Lama tak tulis benda-benda ilmiah ni kan? Alhamdulillah, aku tetiba ada banyak masa pulak malam ni, jadi aku terasa nak menulis sesuatu yang kritikal dan sensitif lagi. Berkenaan kewangan.
Ramai kawan dalam circle 'kawan' dan kenalan aku bertanya pasal cara pengurusan kewangan aku. Aku tak berdisiplin sebenarnya untuk mengatakan sistem yang aku guna ini adalah sistem yang terbaik dan korang patut guna. Sebab sistem yang aku gunakan ini adalah sistem menjerat diri. Aku mengolah ianya supaya menjadi motivasi kepada diri aku sendiri. Dalam post ini aku akan berkongsi sistem yang aku maksudkan tu.
Screenshoot kat atas ni adalah halaman pembayaran kad kredit aku pada bulan ini. Aku menggunakan kad kredit bagi membantu aku berdisiplin dalam berbelanja. Nampak cam bangang je, tapi inilah yang memberi motivasi kepada aku.
Meh aku fokuskan sikit kat tempat bulat tu.
Oh yeah. Memang negatif. Aku terlampau berdisiplin berbelanja sehinggakan CIMB berhutang dengan aku sebanyak RM 5.25. Kah kah kah!
Ehem...
Bukan. Jangan salah sangka. Aku sebenarnya bulan lepas terbayar lebih pula. Punya aku paranoid takut terkurang bayar, jadi aku bayar lebih. Rasionalnya aku menggunakan kad kredit ni ada beberapa perkara. Berikut adalah alasan kenapa:
1. Aku guna kad kredit untuk 2 benda; Hiburan dan belanja dapur.
Aku membeli belah barangan dapur selalunya di Econsave Alam Jaya sebab situ je dah banyak pilihan. aku tak perlu untuk pergi jauh nak berbelanja. Tak payah aku susah-susah keluar cash dan amaun dia aku boleh kawal. Setiap bulan penyata kad kredit akan dikeluarkan menunjukkan keterangan terperinci mengenai perbelanjaan.
Walaupun keterangan perbelanjaan itu tidak sedetail seperti resit pembelian, dari situ aku boleh tengok berapa banyak aku berbelanja pada waktu dan tarikh yang tercatat.
Untuk hiburan pula aku guna sebab senang. Contohnya menonton wayang. Punyalah jarang aku keluarkan cash untuk tengok wayang sebab aku dah guna kad kredit. Kalau dengan kengkawan pulak, aku kelihatan kaya sedikit kerana aku hanya mengeluarkan sekeping kad plastik. Time ni nak acah-acah kaya depan kengkawan. Phuiiiii!~ Kah kah kah!
Point sama macam belanja barang dapur, aku boleh tengok dan rekod perbelanjaan bulanan aku. Kalau terperasan yang bulan ni banyak tengok wayang, bulan depan kena kurangkan. Berapa banyak kena kurangkan? Itu berdasarkan data-data perbelanjaan tempoh hari dan budget bulanan. Aku biasanya carry forward budget hiburan ni. Takdak save-save.
Aku bayar website punya bil, bil telefon, langgan Spotify, langgan Smule, langgan apps bisness lain semua pakai kad kredit. Bahkan shopping kat lazada pun pakai kad kredit. Yup... Smule... Aku tak tahu kenapa aku suka apps tu... Kah kah kah!
2. Disiplinkan lump sump bayar sebelum 17 hb.
Bayangkan, bayar duit dapur, hiburan yang beratus-ratus tadi dengan hanya 3 minit. Wow... Sangat pantas dan cekap aku buat kerja. Tak perlu terkial2 beratur kat ATM nak cucuk duit. Tak payah terkial2 keluarkan duit syiling tatkala cashier minta duit sen-sen ni. Tak payah woi! Kad kredit jimat masa kau banyak.
Jadi masa yang lebih tu korang boleh guna untuk benda yang lain lebih manfaat. Contohnya bagaimana mahu menambah pendapatan sampingan. Masa adalah komoditi yang mahal. Berhati-hati.
Persoalannya kenapa 17 hb?
Kalau tak silap aku, CIMB start kira bunga lepas tarikh tu. Kalau tak silap aku la. Mana yang salah tu, minta betulkan. Jadi aku ada tempoh 'free bunga' setiap bulan. Dah la jimat masa, ada fasa 'free bunga' pula. Best betul!
3. Kad kredit ada points
Ini adalah salah satu kelebihan kad kredit. Contoh macam kad kredit aku ni, ada cash rebate sebanyak 5% kalau aku isi petrol. Jimat 5% woi. Katakanlah aku isi RM 100, aku jimat RM 5 kot. Tahan la 2 hari isi minyak moto aku ulang alik g kerja.
Macam kawan aku sorang ni, Azril. Dia gunakan kad kredit untuk beli barang elektronik kat AEON. Dia utilize betul-betul point dari kad kredit dan point dari AEON member's card. Itu dah satu level yang lain.
Untuk utilize point mata kad kredit ni, kena tanya yang pakar. Nak tahu, boleh tanya agen kad kredit mana-mana bank. Setiap kad kredit ada pakej point tadi yang berbeza-beza. Aku punya kad kredit kaya dengan cash rebate. Belanja banyak, banyak la jimat. Bak kata pepatah, 'orang tamak selalu untung'
Kesimpulan
Tiada masalah guna kad kredit. Lepas guna, bayar. Konsep dia mudah. Bila lapar, kita makan. Bila mengantuk, kita tidur. Bila sakit, jumpa doktor. Bila hutang, mesti bayar.
Jangan takut untuk berhutang. Tapi pastikan hutang kita tu bukan hutang jahat. Hutang jahat macam Personal loan. Sekali amek personal loan, interest rate dah jalan. Kad kredit? Bila tak bayar baru kena caj.
Rasa bermanfaat? Share la woi!
No comments:
Post a Comment