Stock Jurnals

25 Oktober 2014

Aku balik kampung sebab mak aku ada buat kenduri kesyukuran. Masa balik jumpa abang sepupu aku, Abg Ayem. Dia mula labur kat hartanah spesis sublet. Okay la sebab dia dah kerja lebih 3 tahun dah. Ada saving dan dah stable untuk melangkah lebih jauh. Tapi aku takda. Dia suggest follow sorang mamat ni kat FB. Antara nama yang dia cadangkan:

1. Zaidi Ismail
2. Shafie Bustan
3. Abang Ensem
4. Faizul Ridzuan
5. Rohaniah Noor
6. Waninfolelong
7. Tuan Bri
 dan beberapa yg aku follow secara senyap2.

Tu untuk hartanah, untuk kewangan dan syarikat aku follow:

1. Suzardi Maulan
2. Ainon Mohd.
dan ada lagi lah.

Entah macam mana kesemua orang main hartanah itu ada persamaan. Depa bukan setakat bisnes/pelabur tapi diorang besarkan skop pelaburan kepada satu yang lebih besar iaitu pelaburan saham. Kesemua mereka ada syarikat sendiri dan kesemua mereka ada cara tersendiri. Titik persamaan itu aku guna untuk aku mengorak langkah.

31 Oktober 2014

Aku dah lama usha yang Abang Ensem ada bukak kelas hartanah dengan kelas asas main saham. Hari ni last day register untuk kesemua kelas dengan harga 'early bird'. Aku tak tahan dan takut jadi lebih mahal, aku pun register la. Nak tengok blog dia kat sini dan untuk tgk post pasal kelas saham yang aku pergi kat sini

Kelas saham dalam RM99 harga awal. Harga tanpa diskaun RM 111. Dari pukul 2.30 sampai 5.30 petang. Dah bayar pun. Kira natang ni investment aku la. Speaker dia aku tak kenal pun. Main terjah. Leceh nak bayar angka pelik-pelik ni. CDM mmg rijek, nak taknak kena online transfer. Fak!

15 November 2014 (Birthday aku, LOL!)

Dah la aku datang lambat. Kul 3 baru sampai. Nasib baik depa baru proceed bab introduction. Aku tak kesah sangat bab introduction ni sebab aku boleh gugel je natang ni. Benda tak boleh gugel adalah cara mula nak main dan macam mana nak spot kaunter berpotensi untung. Tu yang aku nak tahu.

Ada satu benda yang aku nampak dan aku cakap benda ni 'workable'. Benda aku suka buat. HOMEWORK aka RESEARCH. Aku nak jadi investor bukan trader. Which meas, I do my thing in loong run rather than short run. Takda masa nak menelaah graf dan carta hari-hari. Guwa bizi maaah!

Teknik CANSLIM. (Nak baca lebih, klik sini)

Aku dah tahu macam mana nak mula, aku dah nampak apa matlamat aku, aku tahu aku berkemampuan dan aku nak buat! Lagi 1, aku terus masuk dalam group speaker (Tuan Haji Zainal Ariffin Osman) ni cadangkan, Kelab Pelabur Malaysia kat FB. Niceeee!

First step patutnya bukak akaun CDM. Aku takda masa nak g bank. Gaji pun tak masuk lagi. LOL!

17 November 2014

Refresh balik teknik CANSLIM. Curi masa sikit kat opis. Jadi aku dapat ni:

  1. C = Current quarterly earnings per share - Earnings must be up at least 18-20%.
  2. A = Annual earnings per share – These figures should show meaningful growth for the last five years.
  3. N = New things - Buy companies with new products, new management, or significant new changes in industry conditions. Most importantly, buy stocks when they start to hit new price highs. Forget cheap stocks; they are that way for a reason.
  4. S = Shares outstanding - This should be a small and reasonable number. CAN SLIM investors are not looking for older companies with a large capitalization.
  5. L = Leaders - Buy market leaders, avoid laggards.
  6. I = Institutional sponsorship - Buy stocks with at least a few institutional sponsors who have better-than-average recent performance records.
  7. M = General market - The market will determine whether you win or lose, so learn how to discern the market's overall current direction, and interpret the general market indexes (price and volume changes) and action of the individual market leaders.

