18 Feb 2013

Bau hamis disekolah agama rakyat. #Cerkon


"Aduh... Siapa pula melepaskan gas pemedih mata dan hidung time time ni?" keluh aku sendirian.

Ustaz Saiful yang memimpin bacaan tahlil malam itu berhenti setelah mendengar jeritan tadi. Sedang dia mahu bangun untuk melihat apa yang berlaku, seorang abang dari unit pengakap kelana datang kearah ustaz. Mereka berbisik.

Kerana bengang pasal bau kentut tu, aku pun ketuk lutut Fadli, junior sekolah aku yang mengambil lencana jaya dalam kem tu.

"Wei cibei, apesal kau kentut takda bagi salam?"

"Alah... Kongsi-kongsilah"

Bengkek je aku dengan si Fadli ni rasanya. Ikutkan hati nak aja aku suakan punggung aku depan muka dia lepas tu kentut sepuas-puas hati siap dengan cirit sekali. Baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah.

Ustaz bangun dan menyuruh kami kembali menyambung bacaan Yassin. Aku dah agak dah perkara ini akan terjadi. Seram jugalah dengar orang histeria ni. Setiap kali kem, mesti ada kes-kes ni.

Sehingga selesai membaca Yassin, ustaz tak naik-naik lagi. Aku tahu tempat tapak kem ini keras dan berpenunggu. Mana tidaknya, kawasan ini kawasan sekolah lama, Sekolah Rendah Sungai Buluh Batu 8 Teluk Intan. Sekolah ini ada 2 blok. Satu blok dewan yang kami buat aktiviti, satu lagi macam pejabat guru lama yang dah menunggu masa nak rebah sebelah itu. Kami pengakap menggelarkan tapak kem itu sebagai Kem Intan Batu 8.

Tuan Arol kat bawah dewan bersedia hendak naik bersama beberapa orang pemimpin pengakap yang lain. Tuan Arol ini adalah ketua unit pengakap remaja daerah pada ketika itu. Dia juga sebagai AJK keselamatan kem pada kali ni. Dia beri arahan kepada seorang ahli kami untuk memanggil semua ahli pengakap berkumpul. Dalam masa 3 minit, seluruh warga kem sudah berada dalam dewan berunifom separuh atau half uniform. Cukup dengan memakai skaf pengakap tergantung di leher sudah memadai.

"Saya tak tahu kamu semua blablabla..." Tuan Arol dah mulakan sesi ceramah dia. Aku dah banyak kem dah pergi tahu perangai Tuan Arol ini. Dekat kem daerah sahaja dia menunjuk belang dia, bila datang kem negeri menikus. Satu perangai dia yang aku tak suka sebab dia kasar. Ish! Menyampah rasanya dengan dia.

Kami diberi taklimat keselamatan kem. Aku dah muak dengar maka aku pun perlahan-lahan keluar ikut pintu belakang dewan terus pergi kesekolah agama hadapan dewan tadi. Cukup senang dalam kem itu kerana guru besar sekolah agama rakyat membenarkan kami menggunakan kemudahan sekolah itu untuk kem kami. Aku pun pergi ke tandas untuk membasuh muka. Sesekali menjeling kebelakang kalau-kalau ada yang mengikut.

Setibanya di tandas, bau hamis kencing menusuk hidung. Bila aku bukak sahaja pintu jamban, kelihatan tahi-tahi bergelimpangan seperti kalah perang tak sempat dipam. Ah sial! Aku tak jadi hendak buang air, aku terus basuh muka.

Tiba-tiba salah seorang sahabat pengakap aku tiba dengan membawa baldi untuk mengisi air. Sambil aku duduk di tangga surau yang berhadapan dengan tandas sempat juga aku bersembang dengan dia mengenai kejadian tadi.

"Aik kian, lu tau ka apa jadi tadi?" kataku sambil membuka kasut.

"Tak tahulah, aku rasa ada budak kena sampuk. Helpers daerah kot. Aku tak tengok lagi, ni pun nak isi air untuk lap badan,"

"Dah berapa gadjet kau buat? Aku baru siap pagar tadi, sempatlah tebas-tebas lalang sikit tadi,"

"Baru tiga, banyak la nak kena buat, mereka kata yang wajib ada 10 wajib kena buat,"

Kami beredar selepas air dalam baldi Aik Kian penuh. Aku pun berjalan semula ke dewan. Aku sempat jugalah melihat kawasan tapak perkhemahan pra-pentarafan. Dah kelihatan rangka pondok sementara peserta lain. Pondok sementara itu dikenali sebagai bivouac yang wajib dibuat oleh kami bakal pengakap raja.

"Macam mana ni? diorang semua dah siap, aku aje belum. Sempat ke siap?" keluh aku sendirian.

PS: Gambar cuma google sahaja

Bivouac
(Bersambung...)

No comments:

Post a Comment