5 Jun 2012

Mari daftar sebagai pemilih

Bukan pasal politik lagi.

Assalamualaikum semua. Selamat pagi.

Hari ni Slumb3r nak cerita pasal pendaftaran sebagai pengundi untuk pilihanraya.

Slumb3r bukan pro kerajaan atau pro pembangkang. Slumb3r cakap hanya sebagai seorang rakyat yang prihatin. Marilah kita daftar sebagai pemilih.

Kenapa perlu kita daftar sebagai pemilih?

Pertama sekali adalah kerana bila dah daftar, boleh la mengundi. Itu adalah tanggungjawab kita. Tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia berumur 21 tahun keatas. 21 tahun kebawah, anda masih belum cukup a'ul lagi.

Bila dah daftar sebagai pemilih, maka senanglah kita untuk menentukan masa depan negara kita. Alah, macam beli-beli barang. Kalau tak suka kita pangkah lain dalam PRU akan datang. Tak suka ni, pilih tu, tak suka tu , pilih lain. Ni semua adalah perlu untuk memastikan kemandirian spesis kita sebagai rakyat Malaysia yang berlandaskan sistem demokrasi berparlimen seperti yang dianjurkan oleh penjajah jahanam dulu.

Slumb3r ada juga belek-belek journal mengenai politik sebab sekarang ni sedang buat research pasal politik dan media di Malaysia. Bercerita pasal ahli falsafah yang berbicara pasal pentadbiran dan politik. Contohnya seperti Confucius, Aristotle, Plato, Nicolo Machiavelli, Karl Marks dan Ibnu Khaldun. Sangat teruja  bila berbicara tentang politik.

Pokok pangkalnya kita mesti daftar sebagai pengundi dahulu. Dah daftar, baru kita boleh pilih mana parti-parti politik yang bersesuaian dangan kepentingan kita.

Sesiapa dah daftar sebagai pemilih boleh semak dekat link DAFTAR PEMILIH. Sesiapa yang belum daftar, bolehlah berbuat demikian di Pejabat Pos berhampiran dengan membawa diri dan sekeping plastik kaler biru yang digelar 'MyCard'. Pendaftaran adalah percuma. PERCUMA!

Siapa taknak benda PERCUMA?

Kalau nak cuba guna SMS pun boleh gak. Ikuti langkah berikut.


Sekian sahaja...

PS: Slumb3r pilih mana2 parti politik memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu

No comments:

Post a Comment