30 Jan 2014

Pernahkah kau rasa 1

Kau mesti kenal perempuan
Makhluk penyeri ciptaan tuhan
Sebagai penyeri hidup si tampan
Kekal hingga sepanjang zaman

Si cantik manis sungguh rupawan
Dengan si tampan sangatlah padan
Dendam membuak dengan si lawan
Hati-hati, kau mungkin hilang kawan

Masa berganti masa
Bercinta bagai nak gila
Hampir bertahun lama
Tak kahwin-kahwin juga

Kau kata dia berbuat dosa
Masa hilang memang tak terkira
Keluarga sendiri pun dilupa
Hei, kau pun apa kurangnya?

Dia punya harga diri
Hidup sehari selalu dimaki
Paling tidak dia berdikari
Kau tu, bila lagi?

Oh, aku lupalah
Kau tabligh golongan pendakwah
Mana boleh kapel2 ni weh
Katanya dosa itu tak boleh, ini tak boleh

Perhati sekeliling kau sekarang
Jodoh ajal rezeki terluang
Bagi kau merebut peluang
Jangan kata tiada ruang

Rezeki kau kata tuhan tentu
Termasuk ajal dimuka pintu
Tapi sekarang kau pun tahu
Jodoh pertemuan kau kami tak tahu

Sekarang ni cuba cerita
Tahun ini kau kemana
Bersama kutukan carca merba
Kerana dia sudah berpunya

Pernahkah kau rasa sunyi?
Mempunyai matlamat sendiri?
Dunia bersilih ganti
Tahun ini dia kenduri...

Kau tu bila lagi?

22 Jan 2014

Tragedi Motor Semalam.

Alhamdulillah aku dah sampai Johor.

Semalam ada cerita best jugalah semasa aku kat highway yang membuatkan aku tergamam sebentar. Rasa cuak tiba-tiba seolah-olah kau baru lepas terlepas dari satu tragedi maut. Aku tak pernah alami benda ni. Adalah haritu sekali masa kat Labu, Negeri Sembilan. Tapi masa tu aku bernasib baik sebab tengah berhenti isi minyak kat RnR Seremban arah utara. Ada orang tolong. Tapi semalam aku terkandas kat satu tempat yang asing. Betul betul in the middle of no where.

Aku gerak dari Perak dalam pukul 11. Pukul 11 tepat gerak dari petrol pump Shell kampung aku. Masa tu aku dah prepare semua benda. Aku ni jenis kalau ride motor, jenis yang nak enjoy. Biar lambat, asalkan enjoy. Jadi aku pasanglah mp3 dari note. Aku guna note sebab aku tertinggal charger psp kat Shah Alam dan malas nak ambil. Lagu dalam psp lagi banyak la kot tapi lagu jenis evergreen Melayu. Lagu oldschool melayu era 80’, 90’ tu. Lagu dalam note pulak lagu dari 6 band je, Fit For Rivals, Falling in Reverse, Dirty Youth, Avenged Sevenfold, One ok Rock, dengan Courage My Love. Semua lagu keras-keras supaya aku boleh headbang masa tengah-tengah highway macam retard. LOL!

Anyway, aku sampai Shah Alam dalam pukul 1.30 tengah hari. Perut lapa betul, jadi aku stop makan McD seksyen 7 sampai la kul 2.30. Dari situ aku isi minyak kat Shell (walaupun Petron depan McD) dan terus gerak ke Federal Highway sampai Batu 3 Shah Alam. Aku ikut sana untuk ke selatan. Aku takda pengalaman menimpa tragedi di tengah-tengah highway. Cuma haritu sekali bulan 6 tahun lepas aku tolong sorang mamat yang motor dia rosak tengah-tengah highway. Aku kesian tengok dia sebab takda orang langsung nak tolong dia. Dia tahan kereta kat lorong kiri mula-mula. Mungkin dia nampak aku, tu yang dia acah-acah nak tahan sampai lorong tengah. Aku rasa kalau aku tak berenti, konfem dia pergi lorong kanan. Esok masuk paper ‘penunggang motorsikal disangka hantu mati dilanggar’. Fak!

Kes aku dengan brader tu lebih kurang sama. Motor rosak. Yup, motor rosak.

