28 Nov 2010

Paralimpik Story

Assalamualaikum...

Nk update blog!!...

Wokeh... Nak story kat korang...

Semalam baru balik dari Melaka maka penatlah seluruh angota badan ini akibat naik bas selama hampir 6 jam. Balik bersama kawan baru. Mamat yang balik bersama Slumb3r neh budak Sg Hj Dorani kat Sg Besor. Ok gak la, sbb Slumb3r jumpe dia mase paralimpik tu le. Dia same biro ngan Slumb3r. Kira la dari 19-27 hb kat Melaka hanya dapat RM180. Ok ke tu? Bila fikir balik, x cukup tu!!... Kerja sampai pukul 10 mlm. Tak cukup. Hahaha!!

Bila kira-kira balik, cukup la tu sebab biro yang Slumb3r ikot ni tak da la sesibuk mana. Sekadar memastikan semua orang pergi venue selamat dan balik pon selamat.

"Slumb3r ni gile ke?, koje senang je tu!"

Mak haih!, yer le sonang. Tapi yang susah bila tengah-tengah event. Slumb3r dan rakan sekerja Slumb3r [Rafiq a.k.a Stephen] boring nak mampos!! sumpah tak tipu. Kami diberi pilihan sama ada nak tinggal kat sana atau balik dan kami pilih untuk tinggal kat sana. Sampai-sampai je kami cari tempat untuk tidur. Biasa la sasaran kami, surau yang berhampiran. Makan lunch dan tido balik sampai la event abes. Koje kami mula bila atlet dan pegawai nak datang dan nak balik. jadi, semasa event tu berlangsung, kami takdak koje. Tu sebab kate susah. Susah time menunggu.

Blah kanan tu stephen nk tiru macam dalam banner.



"Ate, sonang le koje kome cuma tunggu saje"

tak jugak, ni kerja orang kat venue macam Slumb3r. Tapi ada juga yang kerja dekat bilik operasi. Slumb3r dah tengok ade 4 orang yang suka dok kat bilik gerakan, Kak Halimah, Kak Seha kecik, Fatin dan Farah. Balik je bilik gerakan tengok-tengok deme dah ade. Diorang tugas untuk bahagian pentadbiran macam incharge jadual bas, amek tempahan bas, buat jadual kami blablabla.

Slumb3r punye gambar tak banyak sebab gambar diambil oleh kawan2 saje. Maen letak je gambar2 neh...


Ala-ala menang diri kat podium tu ha [vanue Pentanque]
@ Ping Pong venue


haha... Cukup le bebel sampai sini. Slumb3r ade gosip yang nk kongsi dengan korang. Best gosip neh... untill next post..
I'm the champion!! opss... ni paralimpik la... hahaha!


Slumb3r ciao

Ps: Sory, gambar kamera henpon saje.. DSLR tak bawak...

11 Nov 2010

Emergency shutdown...

Assalamualaikum...

Cuma nak bagitahu yang blog ni sebenarnya ade masalah. Aku dah buat blog ni jadi carcamerba. Spoil tol la. Aku takdak internet connection internet yang perfect so, tunggu la lepas 14 hb. Paper final dah abes, maka boleh la aku balik kampung dan menggunakan internet di kampung untuk mengup-datekan diri dan blog ni.

Tunggu lah ketibaan blog ini dengan wajah baru!!

This art belong to someone... sory, i forgot your name...

8 Nov 2010

Tak ku duga... tak kusangka...

Bismillahirrohmannirrahim... Assalamualaikum...     

Mula dengan bismillah dulu. Baru berkat. Lepas bismillah, baru boleh mengarut. Nak mula mengarut dengan  perubahan sedikit yang dah dibuat dengan blog ni ha iaitu lagu yang begitu melekat kat kepala otak ni dari hujung sem lepas sampai la hujung sem ni. Lirik dia sangat best dan dinyanyikan oleh Apit dan Appy dari Baronbros. Minta maaf sebab tak kenal diorang, tapi kenal seni diorang. Layan yer lagu ni dulu.

Tak kusangka, tak kuduga.

