31 Dec 2014

Salah Satu Skim Tersontot Malaysia

Sangat power tulisan Brader Di ni dalam blog beliau di sini.

Hari Selasa lepas ada sorang sahabat aku bertanya mengenai blog aku ni. Dia cakap susah nak cari dalam google sebab dia tak ingat nama blog aku. Aku pelik la, ape nak tau pasal blog aku. Respon dia buat aku berfikir, ade ke?

Dia nak cari post ini dan tanya pasal satu skim pelaburan yang kawan dia join. Kalau join sorang takpe, ni siap ajak-ajak orang lagi join. Hok aloh.

"Bro, guwa rasa kawan lu tu macam bermuka huduh tapi nak kapel dengan Neelofa la." Ni nasihat aku bagi kat kawan aku tu.

Skim Tersontot

Ohh, lanciau sungguh bunyi dia. Sontot ye.

Korang peratikan satu gambar screen shoot salah sorang sifu kewangan aku ni.



Nampak tak betapa tersontotnya brader ni. Nasib baik muda lagi, boleh bayar hutang tu. Kalau berhutang la, kalau tak berhutang tu lain cerita. Siyes fakap la kalau aku jadi brader ni.

Okay, takpe. Kesilapan adalah sifu terbaik. Jangan buat silap lagi.

Kenali skim tersontot anda

Skim yang kawan aku diajak masuk tu adalah skim popular sekarang. Skim tu ada sesuatu yang ikan (something fishy) yang berlaku. Banyak faktor mempengaruhi ke-fishy-an dia. Aku pernah tanya anak buah aku yang join skim tu, tapi jawapan dia kurang memuaskan kerana aku tak sampai hati nak kabor. 

"Ang pasti ka yang skim ang join ni patuh syariah?"

Tu adalah satu sebab nya. Berkisar kepada 'how do they make money?'. Aku diberitakan jika masuk skim tu ada pakej. Pakej A (mahal tapi pulangan awesome). Pakej B (sedang-sedang timbal balik risiko dengan keuntungan) dan Pakej C (murah dan pulangan sikit). Pakej C ni value dia dalam 1.9k+/-

Aku akan disclosure dan sebaik mungkin tutup nama skim yang aku kabor ni sebab aku tanak timbul fitnah sebab aku bukannya tahu 100% skim ini berjalan macam mana. Lagi satu, aku ni judgemental sikit mengenai skim pelaburan pulangan konsisten setiap bulan dengan risiko rendah.

"Al-ghurm bil ghunm"
returns are justified by taking risks

Dalam buku Understanding Islamic Finance hasil tulisan Muhammad Ayub diterbitkan tahun 2007 ada menyebut terma di atas yang bermaksud 'keuntungan datang bersama risiko'.

Senang cerita, lagi besar kerak, lagi banyak nasi. 

So, bila kome dok cerita pasal skim pelaburan yang dimaksudkan, aku jadi curious. Research punya research aku dapat tau yang:

1. Aktiviti yang dijalankan oleh syarikat skim pelaburan tersebut adalah tidak berlesen dari Bank Negara Malaysia (BNM)

Ni aku terkejut. Tapi ada sahabat seperjuangan aku share benda ni dan sahih. Tak caya? Gugel bro... Gugel...

2. Apa perniagaan yang dilakukan sehingga boleh gandakan ROI dalam masa yang singkat?

Ni anak buah aku dapat counter dan aku pun tellykan apa yang dia kabor. Memang kompeni ni ada banyak division termasuklah kelab, kedai online, hartanah, amal kebajikan, emas dan media. Tapi korang akan dapat banyak info selagi korang korek. Anak buah aku masih tak dapat meyakinkan aku terhadap soalan aku berikutnya.

3. Halalkah perniagaan yang dilakukan?

Berbeza betul skim ni dengan pelaburan 'marhaen' ramai orang lakukan, iaitu pelaburan saham dalam Bursa Malaysia. Dalam Bursa Malaysia, broker saham telah mengklasifikasikan kaunter-kaunter saham dalam Bursa Malaysia kepada dua kategori iaitu patuh syariah dan tidak patuh syariah. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia adalah badan memastikan keselamatan pelabur dalam Bursa Malaysia supaya para pelabur dan pemilik perniagaan tidak tertipu. Cerita dia, SELAMAT dan HALAL.

