29 May 2011

Gambar Kenduri Cukur Jambul Nur Damia #1

Yess... for the next following month I will showing a few photos taken from my previous trip to Kedah with my family...

Diorang punya rumah dekat Jitra Kedah. Drive tah berapa lama sebab kami tak tahu jalan dekat dari Kedah ke Perak. kami ikot Gopeng punye tol dan terus keluar tol Jitra. Taman perumahan sepupu Slumb3r ni dekat je dari kawasan tol tu tadi.

SLR Slumb3r memang bawak je kamana-mana, terutama bila time event2 macam ni. Tapi ada juga terlupa contohnya masa perasmian ape tah kat Teluk Intan hari tu. Sultan Perak pulak tu rasmikan. DAMN! I cannot miss those chance again!

By the way, Slumb3r tak dapat tangkap banyak gambar sebab sewaktu operasi shoting, Slumb3r dikacau oleh 2 orang anak sepupu Slumb3r yang hati kering. Yep! hati kering. But so0o0o0 DAMN cute! Never mind la. Karang Slumb3r cerita la siapa bebudak tu.

Untuk kali ini Slumb3r mempersembahkan gambar2 masa yang paling dinanti-nantikan oleh ramai tetamu kenduri tersebut, iaitu MAKAN!!

Enjoys...

Whatcha lookin at?

"Air masak kat sini kot"
"Mana ada air masak duh~!"

"Pecah gelas, pecah kaca. Kalau pecah 1 gelas, banyak lgi gelas lain"

"Kambing, ayam, rendang, nasi putih, nasi briani. Mari mari!"

I really need to put up my photography skills. Slumb3r shooting saje2 ni. Hahaha..

26 May 2011

UiTM Pilihan Bumiputra

Selamat tengah hari semua.

Slumb3r baru dapar result semalam kan, jadi hari ni tergerak hati la nak post something that might be interest of current SPM, STPM and diploma holders like me.

Secara kasarnya Slumb3r nak cerita pasal UiTM je, bukan ape pon.



Well, I'm here are not talking about the usual thinggy about UiTM, but the specialties of UiTM compare to other local universities .

UiTM Specialties

1.Bumiputra dan melayu sahaja boleh apply. 

Tak juga sebenarnya sebab ada satu hari Slumb3r pergi 1 UiTM cawangan kat Shah Alam ni [tak jauh dari main campus]. Slumb3r pergi kursus yang dianjurjan PSSCM UiTM se-Malaysia bertempat di UiTM Shah Alam selama 3 hari. Kami menginap luar kampus utama iaitu di UiTM INTEC [INTEC=International Education Centre]. Slumb3r tanya la juga bebudak dari situ. Diorang cakap situ tempat orang2 yang genius buat asasi atas tajaan untuk FLY~ oversea. Bila Slumb3r tanya diorang result berapa, diorang cakap 3.5 above kena maintain sampai abes asasi. GILER GENIUS~

I've seen non bumiputra here. Living and studying here. Slumb3r jumpa jer tempat tu dan melihat satu tempat yang agak asing biler disebut UiTM. 

Sejak dari itu Slumb3r tak percaya UiTM ni hanya untuk bumiputra sahaja. HAHA~

2. Semester tidak dipanggil semester.

UiTM adalah satu-satunya universiti yang tidak menggunakan perkataan SEMESTER atau TAHUN semasa pengajian dalam bahasa harian kami. Kami menggunakan perkataan PART sebagai pengganti. Contoh:

SALAH

Kome nie udoh semester bhraphe belajor neh?

BETUL

Kome nie udoh part bhraphe belajor neh?

Slumb3r tak tawu la kenapa, tapi memang macam tu. Dalam result exam pon dier kabor 'BAHAGIAN' bukan semester.

3. Semangat UiTM

Yeap, we have that spirit. Until when? Until death.... HAHA~

Bukan Slumb3r saja, ramai lagi macam ni. Terutama ayahanda Dato' Prof. IR Sahol Hamid Abu Bakar iaitu Vice Chancellor kami. Terbaek seh dier.

Pernah Slumb3r keluar buat kerja kursus beberapa sem lepas, kami berjumpa dengan orang2 yang Ex-student UiTM. Semangat UiTM diorang tak hilang tambah2 bila orang2 tu pernah belajar dalam fakulti pengajian media. HEHE.

