Assalamualaikum...
Okey. Slumb3r dah tengok semua tutorial unk flash ni. Kepala hotak ni terlalu overwhelmed dengan idea. Secara asasnya idea slumb3r ni simple je tapi masih menggunakan teori minor dengan major.
“Layer akan mewujudkan variasi”
Fuh... Penas... gabungan antara pedas dan panas = penas...
Kira la, dengan efek filter pun boleh buat animasi ‘tweet’. Tu belum tambah dengan Intro video, Button, transition animation, animated logo, interactive GUI dan trademark animation. Ini baru cerita grafik, belum warna.
“Flash boleh buat efek, warna, bentuk dan perkataan beranimasi”
Gunakan imiginasi kita untuk blend semua idea berdasarkan konsep minor dan major.
Slumb3r susah nak terangkan tapi simple bila situasi ini dimetaforakan sebagai muzik. Well, who are idiot enough to dislike sound?
Teori?
Okey, kalau kita tengok orang main band atau kugiran mesti ada drummer, lead guitarist, rhythm guitarist, bassist dan vocalist. Ini adalah element dalam sesuatu persembahan muzik.
Bunyi pula adalah dalam bentuk gelombang. Gelombang pula diukur melalui frekuensi. Secara kasarnya semua bunyi yang dihasilkan oleh setiap ahli dalam kugiran tadi berbeza antara satu sama lain. Contohnya gitar bass mengeluarkan bunyi berfrekuensi rendah dan dalammmm bunyinya berbanding gitar lead yang berfrekuensi tinggi dan nyaaaaaaring.
Lagu pula menjadi sedap didengar bila semua gelombang bunyi dari peralatan muzik tadi dimainkan secara serentak dan berbagai-bagai teknik.
Jikalau salah satu daripada alat muzik tadi dimainkan secara solo tanpa sebarang rentak iringan, kedengaranya sumbang dan inilah yang terjadi pada Slumb3r kalau main lagu dengan satu instrument. Banyak kali Slumb3r dapat kritikan seperti;
“Kau cubalah main muzik yang sebenar”
atau
“Memekak je! Tu bukan muzik!”
Ah-ha... betul. Tu satu gitar saja, cuba pelbagaikan dan hasilnya?
Itulah muzik!! Grennnggggg!!!
Kaitan?
Okey, kaitan antara flash dan muzik tadi ialah,
Musical instrument = Layer within the design. Example; Background layer, foreground layer.
Dengan kata lain, lapisan tadi boleh dipecahkan dan dipelbagaikan. Contohnya background tadi boleh dianimasikan dengan menggunakan warna atau illustrasi atau guna kedua-dua. Bagi foreground atau objek yang mahu ditonjolkan, boleh guna illustrasi bersama bunyi yang nyaaaring atau dalammm menunjukkan penekanan terhadap element itu.
Slumb3r bagi contoh la. Dengar lagu ni dan kira berapa lapis instrument yg ada.
Ni band The Specials tahun 1979. Tajuk lagu ni 'skinhead moonstomp'. Rentak reggae.
Sekian!
Use your own creativity and have fun exploring arts!!
No comments:
Post a Comment