Susah juga cari kerja ni. Sampai sekarang, banyak juga resume aku dah hantar cuma belum ada rezeki untuk dipanggil kerja lagi. Jadi untuk menghilangkan rasa boring sambil menganggur ni, aku buat la kerja part time.
Kerja ebook aku tak siap2 lagi. Kerja kerut pn sama. Personal project aku punya pun tah kemana. Aku banyak sangat benda nak buat sampai satu ape pun tak buat. Babi ah!
Ni, aku baru tiba2 buat backup plan sekiranya aku tak dapat kerja. Backup plan aku ni sebenarnya boleh terjadi sekiranya sampai seru.
Plan sambung belajar master.
Aku tercabar dgn sorang anak buah aku ni. Dia dah sambung master. Paling tercabar bila master dia cuma setahun setengah je. Serius kejap.
Ni pun tadi aku baru register biasiswa pascasiswazah MARA 2014. Aku isi tak lengkap lagi sebab banyak benda nak kena isi. Salah satunye tu, result final semester. Tu aku boleh isi lepas 14 hb ni sebab masa tu result dah keluar dan aku dah boleh mintak mini academic transcript kat fakulti.
Aku ni noob. Patutnya sebelum aku register MARA tu aku buat research dulu tengok macam mana. Sekarang aku dah faham macam mana prosedur untuk dpt biasiswa ni.
1. Semak syarat kelayakan.
2. Semak universiti pilihan MARA
3. Pilih kursus berdasarkan universiti disenaraikan MARA (tak semestinya dah dpt offer letter.)
4. Isi borang online kat website MARA.
5. Hantar borang.
6. Lulus ujian ape bende tah tu.
7. lulus interview
8. Dapat surat tawaran dari MARA
9. Serahkan surat tawaran kemasukan yadayadayada.....
Lepas tu aku malas nak buat sebab aku masih sangkut dekat nombor 3. Aku masih blurr dgn kursus yg aku boleh amek untuk master tu sebab aku rasa macam ni.
Pertama, aku pasang niat nak sambung master kat Jepun. Masalahnya aku tak tahu apa2 pasal belajar kat Jepun.
Kedua, aku pasang niat sama ada sambung master dalam bidang kemanusiaan atau psikologi sebab research aku masa dip dan degre ni banyak berkisar dgn psikologi manusia dan kaitannya dengan media. But I wanted to learn more about how Japanese people co-op with that, especially in reading culture. They are fucking awesome!
Ketiganya, aku tak tahu kursus yg bakal aku ikut tu adalah mara sanggup taja. Ini sebabnya tak semua kursus dia layak sponser. Yang kritikal dan bidang NKRA tu je depa nak. Tah la, aku rasa macam betei NKRA tu.
Aku nak baca FAQ kat facebook depa, mungkin aku akan dpt pandangan lebih cerah.
Panjang betei aku rasa hari ni sebab dari lepas Maghrib tadi aku dok research pasal kursus ape yang aku nak. Mcm susah je nak sambung kat Jepun ni sebab lecturer aku banyak sambung kat eropah. Argh!! Stress!
No comments:
Post a Comment