Oleh: Apit ft. Appy [BaronBros]




Malam ku tidur tak lena
Teringatkan dirimu
Terimbas kembali kenangan lalu
Alangkah indahnya bersamamu

Mengalir airmataku
Menemani malam sepiku
Ku rindu saat bersamamu
Sukarnya untuk ku melupakanmu

Dahulu engkau berikan cinta
Mengapa kini engkau berubah
Manakah janji
Akan setia menanti

Jikalau engkau tak lagi cinta
Katakan saja aku tak kisah
Dari kau terus
Membuat ku menunggu

Tak ku sangka
Tak ku duga
Perpisahan yang akan melanda
Da ku coba
Pertahankan
Namun dirimu pergi jua

Cintamu bagaikan rembulan
Yang hadir bila malam menjelang
Kau hilang bila siang mendatang
Begitu lah sikap mu oh sayang


Kau lontar cintaku ditepian
Ku bagaikan hanyut dilautan
Yang masih dalam percintaan
Dipukul gelombak keresahan

Dahulu engkau berikan cinta
Mengapa kini engkau berubah
Manakah janji
Akan setia menanti

Jikalau engkau tak lagi cinta
Katakan saja aku tak kisah
Dari kau terus
Membuat ku menunggu

Tak ku sangka
Tak ku duga
Perpisahan yang akan melanda
Da ku coba
Pertahankan
Namun dirimu pergi jua
Cintamu bagaikan rembulan
Yang hadir bila malam menjelang
Kau hilang bila siang mendatang
Begitu lah sikap mu oh sayang


Kau lontar cintaku ditepian
Ku bagaikan hanyut dilautan
Yang masih dalam percintaan
Dipukul gelombak keresahan

Mengalir airmataku
Menemani malam sepiku
Ku rindu saat bersamamu
Sukarnya untuk ku melupakanmu

 p/s: kod gitar lagu ni senang je... carik kat google then key in lagu ni dalam search box beliau. 

Sesudah layan, meh baca cerita ni.


Cerita ini bermula pada tahun 2006 apabila seorang teruna bertemu seorang gadis di SMK Tun Abdul Razak, Selekoh, Perak.

Masa tu Mamat tu sengal, baru pidah tempat tu. Dipendekkan cerita mamat ni jatuh hati kat awek tue. Mamat ni buat kerja selekeh taw. Mana taknya, mamat ni pergi ngorat awek tu guna SMS je. Macam haram je perangai. Sangat tak romantik.Last-last mamat tu dapat gak hati awek tu. Habis satu bab.

Lepas form 5, dah mula la masing-masing cari haluan sendiri. Masa tu mula dah krisis. Mamat tu dapat offer masuk tingkatan 6 Sains kat Sekolah Menengah Saint Anthony kat Teluk Intan adalah kira-kira 90-100km kot dari rumah. Agak-agak je jarak tu sebab masa yang diperlukan untuk sampai kat sekolah tu lebih kurang 45 minit - 1 jam perjalanan. 45 minit tu kira ok la kalau jalan dalam 80-90km/j dan bila jalan tak jem pepagi buta.

Manakala awek tu pulak dapat tingkatan 6 dekat sekolah lama dia. Okey la tu. Masing-masing dapat sambung belajar balik. Tapi mamat tu kerek doe. Macam haram jer perangai.

Mengejar impian yang tak pasti bak kata orang bila mamat ni dapat tawaran dari universiti cawangan UiTM untuk belajar dalam kursus Diploma Sains dekat UNIKOP [Universiti Koperasi Polis]. UNIKOP ade buat colaboration dengan UiTM. Tapi sangat  mengejutkan bila mamat ni pergi survey tempat tu dan hasilnya tidak  memberangsangkan maka dirijeklah permohonan itu atas beberapa sebab yang tidak boleh dielakkan.

Berbekalkan semangat yang kental, mamat ni berhenti tingkatan 6 sains tadi dan mengangur beberapa minggu di rumah. Tak lama lepas tu, mamat tu memilih jalan yang amat tidak disangka oleh mana-mana orang yang segolongan dengan beliau iaitu, menjadi pelatih di GIATMARA Teluk Intan dalam jurusan mekanik motosikal SKM 1 selama 6 bulan.

