Showing posts with label Life Of Me. Show all posts
Showing posts with label Life Of Me. Show all posts

2 Feb 2017

Migrate Blog

Whoa geng. Aku nak bagitahu yang aku dah mula menggelarkan diri aku sebagai vlogger. Aku ambil gelaran vlogger lepas aku aktif ber vlog semenjak bulan Disember 2016 kelmarin. Dan sehingga kini aku masih bervlog.

Selasa lepas adalah hari yang sedih selepas papa wife aku meninggal. Dia dah lama sakit. Sebelum kami bertunang lagi dah sakit. Alhamdulillah beliau pergi dengan tenang. Kini kami cuba untuk menguruskan apa yang patut sebelum kembali kepada kehidupan yang asal.

Aku nak bagitahu juga yang blog ni akan di 'migrate' secara perlahan-lahan mulai awal tahun 2017.

Migrate kemana?

Aku masih nak maintainkan blog punya nama ni, Slumb3rStory tetapi adressnya mungkin bertukar ke ghafarnawi.com dan korang boleh terus acess blog ni dari sana. Jangan risau, aku masih menulis. Cuma kekerapan kali ini mungkin kurang. Aku lebih prefer untuk vlog berbanding blog. Aku tak rasa ada orang nak baca. Orang lebih gemar menghabiskan 4-7 minit untuk menonton. Maka, aku berubah medium ke youtube. Korang boleh tengok Channel Youtube aku kat SINI.

Jangan lupa subscribe.

Aku rindu nak menulis. Projek menulis aku tahun lepas sudah gagal. Aku akan ubah projek penulisan aku supaya aku mudah untuk buat. Mungkin tulis buku log sebagai seorang pereka grafik? Who knows right?

Aku sambung belajar semula. Ambil kursus Komunikasi Grafik dan Media Baharu di UiTM Shah Alam. 18 Februari ni sambung semula. Doakan aku berjaya.

InsyaAllah, target mega aku selepas kumpul duit untuk kawen, aku nak kumpul 30K sebelum umur aku 30 untuk mula fulltime sebagai pereka grafik freelance. Harapan aku la gamoknye. Nak bayar dulu PTPTN aku kemudian mungkin "ambil" loan untuk jadi fulltime graphic designer secara freelance. Aku nak setup studio kreatif aku sendiri.

In the end,

Perancangan dan impian hanya angan2 jika tidak dibuat. I'm working on it.

Doakan aku berjaya geng!


17 Nov 2016

No Shave November

Aku rasa dah lama tak tengok blog, GUI dia pun dah lain sikit. Aduh. Ape kena dah dengan aku ni.

Without further a due~

Fast forward sedikit kerana aku dah lama tidak menulis blog. Ada sedikit sibuk selepas kahwin. Tapi aku akan recap satu persatu.

  1.   Alhamdulillah 6 Ogos yang lepas aku telah selamat dinikahkan dengan suri hati aku selama 10 tahun kami kenal, Miss A atau Nur Atiqah Binti Ahmad Zaki di kampung.
  2. Kerja Shenget diteruskan semula seperti biasa. Aku cuba stail like-marketing dalam facebook page shenget.
  3.   Aku baru perasan, aku takda rancangan menyeluruh bila aku buat tu. Habis RM 300 saving. LOL!
  4. Aku buat content untuk Shenget selama 3 bulan. Tapia da perkara menghalang.
  5.  Miss A di diagnos mengandung pada awal bulan 10 kalau tak silap. Kami gembira.
  6.   Kami pun pergi honeymoon di Langkawi pada bulan 10. Masa tu tak rancang pun nak ada anak sampai dia diagnos mengandung.
  7.  Balik dari honeymoon kami, Miss A sakit.
  8.  Penyudahnya awal bulan 11 kelmarin konfem dia keeguguran. Aku jangka masa kami dilangkawi memang lasak.
  9. Shenget tidak bergerak selepas dia didiagnos mengandung sampailah sekarang. Katanya tak larat nak buat kerja.
  10. Aku patah kaki dan patah semangat untuk menjadi produktif.
  11. Dan sehingga sekarang Miss A masih dalam pantang.

Dugaan banyak dalam beberapa bulan ni. Tapi nak buat macam mana kan. Bukan rezeki kami.
Antara update yang lain adelah:
  1. Untuk menjadikan aku produktif dalam keadaan begini, aku telah buat beberapa mindset baru. Sesuai dengan keadaan semasa.
  2. Aku telah setup satu facebook page baru dan rekod facebook live sebagai vlog aku. Maklumlah tiada skill mengedit, facebook live adalah tempat untuk aku upload segala progress projek-projek kecik aku.
  3.  Aku mohon untuk sambung belajar di UiTM bagi sesi Mac 2017, baru mohon, belum dapat result lagi.
  4. Selain projek sambung belajar dan vlog aku, Shenget pun beroperasi dalam keadaan pepura je. Update content facebook je buat masa ni. Tiada marketing secara agressif seperti sebelum-sebelum ni.
  5. Lepas Miss A dah sihat, mungkin aku nak run projek tshirt grafik aku, tapi MO belum siap. Mungkin KIV dulu dan fokus pada benda yang penting lain.
Banyak sangat plak projek kau ni Gapa. Tapi yang penting, projek buat anak tangguh dulu sampai aku nak-nak habis master nanti. Itu pun kot ade rezeki la. Alhamdulillah Miss A faham yang laki dia ni ada cita-cita. LOL!

6 Jul 2016

Setahun dah adik takda...

Sedih sebenarnya aku, tapi post2 aku dimedia sosial yang lain tidak menunjukkan aku sedih sangat. Cuba2 cover sedih untuk latih diri lebih kental dari biasa.

Hari ni 6 Julai 2016. Tahun lepas waktu begini waktu arwah adik dah selamat dikebumikan ditanah perkuburan Ayer Hitam Batu Pahat, Johor. Dia kemalangan melibatkan motorsikal dan lori di Johor Bahru.

Tahun lepas jugalah kali terakhir aku bayarkan zakat untuk adik sebelum dia kemalangan. Nak bayarkan untuk mama, dia dah bayar sendiri. Jadi aku bayarkan untuk adik. Tu kali pertama aku bayarkan zakat untuk adik dan juga untuk kali terakhirnya. Tahun ni bayar untuk diri sendiri je. Mcm biasa, mama dah bayar sendiri.

Aku masih ingat, waktu sekarang aku dapat bersembang dengan para pensyarah beliau yg melawat. Terus direct dari UniKL MIMET di Lumut. Tak kurang ramai sahabat2 arwah yang datang dari serata Malaysia. Tuhan je mampu aku ingat masa tu. Dia lebih sayangkan adik.

Mama aku pada waktu ni dah balik hotel. Dia dengan keluarga Acik Adan datang terus dari Perak ke Johor selepas dengar berita kemalangan adik. Aku dari KL naik Kak En sempat smpai waktu magrib tu. Aku langsung takda selera nak buka puasa. Masa tu puasa yang ke 19. Beberapa hari lagi nak raya. Sedih tak terkata keluarga kami pada waktu tu.

Aku rasa time2 macam ni aku lepak kat kedai tomyam dekat dengan rumah. Anak2 buah aku makan kat sana. Aku tengah tunggu Miss A, Mat Yie dengan Sha. Depa datang dari Shah Alam ke Johor lepas aku kabor adik dah takda. Bersyukur aku ade depa. Tak lupa juga geng2 sepengajian aku, Agi, Najmi, Zainal, Sapes, Anis, dan sape tah membe sapes tu aku x kenal.

Masa kat kubur aku nangis depan depa. Aku tak dapat terima yang adik dah takda. Sekuat mana pun rasa sayang aku kat adik, Allah lebih sayangkan dia. Dia tarik nyawa adik dalam bulan berkat ni. Kami sekeluarga cuba untuk redha.

Berbulan aku dengan mama cuba recover. Aku recover awal dari mama atas bantuan doktor, ubat2 yg dia bagi dan sokongan keluarga dan rakan2 yang lain.

Bos aku kerap kali perasan aku menangis tiba2 masa tengah buat kerja. Mana taknya, tiba2 aku teringat kat adik, aku nangis. Tak kira masa tak kira tempat. Rasa tu datang macam gelombang. Tiba2 datang, tak sampai 5 minit, hilang.... Macam angin kentut. Kejap je baunya, lepas tu hilang.

Tugas aku untuk pikul tanggungjawab makin berat. Segala hal urusan duniawi berkenaan keluarga dan peninggal arwah adik terpaksa aku uruskan. Dengan keadaan mama yang kengkadang sihat, kengkadang tak sihat, buat aku risau.

