3 Mar 2015
Ragnarok Online 2: Lagend of the Second
Hoooriii shit...
Okay, aku baru jumpa Ragnarok Online 2 ni kat youtube. Aku dah boring main game yang sorang-sorang, Jadi aku gugel beberapa perkara pasal MMORPG ni. Aku malas nak main DOTA2 atau LOL sebab player dia limited satu-satu game. Lepas tu masa tengah lawan, tak boleh pause (aku tak tau la boleh ke idok, tapi aku rasa tak boleh pause) dan itu buat aku annoying sikit.
Sejarah aku dengan RO ni lama gila beb. Tahun 2001 atau 2002 dulu-dulu. Masa aku sekolah rendah nak naik menengah dan internet masa tu masih guna tmnet 1515. Lama gila. Masa tu ada 5 orang main game ni dalam kelas. Aku, Edika, Fendi, Din dgn Enn. Tapi kaki lepak CC, kaki ponteng sebab main game, kami-kami la. Masa tu CC sebelah kedai letrik hala ke Taman UPC tu ngah top. Situ la kami lepak. I truly missed those days of counter strike, RO, Red Alert 2 dan benda-benda bodoh kitorang buat.
Anyway,
RO ada buat comeback dalam tahun 2013, aku tak pasti 2012 atau 2011. Dalam tahun tu la. Masa tu aku dah kurang main RO ni. Kalau main pun kat server Trinity. Tapi banyak BOT dalam tu. Macam bangang. Boring. Real player tak ramai pun. Ada pun bersepah masa WoE je. Aku betul2 rindu masa WoE masih BETA dulu. Gempak siut. Masa tu aku rasa game ni la paling lahanat best. MMORPG masa tu tengah nak up, game ni yang datang dengan majalah Gempak dulu. Aku ingat lagi. Diorang bagi CD percuma. Aku install kat rumah. Tapi kurang thrill sebab member takde. So, CC adalah jalan terbaik masa tu.
MMORPG Concept
MMORPG bermaksud, Massively Multiplayer Online Role Playing Game.
Bila sebut massive tu, memang ramai gila la orang yg main dalam tu. Aku tak tahu berapa ramai, tapi masa RO ngah free dulu, ada dua server, Chaos dengan Loki. Player dalam tu beriban bhaaaiii!!... Tapi masa tu tengah free la. Bila dah bayar, aku pun berhenti main. Cam bangang je bila dah bayar.
Secara asasnya RPG punya game main secara leveling, pukul-pukul binatang dan jadi power. Experience dikumpul dan unlock level untuk jadi power.
Ada sistem dungeon, acah2 macam main Skyrim, Diablo dan seumpamanya. Ada sistem senjata, dan macam-macam lagilah.
Rangnarok Online Dulu-dulu
Dulu punya kes, RO lebih kepada MMORPG secara asli. Tak banyak ciri-ciri menarik yang ditawarkan. Secara rumus, dulu ramai main game tu macam ni:
Pukul binatang > Naik level > Tukar klass pekerjaan > Cari barang power > Jadi kaya @ buatlah ape kau nak
Tu setakat aku tengok kawan-kawan aku yang mainlah. Tapi sebenarnya banyak lagi ciri-ciri lain yang boleh diteroka dalam game tu selain yang selalu orang main dalam tu. Antaranya adalah:
1. Sistem dungeon.
Ni macam tapak leveling la. Ada banyak dan bersepah. Antara yang popular, Payon Dungeon, Ant Hell, Orc Village, Prontera Sewer, Byalan Island Dungeon, Pirate Ship Dungeon dan lain-lain. Ada banyak dan bersepah dalam game ni. Kau boleh pergi mana-mana kau suka sama ada untuk leveling, quests atau saja lepak-lepak cari jodoh.
