAN this. This is Super Critical!

Ini kerana seperti yang kita sedia maklum, benda ni memang bahaya. Boleh bawak mati kalau tidak mematuhi peraturan.

Ada satu soalan bodoh yang Slumb3r agak orang akan tanya. Apa faedah main benda-benda bahaya macam meriam ni?

Slumb3r sendiri pernah kena shoot dengan pelbagai soalan masa sem 2 kat tempat Slumb3r belajar ni. Masa tu Slumb3r ada presentation untuk subjek Public Speaking under topic 'speach to persuade'. Slumb3r bukak topik, "Do not streotype 'mat rempit'". End of the presentation, hambek kaw. kne shoot bertalu-talu dengan soalan.

Apa rasionalnya kita main benda-benda ni? Jawapan simple, kita belajar bukan setakat main.
-Ape jadah aja benda-benda macam ni?!!
-Mengarut la Slumb3r ni?!! kan tak elok benda ni. tak pasal-pasal kenduri arwah kang.

Sabor. Sabor. Dengar dulu penjelasan.
Secara teori memang la bahaya, benda ni boleh meletup blablabla. Tapi cuba la sendiri terangkan:
-Macam mana eh benda bi boleh kuarkan bunyi boom!?
-Ala... tak jadi la, bunyi boom tu tak kuat. Macam mana nak bagi kuat?
-Kabait ni untuk apa?
-Kenapa kena tutup muncung depan meriam ni?
-Kenapa kena tutup lubang tempat tuang air ni?
-Kenapa ada bunyi pppisssssttt bila kita tuang air sikit kat kabait ni?

Haha!. Meh try jawab. Jawab dengan fakta fizik sekali. Kita bagi ilmu kat diorang. TAPI!! kena ambil faktor keselamatan jugak.
JANGAN BIARKAN BEBUDAK KECIK MAIN SESAMA MEREKA!!

Biarkan mereka main dengan adanya pemerhatian kita. Kita nak bagi otak mereka berkembang. Bukan dengan imiginasi je. Diorang tak tahu, kita la bagi tahu. Bila kita pun tak tahu, jangan berlagak macam tahu. Mengaku jer la korang ni bengap.

Slumb3r pun marah bila ramai parents tak bagi anak-anak kecil diorang main komputer dengan alasan yang BANGANG macam:
-Nanti rosak la
-Bebudak mana reti
-Kang bukak benda-benda yang tak elok

HELLO!!. Tugas parent bukan menghalang la der. Mendidik anak-anak tu lagi penting!

Kalau takut rosak, ajar la diorang supaya guna betul-betul jangan bagi rosak. Ajar etika menggunakan komputer dan internet.

Benda ni berlaku kat Slumb3r tau. Kesian anak-anak buah dan cucu-cucu Slumb3r. Diorang tak berpeluang guna komputer nk main game kat komputer rumah diorang. Bila Slumb3r balik, ramai-ramai la berkerumun guna PC ni. Slumb3r tak takut pon rosak sebab Slumb3r dah aja diorang jangan bagi rosak. Kalau rosak pon tak pe, Slumb3r akan cuba try elokkan balik.

Anyway, Slumb3r dah banyak megarut ni. Pokok pangkal Slumb3r nk cerita pasal meriam yang Slumb3r main masa raya hari tu je. Tengok Slumb3r. Sekamat jek main natang neh.

Cara nak buat meriam ni bukan slumb3r yang develop. Daddy cucu-cucu Slumb3r yang aja. Credit to Along!!
1. Batang meriam diisi dengan kain buruk yang dah dibasahkan dengan minyak tanah. Pastikan kain buruk ni sama level dengan lubang pencucuh. Nak pastikan, sumbat kain tadi dengan satu batang kayu panjang

2. Isi di dalam meriam yang dah letak kain buruk tadi dengan kabait secukup rasa.

3. Tutup muncung depan meriam dengan kepala mop [tin 'milo' pon boleh. Cuma nk bagi gas dlm meriam padat]

4. Tuang air sedikit di tempat cucuh. Tunggu bunyi ppiiissssttt baru la tutup lubang tu dengan kaki [try pakai jari sbb kalau panas rasa jari bermaksud dah boleh bakar]

5. Celup satu kayu panjang sedikit dalam minyak tanah.

6. Rasa lama dah perap gas dalam meriam tu, baru cucuh kayu tadi kat api dan sua kat tempat cucuh api kat meriam.


Overall ni cara meriam yang Slumb3r buat. Al maklumla, amatur.




Anatomi Meriam Slumb3r.
Ni la crew yang terlibat.

Slumb3r sendiri sebagai Leader Crew
Adik Slumb3r; Rahim sbg asistant shif malam
Anak abg Slumb3r; Nabel sbg Pencucuh
Cucu kakak Slumb3r; Daniel sbg Peng-Setup
Cucu kakak Slumb3r; Danish sbg penolong segala2
Haa... Adik Slumb3r dia tak main siang-siang. Dia main malam. Slumb3r je gila main siang.
Lagi satu part time ni ade lagi 2 orang anak dare neh.
Part time camera girl; Lisa cucuk kakak Slumb3r

Anak kakak Slumb3r lg sorang; Eija
Screen shoot Meriam in the making:
Tapak kejadian

Tapak kejadian

Daniel dan kayu pencucuh

Aku bergaya ala-ala assasin creed tengah-tengah hari

Servis sikit dalam meriam

Slumb3r hanya pemerhati, biar Nabel buat

Nabel baju biru, Daniel baju 'camo' dan Slumb3r dengan mata terpejam

Daniel bersin sbb byk habuk @ dia malu gambar dia kena tangkap??

Tapak Kejadian ini

Berseluar merah tu adik daniel; Danish

Kabait dah nk masuk!!

Air dah masuk, tinggal tutup dan tunggu. Then! Kaboom!!