Sedap gila lepas mandi. Aku tak balik rumah. Stay office. Motor rosak. Malam ni cadangnya nak siapkan website Shenget pas tu nak tido kat surau office ni je.
Back to topic.
Petang tadi brader FR ade share satu benda yang bernas. Sound tepek pada orang Melayu yang malas. Aku sendiri baca terbakar beb. Alhamdulillah aku tak sampai level macam tu lagi. Aku sedar dah lama benda ni. Dari aku grad lagi. Aku tahu dan aku nampak orang yang fresh grad macam aku ni struggle gila untuk survive dalam dunia penuh cabaran sekarang. Dengan GST tak lama lagi, harga barang naik, ekonomi tak menentu dan cabaran ditempat kerja. Sedikit sebanyak aku dapat filter mana satu okay dan mana satu tak.
Keluarga aku support dan ada yang kekal dengan mentaliti Melayu kampung walaupun dah lama duduk bandar. Melayu pemalas yang kerjanya menyalahkan orang lain sahaja.
Tiga buku karya pakcik Robert T Kiyosaki telah banyak merubah dan mendidik aku supaya menjadi makhluk yang cerdik kewangan ditambah buku karya penulis tempatan yang rata-rata aku panggil sifu aku. Superb beb. Aku rasa aku makin cerdik bab bab kewangan.
Lepas tu cerita semalam.
Aku ditimpa musibah masa nak pergi kerja. Pagi pukul 8 motor aku tersadai berhampiran persimpangan Altantuya di jalan Puncak Alam. Memang suwey. RM900 aku kena ketuk. Harap-harapnya lepas ni motor aku okay dan tidak bermasalah.
Semalam juga aku menyemak semula akaun Shenget Store dan rupa-rupanya transaksi kami lakukan sepanjang berniaga ini sudah masuk ribu raban. Duit keluar masuk tu memang mengejutkan aku. Cash flow aku masih lagi kawal. Aku memang ikut sebiji ape yang pakcik Robert tulis dalam buku dia berkenaan membangunkan syarikat sendiri.
Sepanjang aku dengan Shenget Store, banyak perkara yang mematangkan aku dan Miss A. Dari segi hubungan sosial kami, rohani kami dan juga ekonomi. Paling banyak rohani dan ekonomi. Agama dan harta tidak dapat dipisahkan dan bersangkut paut antara satu sama lain. Terima kasih kepada brader Suzardi Maulan, buku dia tajuk Rancang Wang Dari Sekarang banyak menyedarkan aku kaitan antara agama dan harta.
Patah balik pasal brader FR, quotes dalam status FB dia aku share kat sini.
Memang pedasss...
Aku tak nafikan, kadang-kadang aku pun bernafsu dengan besi seperti kereta. Bahkan sampai satu level, aku rasa kereta tu satu keperluan. Contohnya macam sekarang. Tarpaksa tido kat opis. Sebab the one and only transpot aku adalah motor. Walaupun kos maintain dia rendah, tapi sampai tahap macam ni, aku baru tahu aku perlukan secondary transpot.
Tapi aku tahan.
Banyak benda lagi yang korang boleh selami apa yang dia tulis. Pada yang dah terlambat tu, jangan risau, peluang untuk menjadi jutawan banyak walaupun umur dah meningkat. Contoh terbaik, Colonel Sanders KFC tu. Tua-tua pun tak jadi penghalang. Pada yang muda, aku malas nak explain. banyak lagi korang boleh belajar.
Lagi satu benda aku nak share, kata-kata bernas dari seorang partner in crime aku yang bersama memberi nasihat pada bisness aku. Liku-liku hidup dia sangat kompleks. Aku respek dia sebab dia
Aku ada filter sikit apa dia cakap sebab banyak carutan tak sesuai untuk bacaan umum. Kah kah kah!
"Jalan yang kita jalan sekarang, laluannya pedih.
Orang akan mengata, akan tikam belakang, akan buat literally, physically, abusively, mengancam kita walau kita tak buat apa-apa kat diorang.
Aku ingat lagi kau kate bam.
