Percaya atau tidak, aku memang
susah nak percaya kat orang kalau bab-bab duit ni. Kalau nak ambil cakap orang
bulat-bulat dan percaya terus, itu bukan cara aku. Keluarga aku pun dah ramai
kena tipu, bisnes bankrap, hutang berkepuk dan macam-macam lagi yang boleh buat
sesetengah kau jadi gila sebab kena pressure dari kiri dan kanan. Semua sebab duit.
Rajinkanlah diri anda dengan
membaca kerana membaca penuhkan ilmu. Membaca apa? Membaca sejarah dan
buku-buku berkaitan duit. Korang akan lebih faham mengenai pengurusan duit dan cara bagaimana untuk meminimakan risiko kerugian pada masa hadapan.
Kisah sahabat aku di Paris, Perancis.
Budak opis aku namanya Joel. Dia
pernah melancong ke Paris tak berapa lama dahulu. Dia cakap Paris takda ape
yang best. Cuma ada besi buruk tengah-tengah bandar tu yang buat bandar tu jadi
menarik. Keliling menara tu bersepah penipu-penipu.
Aku pelik, penipu? Penipu tu buat
apa?
Penipu tu tipu menggunakan
sejenis permainan cawan dan bola. Mamat A (si penipu) akan setup gelanggang
sekitar kawasan menara besi tu dengan cara meletakkan meja beserta 3 cawan dan
satu bola sebesar saiz guli.
Cara permainan sangat simple.
Mangsa hanya perlu teka bola itu berada di cawan yang mana selepas mamat A ni
shuffle cawan tu atas meja. Sebelum shuffle, dia akan tunjukkan bola tu ada di
dalam cawan mana.
Mamat A ni akan shuffle 3 cawan
tu secara rawak. Mangsa akan teka. Tekaan terebut akan disertakan dengan duit.
Pada tekaan pertama mangsa akan dibiarkan menang. Duit akan berganda. Menang
lagi dan menang. Sehingga pada satu tahap (duit diletakkan dalam taruhan jadi
banyak), mamat A ni akan guna cara kotor untuk menang permainan itu. Bila dah
kalah, dia cabar lagi. “Baru sekali kalah, takkan nak back off? Cubalah lagi,
mana tahu menang.”
Mangsa akan terpedaya dengan
cabaran tu dan letak duit lagi. Main lagi. Menang 3 kali secara konsisten dan kalah
sekali dengan duit yang banyak. Last-last tak balik modal.
Di akhir cerita Joel, “Paris tak
best, lebih kurang KL je.”
Skim Ponzi
Siapa yang internet geek mesti
dah terdedah dengan skim Ponzi ni kan? Skim pelaburan
yang melibatkan pulangan dividen yang dikaut daripada wang yang dilaburkan pelabur
baru dan bukan daripada keuntungan perniagaan. Skim Ponzi menawarkan keuntungan
jangka pendek yang tinggi untuk menarik pelabur baru, di mana wang mereka
diperlukan untuk membayar dividen kepada pelabur lama. Cycle tu
berulang-ulang sampai infiniti atau sampai kantoi dgn BNM.
Dividen
dibayar, yup... Dibayar. Jangan risau, semua dibayar. Tapi part mana duit tu
datang, orang masih blurr. Kena fikir juga tang situ. Nak tau lebih lanjut,
gugel la. Baca satu-satu dan nilaikan.
Tahap Pelabur
Ada 5 tahap pelabur yang boleh dikesan
seperti yang ditulis oleh Robert T. Kiyosaki dalam buku dia, Cashflow Quadrant.
Tahap-tahap tersebut menunjukkan tahap kepandaian terhadap pengurusan kewangan
setiap individu. Aku nak terangkan sikit je bagi terang kepada yang masih gelap
dan malap.
1. Zero-
financial intelegence level.
Ada terma paling best dalam kategori
ni. Sub-zero investor. Tak kira apa skim pelaburan dia masukkan, konfem dia
FAILLL! Ini disebabkan dia kurang celik mengenai pengurusan kewangan, contohnya
perbelanjaan melebihi pendapatan.
2. Savers are
loosers level.
Kategori ni up sikit dari zero
financial intelegence level sebab dia pandai. Tapi ape silap dia, melabur pun
masih rugi. Dia menyimpan, tapi masih rugi. Dia melabur, pun masih rugi.
Contohnya seperti pelabur dalam skim cepat lingkup. Mula-mula untung, tapi
akhirnya rugi.
3. “I’m too
busy” level.
Ni adalah pelabur yang level-level
macam aku gak. Jenis malas nak fikir dan serahkan pada ASB, mutual fund,
penasihat kewangan dan lain-lain. Aku jenis tak suka semakkan kepala otak aku
untuk benda yang boleh membuatkan aku hilang fokus pada kerja.
4. “I’m
Professional” level.
Golongan pada tahap ini adalah
golongan yang menguasai 100% pelaburan sendiri. Dia tahu mana nak letak duit
dia supaya memberi pulangan maksimum dengan risiko minimum. Boleh dibuat, tapi
semua based on pengalaman dan ilmu yang cukup.
5. Capitalist
level.
Level ni paling power. Contoh ada
berlambak. Antaranya adalah Tan Sri Syed Mokhtar, Tan Sri Dato' Vincent Tan,
Ananda Krishnan dan ramai lagi yang feymes. Mereka menggunakan OPM sebagai
modal untuk membesarkan perniagaan mereka. Mana nak dapat OPM? Tu... Bursa Malaysia.
OPM tu Other Peoples Money yang mana duit tu banyak daripada golongan 2 dan 3.
Semestinya banyak cabaran dan dugaan mereka nak sampai level ni. Tapi paling
asas adalah celik pengurusan kewangan dahulu. KNOWLEDGE!
Kesimpulan
Tak kesahlah nak melabur dalam apa jua
skim pelaburan. Tapi jangan kaburkan mata anda dengan duit berkepuk secara
konsisten. Belajar sekali macam mana duit tu beroperasi. Tahu mana datangnya
duit dan keluarnya duit. Didik diri tu baca buku yang lebih kepada beri
pendedahan tentang pengurusan kewangan. Cari juga macam mana skim cepat kaya
beroperasi untuk elak ditipu. Mula-mula ye untung, pas tu?
Aku memilih jalan susah sikit. Jalannya
panjang tapi kesudahannya pasti. Aku banyak baca biografi usahawan dan pelabur
terkenal. Macam mana mereka jatuh, itu akan aku elakkan. Cari juga persamaan
antara mereka dan ikut. Dalam masa yang sama, duit aku dilaburkan untuk ilmu.
Tak rugi.
Tanya kat diri korang, siapa mentor
kewangan korang? Dia ada ikut skim tu tak? Dia ada buat ini atau itu tak?
Selidik kenapa diorang pilih jalan sendiri.
When
the offer are too good to be true, it is too good to be true.
Terpulang kat korang nak uruskan duit
macam mana, dah duit korang kan.
No comments:
Post a Comment