Showing posts with label Slumb3r Design. Show all posts
Showing posts with label Slumb3r Design. Show all posts

26 Dec 2014

Doodle #PrayForPantaiTimur


Aku tak update banyak minggu ni. Ikut mood sebenarnya dan agak sibuk. Hujung minggu ni dua orang kawan sekolah aku kawen. Aku harap dapat pergi dua-dua. Dua-dua tu kawan aku ngan Miss A. Konpem kena ni ni, tak boleh miss. Nanti takde sape nak datang kenduri kawen kitorang plak.

Atas tu artwork aku masa boring. 1 jam je buat. Aku baru2 nak belajar natang doodle ni. Masih mencari2 -ism aku. Tak pasti sampai level mana aku nanti. Hahaha...

Ada juga post dalam FB, insta dan tak lupa juga Shenget Store.

Cakap pasal Shenget, aku rasa macam nak ubah nama la. Sebab aku ngan Miss A lebih kepada art punya orang dan kami tubuhkan Shenget atas dasar minat dulu, baru duit. Jadi adalah rasional kalau kitorang rebrand balik lepas setahun penubuhan dia. I mean, next year maybe. Nak namakan apa lagi, kami belum decide lagi.

Ape2 hal, all the best for Pantai Timur. Bersabarlah dan jangan putus asa. Aku harap volunteer dari Pengakap ramai turun ni sebab aku yakin, khidmat team2 Scout ni sangat membantu. Kalau aku ade pun, aku turun sama. Tapi apa la mampu aku.

Don't Giv up guys!!

15 May 2013

Design MANUSKRIP 2013 [unfinished]

Pengajaran pada aku jugalah benda ni.

Hari Sabtu, Ahad dengan Isnin lepas aku sangat sibuk. Sibuk buat event. Awal pagi tadi aku terima e-mail. E-mail tu dari orang yang aku tak kenal. Dia nak tahu pasal jurusan yang aku belajar ni.



Terkena pula dengan benda yang bakal aku tulis dalam post kali ni, pasal publishing.

Sabtu lepas kelas aku ada mengatur satu majlis. Majlis ini adalah wajib kepada semua warga semester lima kohot lama. Kohot lama ni macam silibus lama la. Jadi, kelas aku adalah pelajar menggunakan kohot lama, dan kelas A (kelas dari STPM, diploma lain, politeknik, matrikulasi dsbg) adalah dari kohot baru.

Silibus lain-lain. Macam kelas aku, kami kena buat ceramah. Sesi ceramah kami kali ni berkisar mengenai penerbitan elektronik atau lebih dikenali sebagai e-publishing. Sangat awesome persembahan berteknologi tinggi dari EN. Syed Muhammad Faiz. Beliau adalah pengurus untuk syarikat Xentral Methods Sdn. Bhd. yang pertama memberikan perkhidmatan penerbitan secara elektronik.

Jadi itu kisah kelas aku. Kelas A pula lain ceritanya. Esoknya hari Ahad, kami satu batch telah pergi ke SMK Ungku Aziz untuk sesi mengajar para pelajar tingkatan enam rendah mereka software Adobe Photoshop, Illustrator, Indesign dan Microsoft word. Macam bodoh pula bila sebut belajar Word. Kami bukan belajar taip-taip bodoh, tapi belajar cara edit manuskrip profesional. Sangat best sebab balik hari Isnin.

Secara ringkasnya, sequence Publishing ni sebenarnya belajar bidang editorial, design dan management. Aku nasihatkan kepada bakal-bakal Publishing student ini buatlah tugasan pada semester tiga, semester empat betul-betul. Sebabnya bila korang dah semester lima nanti dah mula-mula sibuk, korang boleh "recycle" assignment. Assignment masa diploma tu pun boleh "recycle" juga. Tapi "recycle" kat sini bukan copy paste, tapi lebih kepada "recycle" interview lepas untuk diguna masa assginment semester lima.