Masa tu aku baru lepas isi minyak kat RnR Ayer Keroh, Melaka. Lepas isi minyak tu aku bawak je la motor tu macam biasa. Pengalaman aku dengan motor EX5 aku tu sangat la mudah. Tiada kes meragam, senggugut atau emosi dengan motor tu. Senang cerita, motor tu sehat sejahtera. Tapi tah macam mana, directly in the middle of nowhere, takda rumah, RnR, ataupun orang nak mintak tolong, tiba-tiba motor aku perlahan dengan sendiri. Aku dah fikir bukan-bukan. Kot-kot kena sampuk ke. Tapi takdalah kena sampuk sangat sebab masa tu dalam pukul 4.15 gitu. Aku tengok kiri, hutan. Aku tengok gak side mirror kanan, selamat untuk berhenti kat tepi. Aku pun bagi signal dan pelan-pelan susur ke lorong kecemasan. 

Masa motor tu dah perlahan, aku cuba juga diagnos motor tu apa masalah dia. Aku pulas throttle pelan-pelan, tiada tindak balas. Dalam hati dah menyumpah-nyumpah. Cable throttle putus ke? Aku try la pulas laju-laju. Berat. Maknanya cable okay je rasanya. Rasanyalah. Tapi masa tu aku fikir, kalaulah cable throttle putus. Gamaknya kena menyoronglah sampai RnR atau susur keluar yang terdekat. Ah, cibailah. Mau aku ride tarik cable putus je nanti. Cari carburator, cari tempat putus tu, try main-main dan gerak motor tu. Terbongkok-bongkok bawa pulak. ‘Ini betul-betul cibai’ aku menyumpah seranah.

Aku dah prepare nak tahan orang tengah-tengah highway tu. Mana tahu dia boleh tolong aku. Tapi nak tahan ape bende. Silap-silap orang ingat kau hantu. Aku rasa aku masih dalam Melaka, belum sampai area Yong Peng. Kalau aku sangkut kat situ, lagi parah beb. Area Yong Peng tu memang lubuk puaka. Aku dengar cerita, tempat tu laluan makhluk halus. Tu sebab ramai eksiden situ. Ada cerita stereng kena pusing sendiri, ada yang cerita elak budak kecik tengah highway, ada cerita tiba-tiba rasa mengantuk sampai terbabas. Macam-macamlah aku dengar cerita kat area Yong Peng tu. Lagi tragik, 3 hari lepas ada eksiden kat area situ. Ah! Fak!

Motor aku dah mula perlahan menyusup ketepi. Aku pun terjengah-jengah la ke bawah dengan harapan dapat cari throttle cable yang puttus tu. Sekali aku terpandang satu benda hitam terkeluar dari enjin depan. Sekali lagi aku menumpah. Babi betei!

Kepala palam pencucuh aku tercabut. Serius mengundang makian sekali lagi la cerita dia. Apehal pulak nak tercabut bagai. Kenapa pilih pot mengerikan nak tercabut. Apesal tak cabut masa kat RnR tadi? Bila dah berhenti betul, aku turunkan tongkat dan terus cangkung tengok tempat bermasalah. Aku ambil kepala palam pencucuh tu, tengok dalam dia. Kosong. Itu pelik. Selalunya ada benda dalam tu yang grip palam pencucuh aku tu. Aku tengok kat palam pencucuh aku pula. Cantik clip yang grip kepala palam pencucuh tu melekat atas palam pencucuh. Bendanya patah. Mana pulak aku nak cari spare part tengah-tengah highway ni. Memang la benda tu murah, tak sampai RM2 kot. Tapi sekarang kalau tetibe ade kedai tengah-tengah highway ni macam tak logik. 

Aku pun tenyeh semula kepala palam pencucuh tu atas palam pencucuh tu. Sambil berdiri, aku start moto guna kick starter. Mau hidup. Aku pulas throttle, cantik dia pergi. Sehat sejahtera. Hanya sebab kepala palam pencucuh tu je, aku stuck tengah-tengah highway. Babi betei.

Aku cabut balik, mati. Aku tenyeh kuat-kuat supaya tak terbukak nanti masa tengah jalan dengan harapan, sempat la sampai rumah dulu, baru tukar. Aku start balik motor. Elok, sehat. Pulas throttle pelan-pelan, mahu gerak. Chill dulu, mana tau dia nak mampos lagi ke tak. Slow je. 

Tak lama lepas tu ada sign board tulis ‘ 5 km susur keluar Jasin’. 

Ah, nasib baik wei!!

Aku kira-kira adalah dalam 8km nak susur keluar Jasin dari tempat motor rosak tadi. Jasin beb. Jasin. Hutan tuuu!

Alhamdulillah, aku sampai dengan selamat dan motor aku kejap lagi aku bawak pergi bengkel. Aku nak cek juga tayar aku tu. Macam nak terkopak je. Aperhal tah aku tak tahu. Dah macam ni aku terasa nak pasang susuk kat motor aku supaya jangan rosak lagi. Kui kui kui!