Aku terperasan 1 video dalam FB berkenaan how to be productive Muslims. Antara bait-bait pesanan dalam video tu aku ingat adalah amalan wajib dan sunat yang lain yang dilakukan secara istiqamah (disiplin). Caranya mudah, tidur pukul 9 malam, bangun pukul 2 atau 3 pagi untuk solat tahajud, baca Quran, zikir, kemudian teruskan solat Subuh, then pergi kerja. Pukul 9 atau 10 buat Solat Dhuha, sambung kerja semula. Lepas merarau, Solat Zuhur. Masuk je waktu Solat Asar, amek rehat kejap dalam 15 minit untuk pergi solat. Balik rumah petang tu terus Solat Maghrib, beramah mesra dengan keluarga bagai, bila masuk waktu, terus Solat Isya' dan sebelum tidur buat Solat Witir.
Simple je kan, tapi nak buat, MasyaAllah..... Struggle betul la rasanya.
Aku mulakan langkah pertama. Tidur cuma 4 jam. Tidur pukul 9 dan bangun pukul 2.30 gitu. Tak buat Solat Tahajud sebab aku dah lupa, lama tinggal. Baru google tadi. Nanti nak minta mak aku ajar aku semula. Last buat masa nak SPM dulu, tu pun atas dasar ikut program sekolah.
Kenapa pukul 9 tido?
Aku pernah baca artikel yang kata tidur 4 jam sahaja sememangnya cukup untuk rehatkan badan bukan 6 jam atau 8 jam seperti yang dicadangkan saintis. Syaratnya tidur pukul 9 sehingga pukul 2 atau 3 pagi. Kerana pada waktu itu adalah waktu hormon tidur sedang aktif dan sekiranya kita tidur pada waktu itu, badan akan mendapat kualiti tidur yang terbaik.
So, apa aku buat?
Aku tidur pukul 9 malam. Takda 9 malam sangat sebab aku kengkadang sampai rumah pun dah pukul 9 malam, kemudian bangun pada pukul 2.30 pagi. Sehingga pada post ini ditulis, aku masih segar walaupun aku dah bangun dari pukul 2.30 pagi.
Tapi silap aku, aku makan sebelum tidur. pergh. Gemuk sial. Tu aku nak kena ubah juga...
Masalah aku hadapi, aku ngantuk sekiranya stay up semalaman dalam pukul 9 atau pukul 10 pagi. Jadi aku tanya Kerut (Naim), dia bagi tips.
"Minum kopi bila bangun tu. Kafein biasanya bertindak selepas 5 jam kita consume. Kalau ko dengar sembang orang bangun pagi minum kopi terus segar, itu hanyalah sembang kotey,"
Tulah, aku cuba buat dulu, nanti aku share la ape yang aku rasa.
Oleh kerana aku dah bangun tadi, aku terus buat artikel nak post dalam TelukIntanKini.com sebagai featured writer. Saja je hantar artikel, mana tahu kena publish. Editor dia minta aku tulis, jadi aku takde idea sebelum ni, aku pun tulislah pagi tadi.
Gerak dulu nak bersiap g kerja. Pape, roger.
No comments:
Post a Comment