Balik-balik editorial, designing, editorial, design, event. Tu je ulang-ulang.

Cakap pasal design ni, aku terlupa bawa design aku untuk tunjuk kat student kat SMK Ungku Aziz. Aku ada upload jugak masa design2 sem lepas. Sem ni kelas aku kena buat magazine MANUSKRIP. Jadi aku letak juga design aku kat blog senang orang nak tengok. Semua dari artikel, design aku hasil sendiri. Kecuali gambar la. Gambar kebanyakan dari google. Aku tunjuk je la.





Kalau ada apa-apa nak tanya pasal kos Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Dan Pengajian Media (Penerbitan) UiTM Shah Alam, just tuit ke, e-mail ke ape ke. Aku gembira nak share.

5 Apr 2013

Batak drawing tablet

Seperti yang kalian tahu, Slumb3r baru beli tablet lukisan. Jadi dalam minggu ni macam addicted nk lukis2.

Nilah hasilnya~

 Miss A



4 Apr 2013

Drawing Tablet Baru

Awesome...

Benda ni baru sampai semalam. Sempat la juga gatei tangan lukis pakai ni...




More are coming... Soon~

30 Mar 2013

Nak melukis tapi ada halangan

Ni semua gara-gara Note II Gorah la ni!

Kelasmet Slumb3r baru beli fon Samsung Galaxy Note II. Sukalah juga nak godak2 henfon orang ni. Benda yang sukanya tu pun software S note diorang. Sangat power dan ohsem untuk drafting. Ingtkan nak beli Note 8.0 bila dah sampai Malaysia, tapi rasa macam takda function dan overpriced pula.

Slumb3r baru subscribe satu channel kat youtube pasal komik. Slumb3r mula-mula berangan nak jadi feymes macam vloggers tapi mengenangkan tanak jadi poyoh tahap cipan, maka lupakan sekejap benda tu. Jadi Slumb3r terserempak dengan 1 channel macam vloggers tapi dia tak guna video, dia guna animation. Kindda cool.

Kalau korang rajin, g google dan tengok satu website nama Domics. This shit are cool!


Lukisan dia sangat simple tapi awesome. Slumb3r layan dia punya animation kat youtube. Cekidot~

Ada FAQ dalam website dia, ada yang tanya dia guna hardware apa dengan software apa. Murah je equipment dia. Pakai drawing tablet pun yak murah punya brand Genius.

Bercakap pasal drawing tablet, Slumb3r ingt nak angkat 1 lah. Dah murah dah pun dalam kurang dari 130 la. Boleh la~

Entry level punya tablet. Tapi nak beli kat mana uh? Nak try cari kat PAS atau Lowyat, tapi sapa nk g ngan Slumb3r? Miss A balik Rawang... :'(

Genius Easy Pen i405x 4x5 Graphic Tablet~


Awesome~

Just remember, ada ramai lagi selain Domics untuk webcomic punya artis. Kita punya artis tempatan buat webcomics pn ada gak, macam dontlikethatbro , missmorbids , theeggyolks dan ramai lagi. Diorang pun awesome gak. Cekidot!

9 Feb 2013

Selamat Tahun Baru Cina



Selamat tahun baru cina... Hanya gamers sejati faham fungsi banner ni. LULZ.

Malam ni takda cerkon sebab sibuk dan penat buat design ni... Minggu depan ada balik...

6 Feb 2013

Kelas Belajar Internet Kampung Simpang Tiga


Seperti tertera di poster ini, mak Slumb3r organize satu kelas belajar internet dekat kampung menerusi JKK Kampung Simpang Tiga. Target audience adalah mak-mak dan mak cik yang dok kat rumah tak belajar apa. 

Kelas tu ada dekat Kampung Sungai Haji Mohammad. Dekat je pun, tak payah ke Teluk Intan atau Simpang Empat kalau nak belajar komputer. Dah la murah, cikgunya pula graduate. Mari ramai-ramai meriahkan kelas ni. 

