18 May 2016

Review Buku Pedagogi Bahasa Tertindas oleh Zul Fikri Zamir

Lama juga aku nak habiskan baca buku ni. Adalah 2 minggu. Mulanya aku tak minat buku falsafah ni, tapi minat aku pasal falsafah mendorong aku untuk kencari buku2 bergenre berat macam buku Pedagogi Bahasa Tertindas ni selepas baca SBPUBK.

Ada 161 mukasurat je. Banyak space sebab selang antara bab. Diterbitkan oleh DuBook Press tahun 2013. Aku beli cetakan pertama tahun 2013.

Penulis dia Zul Fikri Zamir. Penulis yang sama tulis buku SBPUBK atau Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang. Buku tu adalah buku berat pertama aku khatam. Terus terang aku cakap, tak masuk akal buku berat2 ni sebenarnya.

Tapi buku tu aku habiskan tahun 2013 dulu, zaman PRU. Aku taksub dengan buku SBPUBK sampai masa nak mengundi, buku ni aku usung nak masuk bilik buang undi. Tak faham sangat ape pun isinya, cuma berkisar isu semasa mahasiswa dan kaitannya dengan negara.

Buku PBT atau Pedagogi Bahasa Tertindas ni lebih kepada mengkiritik PPSMI atau program kerajaan bermula tahun 2003 dulu yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penggantar. Pelajar yang lahir tahun 1990 seperti aku adalah 'mangsa' kepada sistem ini. Kami adalah batch pertama yang menjadi bahan eksperimentasi untuk program Ini.

Dalam buku ini turut dikongsi apakah 'disebalik' PPSMI yang makhluk macam aku terlepas pandang. Contohnya:

1. Rasionalisasi peng-Inggerisan matapelajaran matematik dan sains kepada bahasa Inggeris.

Pada aku bagus sebenarnya penggunaan BI dalam matematik dan sains sebab berguna untuk memudahkan rujukan pada peringkat kolej dan universiti. Aku sendiri memahami banyak terma sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Cikgu matemetik aku tidak mempunyai masalah sekiranya mengajar dalam BI, tetapi ada cikgu yang menyebut terma sains dalam bahasa Inggeris slanga Jawa. Kelakar bunyinya, tapi itulah hakikat.

Pandangan aku ditambah tentang keburukan PPSMI, contohnya tender buku2 teks dan latihan akan diberi kepada kroni, jurang ilmu antara orang kampung dan bandar semakin besar, penjualan penerbitan ilmiah dalam bahasa Melayu semakin merosot, amalan BM sebagai bahasa kebangsaan diabaikan, PPSMI menentang falsafah pendidikan kebangsaan dan berbagai isu dikaitkan dengan perlaksanaannya yang banyak kesan kepada masa depan negara.

2. Peranan pemimpin sebagai penetap keputusan.

Pemilihan pemimpin perlu dititikberatkan untuk memastikan negara tersebut mempunyai kelangsungan yang mapan disamping tidak meninggalkan aspek nilai negara bangsa itu sendiri.

Pemimpin yang bijak lahir daripada kesedaran yang proaktif mencari penyelesaian masalah. Mereka pula dibantu oleh golongan cendekiawan sebagai 'think tank' dalam menilai sesuatu keputusan sebelum digubal menjadikan polisi.

Dalam buku ini juga jelas menunjukkan mereka juga adalah manusia biasa yang pernah silap dan salah. Apa yang kita boleh ambil pengajaran adalah, bagaimana langkah pemulihan dilakukan selepas kesilapan dibuat. Pada aku, itulah yang paling utama.

'Past is past, let it go and move on fucker!'- (Ghafar Nawi, 2016)

3. Tugas tarbiah untuk semua golongan, bukan hanya insan2 terpilih.

Ini dapat digambarkan dengan peranan Zulfa mengingatkan ayahnya selaku pembesar untuk memikirkan dan menimbang semula keputusan yang telah dibuat.

Walaupun Dr. Hussein adalah abang kepada Dato Farid telah menasihati adiknya untuk mengubah polisi kerajaan tidak berjaya, Dr Hussein meminta anak buahnya, Zulfa menasihati ayahnya.

Pada aku ini adalah lambang dakwah dan tarbiah sebenarnya. Setiap titip surat Widya, Zulfa, Dr Hussein dan Dato Farid  sering mengingatkan satu sama lain. Kalau bukan berkenaan agama, mesti berkaitan bangsa isinya.

Kesimpulan

Cukup aku berikan 3 point. Ada banyak lagi aku boleh tulis, tapi aku perlu bersiap pergi kerja pagi ni. Buku ni sudah lama aku beli tapi belum sempat baca.

Lepas ni buku La Adri InsyaAllah...

Dalam list aku ada:
1. La Adri (tak ingat penulis dia sebab buku kat opis)dari DuBook Press
2. Filsuf untuk Noob oleh Dayang Sifar dari Thukul Cetak
3. Sang Penguasa oleh Nicolo Marcheavelli terjemahan oleh Thukul Cetak
4. Pidato dan Strategi Perang oleh Che Guevara terjemahan oleh Thukul Cetak
5. Mentaliti Jamban oleh Khairul Abdullah dari Komrad Buku

Kalau korang ada buku yang berbentuk falsafah untuk dicadangkan, boleh le kabor ye. Tapi syaratnya tak lebih 200 Mukasurat. Kalau bergambar lagi bagus.

Maaflah, aku malas membaca...

1 comment:

  1. boleh la jadikan membaca sebagai satu hobi ^_^

    ReplyDelete