Aku menulis benda ni sebab aku tahu kawan-kawan aku ada yang
rasa diri diorang dah berjaya dengan gaji RM2500, RM3000, bahkan ada yang
sudah bergaji RM4000. Tapi harus diingat, duit tak kekal lama.
Robert T. Kiyosaki ade tulis dalam buku dia, Rich Dad Poor
Dad pasal kaya. Dia perkenalkan kat aku satu istilah lagi. Istilah MEWAH
(wealth). Kalau ikut semantiknya lebih kurang sama dengan kaya (rich), tapi
memang berbeza antara mewah dan kaya. Orang kaya tidak semestinya mewah dan
orang yang mewah tidak semestinya kaya. Itu kena faham.
Kekayaan diukur melalui berapa banyak duit dan aset yang dia
ada. Tapi kena fikir balik, duit dan aset tidak kekal lama. Jadi, di situlah datang
terma mewah. Mewah pula diukur melalui masa. Berapa lama masa boleh bertahan
tanpa bekerja (membanting tulang siang dan malam) dengan duit atau aset yang
sedia ada. Nampakkan perbezaan antara dua tu. Jadi, mana satu pilihan korang?
Kaya=duit banyak.
Mewah=masa lama.
Berbalik pada tajuk kat atas iaitu matlamat kewangan, aku
ringkaskan sikit supaya korang faham. Pada yang dah tau pun, mungkin aku boleh
bantu untuk korang lebih mendalami dan buat matlamat korang lebih spesifik.
Matlamat kewangan tu terpulang kepada setiap individu apa
yang dia nak letak. Ada yang nak pergi haji sebelum umur 30, ada yang nak beli
kereta RX-8, ada juga nak buat kawen. Aku bagi contoh untuk diri aku supaya
korang mudah faham.
Aku target nak kawen, tapi berapakah jumlah duit yang perlu
aku kumpul? Berapa lama nak kumpul? Macam mana nak kumpul? Kalau target nak
kawen bulan 6, aku cuma ada masa lebih kurang 6 bulan je lagi. Target kumpul
10k. Aku dah kerja gaji RM3000 (anggaran lah ye, bukan betul pun), tapi berapa aku nak kena simpan?
Pengiraannya macam ni:
Katakanlah aku dah ada komitmen kereta, which is 35% off my
salary (RM1050). Aku juga dah bagi mak aku, adik dan dah standby duit
buat ibadah korban tahunan dalam 10% gaji aku (RM300). EPF dan SOCSO dah tolak
siap-siap 12% (RM360). Jadi, berapakah baki yang tinggal kat aku?
RM3000-(RM1050 + RM300 + RM360) = RM1 290 ç Baki tinggal. Ini adalah amaun yang perlu digunakan untuk hidup selama sebulan disamping simpanan. Tapi sifu-sifu aku kabor, simpan dulu, baru guna. Jadi SIMPAN la dulu.
Kalau nak kawen bulan 6 kena ada 10k (sekarang bulan 12),
berapakah duit simpanan aku perlu simpan?
RM10 000 bahagi 6 bulan = RM1 666.67 ç wow, tak mampu la nak
kumpul 10k dalam masa 6 bulan dari baki komitmen RM1 290 tu. Urgh... Dah tak
mampu kan, takkan nak teruskan.
Jadi aku pun ubah strategi. Ubah. Ubah jangka masa kumpul.
Jadikan 2 tahun (tahun 2017 la kawen).
RM 10 000 bahagi 24 bulan = RM416.67 ç Ni adalah angka mampu, ada baki lagi RM 873.33
Persoalannya kenapa 2 tahun, bukan setahun? Mai tengok
pengiraan ni:
RM10 000 bahagi 12 bulan = RM833.33 ç Mampu hidup dengan RM456.67? (RM1 290 – RM833.33)
Kalau mampu hidup dengan berbekalkan RM456.67, dipersilakan.
Tapi kena berbajet ketatlah sebab sekali kalau tersilap bajet, makan megi la
bulan tu. Tu belum letak belanja transpot, belanja lunch lagi. Sekarang ni pun, belanja barangan dapur aku sebagai bujang pun dalam
RM 200 sebulan. Alahai, ni dah nak jadi cerita berjimat cermat. Nanti aku
cerita pasal tips jimat cermat la pulak.
Kesimpulannya
Berdasarkan analogi aku tu, ada beberapa point aku nak
highlight. Antaranya adalah:
1. Matlamat kewangan haruslah jelas dan terperinci.
Kalau nak beli kereta, kereta apa, berapa
ringgit kena keluar tiap2 bulan, berapa riba’ kena bayar, berapa lama nak
hutang, roadtax, insurans, minyak dan tol kena bayar juga. Kena perhalusi
satu-satu.
2.. Matlamat kewangan haruslah boleh dicapai.
Kalau dah tak mampu capai, ubah
matlamat tu. Bagi satu matlamat yang boleh dicapai oleh diri sendiri. Ukur baju
dibadan sendiri, tak payah ikut orang. “If it is to good too be true, it is too
good to be true."
3. Kenalpasti keutamaan.
Kalau rasa bercuti itu penting,
letak dalam bajet. Kalau rasa beli beras lebih penting dari beli aiskrim pun
letak dalam bajet. Takda apa yang lebih penting daripada keutamaan.
4. Berdisiplin mematuhi matlamat.
Bab ni aku pun ingatkan diri aku
juga sebab selalu sangat over budget. Contohnya pergi BBW hari tu. Tak plan pun
masa awal bulan dulu, tau2 pergi je. Melayang RM45 aku... Sedihnya.
P/s: Angka 10k tu anggaran je sebab nak kawen kena g merisik
dan tahu berapa pihak perempuan letak. Bila dah tahu, baru boleh bajet masa dan
bajet duit.
No comments:
Post a Comment