PS: Poster du design sendiri less than 2 hours. Kena push dgn mak. Ni je la dapat buat...

25 Jan 2013

Blog kena tunggu



Template blog buat hal. Mungkin diorang dah dapat detect Slumb3r guna software lanun. Software tu bagus gila. Nak kumpul duit nak beli 1. Mana nak cekau RM200?

Template ni template biasa je. Takda special. Kena tunggulah Slumb3r beli software tu.

DAYUM!


22 Jan 2013

Susun atur lama dan baru



Dah baru dah semua. Isi blog ni je lama. Jenuh design 1 hari ni. Akhirnya siap juga. Nasib baik la clear semua. Boleh baca.

Projek nak jadi penulis dah gerak. Mungkin akan muat naik secara berjadual. Hari Khamis dengan Sabtu mungkin. Nak cari mood menulis ni kadang-kadang datang mengejut. Nak ikut stail zine satu malam. Cepat diorang buat kerja.

Susun atur lama tu dah lama guna. Sempena tahun baru ni maka kena la juga susunan baru. Sebagai kenangan, Slumb3r persembahkan layout lama dengan baru sebagai kenangan. RIP layout lama.

Banner je tuka 2 kali. Kalau masuk kali ni, banner tuka 3 kali. Dulu bebal lagi guna blog. Sekarang intermediate dah. Blog baru ni mungkin nampak lebih profesional. Slumb3r terpengaruh ciri-ciri indie. Nampak matang la sikit. Matang dan tersusun.

Miss A katanya nak buat blog juga. Tunggu la cerita dia. Nak kena aja 1-1. Ikutkan hati nak aja cakap

"Google sudah"

7 Sept 2012

Design Cover Photo FB baru!

Design design design

Okay...

Sejak post pasal facebook timeline dulu, Slumb3r ada terima request untuk buat Miss A punya timeline. Request tapi tak bagi gambar sume. Apa yang dia bagi cuma DP. Boleh laaa.

Dia nak design berbentuk emo. Slumb3r dah biasa emo-emo. Ada la bekas-bekas design yang lepas-lepas boleh guna balik. Cuma font saje takda, jadi download la font emo kat fontspace.com ni. Banyak font yang menarik lagi boleh cari kat situ.

Konsep dah tahu, sekarang tinggal mashup je semua, godek-godek sikit maka jadilah ni:


Okay le tu. Slumb3r malas nak tweak lg. Dia pun puas hati. Slumb3r lagi suka sebab dapat letak Slumb3rStudio punya tagline.

Kalau lepas ni sesiapa nak design cover photo FB, cuma bagi kat email Slumb3r kat Slumbercorp@gmail.com. Slumb3r cuma perlukan:

Profile Picture
Cover Photo

Kalau takda cover photo takpe, bagi konsep, Slumb3r googlekan je design yg abstrak. Macam Miss A neh.

Okay. THA THA!

8 Aug 2012

Facebook Timeline Aku

Assalamualaikum...

Lama tak tulis kat blog ni. Lepas post pasal game haritu Slumb3r masih lagi tercari-cari game lain untuk dimain. Buat masa ni tengah download 1 game. Game kecik je. Tapi tak tahu lah bila habis downloadnye sebab internet sini macam nohoram jek.

Okay,

Bersesuaian dengan tema post kali ni, Slumb3r nak carita pasal FB Slumb3r. Tah macam mana tadi pagi log in FB dan dapat notification secara paksa yang Slumb3r kena tukar profile ke timeline. Tahi lembu semua tu.

Memang menyekat pahala puasa Slumb3r je pagi2. Takpa lah, lagi pun dia bagi tempoh sampai 15 ogos untuk kita set up timeline kita sebelum dipublish.

Apa yang menariknya 1 je timeline FB ni, diorang punya cover photo. Dah macam banner blog dah Slumb3r tgk. Banner blog yang kita letak untuk tarik perhatian orang. HAHAHAHA!

