5 May 2013

Pesanan Rakyat Marhaen Kepada Bakal Sang Pemerintah Malaysia


Mungkin aku terasa poyo yang amat apabila menulis watikah ini. Tapi ini mungkin pesanan aku kepada seluruh wakil rakyat seluruh Malaysia yang bakal memerintah Malaysia ini. Baca dengan minda dan hati yang terbuka. Kalau nak buka baju sambil baca pun aku tak kesah.

############################################################################

Assalamualikum wbt.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan syukur kepada para pengundi dalam Malaysia yang bersiap sedia untuk mengundi besok. Alhamdulillah, tahun ini adalah tahun yang ke 13 kita mengundi. Banyak perkara baru yang kita akan tempuh kali ini. Antaranya adalah penggunaan dakwat kekal oleh SPR.

Bersyukur juga kehadrat illahi bahawa inilah kali adalah pertama bagi saya untuk keluar mengundi. Saya telah daftar sebagai pemilih tepat pada 15 November 2011 di Pejabat Pos Selekoh, Perak. Saya telah diheret oleh mak saya untuk daftar menjadi pemilih.

Kepada sahabat-sahabat yang tidak daftar mengundi lagi, adalah rugi kepada anda kerana anda adalah orang yang rugi. Yaaaa. Rugi. Kerana anda tak dapat duit pengundi luar. Banyak tau elaun pengundi luar ni. Jangan main-main. Nasiblah.

Seperti tajuk diatas, rasanya tidak perlulah saya memberi saudara baca lebih banyak celoteh saya kerana saya tahu saudara-saudari tidak rajin membaca. Dah la tulisan saya ni tak berapa nak menarik, jadi wajiblah saya teruskan menulis pesanan saya (rakyat marhaen) kepada bakal pemerintah Malaysia akan datang.

1. Seperti dalam petikan filem 'Rock- Rimba Bara Kembali', ada tiga perkara yang boleh menjatuhkan negara. Yang pertamanya rasuah, kedua, tidak menepati masa dan chinggey. Saya taknak sentuh yang lain, tapi saya berminat nak sentuh yang pertama iaitu rasuah.

Janganlah pemimpin makan rasuah atau sedara-mara mereka (kroni) makan hasil rasuah. Nanti rakyat susah nak percaya. Contohnya seperti kes Khir Toyo dan Shahrizat. Duit rakyat tu. Jangan makan.

2. Cuba kurangkan terbit isu perkauman dan pupuk semangat perpaduan seperti mana Rasullulah kita ajar dahulu. Kita ikut. Tak jadi masalah kalau perkara seperti hudud dan seumpamanya dikuatkuasakan. Tapi cuba kaji balik, ada tak negara Islam yang mengamalkan 100% hudud?

Saya dapat tahu bahawa negara Arab Saudi pun ada kepincangan dari segi pelaksanaan hukum hudud ini. Tambah-tambah ketika melibatkan kes keluarga diraja. Kalau macamtulah, perlu perbincangan semula untuk melaksaan hukum hudud ini.

3. Buang semua isu politik lucah dan fitnah bagai. Kami sebagai rakyat tidak mahu lagi mendengar cerita kutuk mengutuk lagi. Tambah-tambah dalam ceramah politik.

Sepatutnya ceramah politik menceritakan "apa yang boleh parti ini buat untuk anda" bukan menuding jari siapa salah. Masing2 ubah.

4. Berhati-hati memilih orang bawahan. Ini sudah banyak terjadi kepada pemimpin yang terdahulu. Orang bawahan ini kadang kala tidak jujur ketika melakukan tugas. Dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab kepada pemimpin tersebut untuk memerhati orang bawahan mereka.

Seringkali kami mendengar kejadian "duit hilang" ketika menyampai bantuan kepada rakyat. Adalah lebih baik sekiranya duit dari kerajaan, pemimpin tersebut yang beri sendiri kepada rakyat dan bukan melalui orang tengah. Dikhuatiri orang tengah ini tidak jujur dan akhirnya ketua mereka mendapat nama buruk.

5. Layanan sama rata terhadap rakyat jelata. Tolak unsur perkauman, agama, perbezaan parti politik. Asalkan nama rakyat Malaysia, adalah wajib dibantu tidak kira kroni atau bukan. Ini adalah perbezaan yang ketara antara setiap wakil rakyat.

Jangan sesekali memilih bulu untuk membantu. Menjadi kewajipan anda untuk membantu kami tidak kira apa jua keadaan sekali pun. Kami tidak mahu pemimpin kami sombong selepas mendapat gelaran wakil rakyat nanti.

Sebenarnya, banyak lagi perkara yang hendak disampaikan. Tapi mata pun dah mengantuk, pagi-pagi nanti nak kena beratur panjang untuk mengundi. Jangan lupa bawa IC.

Lagi satu, sekiranya keputusan sudah diumumkan ini adalah pesanan saya kepada parti yang menang dan kalah. Yang menang kena hormati yang kalah dan jangan dihina dan yang kalah mestilah mengiktiraf yang menang dan jangan mempersoalkannya. Pegawai SPR berkhidmat dibawah Yang di-Pertuan Agong dan bukan dengan kerajaan. Itu harus diingat.

Adios~!

No comments:

Post a Comment