25 Feb 2013

Review buku Kolonial Mimpi


Slumb3r jadi pembaca dah. Dah lepas tahap pembacaan normal tipikal rakyat Malaysia. Dah lepas 2 buku setahun. Ohseemnye rasa.

Kali ni cerita pasal buku Kolonial Mimpi yang digarap dari penulis Sahidzan Salleh dan diterbitkan syarikat Abam Aisa Linglung, Lejen Press. Kalau nak follow twitter penulis, followlah . Dia ni penulis baru. Katanyalah. Hari tu Slumb3r sengaja unmensi tuit buku Kolonial Mimpi:

Jadi nak pendek cerita, adalah sedikit kritik buku Kolonial Mimpi ini. Tapi kalau ikut hakikatnya, bukan salah penulis, ini mungkin salah editor atau... Teknikal (klisenya). Tapi Slumb3r percaya, hanya dalam cetakan pertama sahaja buku terbitan label alternatif ini ada masalah, selepas itu semua okay. Buku ni cetakan pertama September 2012. Panas lagi. Baku keluar oven.



Ni cover bukunya. Mudah dan lebih abstrak dengan corak camo di muka depan. Perfect binding sebagai tulang buku. Materialnya yang pasti bukan simili 80gsm la kot. Sebab kertas dalamnya kekuningan macam kertas ujian bulanan sekolah. Kertas recycle la kot. Ringan walaupun agak tebal. Tiada finishing yang power seperti laminate gloss atau UV coating bagai. Simple.

Kat belakang buku ini ada ruangan sinopsis korang beli dan baca sendiri. Tapi sinopsis yang Slumb3r tulis ini bukan penuh sebab rasanya korang kena beli buku yang betul untuk ketahui akhir ceritanya.

Buku ini menceritakan perjalanan hidup Hairi yang berkerja sebagai pustakawan asalnya. Di awal buku ini menceritakan Hairi tersedar dari lena (kot, malas nak semak balik betul ke tidak) dalam sebuah hotel di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Latar masa dalam buku ini adalah tahun 2066. Permulaan cerita agak sakastik kerana jelas menceritakan apa yang berlaku depan mata kita. Bab satunya menceritakan huru-hara yang berlaku dalam Kuala Lumpur kerana golongan anti kerajaan sedang berkumpul dam mengadakan demonstrasi untuk memansuhkan sistem raja berpelembagaan. Raja umumkan darurat. Selepas darurat, Hairi terperangkap dalam KLIA untuk pulang ke Sabah, tanah airnya.

Bila hampir masuk bab tiga, ceritanya makin menarik. Demonstrasi tadi melihatkan kerajaan Malaysia seperti zalim kerana tidak menghiraukan tuntutan mereka. Ianya berlarutan sehingga negara luar Amerika datang kononnya menjadi hero menyelamatkan rakyat Malaysia (sama ironinya kes Libya).  Tentera diRaja Malaysia kalah teruk dalam masa enam hari selepas diserang oleh tentera Amerika yang jauh lebih maju dari Malaysia.

Hairi dan Kamal (kenalan di hotel) tinggal sementara di flat Jingga rumah si Kamal. Hairi pengsan selepas tentera Amerika melancarkan serangan keatas Malaysia. Bom jatuh depan flat. Bila Hairi sedar, dia berada dalam zon merah, zon larangan. Dia ditanggap dan dimasukkan dalam penjara kerana disyaki menjadi tentera diRaja. Dalam penjara kenal Malik. Mereka bebas setelah hampir setengah tahun dalam penjara. Malik bekas tentera diRaja dan pakar penembak tepat.

Selepas itu, Hairi pulang ke kampungnya di flat Seri Indah, Sabah dan berpisah dengan Malik di Kuala Lumpur. Secara tidak disangka mereka berjumpa kembali di Sabah. Hairi menjadi ahli TPM yang berjuang membebaskan Malaysia dari penjajah Amerika di Sabah.

Pertemuan bagaimana Malik bertemu dengan Hairi? Siapa perempuan misteri berbau lavender dalam mimpi Hairi? Apakah nasib Hairi dalam misi pertamanya? Bagaimana TPM Sabah melakukan misi-misi yang mencabar dengan kekuatan ahli kurang 10 orang? Berjayakah mereka menemui si pengkhianat bangsa dalam gerakan TPM Sabah? Kenapa Hairi tidak merasa sakit walaupun ditembak? Siapakah Hairi sebenarnya?

Semuanya ada dalam buku Kolonial Mimpi ini dengan harga RM 17 di Kedai Buku 1 Malaysia. Kedai lain takda ye. Harap Maklum.

Lagi satu... Buku ni ada unsur-unsur Satu Malaysia.

6 comments:

  1. adakah guna kertas daripada jenis paperback? sebab kalau tak silap kebanyakan buku indie guna paperback kan? betulkan saya kalau salah.

    ReplyDelete
  2. Haa.. betuilah tu.. paperback... terlupa plak nama dia... ahahaha...

    ReplyDelete
  3. tau dek madam zaiha ghafar tak ingat paperback mau kena kejar satu faculty ni

    ReplyDelete
  4. "adalah sedikit kritik buku Kolonial Mimpi ini. Tapi kalau ikut hakikatnya, bukan salah penulis, ini mungkin salah editor atau... Teknikal (klisenya)." Apa yang bermasalah dari segi teknikal? Boleh terangkan 'ikut hakikatnya' itu?

    ReplyDelete
  5. oo... boley je.. Mungkin dari segi teknikal macam ni... Editor 1 edit manuskip pass kat editor 2... editor 2 guna word 2003, editor 1 guna word 2010... kadang2 ada masalah compatibility dalam document tu... kadang2 terlebih spacing, kurang margin sebagainya... Mungkin... Tak boleh salahkan editor kalau terlepas pandang... Sy kritik sebab perenggan panjang sangat... Tu je..

    ReplyDelete
  6. cam spoiler je tajuknya...hehe

    ReplyDelete