Alhamdulillah,  pelan2 lama2 abes la segala2 urusan seperti, insuran, KWSP, PTPTN. Tak lupa juga urusan konvo arwah adik. Selesai semuanya dalam lingkungan kurang setahun. Ada sikit lagi belum setel kerana kekangan birokrasi mcm urusan pertukaran nama motorsikal.

Hari ni juga mencatatkan sejarah. Pertama kali aku beraya tanpa bapak. Arwah bak meninggal bulan 12, 5 bulan selepas arwah adik. 5 Disember 2015. Selepas kematian arwah adik, kesihatan dia merudum. Dimulai dengan ingatan dia kemudian berlarutan sehingga fizikalnya.

Setahun adik takda, first raya tanpa bak dan insyaAllah last beraya bujang. Itu cerita lain. Nanti aku bagi kad.

Aku pergi ambil sendiri laporan post mortem dia dari hospital JB. Dalam laporan forensik tu mendapati ada beberapa tulang rusuk adik patah dan menjadi salah satu punca kematiannya. Ada sesetengah pendapat cakap memang lori tu gilis badan adik, tapi tak seret.

Sehingga saat ini, kami sekeluarga masih tidak dapat apa khabar berita dan keadilan dalam kes kemalangan ini. Siapa melanggar dan tuntutan apa pun kami tak dapat khabar berita.

Mungkin akan ada 1 hari nanti aku akan pergi ke JB untuk menerima penerangn dari pegawai polis yang menguruskan kes adik ni. Tapi atas faktor kekangan masa, aku masih belum sempat untuk berbuat apa2. Kes ini masih di awang2an.

Beruntunglah kalian ada mak, bapak dan adik beradik yang lain. Hargailah mereka sebaik2nya. Jangan nanti dah takda, baru terkial2 nak cari.

Aku cuti sampai Isnin, jadi kot2 ade geng nak ajak lepak, gua onn je... Jgn sembang sudah la...

18 May 2016

Review Buku Pedagogi Bahasa Tertindas oleh Zul Fikri Zamir

Lama juga aku nak habiskan baca buku ni. Adalah 2 minggu. Mulanya aku tak minat buku falsafah ni, tapi minat aku pasal falsafah mendorong aku untuk kencari buku2 bergenre berat macam buku Pedagogi Bahasa Tertindas ni selepas baca SBPUBK.

Ada 161 mukasurat je. Banyak space sebab selang antara bab. Diterbitkan oleh DuBook Press tahun 2013. Aku beli cetakan pertama tahun 2013.

Penulis dia Zul Fikri Zamir. Penulis yang sama tulis buku SBPUBK atau Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang. Buku tu adalah buku berat pertama aku khatam. Terus terang aku cakap, tak masuk akal buku berat2 ni sebenarnya.

Tapi buku tu aku habiskan tahun 2013 dulu, zaman PRU. Aku taksub dengan buku SBPUBK sampai masa nak mengundi, buku ni aku usung nak masuk bilik buang undi. Tak faham sangat ape pun isinya, cuma berkisar isu semasa mahasiswa dan kaitannya dengan negara.

Buku PBT atau Pedagogi Bahasa Tertindas ni lebih kepada mengkiritik PPSMI atau program kerajaan bermula tahun 2003 dulu yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penggantar. Pelajar yang lahir tahun 1990 seperti aku adalah 'mangsa' kepada sistem ini. Kami adalah batch pertama yang menjadi bahan eksperimentasi untuk program Ini.

Dalam buku ini turut dikongsi apakah 'disebalik' PPSMI yang makhluk macam aku terlepas pandang. Contohnya:

1. Rasionalisasi peng-Inggerisan matapelajaran matematik dan sains kepada bahasa Inggeris.

Pada aku bagus sebenarnya penggunaan BI dalam matematik dan sains sebab berguna untuk memudahkan rujukan pada peringkat kolej dan universiti. Aku sendiri memahami banyak terma sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Cikgu matemetik aku tidak mempunyai masalah sekiranya mengajar dalam BI, tetapi ada cikgu yang menyebut terma sains dalam bahasa Inggeris slanga Jawa. Kelakar bunyinya, tapi itulah hakikat.

Pandangan aku ditambah tentang keburukan PPSMI, contohnya tender buku2 teks dan latihan akan diberi kepada kroni, jurang ilmu antara orang kampung dan bandar semakin besar, penjualan penerbitan ilmiah dalam bahasa Melayu semakin merosot, amalan BM sebagai bahasa kebangsaan diabaikan, PPSMI menentang falsafah pendidikan kebangsaan dan berbagai isu dikaitkan dengan perlaksanaannya yang banyak kesan kepada masa depan negara.

2. Peranan pemimpin sebagai penetap keputusan.

Pemilihan pemimpin perlu dititikberatkan untuk memastikan negara tersebut mempunyai kelangsungan yang mapan disamping tidak meninggalkan aspek nilai negara bangsa itu sendiri.

Pemimpin yang bijak lahir daripada kesedaran yang proaktif mencari penyelesaian masalah. Mereka pula dibantu oleh golongan cendekiawan sebagai 'think tank' dalam menilai sesuatu keputusan sebelum digubal menjadikan polisi.

Dalam buku ini juga jelas menunjukkan mereka juga adalah manusia biasa yang pernah silap dan salah. Apa yang kita boleh ambil pengajaran adalah, bagaimana langkah pemulihan dilakukan selepas kesilapan dibuat. Pada aku, itulah yang paling utama.

'Past is past, let it go and move on fucker!'- (Ghafar Nawi, 2016)

3. Tugas tarbiah untuk semua golongan, bukan hanya insan2 terpilih.

Ini dapat digambarkan dengan peranan Zulfa mengingatkan ayahnya selaku pembesar untuk memikirkan dan menimbang semula keputusan yang telah dibuat.

Walaupun Dr. Hussein adalah abang kepada Dato Farid telah menasihati adiknya untuk mengubah polisi kerajaan tidak berjaya, Dr Hussein meminta anak buahnya, Zulfa menasihati ayahnya.

Pada aku ini adalah lambang dakwah dan tarbiah sebenarnya. Setiap titip surat Widya, Zulfa, Dr Hussein dan Dato Farid  sering mengingatkan satu sama lain. Kalau bukan berkenaan agama, mesti berkaitan bangsa isinya.

Kesimpulan

Cukup aku berikan 3 point. Ada banyak lagi aku boleh tulis, tapi aku perlu bersiap pergi kerja pagi ni. Buku ni sudah lama aku beli tapi belum sempat baca.

Lepas ni buku La Adri InsyaAllah...

Dalam list aku ada:
1. La Adri (tak ingat penulis dia sebab buku kat opis)dari DuBook Press
2. Filsuf untuk Noob oleh Dayang Sifar dari Thukul Cetak
3. Sang Penguasa oleh Nicolo Marcheavelli terjemahan oleh Thukul Cetak
4. Pidato dan Strategi Perang oleh Che Guevara terjemahan oleh Thukul Cetak
5. Mentaliti Jamban oleh Khairul Abdullah dari Komrad Buku

Kalau korang ada buku yang berbentuk falsafah untuk dicadangkan, boleh le kabor ye. Tapi syaratnya tak lebih 200 Mukasurat. Kalau bergambar lagi bagus.

Maaflah, aku malas membaca...

6 May 2016

#Day 1: Hanya 4 jam Tido.

Aku terpanggil untuk mencabar diri aku untuk tidur 4 jam kerana 1 sebab. Aku ingin menjadi Muslim yang produktif.

Aku terperasan 1 video dalam FB berkenaan how to be productive Muslims. Antara bait-bait pesanan dalam video tu aku ingat adalah amalan wajib dan sunat yang lain yang dilakukan secara istiqamah (disiplin). Caranya mudah, tidur pukul 9 malam, bangun pukul 2 atau 3 pagi untuk solat tahajud, baca Quran, zikir, kemudian teruskan solat Subuh, then pergi kerja. Pukul 9 atau 10 buat Solat Dhuha, sambung kerja semula. Lepas merarau, Solat Zuhur. Masuk je waktu Solat  Asar, amek rehat kejap dalam 15 minit untuk pergi solat. Balik rumah petang tu terus Solat Maghrib, beramah mesra dengan keluarga bagai, bila masuk waktu, terus Solat Isya' dan sebelum tidur buat Solat Witir.

Simple je kan, tapi nak buat, MasyaAllah..... Struggle betul la rasanya.

Aku mulakan langkah pertama. Tidur cuma 4 jam. Tidur pukul 9 dan bangun pukul 2.30 gitu. Tak buat Solat Tahajud sebab aku dah lupa, lama tinggal. Baru google tadi. Nanti nak minta mak aku ajar aku semula. Last buat masa nak SPM dulu, tu pun atas dasar ikut program sekolah.



Kenapa pukul 9 tido?

