3 Jan 2015

Tips Memulakan Perniagaan #2

Aku masih lagi bercerita pasal memajukan diri sebagai aset utama sesebuah perniagaan. Aku nak bagi kawan-kawan aku faham yang duit modal dan pejadah lain tu boleh KIV dulu dan fokus pada pembangunan insaniah yang macam aku kabor dalam post lepas.

Ada lagi beberapa buku aku nak suggest pasal pembangunan diri ni. Antara bukunya adalah:



Tadaaaa...

Rich Dad Poor Dad yang ditulis oleh Pakcik Robert T. Kiyosaki. Kepada sahabat-sahabat aku yang dah mula muak sebab aku dok ulang-ulang nama pakcik ni, aku minta maaf. Semua sifu kewangan dan perniagaan aku baca buku pakcik ni. So, why not me?

Kenapa aku suruh baca buku ni?

1. Buku dia menggunakan bahasa Inggeris mudah difahami oleh pelajar darjah 6. Dia tak susah seperti baca New Straits Times, The Star atau Malay Mail. 

2. Kaedah persembahan yang pakcik ni tulis dalam buku dia tidak seperti buku-buku teks sekolah yang boring dan kadang-kadang susah nak praktik dalam kehidupan seharian. Gambarajah simple digunakan bagi menarik perhatian pembaca malas macam aku.

3. Mukasurat cuma 250 helai je. Buku nampak tebal sebab kertas digunakan berkualiti dan tidak memantulkan cahaya sehingga menyebabkan mata letih ketika membaca. 

4. Buku bersaiz poket dan sesuai dibaca waima ketika berak.

5. Isinya tersusun mengikut kronologi penceritaan beliau. Tak payah pening-pening sebab dia bercerita macam dalam novel biasa. Dia akan highlightkan point dan beri metafora sesuai nak terangkan point tu.

6. Buku ini praktikal dan boleh digunakan sebanyak 80% dalam kehidupan. 20% lagi adalah sistem percukaian yang dibebelnya tidak digunakan di Malaysia. Mungkin digunakan atas nama sistem yang lain tetapi aku tolak 100% sistem percukaian pakcik ni sebab Malaysia ni lain. Aku tak amek pot sangat pasal sistem percukaian ni.

7. Pakcik Robert ni mula dengan impian nak jadi kaya. Macam ko. Macam aku. Dan dia ubah mindset dia 'jangan bekerja untuk duit'. Ni aku saluttt... Sebab kalau ko bekerja untuk duit, kau akan jadi hamba duit. Kau mudah tunduk dengan duit. 

8. Ada nilai lebih besar daripada duit pakcik ni kabor. Itu adalah pengalaman. Dia belajar banyak dari pengalaman dia yang silap dahulu dan cara bagaimana dia belajar daripada kesilapan tu. Kesilapan adalah benda paling ramai orang takut. Kesilapan 100% sudah pasti. Pakcik ni ajar macam mana nak minimakan risiko kesilapan dan bagaimana bangkit dan belajar daripada kesilapan.

9. Dia kenalkan board game Cashflow 101 yang didik pemain game tu supaya urus tadbir pengurusan kewangan kendiri. Sebelum urus syarikat besar-besar, uruskan diri tu dulu. Macam aku kabor la, lengkapkan diri dengan ilmu perniagaan dahulu. Modal kecil, rugi takda. 100% untung. Matlamat game Cashflow 101 ni adalah generate passsive income lebih daripada expenses ko. Stailo dok?

10. Pakcik ni kenalkan dua buku lain selain buku dia ni iaitu Cashflow Quadrant dengan Guide to Investing. Buku Cashflow Quadrant ni menjawab soalan mengapa orang menang loteri berjuta-juta boleh bankrap. Buku Guide to Investing tu menjawab soalan, bagaimana menjadi seseorang pelabur yang menerima pulangan hebat dengan risiko minima.

Ada banyak point lain yang hebat-hebat dalam buku tu yang aku tak highlight sebab nak bagi korang baca. Tak lama aku baca buku ni. Ada lebih kurang seminggu. Buku dia ni banyak rajah dan graf. Graf carta aliran tunai orang kaya dan miskin, carta aset orang kaya dan miskin, carta pengurusan aliran tunai Syed Mokhtar Albukhari dan Donald Trump bagaimana. Terpulang kat korang nak baca atau tak.

Apa pun, aku baca sebab aku suka. Aku suka input 20% menghasilkan output 80%. Siapa tak suka kan?

Ps: Buka www.richdad.com > register percuma > main Cashflow classic > Cuba tamat game tu dalam masa terpantas. Berminat nak main board game yang ajar cara pengurusan kewangan? Jangan lupa ajak aku sekali. Tuit je kat aku.

No comments:

Post a Comment