Salam hari hari semua.
Malam tadi Slumb3r berpeluang layan video yang super nova gempak sampai infiniti. Wayang citer KL GANGSTER.
"Ini sayor 1 kilo 3 ringgit lu mau juai ka?"
Terbaek beb~
Tapi kalau nak cerita pasal movie critique ni boleh buat 1 esei macam citer PGL dulu. Slumb3r mampu buat movie review mega-mega.
Tapi buat masa sekarang kiter bukan citer pasal langsi2 neh. Try la tgk video langsi bawah ni.
Video ni adalah gambaran 1 rompakan bersenjatakan parang di sebuah restoran kedai mamak kat seksyen 15 Shah Alam. Banyak kerugian ade.
Dari pemerhatian mata ini, penyamun2 ni memang bersenjatakan parang, besi pemukul dan kepala sangkut helmet. Laptop habis licin dengan 1 cash register. Dengan bermodalkan gertak dan acuan parang tanpa ape2 aktiviti fizikal diorang dapat duit hasil titik peluh orang lain.
Berputih mata tengok harta yang dicari bukan 1 @ 2 hari tu hilang depan mata. Orang2 kaya boleh la kata:
"Polis kata kalau berlaku kes macam ni, nyawa lebih penting dari harta"
"Kaw dah cukup ke amal ibadat neh? nak mati ke?"
"Biar la kite doa je orang2 macam ni supaya sedar"
"Dier ramai dan dier ada senjata"
Yes! orang2 kaya!
Kenapa kaya?
Sebab duit senang nak cari katanya. Sebab harta dunia sementara. Sebab dia kata dirinya terlalu beharga.
Teorinya senang je.
Korang dah tahu bawak kereta laju2 tu boleh membunuh, tapi korang bawak jugak. Kenapa?
Korang tahu merempit tu bahaya tapi buat jer. Kenapa?
U see the metafora used?
Korang tak tahu biler nak mati? korang tak tahu bila nyawa nak kena ambik. So, kalau tak defence diri pertahankan hak sendiri sape nak pertahankan? Chill la der, lu idop ke, lu mati ke tu bukan urusan lu der. Tu urusan tuhan.
Nabi kita ajar kalau nampak kemungkaran cegah guna tangan. Tak boleh baru guna lidah. Tak boleh gak baru guna hati. Tapi ingat, kalo guna hati itu adalah selemah-lemah iman.
Tak payah Slumb3r nak explain banyak2 pasal ni. Cukup la mase post Bersih 2.0 tu dah explain.
Sebelum nasi jadi bubur, baik belajar something.
Sebelum kaw mati katak kena tetak, baik belajar something.
Sebelum kena rogol, baik belajar something.
Sebelum kena pijak, baik belajar something.
Kalau kaw suka tengok anak2 Melayu jadi samseng, kalau kaw suka tengok bangsa kaw kena tindas, kalau kaw suka tengok orang Melayu makan duit haram, teruskanlah dengan sikap tidak ambil peduli.
Tuhan beri kederat kat aku bukan untuk aku enjoy travel 1 Malaysia dan merosakkan dunia. Tuhan beri aku kederat untuk aku buat sesuatu. Sesuatu yang mega.
If I were there, walaupun diorang ada parang dan pakai helmet bukan dia tak boleh mati. Walaupun dia bawak pistol sekali pun, ade ke jaminan yg dia tak ape apekan mangsa? Ada jaminan ke yg dia nak ambil harta kita dan pergi tanpa apa-apakan kita?
The answer is NO!!
Belajar la self defense. Trust only to God. Only Him can decide death or alive for us.
ni yang tetiba rasa macam nk blajar martial art nii.. huhu
ReplyDeleteMySuaraBlog: Syiling 50 Sen Tahun 2006
kena... tak payah g gym... selalu g training boley bwt mah...
ReplyDelete