Takpa, selaku designer Slumb3r akan buat terbaik untuk timeline yg baru. Tiba-tiba datang idea. Yoshh! IDEA!






Tak lama pun buat less than 30 minutes. Ni lah hasilnya.


Kerana Slumb3r minat band SCANDAL, maka Slumb3r google la wallpaper Scandal saiz dinosor dan kecikkan jadi macam ni. Profile pic pulak cuma padankan background dengan cover photo.

Hasilnya taklah berapa kreatif lagi tapi okay lah untuk orang yang tak suka timeline ni decorate sikit profile page tu. Dah nak nak myspace dah. Tapi konsep timeline ni merujuk kepada tweeter jek. Ah! Lantak la, janji TL FB aku lawa. Kau hadooo?!

PS: Slumb3r blurrkan sikit info dlm fb tu untuk melindungi hak peribadi Slumb3r.

11 Jun 2012

Design of the week

Hasil kelas selama 4 jam tadi

Kelas hari ni book design and layout. Slumb3r terkejut sebab dapat 9 setengah per sepuluh punya markah. Markah paling baik sepanjang kelas ni. Sebelum ni dapat markah 8 lebih untuk design book chapter. Semakin hari, semakin baik nampaknya.

Takpalah. Tengok saja hasil sembilan setengah ni. Komen amat dihargai.

Ni la design book jacket untuk buku 'Communication through photography'. Simple je.


16 Apr 2012

Academic book designing

Okay. Sepatutnya post ni sebelum poster buku 1 Malaysia tu. Slumb3r kena design 2 page layout buku akademik. Macam yang pertama ni ada format sendiri. Design dia kena 3 column. Justified dan tajuk 2 line. Kena guna knowledge pasal typography and book design untuk buat benda ni. Content dia tah ape-ape, tak kesah sangat sebab lecturer cuma nak tgk layout design. Yang kedua ni simple sikit dari yang first. 2 cloumn dengan tajuk single line. Satu page ni tak justified. Kedua-duanya ni adalah hasil kerja yang paling tinggi buat masa ni dari design-design sebelum ni. *kembang tekak!* Ada lagi 2 design nak tunjuk, tapi nanti2 la upload sebab bz sikit malam ni. Mata pun dah ngantuk. Besok kelas 8.30 pagi.

14 Apr 2012

Poster buku

Assalamualaikum... Tulis nak cepat. Sebab kejap lagi ada test bahasa Jepun. Senang je kot. Nak share design poster buku. Ada lagi 2 design nak share, tapi tak ingt kat pendrive sape.. takpe la, nanti la upload. Upload ni je dulu. Poster ni pasal buku gagasan 1 Malaysia. Banyak2 buku, buku ni gak Sir Zul nak. Ape2 pun, Bole la...

3 Apr 2012

3 Design 4 Days

Cliche...

Sebenarnya banyak benda nak cerita, tapi korang suka ke tengok words?

Daripada banyak kajian yang dibuat oleh para pengkaji, menunjukkan yang sebenarnya orang lebih suka tengok gambar dari baca. Maka dengan itu, Slumb3r mempersembahkan 3 design 2 minggu lepas.

Magazine Layout Content
Ini magazine content. Nak tiru ala-ala gempak sebenarnya. Leisure content. Kena kritik sebab guna justify kat text dan sepatutnye nk kena ada tajuk besar yang 'eye catchy'. Frame pun kena tegur sebab menampakkan padatnye content dlm ni. gambar pun sepatutnye tak payah frame. Rigid. Nampak kemas tapi rigid. Kena hati2 nak guna frame.

Lepas kritik, ni la hasilnya.

Magazine Layout Content
Tulisan dah highlight. Still guna justify sebab nampak tak kemas kalau tak justify. News paling mega guna tulisan besar. Just a minor adjustments.

