Assalamualaikum...
Woa... Slumb3r too overwhelmed with theories!! Need to share....
Slumb3r sebenarnya teruja untuk melewati final year dekat UiTM. Dalam masa yang sama Slumb3r cuba la tengok-tengok subjek yang akan dipelajari semester depan. Paling Slumb3r teruja ialah subjek Multimedia design and production atau kod subjek tu; PUB 351. Apa yang Slumb3r dengar dari ramai senior Slumb3r yang subjek tu kita akan belajar menggunakan adobe flash untuk menghasilkan satu laman web berunsurkan flash. Menarik gila sehh!!
Selain belajar flash, kami juga akan belajar untuk buat tiga audio video production yang bertemakan muzik video, dokumentari dan drama pendek. Slumb3r boleh la katakan ini sebagai satu projek yang memakan belanja beribu ringgit sebab kami kena menggunakan peralatan macam kamera, prop2 unk buat 3 benda tu dan bermacam-macam benda lagi. Kira la, makan beribu nak sewa. Tapi sumpah seronok!
The Story?
Okey! Slumb3r dah cuba untuk buat flash untuk blog ni, tapi susah la. Tetapi, Alhamdulillah. Dengan video yang Slumb3r ambil dari para senior sedikit sebanyak membantu. Video tu sebenarnya video tutorial mengenai cara penggunaan Adobe flash CS3. Agak terkebelakang sedikit la sebab sekarang dah masuk CS5 kan?
Theory?
Secara asasnya, teori ni mungkin tak mengejutkan semua orang tapi mengejutkan Slumb3r sebab Slumb3r baru menjumpai teori ini.
“Konsep seni bergantung pada dua; Major element dan Minor element”
Semua orang tahu dua element ini saling bergantung satu sama lain dan konsep ini dapat dirungkaikan dengan lebih mendalam lagi dimana;
“Major element = Active element, Dominant element”
“Minor element = Pasif element, Submissive element”
Haaa... Nampak tak situ? OK... masih blur nampaknye yea...
Apa yang Slumb3r cuba sampaikan ialah,
“Konsep ni digunakan oleh semua bentuk seni dalam dunia”
Yeah!! Tak percaya?
Cuba tengok disekelilling anda. Seni muzik, seni halus, seni foto, seni reka dalaman, seni reka grafik, seniman dan segala-gala seni la dalam dunia ni diorang menggunakan Major element sebagai benda yang diorang fokuskan dan Minor element sebagai latar belakang.
Look at this. What attract you? |
Variasi banyak dilakukan pada dua element ini. Kita boleh ubah sama ada nak harmonikan atau nak kontra atau nak hapuskan ke. Slumb3r tak rekemen untuk hapuskan sebab hapuskan salah satu element akan menjadikan satu benda itu hambar.
Okey. Cuba kita cuba konsep hambar dalam seni yang bermediakan cetak atau bahasa inggeris dipanggil printed media. Situasi: Poster promosi barangan bayi untuk bayi yang normal berumur 1 bulan – 6 bulan.
Nak design sesebuah poster perlu ada Major element dengan kata lain, apa yang kita nak orang tahu pasal kita punya poster?
1) 1) Barang yang kita highlight.
2) 2) Promosi apa yang kita nak bagi tahu.
3) 3) Call-to-action atau cara nak dapatkan barangan itu.
Haa... Kat sini Kita dah boleh nampak mana yang sepatutnya kita highlight tapi tiga pilihan ini dah terlalu banyak dan nak sumbat ketiga-tiga element ni akan menyebabkan poster tadi hilang fokus. Sebaik-baiknya hanya ada satu atau dua element untuk ditonjolkan dalam poster ni.
Antara tiga benda ni, Slumb3r shortlist kepada dua iaitu pilihan kedua dan ketiga; jenis promosi dan call-to-action. Call-to-action ni penting tau sebab kalau element ni hilang, objektif utama poster ni iaitu suruh orang beli produk bayi dah hilang.
Kenapa pilihan kedua penting? Kerana antara pilihan pertama dan kedua itu pilihan kedua memerlukan illustrasi yang minimum berbanding element pertama. Nak senang pilih la yang kedua sebab yang pertama tu banyak kerja dan leceh. Senang je la teori ni kan?
Poster bodo-bodo |
Mana bahagian yang hambar? Sekarang bayangkan dalam poster itu hanya ada perkataan “Promosi! Beli satu dapat 5 barangan bayi ” dan “untuk keterangan lajut, bukalah lampu lawatilah gedung kami di blablabla”. Cuma perkataan ini tanpa background element atau Slumb3r panggil minor element. Major element dah ada tetapi minor element hilang. Kan dah jadi hambar.
Kesimpulan.
Kesimpulannya, konsep seni terkini menekankan konsep less is more. Lagi simple, lagi hebat! Tapi jangan buat simple sangat. Bukan semua orang suka. Tak pasal-pasal orang tak pandang kita punya poster kan?
No comments:
Post a Comment