8 Feb 2017

Page FB baru!


Weeeeho~~...

Page baru sudah dibuat menunjukkan ke seriusan aku untuk projek tahun ini. Aku longgok segala vlog, design dan buah fikiran aku dalam bentuk tulisan atau video dalam page ni.

Jadi, aku minta jasa baik korang untuk share dan like perkhabaran gembira ni.

Aku nak minta komen ikhlas untuk aku improve design, video dan tulisan aku.

Link boleh picit SINI untuk ke fb page aku tu,
Kalau nak pergi channel Youtube aku, boleh klik SINI.

Tularkan!!

2 Feb 2017

Migrate Blog

Whoa geng. Aku nak bagitahu yang aku dah mula menggelarkan diri aku sebagai vlogger. Aku ambil gelaran vlogger lepas aku aktif ber vlog semenjak bulan Disember 2016 kelmarin. Dan sehingga kini aku masih bervlog.

Selasa lepas adalah hari yang sedih selepas papa wife aku meninggal. Dia dah lama sakit. Sebelum kami bertunang lagi dah sakit. Alhamdulillah beliau pergi dengan tenang. Kini kami cuba untuk menguruskan apa yang patut sebelum kembali kepada kehidupan yang asal.

Aku nak bagitahu juga yang blog ni akan di 'migrate' secara perlahan-lahan mulai awal tahun 2017.

Migrate kemana?

Aku masih nak maintainkan blog punya nama ni, Slumb3rStory tetapi adressnya mungkin bertukar ke ghafarnawi.com dan korang boleh terus acess blog ni dari sana. Jangan risau, aku masih menulis. Cuma kekerapan kali ini mungkin kurang. Aku lebih prefer untuk vlog berbanding blog. Aku tak rasa ada orang nak baca. Orang lebih gemar menghabiskan 4-7 minit untuk menonton. Maka, aku berubah medium ke youtube. Korang boleh tengok Channel Youtube aku kat SINI.

Jangan lupa subscribe.

Aku rindu nak menulis. Projek menulis aku tahun lepas sudah gagal. Aku akan ubah projek penulisan aku supaya aku mudah untuk buat. Mungkin tulis buku log sebagai seorang pereka grafik? Who knows right?

Aku sambung belajar semula. Ambil kursus Komunikasi Grafik dan Media Baharu di UiTM Shah Alam. 18 Februari ni sambung semula. Doakan aku berjaya.

InsyaAllah, target mega aku selepas kumpul duit untuk kawen, aku nak kumpul 30K sebelum umur aku 30 untuk mula fulltime sebagai pereka grafik freelance. Harapan aku la gamoknye. Nak bayar dulu PTPTN aku kemudian mungkin "ambil" loan untuk jadi fulltime graphic designer secara freelance. Aku nak setup studio kreatif aku sendiri.

In the end,

Perancangan dan impian hanya angan2 jika tidak dibuat. I'm working on it.

Doakan aku berjaya geng!