Aku pernah baca artikel yang kata tidur 4 jam sahaja sememangnya cukup untuk rehatkan badan bukan 6 jam atau 8 jam seperti yang dicadangkan saintis. Syaratnya tidur pukul 9 sehingga pukul 2 atau 3 pagi. Kerana pada waktu itu adalah waktu hormon tidur sedang aktif dan sekiranya kita tidur pada waktu itu, badan akan mendapat kualiti tidur yang terbaik.

So, apa aku buat?

Aku tidur pukul 9 malam. Takda 9 malam sangat sebab aku kengkadang sampai rumah pun dah pukul 9 malam, kemudian bangun pada pukul 2.30 pagi. Sehingga pada post ini ditulis, aku masih segar walaupun aku dah bangun dari pukul 2.30 pagi.

Tapi silap aku, aku makan sebelum tidur. pergh. Gemuk sial. Tu aku nak kena ubah juga...

Masalah aku hadapi, aku ngantuk sekiranya stay up semalaman dalam pukul 9 atau pukul 10 pagi. Jadi aku tanya Kerut (Naim), dia bagi tips.

"Minum kopi bila bangun tu. Kafein biasanya bertindak selepas 5 jam kita consume. Kalau ko dengar sembang orang bangun pagi minum kopi terus segar, itu hanyalah sembang kotey,"

Tulah, aku cuba buat dulu, nanti aku share la ape yang aku rasa.

Oleh kerana aku dah bangun tadi, aku terus buat artikel nak post dalam TelukIntanKini.com sebagai featured writer. Saja je hantar artikel, mana tahu kena publish. Editor dia minta aku tulis, jadi aku takde idea sebelum ni, aku pun tulislah pagi tadi.

Gerak dulu nak bersiap g kerja. Pape, roger.

1 May 2016

Cara Aku Berdisiplin Ketika Berbelanja

Lama tak tulis benda-benda ilmiah ni kan? Alhamdulillah, aku tetiba ada banyak masa pulak malam ni, jadi aku terasa nak menulis sesuatu yang kritikal dan sensitif lagi. Berkenaan kewangan. 

Ramai kawan dalam circle 'kawan' dan kenalan aku bertanya pasal cara pengurusan kewangan aku. Aku tak berdisiplin sebenarnya untuk mengatakan sistem yang aku guna ini adalah sistem yang terbaik dan korang patut guna. Sebab sistem yang aku gunakan ini adalah sistem menjerat diri. Aku mengolah ianya supaya menjadi motivasi kepada diri aku sendiri. Dalam post ini aku akan berkongsi sistem yang aku maksudkan tu.


Screenshoot kat atas ni adalah halaman pembayaran kad kredit aku pada bulan ini. Aku menggunakan kad kredit bagi membantu aku berdisiplin dalam berbelanja. Nampak cam bangang je, tapi inilah yang memberi motivasi kepada aku.

Meh aku fokuskan sikit kat tempat bulat tu.

Oh yeah. Memang negatif. Aku terlampau berdisiplin berbelanja sehinggakan CIMB berhutang dengan aku sebanyak RM 5.25. Kah kah kah!

Ehem...

Bukan. Jangan salah sangka. Aku sebenarnya bulan lepas terbayar lebih pula. Punya aku paranoid takut terkurang bayar, jadi aku bayar lebih. Rasionalnya aku menggunakan kad kredit ni ada beberapa perkara. Berikut adalah alasan kenapa:

1. Aku guna kad kredit untuk 2 benda; Hiburan dan belanja dapur.


Aku membeli belah barangan dapur selalunya di Econsave Alam Jaya sebab situ je dah banyak pilihan. aku tak perlu untuk pergi jauh nak berbelanja. Tak payah aku susah-susah keluar cash dan amaun dia aku boleh kawal. Setiap bulan penyata kad kredit akan dikeluarkan menunjukkan keterangan terperinci mengenai perbelanjaan.

Walaupun keterangan perbelanjaan itu tidak sedetail seperti resit pembelian, dari situ aku boleh tengok berapa banyak aku berbelanja pada waktu dan tarikh yang tercatat.

Untuk hiburan pula aku guna sebab senang. Contohnya menonton wayang. Punyalah jarang aku keluarkan cash untuk tengok wayang sebab aku dah guna kad kredit. Kalau dengan kengkawan pulak, aku kelihatan kaya sedikit kerana aku hanya mengeluarkan sekeping kad plastik. Time ni nak acah-acah kaya depan kengkawan. Phuiiiii!~ Kah kah kah!

Point sama macam belanja barang dapur, aku boleh tengok dan rekod perbelanjaan bulanan aku. Kalau terperasan yang bulan ni banyak tengok wayang, bulan depan kena kurangkan. Berapa banyak kena kurangkan? Itu berdasarkan data-data perbelanjaan tempoh hari dan budget bulanan. Aku biasanya carry forward budget hiburan ni. Takdak save-save.

Aku bayar website punya bil, bil telefon, langgan Spotify, langgan Smule, langgan apps bisness lain semua pakai kad kredit. Bahkan shopping kat lazada pun pakai kad kredit. Yup... Smule... Aku tak tahu kenapa aku suka apps tu... Kah kah kah!

2. Disiplinkan lump sump bayar sebelum 17 hb.


Bayangkan, bayar duit dapur, hiburan yang beratus-ratus tadi dengan hanya 3 minit. Wow... Sangat pantas dan cekap aku buat kerja. Tak perlu terkial2 beratur kat ATM nak cucuk duit. Tak payah terkial2 keluarkan duit syiling tatkala cashier minta duit sen-sen ni. Tak payah woi! Kad kredit jimat masa kau banyak.

Jadi masa yang lebih tu korang boleh guna untuk benda yang lain lebih manfaat. Contohnya bagaimana mahu menambah pendapatan sampingan. Masa adalah komoditi yang mahal. Berhati-hati.

Persoalannya kenapa 17 hb?

Kalau tak silap aku, CIMB start kira bunga lepas tarikh tu. Kalau tak silap aku la. Mana yang salah tu, minta betulkan. Jadi aku ada tempoh 'free bunga' setiap bulan. Dah la jimat masa, ada fasa 'free bunga' pula. Best betul!

3. Kad kredit ada points


Ini adalah salah satu kelebihan kad kredit. Contoh macam kad kredit aku ni, ada cash rebate sebanyak 5% kalau aku isi petrol. Jimat 5% woi. Katakanlah aku isi RM 100, aku jimat RM 5 kot. Tahan la 2 hari isi minyak moto aku ulang alik g kerja.

Macam kawan aku sorang ni, Azril. Dia gunakan kad kredit untuk beli barang elektronik kat AEON. Dia utilize betul-betul point dari kad kredit dan point dari AEON member's card. Itu dah satu level yang lain.

Untuk utilize point mata kad kredit ni, kena tanya yang pakar. Nak tahu, boleh tanya agen kad kredit mana-mana bank. Setiap kad kredit ada pakej point tadi yang berbeza-beza. Aku punya kad kredit kaya dengan cash rebate. Belanja banyak, banyak la jimat. Bak kata pepatah, 'orang tamak selalu untung'


Kesimpulan


Tiada masalah guna kad kredit. Lepas guna, bayar. Konsep dia mudah. Bila lapar, kita makan. Bila mengantuk, kita tidur. Bila sakit, jumpa doktor. Bila hutang, mesti bayar.

Jangan takut untuk berhutang. Tapi pastikan hutang kita tu bukan hutang jahat. Hutang jahat macam Personal loan. Sekali amek personal loan, interest rate dah jalan. Kad kredit? Bila tak bayar baru kena caj.

Rasa bermanfaat? Share la woi!

27 Apr 2016

Maklumat TPM

Alhamdulillah,  surat yang aku tunggu2 dah sampai. Surat TPM. Mak aku wasep tadi.

Tapi masalahnya aku cuma dapat sebagai calon simpanan. Kena tunggu at least 2 bulan sebelum dipanggil semula untuk jadi calon utama ke ape.

Sempat gak aku sms sorang brader yg sama2 interview dulu. UiTM dah suruh dia amek IELTS dah. Dia dapat la tu sebagai calon utama. Tapi UiTM letak benchmark 6.5 which is by right quite high la.

In the end, aku berdoa dan mengharap aku dapat. Dah 3 kali permohonan untuk master tak dapat. Jangan bagi aku mohon untuk kali ke empat pulak. Aku dah ade rancangan, by hook or crook aku tetap sambung belajar bulan 9 ni.

Kalau aku mohon, permohonan untuk september ini adalah kali ke empat.

Uuuu... what the heck...

20 Feb 2016

8 Sebab Aku Malas Nak Respon Pasal Bangla Datang Malaysia

Faktab betul.