Pungpang, pungpang, pejam, celik, pejam, celik maka tibalah bulan terakhir. Mamat tu dapat interview dari UiTM untuk masuk Universiti. Pergh!! suka gila-gila lah. Pergi le interview. Tak sampai 6 bulan pun kursus moto tadi abes, mamat tu chow la pergi UiTM. Kiranya 6 bulan selepas tingkatan 6 tadi tak dipersia-siakan. Setel.

Masa berlalu, Awek mamat tu tadi pon dah habis tingkatan 6. Fuh, masa ni la mamat  tu nk racun suruh ambik degree ape. Cuci punya cuci, basuh punya basuh maka setel  la satu bab dimana awek tadi mengikut apa kate mamat tu. Tetaplah kat hati awek tu tadi untuk mengikut mamat tu dalam bidang yang sama.

Tetapi, itu bukan pilihan pertama, pilihan pertama awek itu tadi ialah guru. Mak haih!!... Tuhan jer yang tahu ape rase hati mamat tu bila awek tu tadi kabor yang dia nk jadi cikgu kerana itulah cita-cita mamat itu yang tidak kesampaian. Tidak mengapa, hati mamat tu merelakan. Seperti biasa, untuk prosedur menjadi guru kena pergi interview blah blah blah dan setel. Cuma sekarang biar Allah yang tentukan rezeki awek tu tadi kat mane.

Dalam masa yang sama, awek tu dapat juga interview untuk masuk UiTM dalam jurusan  yang sama dengan mamat tu tadi. Bila mamat tu dapat tahu berita tu, mak haih!  berita sangat baik tu. Maka pergilah awek tu tadi ke UiTM untuk ditemuduga.  Beberapa bulan berlalu, maka result pun keluar. Sedih... Sangat sedih...

Bila tidak ada satu pun berita pasal kemasukan ijazah sarjana muda perguruan dan  seumpamanya ditawarkan kepada awek tu tadi. Tapi nak buat macam mana, rezeki tu  bukan kita yang tentukan. Cuma ada berita dari Universiti Pertahanan National  Malaysia [UPNM]. Maka awek tadi pon pergilah dengan membawa hati yang kecewa. Tak lama lepas tu, awek tadi pun dapat panggilan dari UiTM .

"Cik ***** yeh?" awek tu jawab, "Ye, ngape?". "Cik tau tak yang cik dah dapat masuk UiTM dalam kursus yang cik mintak?". <== lebih kurangla. Ayat pegawai yang telifon tu dah disimplifykan.

Tak lama lepas tu, mamat tu dapat panggilan dari awek tu yang mengatakan dia dah dapat masuk UiTM.

For the first time mamat tu rasa kehilangan sesuatu yang amat beharga dalam diri dia. Mana taknya, ni le first time mamat tu tak kontek awek tu dalam jangkamasa yang lama sebab tengah final exam sama-sama.


Rindunya kat awek tu.

Untuk pengatahuan semua, mamat tu tadi adalah Slumb3r dan awek tu tadi dia punya marka aka kekasih hati beliau.

Slumb3r nak tunggu habis paper 14 haribulan ni baru kontek beliau.

Ni adalah salah satu polisi yang Slumb3r buat unk kami. Macam bangangkan... saje je!

Rindunye. 
Nur Atiqah Binti Ahmad Zaki. MC225

3 Nov 2010

Nak balik...

Assalamualaikum...

Kalau dikira-kira semesta ni cuma balik kampung hanya sekali je. Sangat hampeh. Walaupun rumah abah dekat je dari Melaka ni ada la dalam satu jam setengah nak sampai tapi sangat malas nak balik. Leceh la. Tapi bila sampai satu tahap macam ni, baru la terasa nk sangat balik. Lemau la dok kat dalam kolej ni. Tahu la sayang sangat kat sini...

Haha...

However, despite having the bestest level mates and study environment here... Well... Not bad...

Ada buat few changes kat blog ni. Tak besar pun. Kecik je. Tidak mengapa la.

Tadi baru lepas Apat (Senior Feymes sebab jual nasi lemak kat kolej) naik. Dapat gak alas perot. Ni yang best biler dok kat kolej ni. Best kot dapat makan.

Nak Balik.... Biler la nak habis paper??..

Jawapan: 14.11.2010

Tenggiling Rempit
P/s:... teringat kat motor EX5 kat rumah tue...