Aku tetapkan benchmark aku sendiri ikut tips yang diberi. Pokoknya aku dah tahu benchmark, tapi mana nak dapat info pasal kaunter Bursa Malaysia ni kan?

18 November 2014

Aku overwhelmed dengan informasi melambak dalam kepala otak aku. Tak dapat fokus sebab aku rasa banyak benda aku perlu tahu sebelum aku mengorak langkah dan meletakkan modal berani rugi. Nak register akaun CDM kena ade budget. Mcm mana nak ada budget kalau budget aku pergi ke Shenget?

Paling fakap, saving aku 2 bulan, bulan Oktober dengan November nak beli equipment printing. Aku dah nak mula in house printing. Rugilah kalau dah duduk rumah sendiri, tapi kosong je. Baik aku isi aset a.k.a mesin duit aku sendiri. Itu pelaburan aku lah. Gabung dua bulan saving aku ni aku estimate dalam 1k or less for starting beli equipment. Tu saving 2 bulan tuuu....

Kalau berjaya dan printing run smooth and silky, income excess aku tambah RM500+/- setiap bulan. Okay la tu. Untuk Shenget, investment kat marketing la aku nak letak untuk Januari. Mungkin lepas Januari aku fokus untuk saving main stocks.

Ikut keutamaan la dulu. Aku tak reti nak main stocks ni, aku buat apa yang aku tahu dulu. Pelan-pelan kayuh. Aku dah ready-kan kepala yang tahun ni kompeni aku tak bagi bonus.

Progress aku:

Cuba applikasikan CANSLIM kat kaunter2 Bursa malaysia. Aku distracted. Boleh aku usha ANCOM Berhad dengan Nylex Berhad stock market. Tu shareholders dalam kompeni aku. Bukan Nylex, tapi ANCOM. Ada top management ANCOM board director kat Nylex. Saje je usha.

Saham ANCOM murah doee!

Ada reason murah. Aku guna metod CANSLIM, Yesss... Ada reason kenapa jatuh dan murah.

Selain dari tu, aku ngah fahamkan mekanisma cara beli dan jual stocks. Tapi first step masih kena ada modal dan akaun CDM. Tak ade budget lg. Demmit!!

19 November 2014

Masih lagi overwhelmed dengan info yang tak patut. Aku masih tak dapat nak bezakan antara info penting dengan tak penting. Aku dah nampak cara aku nak pilih kaunter. Tip pertama, pilih kaunter yang berkaitan dengan kita. Kaunter yang industrinya kita familiar. Senang cerita yang kita tahu.

Masalahnya sekarang aku punya bidang ni media. Aku tgk kaunter Media Prima, Astro, dan syarikat media elektronik lain sememangnya tak berapa mengujakan. Stok statik, kadang2 untung sikit. Tak aktif. Aku tgk dalam seminggu dalam Chart Nexus mcm tak berubah pun. Statik. Adakah itu dikategorikan sebagai stabil atau apa?

Nak tambah lagi cerita kaunter yang kita tahu mmg payah sikit. Even dalam kompeni aku pun stoknya tidak mengujakan sangat. Ikut graf Ichimoku pun lemah je kaunter tu. Lemauuu....

Aku ngah kumpulkan beberapa senarai kaunter yang untung dalam masa sebulan dari hari Selasa lepas dalam Malaysian Reserve. Nasib baik aku dpt paper tu free je dalam opis. Rata-rata member opis aku tak amek pot pun natang tu. Aku pun amek la dan simpan keratan kaunter untung tu. Ada cara simple nak tentukan kaunter tu okay ataupun tak.

Boleh baca sini kalau nak tahu tip kaunter yang boleh untung. Lebih kepada memilih kaunter untung tu la.