Newspaper Tabloid Layout Design
Takda idea sebenarnya nak buat macam mana. Antara sebabnya ialah tabloid adalah berformat dan agak rigid. Senang kata, limited la. Tapi takda la susah mana.

Takda adjustment. Komen pun kurang. Tapi masih kena tegur sebab frame tu. Takda freedom. tu je la.

Ni la contoh yang bagus sebab frame takda. Freedom. Tulisan guna pun dah eye catchy. Cool what!

Ada lagi 2 design nak tunjuk. Tapi sekarang nak g joging... babai...

25 Mar 2012

Designing after a lo0o0o0ng time

Designing time

Serius lama dah tak designing. Adalah dalam masa 6 bulan. last design pasal ape tah. Tak ingt.  Oh yea! Biz card dulu. Tah ape jadi tah. Malas Pikir.

Kelas hari Khamis, kelas typography. Kami kena buat 3 design dalam masa 2 jam iaitu magazie content, product poster, tabloid cover.

Ape mimpinye En. Zul bagi kami design benda tu dalam masa 2 jam. Gilo hapo?!

last-last, dia terlupa kelas hari tu cuma 2 jam je. Hampehnye En. Zul. Hahahaha!



Dalam masa 2 jam, ni yang sempat hasilkan. Sebenarnya mula-mula kami ingt kena buat magazine cover, tapi sebenarnya content. DMN! silap. Nampaknya kena tukar yang betul punya lah. Malam nanti buat. Kejap je kot. Sebab konsep masih sama cuma format berbeza.

Kang dah siap, akan diupload secepat mungkin. Adios!~

ps: ah edit byk kali unk typo En. Zul tu... nama dia zul...

16 Sept 2011

Mentor Saya

Mentor for blogging is needed!

Slumb3r boring hari ni walaupun hakikatnya banyak kerja yang tertangguh yang perlu disiapkan.

Slumb3r ada job wedding hari sabtu ini dan perlu menyusun jadual dengan sebaik-baiknya sebab minggu depan dah final paper. Research tak buat lagi cuma dah hantar proposal dah. Tu pun tak dapat feedback lagi dari lecturer sebab mungkin sibuk kot hujung2 sem ni.

Slumb3r nak tulis pasal mentor Slumb3r. Beliau seorang yang sangat disegani sebagai guru dalam bidang fotografi. Berlatarbelakangkan golongan petani, beliau sangat Slumb3r kagumi. Slumb3r banyak belajar pasal fotografi dari dia lah. Bukan dari segi teknikal, tetapi dari segi teori bisnes fotografi.

Family Slumb3r hanya sebilangan sahaja yang biasa dengan DSLR atau kamera digital. Pada diorang kamera hanya bila perlu ketika ada majlis untuk tangkap gambar kenangan. Walaubagaimanapun, penggunaan kamera dah canggih sekarang dan user friendly. Budak-budak kecik pon boleh guna dah.

Terus terang Slumb3r katakan, Slumb3r belajar teknikal hanya semenjak Slumb3r ada SLR. Sebelum itu kamera yang ada adalah kamera kompak. Itu pun dah hilang lama dah. Maka adalah lebih baik kalau Slumb3r main kamera SLR bila dah ada seketul.

Mak Slumb3r pernah kata dulu masa mula-mula Slumb3r nak main kamera masa part 3 (by that time beli SLR sebab ada subjek foto communication), ungkapan yang melekat sampai sekarang adalah

"Fotografi adalah hobi yang sangat mahal"

And yess indeed, memang mahal.

Bagi mentor Slumb3r, bila hobi ini mahal adalah lebih baik sebab tak semua orang mampu beli kamera ni dan secara otomatik benda ni boleh jadi bisnes. Apamacam? ada bran?

Slumb3r sahut cabaran mentor Slumb3r itu dengan keazamaan yang jitu yang tidak berbelah bahagi.