4. MURAH MURAH MURAH...

Universiti paling termurah dalam Malaysia. Yess~

Matlamat UiTM bukan untuk orang2 kaya atau anak2 kaum kerabat diraja yang kaya-kaya masuk. UiTM mencari para pelajar yang susah dan tidak berkemampuan untuk belajar mengubah hidup keluarga diorang. Dibawah program 'Mengubah Destini Anak Bangsa' yang dikelolakan oleh VC UiTM Dato' Sahol, UiTM mencari para pelajar yang duduk dipendalaman, anak-anak golongan petani dan golongan yang kurang bernasib baik untuk belajar. Elaun bagi, yuran takyah bayar. Just duduk belajar dan berjaya. Kolej dapat, ape sume dapat. Untung giler!!

Tapi Slumb3r tak puas hati lah. Mana taknya, rata-rata student UiTM yang masuk belajar ni kaya raya. pergi kelas naik kereta bagai. Kalau kancil ke takpe la gak, ni kereta mahal2 macam BMW, HILUX, SKYLINE DLL. Faker sehh.

Ada juga keturunan kerabat diraja masuk UiTM. Ape diorang buta ker? dan dan orang2 kaya macam ni boley masuk UiTM. Kalau grad pointer sedap takpe la gak, berbaloi. Ni ade yang malas belajar dan hidup kat dalam UiTM tu macam takda makna jer. Adoyai.

**************

Cukup le tu Slumb3r bagi 4. Kang banyak2 pulak kata Slumb3r ni diskriminasi universiti lain.

Untuk pengatahuan semua, hanya ada 2 universiti jer terbaik dalam Malaysia...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
1. UiTM
2. Dan lain-lain

25 May 2011

Aku nak berlagak~

Mempersembahkan.... Result Slumb3r!!...

Click untok besaukan

Buat kali ketiga dalam 5 semester sepanjang Slumb3r belajar di UiTM ini. Result yang paling membanggakan Slumb3r! Result part 4 dulu DL gak... hahaha!

Slumb3r kini yakin untuk mencari biasiswa untuk pergi Ijazah Sarjana Muda kang. Pointer gua grad 3.5++ konpom insyaallah. Maka, hutang dapat dikurangkan dan kejayaan dapat dibuat lagi. Sumpah bangge siyal dapat result macam ni. Ni la nak rasa riak dan takabur sekejap. hahaha!

Well, at least dapat senyapkan adik Slumb3r yang result UPSR, PMR, dan SPM dier lagi bagus dari Slumb3r. Tapi result matrix dia hauk tahap garbunk. Haha~. Biar la. Slumb3r tak kesah semua itu, janji Slumb3r buat dah yang terbaek dan inilah hasilnya.

By the way, Slumb3r dah google pasal biasiswa dalam Malaysia ni, tapi banyak biasiswa bukan untuk kursus macam Slumb3r ni. Takpa la, JPA ade. Ade senior Slumb3r dah fly oversea dah dengan JPA. Bye2 Dhiya, Mantan YDP KOMED.

More on Malaysian Scholarship here.

Adios amigo~ study smart... Not study hard...

24 May 2011

Morale Down = Stress

Hye people.

This no regular post. I just wanna someone to read this. I know that this person checking regularly on my blog but not too often. I just wanna this person know how I feeling recently.

1. My family and I've just got back from Kedah last sunday after visiting my cousin having 'Kenduri cukur jambul' for his new daughter. My body still tired from the travel because during 4 days we there is only visiting people and shopping.

Thursday= Tired after driving more than 4 hour from Perak to Kedah
Friday= Jitra-Kangar-Padang Besar-Jitra. Wholeday trip.
Saturday= The kenduri
Sunday= Tired after driving more than 3 hours from Kedah to Perak.

My body really tired.

2. My Daddy hospitalized again. I dunno what happen but my lil bro tell me that he was informed by my sis that he is hospitalized again. This really spice things up. During my final presentation week, he hospitalized for the first time after last time on 2003 or 2002. Kept me worried there.

However, my lil bro has visiting my daddy last few weeks and see his condition  quite bad. Not bad as BAD~~  but bad in terms of living.

My lil bro told me that after my daddy hospitalized, his mushrooms farm were slightly abandoned and slowly disrupt his cash flow of income. What can I say from his story is that my daddy unable to sustain his life just like before. My lil bro eat instant noodle for breakfast, lunch and dinner. What are shame. And the worse part is that there is no 'tambang' from Johor to Perak.

My mom keep asking 'why you dont want to see your father?'
My replied is simple, 'I'm broke, no money to comeback from Johor, No time because next week is the new semester starting'
If I have a car or a motorcycle, I can frequently visit my daddy. And I has no excuse for not visiting him.

3. The semester break is already starting. This short holiday restricted my plan for anything. I can't do anything. Last semester's 'heat' is not cooling enough and next week has start the new heat. FUUUKKK...

When is time for family?
When is time for my self?
When is time for my hunny bunny?

This give me a headache! serious headache!!

4. For the first time of my life, I'm worried for my result tomorrow. Last sem seriously HELL. For the first time in my LIFE I've failed my midterm for Event Management Subject. Seriously worried!

5.Got job for wedding photo shoot  at my friend's house. Feeling more like underpaid somehow. Next time for my work, No more business with friend prices. BUSINESS IS BUSINESS.

What can I do now is hope that things will turnout good.
I'm sorry. But there is more up inside my head. For now this is what concern my the most.

12 May 2011

Kacang Lupakan Kulit.


ARE YOU NUTS!
 Adakah awak kacang?...

Hahaha... no! not that 'kacang'.

Ada benda yang aku perlu pesan dekat korang. Jangan lupa asal usul kita. Peribahasa 'seperti kacang lupakan kulit' ni banyak boleh dirungkaikan. Slumb3r nak berkongsi sedikit cerita pasal ini.

Beberapa hari lepas Slumb3r pergi ke Kuala Lumpur untuk menolong mak Slumb3r. Mak Slumb3r jadi penjamin untuk sepupu Slumb3r ni. Penjamin PTPTN. Ada 2 orang iaitu Mak Slumb3r dan kawannya. 

Nak dipendekkan cerita, sepupu Slumb3r ni tak bayar PTPTN beliau. Apa lagi, Mak Slumb3r hangin la. Terus jumpa dia kat KL kelmarin dengan sepupu Slumb3r lagi sorang sebagai penunjuk jalan. Kami gerak bertiga je. Setibanya di rumah sepupu Slumb3r ni kami disambut secara dingin. I can feel the aura of the house and I also can read between the lines. Hate that situation.

Mak Slumb3r pun explain la kenapa dia datang. 

Sebenarnya mak Slumb3r bukan datang nak kutip hutang or what so ever. Tapi mak Slumb3r nak bagitahu yang hutang2 beliau akan disetelkan menggunakan duit Mak cik Slumb3r [Mak dier la]. Tak pasal2 sepupu Slumb3r ni melenting. Slumb3r rilek jer. Tapi once lu cuit mak gua, gua make sure lu cium tanah mintak ampun.

Back to the story.

Setelah itu, kami pon blah dengan cara paling sempoi. Tak sampai 10 minit pon kami kat situ. Jamu air pun tak. Tak kesah la sebab kami bukan tetamu yang diundang pun. I dont give a shit. Hutang beliau cuma tinggal 3 riban je kot. Tak banyak sebab 2 tahun lepas mak Slumb3r datang huntuk hal yang sama dan beliau cuma setelkan RM 1000. Tu pasal tinggal 3 riban jer.

Slumb3r sebenarnya tak setuju cara mak Slumb3r buat. Drive by emotion. I hate emotion. We want to settle a problem and not causing another problem. Yes my mom solve the PTPTN prob but she actually make our family relationship flat. That is starting new prob, not solving prob.

Sepatutnya Mak Slumb3r pergi direct kat dia dan setel sendiri dengan dia, bukan melalui ibunya. Ni lagi satu masalahnya, bila ditelefon tak diangkat, bila di mesej, tak dibalas. Adoyai. Not his mother got the problem, only he got the problem. So, solve with him only. Tak perlu libatkan ramai pihak. Lelaki ada ego. Kalau dia tak boleh selesaikan masalah dia sendiri, ego dia akan naik. Tambah2 melibatkan perempuan macam mak Slumb3r.

Just guys, hutang tu wajib bayar. Ingat tu.



Ni ade lagi satu masalah kat Rumah sewa Slumb3r. Malas la nak cerita. Point nye sama.

Jangan lupa asal usul korang, siapa menolong korang sampai jadi macam sekarang. Balas budi baik orang tu dengan apa cara sekalipun. Tak rugi. Win-win situation.

10 May 2011

Orang PKR datang rumah.

Hehehe...
Semalam rumah Slumb3r dilawati oleh 4 orang yang berkempen untuk pilihanraya umum. Diorang bagi ni.





Dia kenalkan diri dan terus terang dia cakap "Saya Madhi, Wakil untuk parti keadilan rakyat, PKR"... Dia tanya lagi, sekolah lagi ke? adik Slumb3r jawab tak. Dia tanya lagi. Umur 21? dah daftar sebagai pemilih? Boley plak adik Slumb3r point out kat Slumb3r. Faker!

Tahulah Slumb3r belum daftar pemilih lagi. Sebab umur belum cukup lagi laaa...

By the way, this is good effort la. Pada Slumb3r, selagi Dat'o Zahid Hamidi berkuasa, there is no hope for you to win. Slumb3r not in to politics. Not untill I have rights to vote.

Next time Slumb3r cite lebih2, nak pergi KL ni. Ada hal. Chiow!

9 May 2011

Audio Video Production- BRO[Kod tak ingt bape] #2


video
Kelmarin Slumb3r ada post pasal Audio Video Production punye subjek. Tapi kali ni Slumb3r nak show off  The making of R3R a.k.a Ramah 3 Rumah. Pendek jer.

Okay, too tell the truth Slumb3r dah kena marah dengan pegawai Polis daerah Melaka tengah sebelum pergi shooting hari tu. Kami cuma nak guna 1 kereta polis Waja dengan 2 orang anggota sahaja untuk shoot yang tak sampai 15 saat. Ayat pegawai tu yang Slumb3r tak leh lupa:

"Takda apa yang saya boleh ambil contoh, pengurusan kamu sampah"

Ape ke kiiiimaaaaaak pegawai polis macam tu? Kekimakkan beliau semakin terserlah bila beliau menyekolahkan kami pada pagi itu.

Polis: Okay, sebelum kamu buat sesuatu benda, mesti ada peringkat-peringkatnya. Kamu tahu tak apa peringkat-peringkatnya?
Slumb3r: Err... [Slumb3r tak ingat, apa yang ingat cuma masscom punya subjek] rasanya ada 3 peringkat, Pre-Production, Production dan Post-Production.
Polis: Production production.... [Gaya dia cakap macam Slumb3r cakap bahasa inggeris depan dia buat dia meluat] betul la tu... Sebetulnya macam ni..... [tah hape dia bebel]

Pakkal je dia tu polis dan Slumb3r faham budaya orang Melaka macam mana [no offense, tapi orang Melaka memang kasar dan kasar tu merapatkan hubungan lagi].

Ikutkan hati, dah lama Slumb3r bagi penumbok kat dia. Tapi tak berani sebab kang tak pasal2 kena masuk lokap pakai sepender. Tu nasib baik la, kalo tak masuk lokap bogel dan hena hentam oleh gay2 dalam lokap tu. Mau tak terkangkang-kangkang jalan. Naik moto kang tertongeng-tongeng.

Hahahaha!.

In the end, Slumb3r tarik balik kata-kata Slumb3r tadi sebab semuanya berjalan dengan lancar. 5 kali ulang alik dari UiTM ke balai sebab uruskan kes ni sampai terpaksa datang kelas lambat.

Seronok tu memang ada, tapi hauk gak.

Anyway, Next post will me more exciting...

8 May 2011

Rabecca Black - Friday.

First before I Start.

Fenomena Rabecca Black atau RB dah mula menular dalam Malaysia ni. Mula dengan budak-budak DPA rumah Slumb3r. Tah mana diorang dapat lagu ni. Slumb3r tengok dekat BlogSerius je. Bagus la blog ni. Mungkin penulis dia educated, tu sebab content dalam blog dia best. Dia bagitahu apa yang orang tak tahu. Slumb3r rasa bengap giler bila tengok blog tu. Haha~!

By the way, Slumb3r suka benda-benda metal ni. Bukan metal as besi, tapi metal yang muzik tu. Kenapa? Sebab tak semua orang boleh buat suara macam tu. That is creative. Watch this lame video. Dah 2,616,634 youtube user dislike video ni dan Slumb3r salah seorang daripadanya. Kenapa? 


