4 Jan 2015

Tips Memulakan Perniagaan #3

Aku masih dengan pendirian dengan mulakan perniagaan dengan modal sendiri. Penting ni woi. Lupakan pinjaman TEKUN, MARA, personal loan CIMB dan lain-lain badan kewangan. Dalam buku pakcik Robert (Rich Dad Poor Dad) ada cerita pasal 1 fakta; 9/10 perniagaan akan lingkup dalam masa setahun dan daripada itu hanya 90% akan bertahan dalam tempoh 5 tahun pertama.
Watdefak!

Jangan takut risiko, tapi takutlah bila tak reti urus risiko tu. Bodoh boleh belajar kan...

Back to topic.

Bila korang dah sedar apa yang korang ada dan sedia nak letak duit, masa dan tenaga untuk dilaburkan, maka aku sarankan baca buku ini:


Ini adalah buku keramat dan kitab aku dalam perniagaan. Ini adalah asas aku kenal menguruskan satu-satu perniagaan. Aku rasa siapa pelajar diploma UiTM tak kira jurusan apa, korang mesti pernah belajar isi kandungan buku ini. Toksah menipu aku. Ni buku teks ETR 101 korang. Aku masih simpan buku ni sebagai rujukan.

Buku ni kisahnya macam mana nak mulakan sesuatu perniagaan. Penuh dengan definisi dan sifat-sifat seseorang usahawan perlu ada. WAJIB BACA!!

Buku ini juga sebagai rujukan korang membuat rancangan perniagaan yang berguna untuk cari pelabur, tunjuk kat bank, tunjuk kat supplier dan sebagai panduan kepada korang sendiri. Bak kata Malique dan M Nasir dalam lagu Mantera Beradu, "Gagal merancang, merancang kegagalan". Kadang-kadang aku buntu dengan strategi pemasaran, aku baca, buntu ketika membuat belanjawan bulanan, aku baca. Ape2 pun, sumber rujukan perniagaan aku inilah yang utama. Dalam ni siap ada sample rancangan perniagaan kut. Ape lg nak?



Ini adalah buku Tingkatan 6 Miss A. Aku rembat tak pulang-pulang. Ceritanya terus jadi harta aku la. hahaha!!

Buku ni mudah difahami kerana ianya ditulis dalam bahasa Melayu berbanding buku yang pertama tadi. Walau bagaimanapun ada terma-terma yang aku lebih gemar dalam Bahasa Inggeris kerana ianya kedengaran canggih walaupun mempunyai semantik yang sama. Contohnya seperti 'consumer behaviour'. Dalam buku ni diterjemah sebagai 'gelagat pengguna'. Kedengaran seperti kampung dan janggal. 

Selain itu, buku ni adalah sebagai timbal balik jikalau ada point-point tertinggal dalam buku pertama tadi. Kadang-kadang ada juga idea yang bercanggah. Buku pertama lebih kepada praktikaliti dan buku kedua ini lebih kepada teori. Gabung dua ni jadi kebabom la. 

Sebenarnya ada buku lagi satu yang dikenali sebagai PP2 atau Pengajian Perniagaan 2 yang dibelajar dalam Tingkatan 6. Aku tak berapa gemar buku tu sebab tu dah lebih kepada 'bagaimana menjawab soalan STPM dengan jayanya' selain, perihal koperasi, francais and I don't need to know that right now.


Buku ketiga ini adalah lebih kepada pengurusan kewangan syarikat. Buku ni ada cerita macam mana nak isi balance sheet, income statement dan macam mana nak baca dua bendalah tu. Sesuai untuk orang yang bukan berlatarbelakangkan akaun seperti aku. 

Kenapa aku kena tahu prinsip asas perakaunan walaupun ada org lain lebih hebat dalam bidang akaun yang aku boleh upah untuk dia buat? Sebabnya aku tak nak kena tipu oleh mereka. Macam pakcik Stuart Warner ni kabor, "Financial knowledge are not for accountant, it's for everyone".

Buku ni tulisan dia besar, senang nak baca disamping bersaiz poket. Dua buku sebelum ni besor nohorm sebab buku-buku tu adalah buku teks yang dipelajari dalam kelas. Buku ni pula tidak dibuat untuk menjawab peperiksaan. Daripada segi praktikaliti, buku ni awesome beb!

Kesimpulan

Bajet untuk beli buku-buku ni aku tak senaraikan sebab ini adalah cara aku buat kerja. Aku suka effort 20% dan hasil 80%. Lepas dah ada knowledge daripada buku-buku ni, adalah sesuai untuk dipraktik dengan letak modal dan usaha ke arah perniagaan yang korang minat. Cara terbaik lain adalah mencari sifu. Itu adalah kaedah paling efektif. Aku sendiri pun ngah cari-cari sifu buat printing. Aku ada sifu aku, tapi tak salah untuk belajar cara lain buat bisnes kan? Tak gitu?

No comments:

Post a Comment