Lagi satu, mentor Slumb3r banyak beri motivasi kepada Slumb3r untuk tidak giveup. Seperti mana korang sedia maklum baru-baru ni Slumb3r telah ditimpa kemalagan hardisk Slumb3r. Sangat sakit. Tapi Slumb3r rasa ini takdalah sakit mana seperti cabaran yang mentor Slumb3r hadapi sebelum dia berjaya seperti sekarang.

Beliau merupakan bekas penyarah di Lim Kok Wing Universiti. Beliau mengamalkan sikap 'Kiasu'. Kiasu adalah budaya orang cina bermaksud takut jatuh.

Yeap! indeed!

Itu adalah salah satu faktor kenapa mntor Slumb3r ini sangat bersungguh2 mengejar cita-cita sebagai fotografer setaraf profession profesional yang lain.

Slumb3r selalu dicemuh kerana ada cita-cita yang boleh dikatakan cita-cita kolot. Cita-cita Slumb3r jangkamasa panjang adalah memiliki syarikat printing sendiri. Slumb3r minat design tetapi biasanya design Slumb3r perlu ada dalam bentuk hardcopy. Maksudnya nak kena print lah. Jadi, demi mengejar cita-cita sebagai seorang designer sebetul2 designer, Slumb3r kena ada benda2 dari A- Z pasal designing sampailah design tu jadi kenyataan!

Slumb3r banyak tahu pasal mentor Slumb3r ni dari buku yang beliau tulis. Sangat adore dia. Teringin nak jumpa dia. nak interview dia pasal motivasi diri. Wah!! teringin giler.

Tapi siapalah Slumb3r. Seorang pelajar Diploma yang meminati bidang fotografi dan seorang amatur dalam bidang fotografi. Kalaulah dia baca entry ni, mesti dia tahu yang Slumb3r ni adalah fotofag yang meminati hasil kerja, cara kerja dan sikap beliau yang profesional itu.

Macam mana Slumb3r boleh jumpe mentor Slumb3r ni?

Slumb3r dikenalkan oleh housemate merangkap roomate Slumb3r, Najmi. Dia yang kenalkan Slumb3r dengan dia adalah dalam awal tahun ni.

Seeeeee!

Muda giler Slumb3r dalam bidang fotografi ni!

Bercakap pasal tu, Slumb3r nak share link beli buku yang ditulis beliau kat sini. Buku tu harga RM 85 siap pos lagi. Mungkin harga dia dah naik. Sebab dulu mula2 Slumb3r beli on9 harga dia RM 80 je.

Memang berbaloi beli!

Slumb3r suka baca buku2 'living proof' aka 'bukti hidup' ni. Korang jangan risau la. Mentor Slumb3r ni tak amek 1 sen pon untung dari buku ni. Korang cuma bayar kos print buku ni dan untung disalurkan ke rumah kebajikan yang dinaungi oleh mentor Slumb3r ni.

Ni la buku dia yang Slumb3r ada. Nama mentor Slumb3r tu ialah Saiful Nang. International photographer dari Malaysia.


Yess... Walaupun beliau tak tahu yang Slumb3r ni minat nak jadi fotographer macam dia sampai menganggap dia ni mentor dan beliau pon tak mengaku Slumb3r sebagai anak murid beliau, Slumb3r pedulik hape!

By the way, final word for today:


Kalau belajar sesuatu biarlah berguru. Senang ilmu nak masuk.

ps: ce tengok keyboard Slumb3r tu. Sapa boleh taip guna keyboard tu memang terer... hahaha!!


Link nak beli buku kat sini

6 Aug 2011

Design header photoblog

Assalamualaikum...

Slumb3r dah 70% siap content unk photoblog baru Slumb3r. Wahahaha!!...

Saje je nak bagi teaser kat sini, letak blog banner baru.

Kalau takda aral melintang, minggu depan dah boleh launch dah ni. Tak sabar nak launch ni!!