Tengok je la.






Percaya atau tidak, video clip dengan lagu dia ni semua Tahi. Mana taknya, salah satu scene yang mengarut:


1. Tunggu kat bustop, tapi kereta yang datang.
2. Dalam kereta penuh dengan bebudak retarded bergoyang tak ikut beat muzik. 


Dua jer dah la. Lebih-lebih karang payah.


Video RB ni ada versi yang lagi cool. Dah terima 83,496 youtube user like video ni. Check this out!






HOW COOL IS THAT?!


Memang video ni parody, tapi anda diluar sana boleh menilai sesuatu yang mana baik atau buruk. Slumb3r cuma beri pendapat je. 


Anyway, RB ni dah tangkap dalam ingatan sebab lagu dia yang hauk itu. Hahaha!


To Anis Fatin, Kat Fath, Syah, Rafiq, dan Sarina... Ni korang punya lagu.

Haram Sambut hari Ibu??

Okay guys. Slumb3r EMO ni. Serius EMO!

Beberapa hari sebelum hari ibu iaitu hari ahad kedua dalam bulan mei ni, Slumb3r dok usha FB je dan respon kepada beberapa post yang mengatakan HARI IBU HARAM. Antaranya ialah notes ini:

Dalil dia letak itu satu. Slumb3r tak faham. Apa yang diorang nak? 
Kalau ikutkan, komputer ni orang yahudi pakai, kereta, motor, henpon, internet dan hampir segala-gala benda dalam dunia ni kita kongsi bersama-sama dengan kaum bukan islam sekali. Apa? kalau pikir macam ni, sempitnya pemikiran. Lepas ni naik unta je la macam zaman nabi dulu. Dari Johor nak pergi Perak berapa minggu baru sampai? Nak g Mekah pun belum tentu sampai cepat. 



Okay, istilah "Mengambil kesempatan" ini tidak relevan dan tidak sesuai digunakan ini. Slumb3r rasa lakan sama je macam ni:

Allah bagi pintu rezeki kepada tawkey-tawkey kedai racun rumput dengan cara bagi rumput tumbuh panjang walaupun dah racun banyak2 kali. Pekebun terpaksa beli sebab rumput-rumput tu akan tetap tumbuh walau dah dibuat macam-macam. Akibatnya, pintu rezeki itu ada bagi pengusaha racun rumput.
 Maknanya, kalau hari ibu ada, itu bukan penghalang. Tetapi itu dah jadi pintu rezeki kepada orang yang pandai mengambil peluang.
Ada satu komen pasal "Sayang ibu selalu walau bukan hari ibu". 
Yes, Slumb3r sangat setuju. Sebab:

1. Hari ibu TIDAK mengajar menyayangi ibu HANYA pada hari ibu.

2. Sejarah itu datang dari orang kapir laknat, tapi tujuan itu baik. Slumb3r tak rasa ini bid'ah pun. Walaupun ini bid'ah, boley dikategorikan sebagai bid'ah hasanah [Slumb3r tak tau bid'ah secara tepat apa, tapi apa yang Slumb3r tahu, bid'ah ini ajaran yang masa Nabi Muhammad S.A.W ada, baginda tak buat. Tapi selepas kewafatan baginda baru ada. Contohnya seperti Maulidur Rasul.]

3. Sambutan hari ibu sangat berbeza dari Valentine yang mampu meningkatkan kadar maksiat. Tapi IBU kot. Bukan orang lain korang sambut. Ibu sendiri kot.

4. Takda ajaran pasal Hari Ibu ini bertentangan dengan akidah.

Cukup la 3 Slumb3r bagi.

Kalau ikut sejarah, memang salah. Tapi kalau betul ikut SEJARAH, Malaysia ni tak jadi negara Islam sebab ikut sejarahnya, Tanah Melayu ini dulu dipengaruhi oleh kepercayaan HINDU. 

Maknanya:

Jangan la sambut Hari Ibu dengan cara KAPIR LAKNAT.
Jangan berlebih-lebih dan membazir ketika menyambutnya.
Kita wajib sayang ibu kita setiap masa dan dimana jua. Tapi tak salah kalau nak buat ibu kita special pada waktu-waktu tertentu.
Sambutan hari ibu tidak bertentangan dengan akidah kita sebagai seorang muslim.

