6 Jul 2016

Setahun dah adik takda...

Sedih sebenarnya aku, tapi post2 aku dimedia sosial yang lain tidak menunjukkan aku sedih sangat. Cuba2 cover sedih untuk latih diri lebih kental dari biasa.

Hari ni 6 Julai 2016. Tahun lepas waktu begini waktu arwah adik dah selamat dikebumikan ditanah perkuburan Ayer Hitam Batu Pahat, Johor. Dia kemalangan melibatkan motorsikal dan lori di Johor Bahru.

Tahun lepas jugalah kali terakhir aku bayarkan zakat untuk adik sebelum dia kemalangan. Nak bayarkan untuk mama, dia dah bayar sendiri. Jadi aku bayarkan untuk adik. Tu kali pertama aku bayarkan zakat untuk adik dan juga untuk kali terakhirnya. Tahun ni bayar untuk diri sendiri je. Mcm biasa, mama dah bayar sendiri.

Aku masih ingat, waktu sekarang aku dapat bersembang dengan para pensyarah beliau yg melawat. Terus direct dari UniKL MIMET di Lumut. Tak kurang ramai sahabat2 arwah yang datang dari serata Malaysia. Tuhan je mampu aku ingat masa tu. Dia lebih sayangkan adik.

Mama aku pada waktu ni dah balik hotel. Dia dengan keluarga Acik Adan datang terus dari Perak ke Johor selepas dengar berita kemalangan adik. Aku dari KL naik Kak En sempat smpai waktu magrib tu. Aku langsung takda selera nak buka puasa. Masa tu puasa yang ke 19. Beberapa hari lagi nak raya. Sedih tak terkata keluarga kami pada waktu tu.

Aku rasa time2 macam ni aku lepak kat kedai tomyam dekat dengan rumah. Anak2 buah aku makan kat sana. Aku tengah tunggu Miss A, Mat Yie dengan Sha. Depa datang dari Shah Alam ke Johor lepas aku kabor adik dah takda. Bersyukur aku ade depa. Tak lupa juga geng2 sepengajian aku, Agi, Najmi, Zainal, Sapes, Anis, dan sape tah membe sapes tu aku x kenal.

Masa kat kubur aku nangis depan depa. Aku tak dapat terima yang adik dah takda. Sekuat mana pun rasa sayang aku kat adik, Allah lebih sayangkan dia. Dia tarik nyawa adik dalam bulan berkat ni. Kami sekeluarga cuba untuk redha.

Berbulan aku dengan mama cuba recover. Aku recover awal dari mama atas bantuan doktor, ubat2 yg dia bagi dan sokongan keluarga dan rakan2 yang lain.

Bos aku kerap kali perasan aku menangis tiba2 masa tengah buat kerja. Mana taknya, tiba2 aku teringat kat adik, aku nangis. Tak kira masa tak kira tempat. Rasa tu datang macam gelombang. Tiba2 datang, tak sampai 5 minit, hilang.... Macam angin kentut. Kejap je baunya, lepas tu hilang.

Tugas aku untuk pikul tanggungjawab makin berat. Segala hal urusan duniawi berkenaan keluarga dan peninggal arwah adik terpaksa aku uruskan. Dengan keadaan mama yang kengkadang sihat, kengkadang tak sihat, buat aku risau.

Alhamdulillah,  pelan2 lama2 abes la segala2 urusan seperti, insuran, KWSP, PTPTN. Tak lupa juga urusan konvo arwah adik. Selesai semuanya dalam lingkungan kurang setahun. Ada sikit lagi belum setel kerana kekangan birokrasi mcm urusan pertukaran nama motorsikal.

Hari ni juga mencatatkan sejarah. Pertama kali aku beraya tanpa bapak. Arwah bak meninggal bulan 12, 5 bulan selepas arwah adik. 5 Disember 2015. Selepas kematian arwah adik, kesihatan dia merudum. Dimulai dengan ingatan dia kemudian berlarutan sehingga fizikalnya.

Setahun adik takda, first raya tanpa bak dan insyaAllah last beraya bujang. Itu cerita lain. Nanti aku bagi kad.

Aku pergi ambil sendiri laporan post mortem dia dari hospital JB. Dalam laporan forensik tu mendapati ada beberapa tulang rusuk adik patah dan menjadi salah satu punca kematiannya. Ada sesetengah pendapat cakap memang lori tu gilis badan adik, tapi tak seret.

Sehingga saat ini, kami sekeluarga masih tidak dapat apa khabar berita dan keadilan dalam kes kemalangan ini. Siapa melanggar dan tuntutan apa pun kami tak dapat khabar berita.

Mungkin akan ada 1 hari nanti aku akan pergi ke JB untuk menerima penerangn dari pegawai polis yang menguruskan kes adik ni. Tapi atas faktor kekangan masa, aku masih belum sempat untuk berbuat apa2. Kes ini masih di awang2an.

Beruntunglah kalian ada mak, bapak dan adik beradik yang lain. Hargailah mereka sebaik2nya. Jangan nanti dah takda, baru terkial2 nak cari.

Aku cuti sampai Isnin, jadi kot2 ade geng nak ajak lepak, gua onn je... Jgn sembang sudah la...

No comments:

Post a Comment