2. Sistem Klass Pekerjaan
Ni antara sebab kenapa ramai orang main. Sebab sistem pekerjaan dalam game yang pelbagai. Mula-mula game dulu ada sikit je. Ada klass asas seperti Novice. Kemudian pemain didedahkan dengan klass pekerjaan biasa seperti Swordman, Magician, Archer, Merchant, Acolyte dengan Thief. Tu common. Lepas dah power, pemain boleh tukar klass jadi:
Swordsman > Knight
Magician > Wizard
Archer > Hunter
Merchant > Blacksmith
Acolyte > Priest
Thief > Assasin
Tu sistem lama. Kemudian diperbaharui dengan klass lain seperti:
Swordsman > Crusader
Magician > Sage
Archer > Bard/Dancer
Merchant > Alchemist
Acolyte > Monk
Thief > Rogue
Ada update lagi lepas tu. Klass baru. Lagi kompleks cam babi. Klas-klas yang aku maksudkan macam ni:
Knight > Lord Knight
Wizard > High Wizard
Hunter > Sniper
Blacksmith > Mastersmith
Assassin > Assassin Cross
Priest > High Priest
Crusader > Paladin
Sage > Scholar
Bard/Dancer > Minstrel/Gypsy
Alchemist > Biochemist
Monk > Champion
Rogue > Stalker
Lepas tu last update seingat aku sebelum aku berhenti main dulu macam ni:
Lord Knight > Rune Knight
High Wizard > Warlock
Sniper > Ranger
Mastersmith > Mechanic
Assassin Cross > Guillotine Cross
High Priest > Arch Bishop
Paladin > Royal Guard
Scholar > Sorcerer
Minstrel/Gypsy > Maestro/Wanderer
Biochemist > Geneticist
Stalker > Shadow Chaser
Champion > Sura
Haaa... Antara kenapa aku berhenti sebab ada klass mengarut macam:
TaeKwon Kid > Soul Linker/ TaeKwon Master
Ninja > Kagerou/ Oboro
Gunslinger
Super Novice
Kaaaannnn! Cam bongok. Banyak skill dan benda boleh explode kalau suka sistem klass ni. Dah la nak tukar klass ada ujian dan tugasan kena buat. Paling terbaik la masa tu aku ingat kena tunggu turn nak tukar klass dari Mage ke Wizard. Babi sial tunggu turn pukul 2 pagi. Nasib baik lepas. Masa tu memang ramai gila
3. Sistem ekonomi.
Sistem ekonomi dalam game ni antara yang terbaik aku pernah jumpa dalam mana-mana MMORPG. Aku suka masa server Chaos, Loki dgn War Of Emperium (WoE). Masa ni semua orang nak jadi kaya. Jual kad, senjata, perisai bagus-bagus siap dengan refine. Power beb masa ni. Dah la dungeon bersepah sebab ada satu kes, Piramid Underground Dungeon bersepah sebab orang nak kad Minorous sebab kad dia boleh jadi power kalau lawan Munak. Aku tak berapa ingat masa tu. Sebab kecik lagi, bukan paham sangat pasal ekonomi dia tu.
4. Sistem binatang perliharaan.
Sistem ni sama macam kes Alchemist bela homunculus, tapi Alchemist ni buat pet dia sendiri dan pet dia boleh serang. Power siut... Aku ada klass ni satu dulu.
5. Peta dunianya luas
Banyak bandar boleh jelajah, Kalau nak mencabar, boleh jalan kaki je dari satu tempat ketempat yg lain. Kalau nak cepat, boleh mintak Kafra hantar. Pilih... Pilih...
6. dan banyak-banyak update lain.
Bersepah. Aku nak cerita satu-satu pun tak boleh. Diorang siap buat Wiki kot pasal RO ni. Kalau nak tengok, mai usha Rate My Server yang mana spesifik untuk RO fan.
Aku enjoy biase-biase je ngan game ni, tapi takde la obses pun. Aku enjoy dengan kawan-kawan yang main game ni sama-sama. Ada dah geng main game aku ni jadi bapak. Tengok aje Edika tu. Untuk yang lain, susah nak cakap. Tapi tak tahu la pula diorang stop gaming lepas jadi matang ni atau masih bermain sampai sekarang.
Aku masih lagi main game, tapi genre aku banyak dah tukar. Aku lebih gemar RTS dan strategi. Aku suka game yang berfikir. Action tu boleh la, Tapi terhad sebab aku punya komputer dah downgrade. Pakai laptop, sebab PC aku rosak. Tak tahu nak betulkan bila. Hahaha...
Aku ingat nak buat comeback la dengan RO 2 ni, tapi server kat Malaysia dah tutup. Katanya tak dapat sambutan. Bodoh betul. Bukan sambutan la, kurang promosi. Aku dapat tahu pun dah 2 tahun lepas server Malaysia ni tutup. Cuba market macam dulu-dulu, letak kat majalah Gempak, bagi CD free. Konfem power.
Aku yakin, ramai dah RO player ni rindu game ni. Aku pun rindu. Tapi private server dia hidup segan, mati tak mahu. Sunyi je. Ramai dah jadi bapak-bapak dan mak-mak, terus tak main. Kalau tak main, cube turunkan skill tu kat anak-anak. Mana tau ada generasi lain main...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment