31 Dec 2010

Good Bye Perak

Assalamualaikum..

Akhirnya hari ni tiba pun. Slumb3r akan bertolak ke Kuala Lumpoq dan menginap di rumah abang sepupu Slumb3r dan menyambut new year kat sane. Slumb3r ni hati kering dan kurang beremosi.

Maka dengan ini Slumb3r mengucapkan selamat tinggal kepada orang2 yang berada di Perak neh. Buhbye!!

Luse baru Slumb3r gerak pergi Melaka sebab Masscomm masuk 1 hb pukul 2 dah kena daftar.

Adios Perak!!

30 Dec 2010

Sibuk saja... Hampir tiada masa...

Assalamualikum...

Slumb3r nak mintak maaf sebab tak update blog ni dah beberapa hari. Slumb3r sibuk sedikit maklumlah Jumaat ini dah kena gerak nak balik UiTM dan rumah masih bersepah sebab kendri hari tu tak abes kemas lg. Pasal silat tu, tahun depan la Slumb3r cerita. Macam susah je Slumb3r nak tulis dalam keadaan yang sibuk ini.

Slumb3r nak motor sebab nak bawak pergi kelas. Tapi mak Slumb3r tak bagi Slumb3r bawa motor yang ada dekat rumah ni. Biasa la alasan dia;

"Tak nak lah! kang adik kau tibai kereta pulak bila motor takda"

Dan berbagai alasan lagi tetapi yang paling solid tu la.

Slumb3r ni bukanlah seorang kaki merempit walaupun Slumb3r ni bekas mat rempit [sekitar bersama budak-budak GIATMARA]. Tapi motor tu nak guna untuk tujuan yang baik. haih!!

Hati ini berkenan hendak memakai motor mahal macam Yamaha RXZ. Tapi poket ni selalu aje kering. Macam mana la nak penuhkan? Nak harap parents bagi moto kena tunggu tah sampai bila. Mintak mak, mak kata;

"Kau ingat aku cop duit? Nak motor, tunggu la kau dah kerja"

OWH!! RXZ IDAMAN!!
Bersama motor #1

Bersama motor #2

Bersama motor #3

Bersama motor #4

Oo0o0h mak. Abang ni kalau dah koje takpe la gak. Ni masih belajor. Kang dah koje mane pandang motor dah. Pandang plak kereta macam Fairlady ke, Ferari ke. baru ade class! Sekarang ni dalam progress nak jadi mat rempit kelas A.

Dah terlanjur cakap pasal koje dan motor ni Slumb3r nak cerita la sikit pasal sorang member Slumb3r masa kat giat dulu. FUH!! berubah beb bila Slumb3r jumpa dia petang tadi.



Petang tadi mak Slumb3r hantar servis kereta kat pusat servis produa kat Teluk Intan. Jumpa la kawan sekelas masa kat GIATMARA dulu. Sekarang dah jadi mat kereta yang mana dulu beliau merupakan seorang mat rempit berjaya. Terkejut seeh gua der... gua pikir member gua dah lingkup... rupenye idup lgi der... mane taknye, belajar tah kemana, umor dah makin meningkat. Tak sangke beliau telah sukses walaupun bergelar makenik kereta.

Ini la member aku tu, Azrol.


AND HIS MAKING MONEY NOW!!

Slumb3r rase dah boleh facepalm byk kali dah neh.

Kalau korang terer, carik Slumb3r mane satu


Anyway, pasal motor tadi, mak Slumb3r sekarang dah open table nak melabur RM 800 untuk membeli sebuah motosikal.

Der!! Gua tak kire!! Gua nak jugak hangkot RXZ!! Biar gua guna sampai habis belajar atau dah korje!!

Boleh ke dapat RXZ dengan hanya RM800??...
Mustahil! peluang tu Slumb3r rase ade la 1% je. Tak pa la. Slumb3r tolak Spotrim pacak tiga singapore dengan tayar tubeless RM 200 menjadikan RM1000. Mane mau dapat RXZ RM1000 ye tak?? untuk itu, Slumb3r akan menggunakan duit PTPTN dan mengepow bapak Slumb3r untuk mencukupkan RM2200 yang mana RM500 dari duit PTPTN dan selebihnya dalam RM700 dari bapak Slumb3r.

Hebat tak plan tu?

HOTAK ANG!! mustahil doe nak dapat. PTPTN tu untuk Slumb3r belajar bukan untuk joli [seperti mana student2 lain]

Ah~ biar lah, ade rezeki dapat lah.

Untill next post... Gua mau tidor balik... tunggu gambar upload lame sehh!!

24 Dec 2010

Hari dah hampir tiba?!

Assalamualaikum...

Sedih la hati beliau kerana terpaksa meninggalkan kampung sendiri kerana hari ini adalah hari yang Slumb3r terpaksa bertemu buat kali terakhir dengan buah hati tercinta Slumb3r sebelum semester baru dibuka. Mane taknye, dier dah nak blah ke KL yang Slumb3r ni 31 hb kang baru balik Melaka.

Memandangkan Ahad beliau sudah blah, maka lebih afdhal la Slumb3r jumpa hari ini kerana besok rumah ada kenduri dan Ahad beliau dah blah dari bumi Perak ini. Tapi...

"Apakan daya... Masa tak akan kembali... Hancur musnahlah... semuanya~~... Impian yang dulu... tinggal menjadi kenanganku... blablablabla [x ingt lirik]... Dendang perantaw..~~"

(sob... sob... wargh!!! dT_Tb)

Well... the life must go on.

Hanya tinggal satu hari sahaja untuk kenduri maka dengan ini kerajaan negeri Slumb3r terpaksa ishtiharkan perintah berkurung dan berkemas. Sebelum askar-askar kecil seramai 6 orang sampai. HaHa!

Anyway, kat sini Slumb3r nak juga share apa yang Slumb3r dah buat...

1) Printer dah ada. Sooo0 sesiapa yang mahu print assignment boleh la print kat Slumb3r di Taman Intekma depan UiTM. Bisnes Hour= 24 hr. Mahal tau Print dengan Slumb3r so0o0 better siapkan kerja korang awal2 dan jangan buat Last minit.

2) Slumb3r dah register course. Total next sem punya subjek ada 6. Audio Video Production, Introduction to Communication Research, Marketing Communication, Fundamentals of Entrepreneurship, Event Management in Communication dan Multimedia Design and Production.

3) Dah ada takwin akedemik untuk sem depan. Link boleh dapat kat sini yea. Korang dah boleh plan untuk sem depan nak buat apa.

4) Poster silat dah siap.
Slumb3r design sendiri nih!


Haaa... ni saje la yang Slumb3r nak tulis pada hari ini. Semoga berjumpa dipost akan datang.

Ps: Next post I will talk about Silat thinggy... Stay tuned..

22 Dec 2010

Extra Ilmu

Assalamualaikum...

Slumb3r takda ape nak isi dekat blog hari ni sebab dah mula sibok nak bli barang nak balik uitm. Tinggal 2 minggu je lagi nak balik. Sem 5 ni dah kena duduk dekat luar. Memang konfem tak dapat kolej. Tu sebab kena cepat beli barang. takut karang tak sempat nak beli-beli.

25 disember ni rumah Slumb3r ade kenduri aqiqah anak abang sepupu Slumb3r. Sape yang dekat-dekat tu datang la yea. Ni pun mak Slumb3r dah bising suruh berkemas. Berapa hari je lagi nak buat persediaan.

Story

Slumb3r terbaca paper yang mengiklankan pasal kolej komuniti ni. Kursus sijil je tapi jangka pendek. Dulu kat tempat Slumb3r ni ade kursus dandanan rambut. Teringin nak masuk tapi masa tu tingkatan 4. Mak tak bagi. Mak pun ada bagitahu yang Kolej Komuniti Sabak Bernam pun ada buat kursus. Kursus buat roti canai. hahaha! Nak belajar. Tapi malas sebab masa tu Slumb3r masih sekolah lagi.

Atas minat Slumb3r pada mereka grafik ni Slumb3r pun sedang mencari kursus jangka pendek yang boleh mantopkan kemahiran membuat grafik design ni. Tapi Slumb3r kena pergi sendiri kat kolej komuniti terdekat dan tanya.

Kakak Slumb3r pun ada buat program gabungan antara Kolej Komuniti Sri Ledang dengan syarikat dier. Macam-macam kursus ada ikut permintaan. Slumb3r nak belajar print baju. Untung giler sehh print baju. Kakak Slumb3r bagi tahu "selagi orang pakai baju dan bukan daun, selagi tu untung". betul.

Kursus jangka pendek ni bukan dibawah kementerian pengajian tinggi tau, sebab kursus jangka pendek ni dianjurkan atas permintaan komuniti setempat. Maksudnya, kena rujuk dekat kolej komuniti tempat korang untuk masuk kursus apa.

Senarai kolej komuniti ada kat sini. Try la google kolej komuniti tu then download jadual terkini kursus jangka pendek. Contoh macam Kolej Komuniti Sabak Bernam ni. slumb3r dapat link ni dah nak expired. cuba carik PDF untuk tahun depan.

Tu je Slumb3r nak share... Ada kang Slumb3r masukkan lagi.

20 Dec 2010

Ilmu Jambatan Hidup

Assalamualaikum semua...


Minta maaf sebab blog ni Slumb3r dah ubah sedikit. Saje ubah angin skit. Ni pun Slumb3r tahu, ramai tak dapat tengok background baru blog ni kan sebab berat sikit la. Dengan bertemakan emo + band2 yang Slumb3r minat contoh macam Bullet for My Valentine, Avenged Sevenfold, Atreyu, Evanescene, 30 Seconds To Mars, Nightwish dan My Chemical Romance rasenye dah cukup la melambangkan sape Slumb3r neh. Nak letak banyak lagi tapi macam crowded dah neh. Biar je la apa yang ada dulu.

Story

Hari ni Slumb3r nak cerita pasal pelajaran. Bukan pelajaran sembarangan pelajaran yea. Ni sekadar menambah ilmu pengatahuan.

Beberapa hari lepas, Slumb3r sembang dengan mak Slumb3r pasal rancangan Slumb3r lepas diploma ni. Dah terlanjur sebut pasal perancangan, Slumb3r pun bukak la cerita yang Slumb3r nak tajamkan kemahiran mereka grafik [graphic design]. Haha!

Mengarut saje la kan, tapi kalau nak tahu Slumb3r dulu lepas PMR memang berhasrat untuk memasuki kelas grafik tetapi cikgu tak bagi. Masa tu Slumb3r ingat lagi masa awal bulan Januari 2006 dekat makmal grafik kat sekolah.

Slumb3r: Cikgu, saya nak masuk kelas grafik. Boleh tak cikgu?

Cikgu *****: Eh, kamu sekarang dapat kelas mana?

Slumb3r: Saya dapat kelas sains tapi saya nak ambil subjek grafik. Saya minat grafik ni.

Cikgu *****: Bagus la tu kamu dah dapat kelas sains, lagi pun bila kamu nak belajarnya? Jadual kamu kan padat. Takpa la, kamu teruskan saja kelas sains tu.

Pada saat itu Slumb3r kecewa la sehh!

Ikutkan hati ni nak aje keluar kelas sains tu dan masuk kelas grafik. Tapi malas la sebab banyak pengurusan yang perlu dibuat. Slumb3r takda la pandai sangat Cuma Slumb3r ni golongan sederhana je. Result PMR pun biasa je. Tu gred yang Slumb3r letak kat diri sebelum pindah ke Perak, tapi lepas pindah Slumb3r adalah antara one of the top kat sekolah. [topkah??]

Tak ramai dapat masuk kelas sains ni kat sekolah Slumb3r masa tu Cuma ada dua je kelas sains. Satu kelas sains tulen, satu lagi sains KAA [ kelas aliran agama ]. Tu juga antara kenapa Slumb3r tak keluar dari kelas sains tu.