Mana taknya, mula2 kecoh pasal TPM kita nak tambah warga pekerja asing untuk sektor 3D. Tak lama lepas tu viral artikel anak dia, respon pasal orang kondem bapak dia bawak masuk pekerja asing. Paling menghiburkan bila orang dok kondem anak TPM tadi sebab tak mengerti hidup orang susah atas sebab dia tu anak menteri. Orang juga kondem yang dia acah2 nk hidup susah.

Wadefak!

Aku malas nak respon dalam ruangan komen kat FB tu. Sebab ramai tahu cakap dan taip, tapi x tahu buat.

Sebelum aku cerita kenapa aku malas bagi respon, artikel ini adalah menjawab soalan "kenapa Gapa tak jadi keyboard warriors dan komen kat isu Bangla ni?". Aku tidak menyokong dan aku tidak menentang.

1. Aku malas

Aku banyak kerja lain nak buat. Usha FB tu sebagai tempat aku tahu perkembangan ilmiah kengkawan dan sedara mara aku. Aku nampak sape2 yang share pasal bangla ni, aku terus blok.

Malas baca

2. Aku sibuk

Aku nak print baju, design website, buat sikit kandungan media sosial yg ilmiah, nak siapkan buku, nak siapkan ebook lagi, nak uruskan kerja fulltime sebagai eksekutif kreatif, tanggungjawan sabagai anak siapa nak buat?

24 jam 1 hari aku habiskan dekat benda2 produktif. Aku takda masa nak layan pasal bangla.

3. Takda kena mengena dengan aku

Terus terang aku tak nampak kesan dia pada aku. Biarlah bangla datang pun, dah rezeki dia dapat kerja kat negara orang. Korang bising2 ni rezeki korang depa amek ke?

Aku tak kata orang Malaysia ni pemalas, tapi asalnya nama manusia ni, mesti ade juga yang pemalas. Ikut kau la nak ape pun.

"Bukan hal aku," (Peter, 2016)

4. Tidak mendatangkan $$$ (duit) pada aku

Ambil berat dekat isu bangla (yg pada aku remeh ni) tidak akan membuatkan tukang komen itu kaya. Tu la yg aku rasa masa aku jadi aktivis sosialis suatu ketika dulu. Rakan-rakan aku juga pernah megalami perkara yang sama.

Maklumlah, aku juga kapitalis.

5. Bukan bidang aku

Aku terlibat dalam industri retail media, pengiklanan, tshirt, pereka grafik, dan seumpamanya. Senang cerita, aku terlibat dalam industri kreatif. Aku BERANI komen bila berkenaan itu sahaja. Aku takde kepakaran dalam bidang bangla membangla, nepal menepal, indon mengindon atau myanmar memyanmar ni. Pergi cari ahlinya sana.

Yang komen2 tu mesti banggakan?

Ye la, komen hentam pasal bangla ni boleh buat diri tu makin 'Malaysia' kan? #sarkastik

6. Sudah melibatkan politik

Aku seorang kapitalis. Asalnya aku nampak kerajaan akan dapat duit poket sikit sekiranya warga asing ramai masuk kat Malaysia ni. Katakanlah, 1 orang Bangla boleh kaut cukai RM 3000. Kalau 10 orang, adelah RM 30 000... Kalau berbiliyun-biliyun macam mana?

Tapi itu duit jangka pendek. Kerajaan tak fikir jangka masa panjang kot akibatnya pada ekonomi negara kita.

Politik itu kotor. Jadi bila kes ni dah masuk politik, aku terfikir, "pak menteri ni agak2nya mesti dapat komisyen kalau bawak masuk pekerja asing ni kan?"

Can someone prove me wrong on this?

7. Fokus terganggu

Ni paling feymes aku rasa. Mungkin aku patut salahkan FB juga yang menarik perhatian aku dan membazir masa aku. Kah kah kah....

Aku nampak muka TPM ngan anak dia, aku tertarik kt anak dia je. Pejam celik, eh macam lawa. Pejam celik lagi, eh comel jugak minah ni. Pejam celik lagi tengok, eh, kat kepala dia ade bonggol. Bonggol ape tu?........

Tapi ni dah kira serang personal kan?

Isunya sekarang pasal orang Malaysia malas dan sebab itu, bangla pun dibawa masuk. Tak juga...

Aku rasa muka Anak TPM ni ganggu aku... Kah kah kah!

8. Media sosial tempat bersosial, bukan tempat ekstrimis

Shuuuhhh... shuhhh... Nyah dari wall FB aku...

Aku tak suka orang ekstrimis ni.

Terlalu taksub dengan kerajaan dan taksub dengan pembangkang. Dua2 barua... Baik berjuang untuk diri sendiri. Jadi selfish sikit. Ekstrimis tak bagus.

Tambah tak bagus bila melibatkan politik macam point nombor 6 aku tadi.

Kesimpulan

Aku takde ape nak tulis. Tengah tunggu mak aku bangun dari tidur petang. Nak g jenjalan kat pekan Simpang Empat kejap lagi. Dah la aku lapar, tu sebab tulisan ini penuh emosi.

23 Nov 2015

Things keeping me busy lately

Tajuk acah2 omputeh, tapi takde maknanye aku nak tulis dalam english.

Oh...

Aku agak sibuk kebelakangan ini sebab beberapa perkara perlu dibuat dan perlukan perhatian aku yg agak serius. Aku agak malas untuk menulis. (Bukan malas, tp takde masa)

Pertamanya, projek buku aku tengah dalam penulisan. Tak banyak pun. Aku nak siapkan 10 chapter je ponnn... lebih kurang 20k patah perkataan. Benda cuma 1 je. Pengalaman aku membeli rumah pertama pada bulan ke 21 (ke bulan 18... x ingt) aku bekerja sepenuh masa. Agak bongok bunyi dia. Tapi  tu la sebenarnya ape yg aku nak tulis. Benda tu on going project. Transaksi belum selesai sepenuhnya. Senang cerita, rumah tu belum menjadi milik aku pon lagi.

Dalam buku tu mungkin korang tau mcm mana aku beli rumah tanpa keluarkan duit 1 sen dari poket aku. Macam mana nak spot kaki kencing, terutama pada ejen hartanah. Ade juga beberapa tips berguna untuk spot rumah 'panas' dan mencari penyewa yang berdedikasi disamping menyaring penyewa.

Tapi ikutkan aku, itu bukan fokus utama. Fokus utama adalah pada buku sequel dia. Aku dah line up beberapa perkara. Aku fokus kepada asas pengurusan kewangan peribadi untuk menjadi individu dihormati dan disayangi oleh keluarga dan masyarakat. Tajuk boring sial, tapi nak buat mcm mana. Masih ramai yg buta. Memang tak dinafikan lagi choiii....

Setel bab buku, aku cerita bab bisness.

Bisness makin okay. Aku dah mula outsource benda yg aku tak mampu nak buat. Nasib baik kroni aku masih ramai. Memang senang nak cari designer, akauntan, ejen, dan lain2. Good start for last month. Iqa handle beberapa job yg aku kagum sendiri. Tah macam mana dia boleh hooked beberapa client untuk sustain overhead 3 bulan. Berapa amaun dia, aku malas nak cerita. Senang kira, job paling besar kitorang dapat so far. Booooleh la...

Profit kali ni mmg makan la citer dia sebab profit dulu dah dulukan buat beli equipment sekarang. Alhamdulillah,  itulah aset kami untuk menjana lebih banyak wang.

Tapi duit bukan fokus utama. Fokus utama kami adalah menolong orang yang perlukan khidmat percetakan dan konsultasi pakaian. Aku pun ade juga consult beberapa wannabee designer yg nak buat tshirt label sendiri. Quite nice juga design depa. Tapi sekadar cantik tak guna kalau tak ade profit. Itu la datang peranan kami.

Bagi bajet, kami cadangkan macam mana yg korang boleh buat. Consultation yg kitorang buat, FOC. Set tarikh dan masa, kita buat epoimen.

Setel bab kerja, lai lai baca cerita pasal life pulak....

15 November lepas, hari lahir aku. Genap dah 25 tahun. Tahun pertama arwah adik takda nak sambut sama2 dengan aku. Hanya mama dan aku je yg sambut. Mama sponser trip g Sg haji dorani. Lepak kt homestay sana je pun. Lama tak lepak macam tu lepas arwah adik takda. Susah aku nak hadap mama dalam keadaan emosi aku tak stabil.

But life must go on guys. Aku kena move on secepat yg mungkin. Alhamdulillah mama faham.

Aku juga ade mohon TPM untuk kali kedua. Kali pertama tahun lepas, tak mengena. Kali ni InsyaAllah boleh kut. Ikut mana ade rezeki. Memang niat nak sambung master, tapi nak keluar duit sendiri, mmg tak la. Baik aku cari sponser.