Aku nak masuk line investor, jadi aku fokus pada long term investment. Aku nak cari kaunter yang bayar dividen konsisten dan tinggi setiap tahun. masalah aku sekarang, mana nak tahu berapa ringgit dibayar untuk dividen? Fak ah doe!

Dapat kaunter halal, 'growing' secara istiqamah, tahu nilai dividen berapa dan harga belian mampu milik aku dah boleh analisa guna CANSLIM. Masalahnya aku tak banyak connection dalam line-line saham ni. Poblem betul la! Kawan-kawan lain sibuk bina kerjaya, aku pun bina kerjaya dan juga portfolio harta.

Cakap pasal portfolio ni, aku ada juga pening dengan terma-terma aka jargon aka bahasa teknikal dalam pelaburan saham. Tu pun salah satu masalah juga. Untuk aku pickup satu-satu mmg susah. Aku dok tulih dalam ni supaya aku dapat tgk step yg aku dah ambil dan apa hasilnya.

Dividend

Aku perlu tanya kat Tuan Haji Zainal pasal dividen. Aku nak tahu:

1. Apa DY (dividend yield)
2. Mana nak tahu berapa nilai dividen yang dibayar?
3. Bagaimana pengiraan dividen?
4. Ada berapa jenis dividen?

Aku baru lepas hantar email kat dia tanya pasal ni.

14 Disember 2014

Aku hold kejap cerita pasal stock ni. Aku perlukan duit untuk perkara lain dahulu atas faktor keutamaan. Jadi stocks ni kena tunggu sehingga awal bulan 1. Gaji aku aku guna banyak untuk Shenget Store. Investment terbesar buat masa ini. Nak bagi stabil dulu, lepas tu baru venture benda lain.

Aku tengah berazam nak habiskan buku Cash Flow Quadrant dgn Guide to Investing karya Robert T. Kiyosaki. Aku perlukan knowledge dia. Power knowledge dia ni. Nanti aku update lagi.

21 Februari 2015

Bodoh plan aku sebenarnya, kalau ikutkan plan aku bulan satu. Tapi ada plan lain aku tengah workout. Aku nak stabilkan Shenget Store ni. Alhamdulillah, aku dah habis baca buku Cash Flow Quadrant dan Guide to Investing. Dua-dua buku ni ajar untuk stabilkan diri dahulu. Bila foundation dah kukuh, takda masalah nak cuba benda lain.

Awal bulan depan kalau ikutkan aku ada kursus Google Adswords dianjurkan Brader Reza Remo Marketing. Last course dia sebelum dia fokus untuk bisnes dia sekarang. Jadi aku split modal ngan Kerut. Jadi bulan depan tatau tah berapa saving.

##########################on going progress###########################

Secara rasmi aku declare yang aku sedang menyusun langkah untuk main satu permainan 'kerak nasi'. Aku namakan kerak nasi sebab lagi besar periuk dan lagi banyak nasinya maka kerak pun banyak dan besar.

Aku dah mula nak main saham.

Dalam era nak-nak GST dan harga minyak dunia tengah naik, adalah baik kita jadi selfish dan pastikan diri kita ada duit simpanan lebih. Mana tau satu hari nanti kita kena buang kerja. Paling cikai pun, kita ada backup.

Aku listkan jurnal ikut tarikh. Aku taknak letak sebagai normal post sebab ai segan. Kalau plan ni berjaya dan ada orang nak ikut jejak, depa boleh search sendiri tak payah nak aku kabor. Aku cuma share ikut metod aku.

Post karangan ni pun aku letak bahagian bawah sebab pokoknya bukan sejarah aku main benda ni, pokoknya adalah progress. Apa cerita, bagaimana, boleh ke tak?... Itu cerita dia. 

Kalau ada apa-apa yang tak faham atau nak share, boleh share kat twitter aku dengan mention @ghafarnawi atau pm fb aku kat @ghafarnawi. PM tau. Kalau mention kat wall, aku buat bodoh je. 

No comments:

Post a Comment