Lagi pun, Cikgu ***** ni top juga kat sekolah sebagai antara cikgu yang pemalas. No wonder kaw masih ade kat situ kan cikgu *****? Hahahaha!! Ape la salah stay lepas sekolah dalam 30 mint, aja aku kejap je then blah la. Aku nak ambil subjek tu je dalam SPM.

Ah! Biarkanlah benda dah lepas.

Inspirasi?


Haaa... ni yang best. Slumb3r sebenarnya teringat cerita Indiana Jones kingdom of crystal skull. Citer tu berkisar pasal 'El Dorado' dalam bahasa Spanyol atau benda emas (the golden one). Bila habis je cerita tu, Indiana Jones tu cakap [lebih kurang la]

Poster cerita tu.
"Apart from gold, El Dorado known as treasure in Mayan language. Well... Gold is not their treasure,  knowledge is "

Cool giler seeh!! Ilmu itu memang la harta!

Back to story.

Next post agak menarik sebab Slumb3r nak promote satu benda. Stay tuned.

18 Dec 2010

Flash dan Slumb3r Art Concept.

Assalamualaikum...

Okey. Slumb3r dah tengok semua tutorial unk flash ni. Kepala hotak ni terlalu overwhelmed dengan idea. Secara asasnya idea slumb3r ni simple je tapi masih menggunakan teori minor dengan major.
“Layer akan mewujudkan variasi”
Fuh... Penas... gabungan antara pedas dan panas = penas...

Kira la, dengan efek filter pun boleh buat animasi ‘tweet’. Tu belum tambah dengan Intro video, Button, transition animation, animated logo, interactive GUI dan trademark animation. Ini baru cerita grafik, belum warna.

“Flash boleh buat efek, warna, bentuk dan perkataan beranimasi”

Gunakan imiginasi kita untuk blend semua idea berdasarkan konsep minor dan major.
Slumb3r susah nak terangkan tapi simple bila situasi ini dimetaforakan sebagai muzik. Well, who are idiot enough to dislike sound?

Teori?

Okey, kalau kita tengok orang main band atau kugiran mesti ada drummer, lead guitarist, rhythm  guitarist, bassist dan vocalist. Ini adalah element dalam sesuatu persembahan muzik.

Bunyi pula adalah dalam bentuk gelombang. Gelombang pula diukur melalui frekuensi. Secara kasarnya semua bunyi yang dihasilkan oleh setiap ahli dalam kugiran tadi berbeza antara satu sama lain. Contohnya gitar bass mengeluarkan bunyi berfrekuensi rendah dan dalammmm bunyinya berbanding gitar lead yang berfrekuensi tinggi dan nyaaaaaaring.

Lagu pula menjadi sedap didengar  bila semua gelombang bunyi dari peralatan muzik tadi dimainkan secara serentak dan berbagai-bagai teknik.

Jikalau salah satu daripada alat muzik tadi dimainkan secara solo tanpa sebarang rentak iringan, kedengaranya sumbang dan inilah yang terjadi pada Slumb3r kalau main lagu dengan satu instrument. Banyak kali Slumb3r dapat kritikan seperti;

“Kau cubalah main muzik yang sebenar”

 atau

“Memekak je! Tu bukan muzik!”

Ah-ha... betul.  Tu satu gitar saja, cuba pelbagaikan dan hasilnya?
Itulah muzik!! Grennnggggg!!!

Kaitan?

Okey, kaitan antara flash dan muzik tadi ialah,

Musical instrument = Layer within the design. Example; Background layer, foreground layer.

Dengan kata lain, lapisan tadi boleh dipecahkan dan dipelbagaikan. Contohnya background tadi boleh dianimasikan dengan menggunakan warna atau illustrasi atau guna kedua-dua. Bagi  foreground atau objek yang mahu ditonjolkan, boleh guna illustrasi bersama bunyi yang nyaaaring atau dalammm menunjukkan penekanan terhadap element itu.

