Without further a due~
Fast forward sedikit kerana aku dah lama tidak menulis blog.
Ada sedikit sibuk selepas kahwin. Tapi aku akan recap satu persatu.
- Alhamdulillah 6 Ogos yang lepas aku telah selamat dinikahkan dengan suri hati aku selama 10 tahun kami kenal, Miss A atau Nur Atiqah Binti Ahmad Zaki di kampung.
- Kerja Shenget diteruskan semula seperti biasa. Aku cuba stail like-marketing dalam facebook page shenget.
- Aku baru perasan, aku takda rancangan menyeluruh bila aku buat tu. Habis RM 300 saving. LOL!
- Aku buat content untuk Shenget selama 3 bulan. Tapia da perkara menghalang.
- Miss A di diagnos mengandung pada awal bulan 10 kalau tak silap. Kami gembira.
- Kami pun pergi honeymoon di Langkawi pada bulan 10. Masa tu tak rancang pun nak ada anak sampai dia diagnos mengandung.
- Balik dari honeymoon kami, Miss A sakit.
- Penyudahnya awal bulan 11 kelmarin konfem dia keeguguran. Aku jangka masa kami dilangkawi memang lasak.
- Shenget tidak bergerak selepas dia didiagnos mengandung sampailah sekarang. Katanya tak larat nak buat kerja.
- Aku patah kaki dan patah semangat untuk menjadi produktif.
- Dan sehingga sekarang Miss A masih dalam pantang.
Dugaan banyak dalam beberapa bulan ni. Tapi nak buat macam mana kan. Bukan rezeki kami.
- Untuk menjadikan aku produktif dalam keadaan begini, aku telah buat beberapa mindset baru. Sesuai dengan keadaan semasa.
- Aku telah setup satu facebook page baru dan rekod facebook live sebagai vlog aku. Maklumlah tiada skill mengedit, facebook live adalah tempat untuk aku upload segala progress projek-projek kecik aku.
- Aku mohon untuk sambung belajar di UiTM bagi sesi Mac 2017, baru mohon, belum dapat result lagi.
- Selain projek sambung belajar dan vlog aku, Shenget pun beroperasi dalam keadaan pepura je. Update content facebook je buat masa ni. Tiada marketing secara agressif seperti sebelum-sebelum ni.
- Lepas Miss A dah sihat, mungkin aku nak run projek tshirt grafik aku, tapi MO belum siap. Mungkin KIV dulu dan fokus pada benda yang penting lain.
No comments:
Post a Comment