Nasib aku baik sebab TPM bukak iklan lagi. Ape lagi, terus mohon la... Moga2 ade rezeki aku kt sana dengan UiTM.

Temujanji aku dengan pakar kaunseling pun bulan 12. Aku just makan ubat buat masa sekarang ni lepas doktor bagi ubat lepas epoimen awal bulan ni. Doktor kata aku makin pulih. Aku harap begitulah hendaknya. Kesihatan adalah aset terbesar aku. Kalau aku sakit, ape bende tak boleh buat.

Soooo... itulah mengape aku bizi memanjang....

Kepade partner in crime aku, sori  bro... Aku patut last week balik Johor, tapi motor aku rosak dan aku kena siapkan tempahan baju yg melambak. Mungkin next time aku ajak ko lepak. Aku berhutang ko beberapa cerita ni. Jangan kecik hati... Sori terbukak teaser haritu, tapi tak mampu nak setelkan habis ceritanya........

Ps: gambar aku dengan kek tu petang tadi. Farah, Shida, Kak Nita dengan Ikin gatei nak sambut. Padahal last week... Terima kasih korang... Bak kata Lyn, aku 'terbaruuu' dengan adegan korang... Kah kah kah!

22 Oct 2015

New Project, New Device


Aku beli gajet baru. Ni first try. InsyaAllah aku akan disiplin update podcast aku.

Model aku beli adalah Vococal 8gb. Beli kat Lazada RM 63. 2 minggu dah dapat. So far okay la.

Audio ade terpotong2 sebab gajet aku ni kalau takda suara, dia pause kejap. Jilake.

Ni la bendanya

3 Oct 2015

Moral Down: Tanggungjawab vs Minat

Sedih aku sebenarnya. Banyak benda aku nak buat untuk diri aku. Benda yang lebih kepada passion yang aku nak buat. Ada perkara yang menghalangi aku untuk aku buat aku punya minat. Antara tanggungjawab dan minat. Aku terpaksa bahagikan sama rata untuk dua benda tu.

Aku dah nampak benda ni dah lama semenjak aku graduasi dari UiTM tahun lepas. Aku memang tak boleh lepas dari tanggungjawab. Aku nak buat apa yang aku suka, tup tup aku kena setel tanggungjawab aku dahulu. Tanggungjawab sebagai seorang anak, lelaki, ketua, designer dan lain-lain lagi. Aku nampak, itu adalah tanda kita semakin dewasa, tetapi makin lama, makin menyampah pula rasa jadi orang dewasa pula.

Tahun lepas aku apply untuk TPM, mungkin rezeki aku tak panjang dan tahun ni aku ditimpa musibah pada bulan 7, pasca adik aku meninggal. Memang lagi banyak tanggungjawab aku kena setel. Pressure gila babi.

Pagi ni aku tak buat apa. Aku recall balik benda passion aku nak buat. Sayu....

Sayu sungguh...

Aku nak masuk competition untuk kembangkan bisness aku yang ciput ni. Competition tu ada hadiah bernilai RM 500k. Memang besar sungguh nilainya pada bisness aku yang nak up ni. Tapi nak masuk tu aku kena buat sikit bisness proposal yang pada aku memerlukan fokus dan konsentrasi aku yang optimum. Aku memang tak boleh nak carry on dengan passion aku buat masa terdekat. Jadi apa yang aku boleh buat adalah, menunggu untuk musim seterusnya tiba. 

Season 2 untuk tahun ni dah lepas, sekarang tunggu untuk borang buka bagi sesi ke 3 tahun 2015. Argh!! Tak kira, aku nak masuk juga!

Aku harap urusan aku berkenaan arwah adik akan setel selepas konvo dan pertukaran nama motor arwah. Selepas tu aku boleh fokus pada kerja aku pula. Kerja memang takkan pernah habis.

Allah beri masa aku 24 jam satu hari dan terpulang pada aku untuk uruskan macam mana.

Nampak asasnya dimana?

Doa-doakan proposal aku berjaya untuk yakinkan para pelabur dalam perniagaan aku. Aku nak sangat RM 500k tu. Aku nak cabar diri aku, sejauh mana aku boleh pergi dengan idea yang tak seberapa ni. Mana tahu ada juga rezeki untuk kawan-kawan JV projek dengan aku. 

InsyaAllah!

22 Sept 2015

Kengkawan mintak pendapat

Kejap tadi ade seorang member aku post minta pendapat. Korang kena rujuk dulu gambar kat bawah kalau nak tau cerita sebenarnya. Aku cuma bagi pendapat aku sebab aku juga menghadapi masalah yang sama macam ko Anis... Tak perlu berhenti kerja untuk kejar cita2. Cuma pandai susun masa semula je aku rasa.

Aku tak tahu nature kerja ko macam mana, tapi nature kerja aku agak pelik sikit. Aku habiskan masa untuk kerja full time 8 pagi sampai 7 petang. Nampak pelik kan working hours aku macam tu. Hakikatnya aku cuma kerja dari 9 pagi sampai 6 sahaja hari-hari. 2 jam tu adalah masa aku untuk ulang alik dari rumah ke tempat kerja. Aku ambil masa 45 minit sehingga 1 jam untuk sampai ke opis. Sepajang perjalanan pergi dan balik tu aku berangan macam mana nak rangka strategi hidup ni. Banyak betul masa aku berfikir. Hahaha

Jadi, waktu tidur aku pula adalah pukul 10 sehingga pukul 6. Lama kan aku tido. Hahaha... Tak cukup tidur boleh bawa masalah besar pada aku. Mengantuk misalnya.

Aku punya free time dari pukul 7 petang sehingga pukul 10 malam dan dari pukul 6 pagi sampai pukul 8 sahaja kalau hari biasa. Hujung minggu yakni Sabtu dan Ahad adalah hari free aku saje. Kebanyakkan hujung minggu aku occupied untuk hari bersama keluarga. Tambah2 selepas kematian arwah adik aku, aku kerap pulang ke Perak dan kadangkala ke Johor untuk melawat ayah aku. Cuti dan lain2 aku kurang ambil kira sebab kalau takda special occasions,  aku tak cuti.

Persoalannya sekarang, apa yang aku guna masa free aku hari biasa? Free time ada lebih kurang empat jam satu hari yang wajib.

20% masa tu aku buat rutin. Basuh baju, masak, kemas rumah, ibadat, personal grooming yadayadayada. Aku ada 3 jam 20 minit (agak2 la, aku bukan reti matematik sgt).

Ape yang aku buat, aku buat ape yg aku suke la. Caranya:

1. Set target besar dan pecahkan target besar tadi jadi tugasan kecik2.

Contohnya kau nak kereta besar dan kosnya lebih kurang 80k. Pecahkan target ko kepada task yang kecik. Kau kena saving atau kau kena ada extra income misalnya. Boleh lagi detail lagi untuk task tadi.

-Saving berapa ratus yg mampu?
-Sebulan jumlah untuk hidup berapa?
-Ape yang boleh dibuat untuk cut cost hidup?

Tu part saving, part extra income pula boleh jadi;

-Nak mula ada modal atau tiada modal?
-Apa skill aku ada dan boleh guna?
-Apa aset lain aku ada?

2. Bila dah ada tugasan, set dateline untuk capai tugasan tadi.

Misalnya nak kumpulkan 80k tadi perlukan masa 3 tahun.

-Jadi berapa banyak kena saving sebulan untuk kumpulkan duit downpayment?
-Budget kos hidup sebulan boleh tahan berapa lama?
-Free time aku cuma 3 jam, 20 minit (misalnya) apa aku boleh buat?
-Kalau aku dapat saving 300 je sebulan, berapa lama masa aku ada untuk kumpul downpayment?

3. Istiqamah.

Part ni agak susah. Aku pun masih dalam part istiqamah sebab bahagian ni perlukan usaha yang berterusan. Bab ni terpulang pada ko. Execute your plan within your capabilities. Nak cabaran dan lebih ilmu macam ko cakap? Ape tak boleh pula, boleh saje. Minggle around with your co-workers atau kenalan yang lain dan minta cadangan atau orang dalam jaringan mereka yang boleh beri kau peluang dan ruang untuk capai target ko dengan lebih cepat atau lebih besar nilainya. Keyword untuk cabaran besar sikit adalah cepat dan besar nilainya.

Kadang2 kawan2 dalam jaringan kita yang rajin beri peluang dan ruang yang kita sendiri kena cekup cepat2 supaya tak terlepas. Businessman and entrepreneurs are opportunists. So, ape yang tak boleh? Semua boleh laaa...

Kesimpulan.
=========

Tak payah berhenti kerja.

Nak cabaran? Nak ilmu? Cipta matlamat sendiri dan buat cara sendiri. Cabarannya ko harus patuhi rules and regulations full time work dan cuba patuhi etika ketika bekerja. Kita pun cari keberkatan dalam bekerja. Tu kena ingat juga.