Slumb3r bagi contoh la. Dengar lagu ni dan kira berapa lapis instrument yg ada.
video


Ni band The Specials tahun 1979. Tajuk lagu ni 'skinhead moonstomp'. Rentak reggae.

Sekian!

Use your own creativity and have fun exploring arts!!

16 Dec 2010

Art again??!

Assalamualaikum...

Woa... Slumb3r too overwhelmed with theories!! Need to share....

Slumb3r sebenarnya teruja untuk melewati final year dekat UiTM. Dalam masa yang sama Slumb3r cuba la tengok-tengok subjek yang akan dipelajari semester depan. Paling Slumb3r teruja ialah subjek Multimedia design and production atau kod subjek tu; PUB 351. Apa yang Slumb3r dengar dari ramai senior Slumb3r yang subjek tu kita akan belajar menggunakan adobe flash untuk menghasilkan satu laman web berunsurkan flash. Menarik gila sehh!!

Selain belajar flash, kami juga akan belajar untuk buat tiga audio video production yang bertemakan muzik video, dokumentari dan drama pendek. Slumb3r boleh la katakan ini sebagai satu projek yang memakan belanja beribu ringgit sebab kami kena menggunakan peralatan macam kamera, prop2 unk buat 3 benda tu dan bermacam-macam benda lagi. Kira la, makan beribu nak sewa. Tapi sumpah seronok!

The Story?

Okey! Slumb3r dah cuba untuk buat flash untuk blog ni, tapi susah la. Tetapi, Alhamdulillah. Dengan video yang Slumb3r ambil dari para senior sedikit sebanyak membantu. Video tu sebenarnya video tutorial mengenai cara penggunaan Adobe flash CS3. Agak terkebelakang sedikit la sebab sekarang dah masuk CS5 kan?

Theory?

Secara asasnya, teori ni mungkin tak mengejutkan semua orang tapi mengejutkan Slumb3r sebab Slumb3r baru menjumpai teori ini.

“Konsep seni bergantung pada dua; Major element dan Minor element”

Semua orang tahu dua element ini saling bergantung satu sama lain dan konsep ini dapat dirungkaikan dengan lebih mendalam lagi dimana;

“Major element = Active element, Dominant element”
“Minor element = Pasif element, Submissive element”

Haaa... Nampak tak situ? OK... masih blur nampaknye yea...
Apa yang Slumb3r cuba sampaikan ialah,

“Konsep ni digunakan oleh semua bentuk seni dalam dunia”

Yeah!! Tak percaya?

Cuba tengok disekelilling anda. Seni muzik, seni halus, seni foto, seni reka dalaman, seni reka grafik, seniman dan segala-gala seni la dalam dunia ni diorang menggunakan Major element sebagai benda yang diorang fokuskan dan Minor element sebagai latar belakang.

Look at this. What attract you?


Variasi banyak dilakukan pada dua element ini. Kita boleh ubah sama ada nak harmonikan atau nak kontra atau nak hapuskan ke. Slumb3r tak rekemen untuk hapuskan sebab hapuskan salah satu element akan menjadikan satu benda itu hambar.

Okey. Cuba kita cuba konsep hambar dalam seni yang bermediakan cetak atau bahasa inggeris dipanggil printed media. Situasi: Poster promosi barangan bayi untuk bayi yang normal berumur 1 bulan – 6 bulan.

Nak design sesebuah poster perlu ada Major element dengan kata lain, apa yang kita nak orang tahu pasal kita punya poster?

1)     1)  Barang yang kita highlight.
2)      2) Promosi apa yang kita nak bagi tahu.
3)      3) Call-to-action atau cara nak dapatkan barangan itu.

Haa... Kat sini Kita dah boleh nampak mana yang sepatutnya kita highlight tapi tiga pilihan ini dah terlalu banyak dan nak sumbat ketiga-tiga element ni akan menyebabkan poster tadi hilang fokus. Sebaik-baiknya hanya ada satu atau dua element untuk ditonjolkan dalam poster ni.

