Beberapa hari sebelum hari ibu iaitu hari ahad kedua dalam bulan mei ni, Slumb3r dok usha FB je dan respon kepada beberapa post yang mengatakan HARI IBU HARAM. Antaranya ialah notes ini:
Dalil dia letak itu satu. Slumb3r tak faham. Apa yang diorang nak?
Kalau ikutkan, komputer ni orang yahudi pakai, kereta, motor, henpon, internet dan hampir segala-gala benda dalam dunia ni kita kongsi bersama-sama dengan kaum bukan islam sekali. Apa? kalau pikir macam ni, sempitnya pemikiran. Lepas ni naik unta je la macam zaman nabi dulu. Dari Johor nak pergi Perak berapa minggu baru sampai? Nak g Mekah pun belum tentu sampai cepat.
Okay, istilah "Mengambil kesempatan" ini tidak relevan dan tidak sesuai digunakan ini. Slumb3r rasa lakan sama je macam ni:
Allah bagi pintu rezeki kepada tawkey-tawkey kedai racun rumput dengan cara bagi rumput tumbuh panjang walaupun dah racun banyak2 kali. Pekebun terpaksa beli sebab rumput-rumput tu akan tetap tumbuh walau dah dibuat macam-macam. Akibatnya, pintu rezeki itu ada bagi pengusaha racun rumput.
Maknanya, kalau hari ibu ada, itu bukan penghalang. Tetapi itu dah jadi pintu rezeki kepada orang yang pandai mengambil peluang.
Ada satu komen pasal "Sayang ibu selalu walau bukan hari ibu".
Yes, Slumb3r sangat setuju. Sebab:
1. Hari ibu TIDAK mengajar menyayangi ibu HANYA pada hari ibu.
2. Sejarah itu datang dari orang kapir laknat, tapi tujuan itu baik. Slumb3r tak rasa ini bid'ah pun. Walaupun ini bid'ah, boley dikategorikan sebagai bid'ah hasanah [Slumb3r tak tau bid'ah secara tepat apa, tapi apa yang Slumb3r tahu, bid'ah ini ajaran yang masa Nabi Muhammad S.A.W ada, baginda tak buat. Tapi selepas kewafatan baginda baru ada. Contohnya seperti Maulidur Rasul.]
3. Sambutan hari ibu sangat berbeza dari Valentine yang mampu meningkatkan kadar maksiat. Tapi IBU kot. Bukan orang lain korang sambut. Ibu sendiri kot.
4. Takda ajaran pasal Hari Ibu ini bertentangan dengan akidah.
Cukup la 3 Slumb3r bagi.
Kalau ikut sejarah, memang salah. Tapi kalau betul ikut SEJARAH, Malaysia ni tak jadi negara Islam sebab ikut sejarahnya, Tanah Melayu ini dulu dipengaruhi oleh kepercayaan HINDU.
Maknanya:
Jangan la sambut Hari Ibu dengan cara KAPIR LAKNAT.
Jangan berlebih-lebih dan membazir ketika menyambutnya.
Kita wajib sayang ibu kita setiap masa dan dimana jua. Tapi tak salah kalau nak buat ibu kita special pada waktu-waktu tertentu.
Sambutan hari ibu tidak bertentangan dengan akidah kita sebagai seorang muslim.
Senang cerita, Ikut 6 rukun iman buat 5 rukun Islam.
Wallahualam. [Kalau salah, tolong betulkan]
No comments:
Post a Comment