Kau mesti kenal perempuan
Makhluk penyeri ciptaan tuhan
Sebagai penyeri hidup si tampan
Kekal hingga sepanjang zaman
Si cantik manis sungguh rupawan
Dengan si tampan sangatlah padan
Dendam membuak dengan si lawan
Hati-hati, kau mungkin hilang kawan
Masa berganti masa
Bercinta bagai nak gila
Hampir bertahun lama
Tak kahwin-kahwin juga
Kau kata dia berbuat dosa
Masa hilang memang tak terkira
Keluarga sendiri pun dilupa
Hei, kau pun apa kurangnya?
Dia punya harga diri
Hidup sehari selalu dimaki
Paling tidak dia berdikari
Kau tu, bila lagi?
Oh, aku lupalah
Kau tabligh golongan pendakwah
Mana boleh kapel2 ni weh
Katanya dosa itu tak boleh, ini tak boleh
Perhati sekeliling kau sekarang
Jodoh ajal rezeki terluang
Bagi kau merebut peluang
Jangan kata tiada ruang
Rezeki kau kata tuhan tentu
Termasuk ajal dimuka pintu
Tapi sekarang kau pun tahu
Jodoh pertemuan kau kami tak tahu
Sekarang ni cuba cerita
Tahun ini kau kemana
Bersama kutukan carca merba
Kerana dia sudah berpunya
Pernahkah kau rasa sunyi?
Mempunyai matlamat sendiri?
Dunia bersilih ganti
Tahun ini dia kenduri...
Kau tu bila lagi?
No comments:
Post a Comment