Antara tiga benda ni, Slumb3r shortlist kepada dua iaitu pilihan kedua dan ketiga; jenis promosi dan call-to-action. Call-to-action ni penting tau sebab kalau element ni hilang, objektif utama poster ni iaitu suruh orang beli produk bayi dah hilang.

Kenapa pilihan kedua penting? Kerana antara pilihan pertama dan kedua itu pilihan kedua memerlukan illustrasi yang minimum berbanding element pertama. Nak senang pilih la yang kedua sebab yang pertama tu banyak kerja dan leceh. Senang je la teori ni kan?

Poster bodo-bodo
Mana bahagian yang hambar? Sekarang bayangkan dalam poster itu hanya ada perkataan  “Promosi! Beli satu dapat 5 barangan bayi ” dan “untuk keterangan lajut, bukalah lampu lawatilah gedung kami di blablabla”. Cuma perkataan ini tanpa background element atau Slumb3r panggil minor element. Major element dah ada tetapi minor element hilang. Kan dah jadi hambar.

Kesimpulan.

Kesimpulannya, konsep seni terkini menekankan konsep less is more. Lagi simple, lagi hebat! Tapi jangan buat simple sangat. Bukan semua orang suka. Tak pasal-pasal orang tak pandang kita punya poster kan?

14 Dec 2010

Music is a form an art.

Assalamualaikum...


Muzik itu seni. Kan kan kan? Slumb3r ni minat seni tapi takda bakat nak melukis. Sungguh!

Ok, video yang pertama ni adalah versi original lagu Redneck dari Lamb Of God. Slumb3r suka konsep video ni. kelakar pun ada. Tengok dulu dan layan. Dah setel, baru layan video lagi satu.

video 

Lirik lagu ni
Redneck by Lamb of God

So Goddamn easy to write this,
You make it spill off the page.
So drunk on yourself, self-righteous,
A laughing stock of your own fucking stage.

Oh but I ain't one to call names,
Or throw stones in a house of glass,
You try me.

This is a motherfuckin' invitation,
The only one you could ever need.
This is a motherfuckin' invitation,
You try me.

Just one time you got a reason,
But you had nothing to lose.
A blind preacher for the pin-eyed congregation,
It must be easy to loathe.

Oh but I ain't one to call names,
Or throw stones in a house of glass,
You try me.

This is a motherfuckin' invitation,
The only one you could ever need.
This is a motherfuckin' invitation,
You try me.

You can tell the same lie a thousand times,
But it never gets any more true.
So close your eyes once more and once more believe,
That they all still believe in you.

Just one time!

This is a motherfuckin' invitation,
The only one you could ever need.
This is a motherfuckin' invitation.

Just one time!

This is a motherfuckin' invitation,
Ya' try me.

Just one time!(ya' try me)
Just one time!(ya' try me)

Ya' try me.


Dah layan? Amacam?

"Kimak!! lagu ape neh??!! sakit telinga la!"

Kalau la ni jawapan anda, Slumb3r cadangkan sila la pergi ketempat lain kerana ini bukan tempat untuk anda yang tak reti nak hargai seni. Fuck off ditch!!

"Well, not bad. Walaupun telinga ni susah nak hadam lagu ni, tapi aku nk tau ape yang kaw cuba sampaikan"

Don't reject. Learn to understand why some people love this shitz.

OK, sekarang cuba anda layan video ni. Lagu yang sama, tapi vocalist dia sangat mengejutkan Slumb3r. This is a good effort walaupun sesetengah orang kata tak sedap.

video


Korang boleh ke buat macam awek comel ni?

haha... comel bila awek ni senyum..

Anyway, rasa-rasa boleh ke tak buat? Kalau diri Slumb3r, nop. I cannot do like this. Fikir-fikirkanlah.

Motif?

Senang je. Sekarang ramai orang stereotype orang-orang yang suka lagu scream ni berwatak ganas, penampilan selekeh, dan macam-macam la negatif. Tapi diorang tak nampak dalam negatif tu ada positif. Contoh terbaik adalah amoi comel ni.