Jangan sampai grad takde member ucap tahniah.
Well, aku terpaksa telan jadam pahit tu sekarang.
Sini ada 6500 student.
I'm always ready even infact 6499 student disagree with me. Since 6499 ni lah geng 'sotong bestseller'.
Diorang tak baca Plato's The Republic. (Aku nak claim buku ni mase cuti ni kat Kino gune baucar buku. Hehhehhehe)
Diorang bangkang aku habis2san bila aku kate diorang takde intergriti pegi tukar baucar buku rm250 dengan cash rm200 dari gengster cha ya nun alif.
diorang fucked aku upside down sebab aku tak sembang borak kosong macam orang lain sampai 3 pagi sembang kencang, tekel awek, lect teruk etc.
Diorang kate part 1 tak buat keje cam aku, melebih2 sangat.
Heck, aku balas balik, der, aku dah sampai part 7 dulu der. What do you expect? My friends are lecturers, I know what they want. I deliver what they want to them.
Aku bash sifat orang melayu habis2san kat diorang. Aku siap cakap, these Malays i bashed included my families, your parents, your siblings and yourself. Well, you invited me to your party, what do you expect? Compliments?
After awhile, these past few months, teach me to see world from a another new perspective.
Just.do.it.
You see, proud and riak adalah 2 bende berbeza.
Bila kita buat sesuatu yang bagus; duduk depan sekali dalam kelas, datang awal, buat kerja awal, study awal, kita dicop poyo, riak, menunjuk and such.
What they don't realize, these things will make you proud of yourself; doing something good for yourself and feel good.
Most Malays perceived feel good ni bila dapat awek lawa, duit berkepuk2, naik pangkat, anak khatam Quran (habis baca sekali je, pahamnya tidak), dapat baby comel and such.
The best feel good comes when you're doing something you like and its beneficial to you and others.
Bila kita feel good, otak akan rembeskan hormon dopamine & adrenaline, which cause us stick to that thing (becomes a habit or get addicted).
So make sure ko feel good dengan doing something good.
Bukan pegi tebuk anak dara orang sana sini lepastu cerita GST menyusahkan."
Aku memang nak jadi hati kering macam Pakcik Zaidi. Insya Allah, aku akan jumpa dia dalam bulan hadapan untuk financial consultation. Moga-moga dia dapat beri nasihat untuk aku gunakan dari segi pentadbiran syarikat dan kewangan peribadi.
Aku ada plan besar dan plan tu kadang-kadang berubah mengikut peredaran dan kematangan diri. Hahaha! Cam lahanat ayat aku. Ceh!
Anyway, kepada kawan-kawan aku yang masih dibuat mimpi yang indah disamping mempunyai besi-besi yang mahal nilainya tu, fikir-fikirkanlah semula. Bukan maksud aku suruh jual besi tu. Miss A pun ada besi dia, besi dia tu hasil kongsi duit antara 2 individu yang sponsor dia masa dulu. Harga besi tu tak sampai RM 1000. Belinya cash. Jadilah. Function dia pun bawak keluarga bergerak. So far, dapat la juga berulang kampung ke KL dengan tu. Takda sangkut masa drive jauh. bawah RM 1000. Antara nak dengan tak je. Korang pilih.
Aku bukan anti geng-geng besi, tapi anti pada orang yang sanggup ber-besi dari memgumpul harta. Ada beza tu beb.
Guwa bangga dengan Miss A. Dia dapat buktikan hidup tanpa kerja tetap dulu pun, dia masih boleh survive.
Kalau nak duduk berbincang dan bersembang dengan aku pasal pelaburan, cara nak tambah pendapatan dengan nak kumpul harta, meh kita sembang. Kalau ada idea bisness yang perlukan orang realistik dan optimis punya analisis, bak datang lah. Aku boleh je bersembang ilmiah dengan korang.
Whatsapp aku anytime. Aku ada masa, aku layan... Keh keh keh!
Dah la, fikir la sendiri mana baik, mana buruk. Aku nak sambung kerja.
No comments:
Post a Comment