Sha Atom adalah nama manja Tom, Kucing Harun. Kucing Harun
ni popular dalam kalangan penduduk Kampung Matang Kunda. Kemana saja dia pergi,
pasti ada kesannya. Di sofa, kerusi, meja, tiang, pasu bahkan di longgokkan
guni baja sawit orang kampung pun ada kesannya. Ya kawan-kawan, kesan KENCING!
Sha Atom kucing handalan kampung. Selain aktiviti hariannya
iaitu kencing merata, beliau juga otai dalam hal hal pergaduhan merebutkan
Minah, kucing Pak Manan Jawa dan banyak kucing betina lain. Banyak sudah kucing
jantan lain tumpas ditangannya. Dia sangat hebat sehingga boleh mengumpulkan
gangster-gangster kucing Matang Kunda dan membentuk satu persatuan kongsi gelap
bergelar “Gagasan 1 Kucing” atau lebih popular dikenali G1K. Beliau ‘claim’
yang idea 1 Malaysia itu mereka punya dan bukan Pok Jib. Nasib baik Pok Jib
bukan sebangsa dengannya, kalau tidak pasti rabak dikerjakannya.
Tapi kehebatan Sha Atom itu tidaklah lama. Beliau digelakkan
oleh Nen Tiger, Mat Labu, M. Jibeng, S. Kilau dan kucing-kucing gangster yang
lain kerana kebodohannya satu hari di tepi masjid. Kejadian itu merupakan titik
hitam bagi Sha Atom, si kucing gangster.
Jarang sekali berlaku, tapi hari itu Pak Harun terlambat
beri makan kepadanya. Pak Harun sakit perut akibat cirit birit selepas
kenduri Pak Manan Jawa semalam. Sha Atom
tahu sebentar lagi tuannya akan pergi solat Jumaat di masjid depan rumahnya.
Biasanya beliau diberi makan sebelum tuannya pergi ke masjid. Tekaan beliau tepat.
Pak Harun segera memberinya makan dan bergegas untuk ke masjid.
Selesai makan, Sha Atom mencari tempat untuk berehat dan
menjilat bulunya. Dia mempunyai satu ‘port’ tidak jauh dari rumahnya iaitu di
bawah bangku taman dalam kawasan masjid. Tanpa berlengah, dia pun bergegas
kesitu. Direbahkan dirinya di bawah bangku tersebut. Sejuk rasanya kerana
kawasan itu dekat dengan air pancut.
Datanglah 3 orang budak cangkung menghadapnya.
“Eee... Ada tucin lar” Kata salah seorang dari bertiga itu.
Sha Atom terus bangun menunjukkan beliau seekor kucing yang
berani.
“Cuk cuk cuk cuk...” Kata budak itu sambil membuat gaya duit
ditangannya. Sha Atom tahu itu teknik tipikal seorang Meleis untuk menunjukkan
kebodohan memanggil kucing.
Sha Atom pergi juga bergesel dengan kaki budak itu. Bukan
apa, tapi dia berlu membuangkan kutu-kutu dan kotoran baring tadi. Tak ‘hygine’
dia rasa.
Tiba tiba dia rasa satu jentikan tepat ke scrotumnya. Bukan
rasa sakit. Tapi rasa sedap. Sedap macam mana, susah digambarkan. Mungkin sedap
rasa seperti malam pertamanya bermain tindih-tindih dengan Minah. Iya. Tindih
tindih sedap... Wow! Kerana sedap dia membenarkannya.
Dia diangkat oleh salah seorang budak tadi diatas bangku.
Manja bukan main Sha Atom. Dibelai-belai, usap-usap. “Gerr... Ger... Gerrrrriooowww
” itu yang keluar dari mulutnya.
Budak tadi berhenti membelainya. Mungkin kerana bosan. Dia
mengambil peluang membersihkan bulunya. Dijilat bulunya bermula dengan ekornya.
Kemas jilatannya. Dijilat juburnya. Walaupun sedikit kelat, dia tahu dia tidak
boleh beristinjak dengan baik kerana dia bukan manusia. Lidah Sha Atom macam
berus. Bayangkan berus membasuh jubur anda. Sakit bukan? Tetapi tidak Sha Atom,
nikmat rasanya.
Tidak habis dia menjilat juburnya, tiba-tiba jubur
kesayangannya ditusuk lidi dari budak-budak kurang ajar tadi. Sejurus itu
kedengaran jeritan “Woi Korang! Apahal korang buat gangguan seksual dekat
kucing tu?”
Sha Atom terkejut dan
berlari meninggalkan kawasan itu bersama-sama lidi di juburnya. Sesekali
bergesel dengan tanah lidi itu, ngilu rasanya. Vibrator lidi.
sick2 kau ni
ReplyDeletehahhaha gilo ;p
ReplyDeletewow . comel nye ~ de lebih tak kucing ? nak kucing boleh ?? :)
ReplyDelete