Ini juga membuktikan:
1) Muzik is a form of art.
2) Bila seni, semua orang ada persepsi masing-masing.
3) Gender streotype tidak berlaku dalam muzik.

Cukup la aku senaraikan 3 ni je. Banyak lagi boleh kupas sebenarnya.

Conclusi?
Awek comel tadi suka muzik ganas dan menampakkan subgenre metal kini bukan untuk lelaki sahaja, bahkan sesuai untuk wanita. Music express your feelings. Can you guess what that girl feels?

10 Dec 2010

OMG!! Result??!

Assalamualaikum....

Hari ini Slumb3r gembira sebab UiTM dah keluar result dan result Slumb3r gempak!! Gempak giler!!...

Sejauh mana gempak?... Susah la nak cerita, kena tunjuk.


Err... Minta maaf ye sebab terpaksa hitamkan CGPA Slumb3r. Bahagian tu sensitif kerana buleh mendatangkan mudarat keatas diri Slumb3r disemester akan datang. Nak tahu kenapa?

1) Semua orang nak satu kumpulan buat tugasan dengan Slumb3r.
2) Bila tak dapat satu kumpulan, nak sentap dengan Slumb3r

Hui! tak mao la. Tapi Slumb3r bagi tgk GPA sbg motivasi kepada sape2 yang tengok result ni akan berusaha lebih untuk berjaya. Tahniah Encik Slumb3r.

Kesimpulannya:

Nak berjaya senang. Pilih kursus yang sepadan dengan kita. Jangan berangan nak kursus yang gempak-gempak then lingkup diakhirnya. Pilihlah Masscom. Hehehe.

Ps: Thanks to:
1) Allah swt. sebab bagi Slumb3r peluang untuk berjaya.
2) My mom [Pn. Hajah Salamah Hasan]sebab bagi duit belanje, doa, hantar dan ambil Slumb3r dari UiTM setiap ujung dan awal sem
3) My Dad [En. Haji Nawi Selamat] sebab bagi duit belanje walaupun saye tau bapak saye ni kedekut dan sebab doakan saya.
4) My friends merangkap groupmate, Kak jah [99% sem lepas aku group ngan dier], Azam [senang berurusan dengan orang tak beremosi macam kaw], Najmi [interview semua kaw yg tepon, haha!], Sobah [walaupon kaw senyap, tapi koje jalan], Diyan [personal ngan kerja tolong la ketepikan ye next time], Aishah [mulut tu kalau kurang bebel pon lg best], dan yang seangkatan dengan korang yea.
5) Para Pensyarah Mascomm Melaka. dan
6) My clasmates. Tanpa korang, takda sape nak tengok presentation aku.
7) My Girlfriend, Atiqah... tanpa kamo0o0 Slumb3r g interview sensorng le.

9 Dec 2010

Hardcore lagu SYAITOON ?

Assalamualaikum...

Hari ni Slumb3r nak kongsi pasal satu benda yang sering bermain difikiran ni ha. Ada orang kata lagu ganas-ganas macam lagu yang slumb3r dengar ni lagu tak baik.

Trace from the origin

Ok, memandangkan Slumb3r ni student mascom final year dah ni maka eloklah Slumb3r buat research sikit pasal ni. ringkas punya kajian. guna satu sumber saja. Maka tak semua kata-kata slumb3r yang Slumb3r letak kat sini boleh dipakai bulat-bulat. cuma Slumb3r nak bagi semua orang berfikir. Dah siap bwt disclaimer dlu...

Trace punya trace benda ni berkait balik pada satu source; media. Yep, media yang influence benda ni terjadi. haaa... jangan salah anggap, sebenarnya bukan media yang salah yea. Bila fikir balik pasal media, Slumb3r rasa patot la gak Slumb3r tulis beberapa fakta yang perlu orang-orang satu Malaysia ni tahu.