Senang cerita, Ikut 6 rukun iman buat 5 rukun Islam.

Wallahualam. [Kalau salah, tolong betulkan]

7 May 2011

Cincin Kedua

Slumb3r takda benda nak post. Cuma hari Rabu, 3/4/2011 lepas Slumb3r dapat cincin baru dari GF Slumb3r. Ni cincin kedua sebab yang pertama tu dah buruk katanya. Dia ada try cincin lama kat jari dia, tapi dah ketat. Mana taknya, kira la dari tahun 2006 dibagi.

 Special sikit yang kali ni. Sebab nama kami ada kat dalam cincin tu. Just after the silver number which is 925. Harga pon sodap. Nak kata membazir? Tak kot, sebab benda ni guna lama. Kalau berniaga pun dah balik modal + untung. Yang bestnye, bukan duit Slumb3r. huahaha!

Nasib kamu la Iqa. Apesal la dapat orang kedekut macam Slumb3r ni.

Walaubagaimanapun, selamat berkenalan wahai CINCIN Gen 2.

6 May 2011

Audio Video Production- BRO[Kod tak ingt bape]

Assalamualaikum...

Slumb3r nak tunjukkan beberapa hasil kerja Slumb3r sem lepas. Ada 3 semuanya, poster, CD skin, CD case.
CD case

CD Skin

     
Poster
Okeys... Sebenarnya Slumb3r design benda ni last minit sebab lagi beberapa jam assignment nak hantar baru design. Idea tu tak banyak. Bila dah hantar macam ni baru la ade benda nak kritik. Walaubagaimanapun, ahli-ahli group Slumb3r terpaksa terima sebab masa dah suntuk. Kepada Cik Sobah, ni dia poster yang ang mintak. Ceq post kat blog, bukan kat FB.

By the way, tugasan untuk subjek ni mengkehendaki kami menghasilkan 1 produksi audio video yang berformat dokumentari atau video clip atau short film. Undi punya undi, Slumb3r punya kumpulan dapat la short film. Mencabar. Banyak drama dah lalu. Hasilnya tak boleh upload lagi sebab hak cipta belum masuk bertanding festival filem. hahaha!

To Cik Erlie Sharina, Slumb3r dah tengok video yang anda berlakon dari kelas B. Tapi masa tu baru nak editing. Yang bebetul belom lagi.

Next post might be interesting.....

4 May 2011

Kata-kata seseorang yang EMO! #2

Assalamualaikum...

Slumb3r sekarang berada di alam cinta fana bila semua exam dan assignment dah hantar... Senang cerita, kepala ni dah rilek sekejap... Tapi takda la rilek lagi sebab Slumb3r nak kena pergi berurut kat mana tah. By the way, I'm back in Perak. Setelah beberapa bulan tidak pulang ke rumah.

Last month bapak Slumb3r sakit masuk hospital + tensi pasal 'aktiviti' yg Slumb3r post kat sini + work yg menimbun + presentation yang perlu diselesaikan. Bukan nak cerita pasal emosional, tapi memberitahu dan memberi pahaman kepada orang-orang yang susah paham ni.

Slumb3r adalah seorang yang hati kering dan bencikan emosional. To me, emosion comes last. The important thing is to get the job done. And that is called profesional. Hehehe...

Easier said than done peoples!

FYI, kadang-kadang benda semua dah bercampur aduk. Buat sakit kepala jer fikir. last, tak fikir pon. Terus je buat. apadahal?

Okay, Slumb3r nak ucapkan selamat berjaya kepada sesiapa yang amek exam. Kepada 'ehem2' dan sekutunya pun. Jangan patah riuk lak karang. Sory aku tak dapat join korang sebab aku ada lagi kerja lebih penting dari itu.

Back to the original story, ingat nak continue cerita pasal 'aktiviti' Slumb3r ni, tapi malangnya malas. Takda kesan2 yang baik boley terjadi. sekadar melepas kan tensi sahaja. so0, lebih baik cerita pasal benda lain.


Beberapa post lepas ni adalah cerita sem 5 yang HELL and interesting for you readers!! Tak tipu.

Slumb3r excited nak cerita ni, tapi tunggu jer la next post..