Slumb3r takda ape nak isi dekat blog hari ni sebab dah mula sibok nak bli barang nak balik uitm. Tinggal 2 minggu je lagi nak balik. Sem 5 ni dah kena duduk dekat luar. Memang konfem tak dapat kolej. Tu sebab kena cepat beli barang. takut karang tak sempat nak beli-beli.
25 disember ni rumah Slumb3r ade kenduri aqiqah anak abang sepupu Slumb3r. Sape yang dekat-dekat tu datang la yea. Ni pun mak Slumb3r dah bising suruh berkemas. Berapa hari je lagi nak buat persediaan.
Story
Slumb3r terbaca paper yang mengiklankan pasal kolej komuniti ni. Kursus sijil je tapi jangka pendek. Dulu kat tempat Slumb3r ni ade kursus dandanan rambut. Teringin nak masuk tapi masa tu tingkatan 4. Mak tak bagi. Mak pun ada bagitahu yang Kolej Komuniti Sabak Bernam pun ada buat kursus. Kursus buat roti canai. hahaha! Nak belajar. Tapi malas sebab masa tu Slumb3r masih sekolah lagi.
Atas minat Slumb3r pada mereka grafik ni Slumb3r pun sedang mencari kursus jangka pendek yang boleh mantopkan kemahiran membuat grafik design ni. Tapi Slumb3r kena pergi sendiri kat kolej komuniti terdekat dan tanya.
Kakak Slumb3r pun ada buat program gabungan antara Kolej Komuniti Sri Ledang dengan syarikat dier. Macam-macam kursus ada ikut permintaan. Slumb3r nak belajar print baju. Untung giler sehh print baju. Kakak Slumb3r bagi tahu "selagi orang pakai baju dan bukan daun, selagi tu untung". betul.
Kursus jangka pendek ni bukan dibawah kementerian pengajian tinggi tau, sebab kursus jangka pendek ni dianjurkan atas permintaan komuniti setempat. Maksudnya, kena rujuk dekat kolej komuniti tempat korang untuk masuk kursus apa.
Tu je Slumb3r nak share... Ada kang Slumb3r masukkan lagi.
No comments:
Post a Comment