Slumb3r boring hari ni walaupun hakikatnya banyak kerja yang tertangguh yang perlu disiapkan.
Slumb3r ada job wedding hari sabtu ini dan perlu menyusun jadual dengan sebaik-baiknya sebab minggu depan dah final paper. Research tak buat lagi cuma dah hantar proposal dah. Tu pun tak dapat feedback lagi dari lecturer sebab mungkin sibuk kot hujung2 sem ni.
Slumb3r nak tulis pasal mentor Slumb3r. Beliau seorang yang sangat disegani sebagai guru dalam bidang fotografi. Berlatarbelakangkan golongan petani, beliau sangat Slumb3r kagumi. Slumb3r banyak belajar pasal fotografi dari dia lah. Bukan dari segi teknikal, tetapi dari segi teori bisnes fotografi.
Family Slumb3r hanya sebilangan sahaja yang biasa dengan DSLR atau kamera digital. Pada diorang kamera hanya bila perlu ketika ada majlis untuk tangkap gambar kenangan. Walaubagaimanapun, penggunaan kamera dah canggih sekarang dan user friendly. Budak-budak kecik pon boleh guna dah.
Terus terang Slumb3r katakan, Slumb3r belajar teknikal hanya semenjak Slumb3r ada SLR. Sebelum itu kamera yang ada adalah kamera kompak. Itu pun dah hilang lama dah. Maka adalah lebih baik kalau Slumb3r main kamera SLR bila dah ada seketul.
Mak Slumb3r pernah kata dulu masa mula-mula Slumb3r nak main kamera masa part 3 (by that time beli SLR sebab ada subjek foto communication), ungkapan yang melekat sampai sekarang adalah
"Fotografi adalah hobi yang sangat mahal"
And yess indeed, memang mahal.
Bagi mentor Slumb3r, bila hobi ini mahal adalah lebih baik sebab tak semua orang mampu beli kamera ni dan secara otomatik benda ni boleh jadi bisnes. Apamacam? ada bran?
Slumb3r sahut cabaran mentor Slumb3r itu dengan keazamaan yang jitu yang tidak berbelah bahagi.
Lagi satu, mentor Slumb3r banyak beri motivasi kepada Slumb3r untuk tidak giveup. Seperti mana korang sedia maklum baru-baru ni Slumb3r telah ditimpa kemalagan hardisk Slumb3r. Sangat sakit. Tapi Slumb3r rasa ini takdalah sakit mana seperti cabaran yang mentor Slumb3r hadapi sebelum dia berjaya seperti sekarang.
Beliau merupakan bekas penyarah di Lim Kok Wing Universiti. Beliau mengamalkan sikap 'Kiasu'. Kiasu adalah budaya orang cina bermaksud takut jatuh.
Yeap! indeed!
Itu adalah salah satu faktor kenapa mntor Slumb3r ini sangat bersungguh2 mengejar cita-cita sebagai fotografer setaraf profession profesional yang lain.
Slumb3r selalu dicemuh kerana ada cita-cita yang boleh dikatakan cita-cita kolot. Cita-cita Slumb3r jangkamasa panjang adalah memiliki syarikat printing sendiri. Slumb3r minat design tetapi biasanya design Slumb3r perlu ada dalam bentuk hardcopy. Maksudnya nak kena print lah. Jadi, demi mengejar cita-cita sebagai seorang designer sebetul2 designer, Slumb3r kena ada benda2 dari A- Z pasal designing sampailah design tu jadi kenyataan!
Slumb3r banyak tahu pasal mentor Slumb3r ni dari buku yang beliau tulis. Sangat adore dia. Teringin nak jumpa dia. nak interview dia pasal motivasi diri. Wah!! teringin giler.
Tapi siapalah Slumb3r. Seorang pelajar Diploma yang meminati bidang fotografi dan seorang amatur dalam bidang fotografi. Kalaulah dia baca entry ni, mesti dia tahu yang Slumb3r ni adalah fotofag yang meminati hasil kerja, cara kerja dan sikap beliau yang profesional itu.
Macam mana Slumb3r boleh jumpe mentor Slumb3r ni?
Slumb3r dikenalkan oleh housemate merangkap roomate Slumb3r, Najmi. Dia yang kenalkan Slumb3r dengan dia adalah dalam awal tahun ni.
Seeeeee!
Muda giler Slumb3r dalam bidang fotografi ni!
Bercakap pasal tu, Slumb3r nak share link beli buku yang ditulis beliau kat sini. Buku tu harga RM 85 siap pos lagi. Mungkin harga dia dah naik. Sebab dulu mula2 Slumb3r beli on9 harga dia RM 80 je.
Memang berbaloi beli!
Slumb3r suka baca buku2 'living proof' aka 'bukti hidup' ni. Korang jangan risau la. Mentor Slumb3r ni tak amek 1 sen pon untung dari buku ni. Korang cuma bayar kos print buku ni dan untung disalurkan ke rumah kebajikan yang dinaungi oleh mentor Slumb3r ni.
Ni la buku dia yang Slumb3r ada. Nama mentor Slumb3r tu ialah Saiful Nang. International photographer dari Malaysia.
Yess... Walaupun beliau tak tahu yang Slumb3r ni minat nak jadi fotographer macam dia sampai menganggap dia ni mentor dan beliau pon tak mengaku Slumb3r sebagai anak murid beliau, Slumb3r pedulik hape!
By the way, final word for today:
Kalau belajar sesuatu biarlah berguru. Senang ilmu nak masuk.
ps: ce tengok keyboard Slumb3r tu. Sapa boleh taip guna keyboard tu memang terer... hahaha!!
Link nak beli buku kat sini
Betul, betul. Aku pernah dengar, orang yang belajar tak berguru ni, susah sikit atau slow. Tapi sebenarnya maybe depends gak kan. Haha.
ReplyDeleteBtw, bro, tulisan entri tu boleh adjust kaler lain tak? Susah nak baca bro. Kena highlight satu entri ni baru leh baca. Hehe. Just my two cents. ;)
hehe... Thanks for the critique...
ReplyDeleteU kena bagi blog ni load habes... take time juga lah... sebab blog ni punya background keluar lambat... Thanks for visiting~