Berbalik kepada cerita pokok iaitu persepsi orang kini. OK, cerita pasal lagu ganas-ganas ni meletop bermula bila satu negara kita heboh satu masa dulu pasal isu ajaran sesat yang dipelopori oleh satu kumpulan underground menggelar diri mereka sebagai kamen rider... hahaha! nop! sebenarnya kumpulan itu dikenali sebagai kumpulan yang menyembah syaitoo0o0n atau lebih dikenali sebagai pengikut ajaran Black Metal.

Punk pun budaya dari Muzik


The facts and figures

OK. Let me explain a liltle bit about black metal. Black Metal ialah sebuah sub-budaya atau bahasa inggeris dipanggil sebagai subculture sebuah genre muzik trash metal. Black Metal juga ideologi muzik yang mana semua pengaruhnya kebanyakkan dari genre muzik.

Pada Slumb3r, jangan la dicampur adukkan antara ideologi muzik dan budaya kita. Apa yang media dok hebohkan tu sebenarnya bukan black metal. Tu 'Satanic Worshiper' atau penyembah syaito0o0on.

Fikir benda ni;
"Black Metal are not Satanic Worshiper"
Black Metal is one of the music genre such as pop, hard rock, hip-hop and other music genre.

Media... owh media...


Kaitan?

Sekarang dah ramai orang black list lagu-lagu ganas ini dalam senarai lagu boleh didengar dalam hidup mereka kerana gara-gara salah faham genre muzik dan ideologi satanism dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini. Masyarakat kini dah steoreotype dah semua termasuklah Slumb3r dulu. Sakit telinga la dengar lagu-lagu ganas ni. betul.

Tak lari la genre kegemaran Slumb3r seperti Metalcore, Hardcore, Melody core dan sekutunya sehingga menyebabkan Slumb3r sore throat bila cuba nyanyi lagu tu.

Bila Slumb3r balik kampung je, rata-rata kawan-kawan Slumb3r dok kate;
"Sejak bila kau suka dengor lagu ghope syaiton neh?"
Kutukan lebih kurang macam ni la yang Slumb3r dapat.
Fuck off that bitch! That is art!!

Tuntasnya, kalau tak suka, jangan buang. Selidik kemudian baru bagi keputusan.

Selidik dlu sebelum melabel. Salah, tetap salah.

7 Dec 2010

Wedding photoshoot Kakak Enot

Bagus rasanya bila dapat buat benda baik... Kelmarin SLumb3r g kenduri member slumb3r, Enot. Kakak dia kawin. Boyfriend enot, Khaidir is my best friend jadi pengapit unk pengantin lelaki. So, Slumb3r pun pergi le tgk deme. ni la kapel yang Slumb3r ngan girl friend slumb3r suke. Mane taknye, yang laki best friend slumb3r, yang perempuan best friend girl friend Slumb3r.

Nikmati la beberapa gambar yang dah di upload ni.. Kalau sape-sape nak gambar ni, bole le mintak... jgn curik tau!!
My friend, Enot
Sebelum bersanding

Gerbang kebahagiaan

Enot with her sister [the bride]

Kakak Enot and my girlfriend

Khaidir, Enot dan mak Khaidir

Makanan Pengantin

The Bride

The Groomer i guess with the bride

Menanti saat menjadi isteri


Kalimah berat sedang diucapkan

Perjanjian di isi

Awww... soo sweeet!!

Soooo sweeettt!!

selesai ijab dan kabul

Harta-harta perkahwinan

Sama la gak... hantaran tadi

Malas la explain.. benda yang sama gak

Enot with... ermm... i dunno..

Majlis persandingan

"anje, cpt le datang sini. lama tunggu ni!"

dua orang pengapit itu, kengkawan Slumb3r

Ni dah nak masuk rumah da ni.

Wedding shoot #1

bwt la gila-gila sikit bang... hehehe

family photo shoot #1

family photo shoot #2

family photo shoot #3

family photo shoot #4

family photo shoot #5

family photo shoot #6

family photo shoot #7

Pelamin Mahal woeee...