17 Sep 2012

Semalam Bersama Awek Jepun

Tajuk kena catchy

Semalam Slumb3r g berjimba kat KL. Walaupun rasa macam;

Walawei, KL je?.. Itu pun nak tulis ke?

Ye la, nak tulis sebab bukan pergi dengan sembarangan orang. Pergi dengan exchange student dari Jepun.

Hakikatnya dia pun gila-gila dengan kami. Ingatkan tak boleh nak blend sekali. HAHAHA!

Nama dia Yurie. Nak sebut kena yu- ri-eh. Ni Sensei Naharaja ajar la. Kami-kami ikut je.

Dalam kelam bawak Yurie, Slumb3r jumpe pula kawan sekolah lama. Yeap Mei Li. Lama gila tak jumpa dia. Rasa dalam 4 tahun la. Lepas masuk diploma dulu ada la jumpa sekali. Masa Depavali kot kat Rumah Jeya. Tu je la sekali. Lepas tu tak jumpa-jumpa sampai sekarang.

Dia dah kerja dah sekarang. Kat NTV7 as broadcast journalist. Superb! One of my kampung friend that are same field as me. Tapi bila Slumb3r dah degree ni tak jadi ambil major untuk journalism, tapi ambil publishing as major. Journalism cuma sebagai minor je. Boleh laaaaa...

Kami sekelas dalam 6 orang, Slumb3r, Zhaf, Ain, Mimi, Sitah dan Mar bawa si Yuri ke KLCC, Central Market, dengan Petaling Street. Nak jalan-jalan KL 1 hari memang tak cukup la jawabnya. Kami bawa mana termampu.

Nak tengok bingkisan lebih2, usha la photoblog. Sini Slumb3r cuma letak 1 gambar je. Gambar yang ada dalam button cenderamata dari kami untuk Yuri.


 

Ni la si Mei Mei. Tak banyak perubahan. Masih kecil dan pendek seperti biasa la. HAHAH!

Sekali lagi, Nak tengok gambar lagi banyak usha PhotoBlog.

Adios~

No comments:

Post a Comment