Mekanisma pelaburannya adalah dengan cara membeli saham yang murah dalam bentuk unit yang istimewa dan menjualnya semula bila harganya tinggi. Aku malas dedahkan nama unit saham tersebut, kalau aku dedahkan sudah terang lagi bersuluh kan?

4. Siapa mengawal nilai naik turun unit saham tersebut?

Aku pun masih lagi dalam pembelajaran mekanisma nilai saham Bursa Malaysia naik dan turun macam mana, tapi secara asasnya untuk korang faham macam ni la:

Nilai saham naik turun tu adalah 'market equilibrium' yang dipelajari masa ECO 101 diploma dulu (siapa belajar diploma UiTM mesti pernah belajar). Lebihan barangan akan menyebabkan harga turun dan kurangnya barangan akan menyebabkan harga naik. Lebih kurang macam tu la.

Tapi kalau korang beli unit saham tu, siapa mengawal turun naiknya? Kalau ada udang disebalik mee, nampak benor la menipunye.

5. Kenapa BNM tak bagi lesen untuk beroperasi?

Jawapan ini pun sedikit sebanyak membuatkan aku terfikir panjang kenapa dan kenapa. BNM tak bagi syarikat ini lesen kerana syarikat ini bukan dari Malaysia dan beroperasi di peringkat antarabangsa. Oh well, I get this point. Tapi tak rasa pelik ke? AIA Insurance, Al-Rajhi Bank dan beberapa syarikat lain beroperasi secara halal dalam Malaysia walaupun diorang ni syarikat yang melibatkan transaksi duit, juga berasal dari negara luar?

Mak aku pernah cerita pasal skim duit pesisir. Sampai beribu-ribu duitnya habis sebab masa tu akaun bank syarikat skim pesisir tu dibekukan oleh kerajaan Malaysia. Ape dah jadi bila akaun dibekukan? Tentulah pelabur-pelabur tadi tak boleh bawa keluar duit mereka laburkan dari Malaysia. Mak aku kabor, ada cara lain nak keluarkan duit tu, tapi payah sikit sebab prosesnya bukan berlaku dalam Malaysia dan melibatkan pihak ketiga.

Jadi, apa masalahnya kalau dah tahu semua jawapan tu?

Senang je. Terpulang lah dekat korang nak join atau tak. Aku masih tak yakin sebab aku tak nampak lagi jawapan rasional yang ditunjukkan oleh pengamal pelaburan ni. Ada juga sahabat aku keluar gajet beribu, sedara mara yang keluar kereta, sahabat satu opis sampai berenti kerja selepas join benda ni atas alasan untung. Oh yeah, memang untung.

Bukan tu sahaja, bahkan ada juga yang pancing dan mengajak aku dengan kata-kata:

"Eh, sedara mara kita ramai join mende ni jadi kaya,"
"Kawan aku siap melancong kut dengan dividen saham dia,"
"Adik aku kawen guna duit saham tu la,"

dan bermacam-macam lagi.

Korang kena faham benda ni. Saham, apa dia saham? Saham tu adalah membeli sebahagian perkongsian syarikat perniagaan. Dengan kata mudah yang lain, saham adalah perkongsian perniagaan.

Cara dapat duit adalah daripada saham melalui perniagaan. Ada dua cara untung daripada pelaburan saham ni, yang pertama secara dividen dan kedua adalah untung capital gain.

Nilai saham akan naik dan turun mengikut perniagaan tersebut. Contohnya macam kes Air Asia sekarang, saham dia kejap naik kejap turun sebab ramai takut nak invest sebab kes Air Asia terhempas beberapa hari lepas. Saham oil and gas pun tak stabil sebab krisis minyak dunia antara WTI dengan OPEC. Jangan tanya aku apejadah WTI dengan OPEC, malas explain.

Kesimpulan

"Most average investors seek secure, comfort and rich from their investment without realize they lack education, experience and excess money," - Rich Dad's Guide To Investing (Robert T. Kiyosaki, 2012)

"It is not risk they should be scared off, instead they should be more scared of lacking financial education," Rich Dad Poor Dad (Robert T. Kiyosaki, 2010)

"... kita perlu menerima hakikat sebarang aktiviti pelaburan mesti mempunyai risiko..." (Suzardi Maulan, 2014) 

"Duit korang, korang punya suka," (Zaidi Ismail, 2014)

"Pergi mampus dengan duit korang, aku tak bagi tahi (I don't give a shit)," (Gapo, 2014)

No comments:

Post a Comment