Ko baru 2 tahun kerja dah boring. Aku start masuk kerja dulu pun dah boring. Dah dekat 2 tahun juga kerja sekarang. Dari first year aku dah buat sebab aku nak cabar diri. Ikutkan aku, waktu tidur on paper sahaja pukul 10 malam. Mampu juga aku exceed sampai pukul 4 atau 5 pagi siapkan kerja.

Dalam perjalanan mencapai matlamat ko tu akan jumpa juga ilmu, jaringan dan diiring pengalaman yang tidak ternilai harganya.

Kerja full time buat otak aku tepu. Tiada OT, tiada elaun lain, tiada juga kerja luar. 9-6 duduk dalam opis depan PC. Masalah kesihatan lain timbul. Kerap juga aku sakit belakang atas alasan duduk terlalu lama. Cabaran juga tu.

Nak cabaran ni?

2 Sept 2015

Idea.. Dimana kau?

Ahhh... Lega...

Bila satu SOP yang lama dah kau plan akhirnya siap. Patutnya lama dah aku buat benda ni. Tambah-tambah untuk printing punya SOP. Senang nak buat scheduling kalau ikutkan. Dah ada daily routine yang boleh dibuat ikutkan. It's all about managing according to the priorities guys!

Alhamdulillah, tadi Miss A pun dah lepas ditemubual oleh RTM untuk salah satu slot dalam Lensa Siswa ape tah kat RTM. Aku tak de TV, jadi tak berapa follow sangat cerita dia. Aku tahu diorang ramai2 dari UiTM.

Nak dipendekkan cerita, Puan Aishah yang kontek Miss A berkenaan nak interview. Kontek hari Selasa semalam, tapi nak interview hari ni. Pejadahnye? Aku tak kesah. Tapi agak terkilan diorang nak interview pukul 3 petang. Nasib la, bukannye aku ade. Aku kerja kan. Jadi Shenget hantar wakil je. Miss A g sorang.

Interview kat kedai mentor aku, Abg Adib dimana semuanya bermula disitu Mac 2014. Kalau diorang tahu ceritalah kat situ. Dan kalaulah Miss A cerita aku mula dari situ. Aku sangat respek Abg Adib sebab dia suka share ilmu yang dia ada. Simple tapi common sense. Benda yang patut tahu oleh usahawan dalam Malaysia tapi tak ramai yang ada benda tu.

Minggu lepas aku mengadu nasib kat dia. Bisness tak jalan dah 2 bulan. Sangat slow. Alasan klise aku adalah GST, ringgit jatuh dan supplier naik harga barang. Bullshit la. Aku tak suka bagi alasan, tapi sampai tahap macam ni aku saje bagi alasan untuk tutup kelemahan aku.

Dia tanyalah kenapa. Aku pun cerita pasal kes arwah adik aku dengan cerita stress cari duit sebab *tuuut* kan...

Dia tak marah. Tapi dia bagi nasihat untuk clearkan kepala hotak aku dulu. Sebab kalau dia bagi cadangan macam mana pun, aku bukan boleh ikut sebab aku dalam keadaan yang serabut. Walaumacammana pun, dia tetap bagi aku satu insight mengenai bisness yang aku dah take action dalam beberapa hari yang lepas. Aku stress sangat sebab nak cari duit sampaikan aku terpaksa perah otak untuk create satu rutin yang aku patut amalkan.

Aku reka SOP seperti Muzammil (Editor semuanyabola.com) cadangkan untuk update dalam blog. Aku dah setup satu blog untuk Shenget yang mana khas untuk para printer silkscreen satu Malaysia tengok dan hadam. Syiok sendiri aku rasa. Butttt... I need at least a year from now to make the website quite influential towards the readers. Keyword dia adalah konsisten. Konsisten dalam menulis blog. 1 hari 300 patah mengenai percetakan, design dan reka bentuk pakaian. Banyak nak isi, tapi aku limitkan 1 hari satu artikel paling koman 300 patah.

Ada cadangan untuk flip site tu semata-mata untuk dapat cash cepat. But for now, reserve dulu. Aku ngah work on project dengan Kerut. Tapi dia nak 2k sial untuk run projek dia tu.

Kepala bana dia nak 2k untuk dibakar. Mana aku ade duit sebanyak tu. Kalau dia nak juga 2k, mai tolong aku perah otak untuk jual baju nanti.

Bab baju pun menarik. Aku plan nak jual baju untuk geng vapors satu Malaysia. Tapi design so far maish dalam kepala, belum diludah atas kertas. Miss A jugak ade bagi cadangan untuk buat t-shirt untuk geng BPA. So far aku tak buat ape2. Aku baru buat SOP rutin untuk aku dengan Miss A. Nanti tunggu je la benda tu up. Nak come out dengan satu design pun aku rasa susah. So, kena buat pelan2.

Ahhh... Persetankan itu semua. Bikin serabut sudah. Aku nak hadap ape depan mata. Baju signature Shenget sendiri. Ikutkan malam ni nk buat. Nak cuci blok semua bagai. Tapi tengok dulu la, design pun belom ade.

Dah la, nak buat design sendiri dulu. Babai!

20 Aug 2015

Where to get monies?

Aduh... Tengah bulan konfem poket berlubang macam ade orang curi dari dalam wallet aku.

Bila nak berkepok2 duit haa?

17 Aug 2015

Tabiat pasca pemergian arwah adik

Lama aku tak tulis blog selepas arwah adik aku kemalangan. Ikutkan aku memang banyak benda yang aku nak tulis, tapi aku rasa 80% tu baik aku simpan. Ianya akan membuat aku lebih sedih berbanding biasa. Sedih kali ni lain daripada yang lain. Bukan sedih kerugian 100K akibat tersontot skim emas mahupun kehilangan kereta Mazda Rx8 ketika parkir dihadapan 7e ketika membeli kondom. Ini satu kehilangan yang tiada gantinya. Tuhan sahaja tahu apa perasaan aku tatkala kehilangan seorang adik yang aku sayang. Sayang lebih dari segala harta yang aku dapat kumpul dalam dunia.

Mungkin selepas 100 hari aku akan share cerita penuh. Cerita bagaimana perasaan aku tatkala menerima berita mengejut tersebut. Tu pun tak tahu betul atau tidak 100 hari pemergian arwah aku akan post. Ikut mood.

Apa yang pasti, aku develop habit buruk. Habit yang Miss A, mak aku dan sedara-mara yang lain susah nak terima. Dan aku memang nak berhenti, tapi tak tahu macam mana.


Ini bukan aku punya. Ini arwah adik punya. Aku cuma guna semula je.

Kawan-kawan aku tahu ketagihan aku sebelum ini adalah bermain komputer, tapi setelah PC aku rosak beberapa tahun ni, aku tidak bermain komputer sangat dan lebih kepada bisness dan berpaksikan duit. Jadi kehidupan aku beberapa tahun lepas sangat simple.

Tapi kini aku terlalu tension. Aku tak tahu nak salurkan kat mana yang boleh:

-menjimatkan kos (kos ini dengan kos bikin PC baru, ini lagi murah)
-hilangkan fokus aku sebentar sebelum aku berfikir yang bukan2 akibat hilang fokus
-hobi serupa bikin PC, ada ciri-ciri teknikal yang aku minat.
-kumpulkan networking ketika ber-vaping dengan peminat vape yang lain.
-dan lain-lain


Aku sedar perkara ini dalam grey area berbanding apa yang diwar-warkan dimedia arus perdana mahupun media atas talian. Kenapa aku kata grey area? Ada beberapa perkara yang boleh dibincangkan dengan lebih lanjut merangkum isu sosial, politik, agama dan ekonomi. Ade pro and cons. Tapi aku rasa balance antara dua tu. Aku terangkan 3 benda je la.

1. Sesiapa yang memberi statement negatif mengenai vape, dia tak pernah hisap rokok/shisha/vape.


Aku tak hisap rokok, tapi aku peminat shisha. Atas faktor apparatus dia tu yang sedikit sofistikated berbanding rokok. Rokok tidak boleh alter seperti balang shisha atau alat vaporizer. Kau beli rokok ikut jenis. Menthol, vanilla, Surya yang ada rasa cengkih2 sikit dan struktur rokok sangat simple. Ada puntung, tembakau, kertas je. Kalau lebih pun mungkin bebuli menthol yang terdapat dalam puntung tu sendiri. Boring. Aku tak boleh cakap banyak sebab rokok bukan bidang aku.

Shisha pula sofistikated. Kau tengok tong besar gedabak tu ada macam-macam jenis. ada yang elektrik, ada penyejuk, ada kecik, ada besar ada macam2 lagilah. Bila masuk bab perisa jangan ceritalah. Macam-macam ada beb. Antara kau tahan dengan tak je kandungan tembakau dia tu je. Pada yang expert, boleh explain lagi detail pasal shisha. Aku tak ekspert. Aku tahu isap sedap, tak terbatuk2 je.

Miss A baru-baru ni je tahu aku isap shisha. Dan hanya beberapa orang kawan aku sahaja yang tahu apa yang aku penggemar shisha. Aku tak expose sangat pasal benda2 lagha ni. Aku isap sebab sosial.

Dari pengetahuan ini, aku simpulkan bahawa, mufti, menteri dan yang lain2 ni tak tahu apa-apa pasal vape. Kalau doktor tahu pun, diorang tak hisap. Dia tak tahu yang kita boleh bancuh sendiri liquid vape tu ikut sukatan yang dibenarkan.

2. Masalah vape ni yang kritikal aku dapat kategorikan kepada tiga, sikap penghisap, penjualan bawah umur dengan kandungan nikotin.


Sikap ini paling utama. Ada sesetegah pengemar vape ni tidak beretika ketika menggunakan vape. Hembus wap kat tempat yang tak sepatutnya. Isap dalam hospital, shopping mall, kedai mamak. hembus kat muka budak2, mak2 budak, orang tua. Apekejadah ini? Itu masalah sikap. eloknya angkut orang2 sebegini dan humban dalam parit dan cakap "ala bro, air je pun," biar padan muka depa. Dah la hisap dan hembus kat tempat yang tidak sepatutnya, lepas tu riak dan takbur upload kat media sosial yang diorang isap vape. Pergh... Tak matang betul. Isap dendiam sudah la.

Perkara kedua adalah penjualan bawah umur. Kalau aku jumpe seller yang jualvape ni untuk orang bawah umur, memang aku sound tepek. Sebabnya ini melibatkan etika sebagai penjual. Benda ini ada yang boleh bikin ketagih. Jadi pembelian berulang pasti berlaku. Oleh itu sangat tidak sesuai untuk mereka yang belum berpendapatan sendiri seperti remaja sekolah menegah dan rendah. Ini kerana mereka masih meminta duit mak bapak lagi. Kalau tak dapat mcm mana? Ape lagi, mencuri la! Pada yang yang bekerja tu bagus. Bila dah ada duit sendiri, pergi mampos la nak buat apa dengan duit sendiri. Betul tak?

Ketiga adalah kandungan nikotin. Arwah adik aku ada banyak flavor. Dari 5 botol tu, ada 1 takda nikotin, yang lain low nikotin.(6 mg). Nikotin adalah bahan yang boleh bikin seseorang penggemar vape ini ketagih dan telah difatwakan haram. Itu kata mufti Wilayah Persekutuanlah. Dalam fatwa itu juga menyebut bahawa walaupun dilabel sudah ditulus 0 nikotin, masih ada jumlah nikotin dalamnya walaupun sedikit. Bahan2 dalam liquid ada 4 yang besar, Properlene Glycol (PG), Vegetable Glycerin (VG), Flavor (Artificial or organic) dan nicotine.

Untuk menangani masalah ketidaktelusan dalam bancuhan zero nikotin, sepatutnya ada cop halal didalamnya. Keh keh keh... Sebab zero nikotin, ibarat biasa je. 

Aku ada 3 flavor baru selain arwah adik punya. Dedua flavor tu orang bagi. Bukan aku beli. Dan aku request kat diorang untuk zero nikotin. Kenapa aku tak beli kat luar? sebab kawan-kawan aku yang jual flavor tu depa bancuh sendiri. So, aku lebih percayakan mereka. Bancuh sendiri bruhh... Halal... Kata akulah sebab fatwa kata yang haram dalam tu cuma nikotin.

Cukup aku senaraikan 2 masalah utama tu. Untuk yang lain, kome pikir sendiri. aku cuma buka pintu untuk korang fikir.

Back to the point. 


Aku hisap vape ada 4 sebab utama yang aku jelaskan diatas. Tapi paling utama sebab tension. Terlalu banyak berfikir dan bergelumang dengan masalah emosi yang aku tak tahu bila nak habisnya. Miss A faham aku stress, tapi dia masih tidak dapat terima tabiat aku yang ini. Aku faham dan aku harap dia sabar je la dengan perangai buruk aku ni.

Kepada kawan-kawan yang tengok aku berperangai pelik, terutama ketika fasa pasca adik aku meninggal, tolong jangan putus kawan. Aku tak harap korang faham, tapi at least jangan benci aku.

Miss A, mak aku dan sedara-mara aku yang tidak suka bau vape yang manis ni, aku minta maaf. Aku tidak akan hisap depan korang. Aku boleh tahan sebab aku tak ketagih. Harap maklum.

30 Jun 2015

Time Alone

Tahun ini aku ponteng puasa selama 3 hari, dari hari Jumaat lepas sampai hari Ahad. Aku demam. Alhamdulillah mak aku ade sekali temankan aku yang tak larat demam ni. Nak makan pun takde selera, aku hanya bergantung pada lemak yang ada ddalam badan untuk hidup. Ramai orang kata aku cengkung sikit sebab sakit. Adoiyai... Dah sakit, nak buat macam mana kan.

Aku masih teringat kata-kata Azwar pasal nak jadikan menulis sebagai habit. Nanti bila ada idea gempak datang, takde la terkial-kial nak menaip. Paling tidak aku boleh mencarut apa aku nak carut. Alah, macam main taram tulis sekarang.

Masalahnya aku tak boleh fokus pada satu tempat dalam jangkamasa yang lama. Persekitaran aku tak kondusif untuk aku fokus pada satu benda satu-satu masa. Panas, tempat duduk tidak selesa, mengantuk, sunyi dan seram. Seramshit siyal...

Mata pun mengantuk setelah berbuka puasa sebentar tadi. Aduh. Dah la kegemaran aku lepas berbuka adalah tidur. Aku punya feveret tu.

Nak buat kerja, external terlupa pula nak bawa balik rumah. Padahal semua cerita breaking bad dah standby dalam tu nak tengok malam ni. Hampeh! Bukan tu je, kerja YPBN pun ade dalam tu. Pishang la aku malam ni. Memang lepas ni ngadap internet kejap lepas tu tido la.

Sekarang ada bunyi muzik tah datang dari mana aku tak tahu bersama suara sayup sayup bangla bawah flat aku duduk ni. Cakap pasal flat, sewa rumah sudah aku bayar. Legaaaaa....

Malas cerita pasal rumah. Sedih pulak aku mengenangkan hidup masih menyewa lagi. Chow la, nk tido...

28 Jun 2015

Menulis perlukan disiplin

Aku suka tanya ramai orang berkenanaan apa yang diorang buat. Mestilah apa yang diorang buat itu yang diorang rasa yang terbaik. Aku tak nafikan. Sudahlah terbaik, diiktiraf pula hasil yang terbaik tu. Aku rasa memang diorang gifted. Ada bakat dan work hard on that talent.

Ramai aku jumpa bukan berdasarkan talent dan kurniaan tuhan sahaja. Ada juga yang train hard. Latih hari-hari sampai berjaya. Memang diorang penuh berdisiplin. Aku tak tahu apa yang membuat diorang bermotivasi untuk habiskan masa berjam-jam, berhari-hari malah ada juga yang makan tahun untuk jadi professional. Tak kira dalam apa juga bidang.

Hari Jumaat lepas aku lepak dengan Azwar. Siapa tak kenal penulis awesome dari Lejen Press. Penulis buku BABI tu. Dah la budak2 lagi, tapi otak penuh dengan disiplin untuk menulis. Hari-hari dia praktis sebanyak 2000 patah perkataan. Katanya kalau ikutkan 2000 patah tu cuma 9 page dengan format ikut piawaian APA, 12 point Times New Roman dengan double spacing. Cuma 9 mukasurat sahaja. Nampak sedikit kan. Itu satu hari. Kalau sebulan konsisten tulis 2000 patah perkataan, tak ke jadi seketul buku?

Formula dia memang awesome.

Aku ada niat untuk jadi penulis. Idea dah ada, cuma nak bentuk disiplin sebagai seorang penulis tu memang susah. Aku tak tahu nak buat macam mana lagi. Tak tahu nak buat macam mana dan kat mana. Aku punya limitasi ikutkan terhad. Aku cepat hilang fokus. Satu2nya tempat aku boleh fokus ketia berseorangan. Tiada gangguan macam sekarang. Walaupun sekarang ni mak aku ada kat rumah. Maklumlah, aku demam teruk juga dari Jumaat lepas. Nasib baik ada Miss A tolong bawa pergi Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Hari ni dah lega sikit. Ikutkan menag tak larat nak jalan pun. Rasa nak baring je atas tilam dan mengunggu ada orang suapkan makanan dalam mulut. Harapan lah!

Aku ade 2 booklet nak kena siapkan. Disiplin sebagai seorang designer yang aku tak boleh buang. Kerja aku awesome bila kena push last2 minit. Tapi ikut mood dan luck juga. Ada yang cantik, ada yang tak cantik. Bergantung juga pada banyak faktor.

Macam mana Sha dengan Azwar boleh tulis 2000 patah perkataan dalam masa satu jam? Diorang memang betul-betul menulis macam bermonolog ke? Seoralah-olah ada penonton dihadapan diorang ketika diorang menulis tu? Macam mana? Aku masih tak dapat feel diorang boleh menulis sampai begitu sekali. Aku dah ada draf. Drafnya memang mengarut. Aku tak tahu nak olah macam mana lagi. Tinggal nak tulis je... Arghhh!! Aku kagum dengan penulis-penulis buku ni. Idea takda masalah, masalahnya nak menulis sahaja. Macam mana nak menggayakan bahasa tu supaya pembaca faham apa yang kita tulis.

Aku dok fikir masalah je, tak fikir solution. Solution dia TULIS!

I'm out~

19 Apr 2015

Bakar duit 1Rm 1.6k

Aku tak tau nak konsider ini sebagai loss atau investment. Target aku sebagai investment, masalahnya bila sebut investment ni mesti ade ROI kan? Aku pun dah setup satu ROI yang aku target memang boleh capai berdasarkan bajet yang dibuat. Lama juga target ROI, dalam 3 bulan mcm tu.

Tapi mari aku cerita benda lain. Cerita benda yang buat aku down minggu lepas sampai sekarang.

Okay.

Minggu lepas adalah antara hari-hari bahgia untukku dan bisness ku. Miss A dapat lock banyak deal, jadi ada surpluss cash banyak. Aku pun tanya dia,

"Nak buat ape duit banyak2 ni? Nampak tak sehat kalau dok peram dalam bank. Mesti buat sesuatu dengan duit ni,"

Miss A pn jawab,

"Boleh la kut kita invest untuk printing sendiri lepas ni, nak bergantung pada Adib memang tak mampu lagi dah. Order kita makin banyak dan perlukan dalam masa yang cepat,"

Adib adalah sahabat dan sifu aku merangkap juga supplier printing aku. Tahap kepuasan antara aku dengan dia ni secara keseluruhan adalah 80% sahaja. Ade juga beberapa job aku sangkut dengan dia ni. Tapi rata2 okay. Kualiti dia jaga, timing printing pn cantik. Tapi customer service hauk gila. Nasib baik aku dah biasa dengan dia dan dia pn dah anggap aku mcm pekerja dia. Sifu yg stailo kiranya ni.

Jadi aku ngan Miss A usha barang printing dan beli. Minggu lepas kami cuma beli chemical dengan bahan2 printing sahaja, sebab perkara macam meja print, block expose unit semua dah ada. Beli sikit2 sebelum ni. Cuma nak push dan cari supplier chemical ngan bahan2 yang lain je. Paling stylo adalah meja expose kami. Cukup dengan lantai, susunan buku, kaca dan set lampu kalimantang 2 unit. DIY gila sebab lampu tu aku pasang sendiri. Cikgu Youtube ajar. Hahaha!

Benda dah beli. Jadi kami pun run job simple. Baju raglan kelabu hitam dengan print 1 kaler hitam. Fuiyooh... belajar balik amek masa 3 hari! Aku x amalkan ape yg aku belajar masa kursus dulu, jadi banyak hilang ingatan. Aku nak recover balik skill amek masa.

Adib dulu pesan dengan aku,

"Ang toksah susah2 pikir production, ang buat marketig ja. Bab production tu pass kt aku. Ang pn bulih blaja sekali dengan kos yang minima,"

Itu dulu. Sekarang lain dah sikit2. Next week dia dah kabor awal2 yang isnin sampai rabu memang tak boleh masuk job. Diorang kena fokus printing 1200 helai baju dalam masa 3 hari. Aku faktab sekejap lepas dia explajn kat aku hari Jumaat lepas. Ada banyak job que ni, takkan dia tak boleh rompongkan sikit untuk job aku?

Waadefak sial.

Tapi bila dah invest banyak duit ni, banyak benda lain aku nak kena belajar. Masalah blok sumbat adalah paling besar. Ada 4 blok printing aku, semua sumbat dengan emulsion. Pening aku nak hilangkan. Dah 2 hari fikir mcm mana nak hilangkan kotoran degil itu. Aku nak kena consult dengan abg Adib untuk benda tu.

Banyak benda aku belajar dalam 3 hari printing baju raglan 30 helai tu. Dye pekat, blok sumbat, lambat kering dye, comot, coating pecah, timing problem dan macam2 lagi cabaran aku hadapi. Print memang 1 hari 1 malam boleh siap, tapi nak prepare equipment, makan masa doe. Tambah pulak aku pnye equipment terhad.

Memang jem wa cakap luu....

Sekarang aku mintak Miss A untuk call supplier barang printing ni dan tanya pasal equipment atau chemical nak hilangkan emulsion kering tu. Nasib baik ade Miss A. Accountant, sales dan staff Admin aku... Hahahaha!

Tadi pun aku baru setel bengkel Copywriting aku under Write To Wealth consultation. Sifunye brader Aqif Azizan. Baya aku beb, tapi mindset dia mmg bisnes gila2. Beratus ribu dah income dia. Ade sorang bini dan anak lelaki. Aku tak kenal dia siapa sebenarnya, tapi sebab kursus dia murah dan dekat (30 min dr tmpat aku) aku pn pergi. Content bagus, cuma tak selesa. Terlalu pack dan ramai kacau sesi pembelajaran dengan mengarut. Rugi masa banyak kt situ. Overall, terbaik.

Aku pun masih mencari lagi 'how to' classes atau seminar lain. Jenis aku ni, lepas aku dpt knowledge, aku applikasikan. Tu sebab aku cari kelas 'how to'. Kelas teori aku merancang nak g lepas ni kelas BR, Clorox Bisness. Teori + skill juga tu sebenarnya. Tapi aku rasa bila ade surpluss cash baru buat. Sekarant, aku nak test dulu knowledge copywriting aku tu dan tengok masilnya macam mana.

In the end,

Jalan aku pilih ni bukan jalan yang bakal semua orang hadapi. Aku redha dan aku hadapi semuanya. Nasib baik duit RM 1.6k++ tu bukan duit aku. Kalau duit aku, konpem menangis... Hahahaha!

5 Apr 2015

Nak fahamkan orang?

Miss A mengadu. Secara tak langsung, aku sendiri pun bengang juga. Kami ada perancnagan kami dan kami ikut seperti apa yang dirancang. Bila dapat tau pasal rancangan kami tu, ada palatau yang suka suki je nak tukar. Eh eh kau, aperhal? Nak cari pasal?

Isu ni bikin sensitif. Tambah2 pada yang ingat kami ni buat bisnes, dan dh kaya. Fuck off la sial. Kalau aku kaya, x payah aku kerja opis full time la sial.

Lepas tu, kes ni melarat sampai jadi kes kami nak kawen.  Whoaaa... orang yang keluar duitnya nanti kami, korang apa tau. Miss A dah cakap, kazen dia kawen pun berhutang ngan atuk dengan nenek pun tak bayar. Dah setahun, satu sen pun tak bayar lagi. Aku taknak buat rekod buruk dengan keluarga.

Bab duit, aku ngan Miss A mmg emo.

Aku bersakit2 nak kumpul duit, x bli kereta, baju x bli, kasut apetah lagi. Semua aku saving dan invest untuk kawen secara cash. Kami taknak hutang. Kami nak hutang untuk 3 benda, kereta, rumah dan pelaburan. Fuck off...

Kalau kami okay, Miss A xyah kerja. Duduk rumah jaga ayah dia sakit tu. Aku je yang kerja. Tapi tu semua angan2. Kami tak okay....

"Semakin lama kau kapel dan tak kawen2 lagi, semakin banyak orang mengata,"

Lemas aku dengan persoalan yang bangang setiap kali kami:

-pergi kenduri kawan2
-pergi lepak2
-pergi beraya rumah sedara mara
-balik kampung

Oooh fak sial...

Ye, dah 10 tahun. So what? Kami memang tengah berusaha ni. Berusaha habis mati ni. Korang apa tau? Ingt hutang senang? Hutang tu menjerat leher. Tambah2 bila hutang pesonal. Lagi pening. Dari muda sampai tua, jadi hamba duit.

Tak ape. 15 hb ni aku jumpe Pakcik Zaidi, aku tanya dia, mcm mana nak buat.

Korang apa tau?