Alhamdulillah,
Bersyukur kehadrat illahi kerana dengan berkat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, karamah ibu dan hikmah bapa, aku akhirnya dah selamat menjalankan sesi latihan industri bersama Buku Fixi selama sebulan.
Sebenarnya, aku ni ada kat UPSI sehingga hari ini untuk acara 'Hari Interaksi UKLK & PC Fair' di dewan Bitarasiswa. Biasalah, bebudak intern ni kena kerja kuat untuk dapat keputusan yg cemerlang dan sedikit duit.
Aku masih ingt masa firstday aku mula kerja dulu. Masa tu aku jumpa bos aku iaitu Amirmu aka Amir kat Restoran Sambal Hijau (salah tulis, bukan sambal belacan tp sambal hijau) di Sungai Penchala. Aku diberi tugas untuk hantar buku di 2 tempat iaitu di Bangsar dan di Perpustakaan Negara Malaysia. Gila rare doe aku g sana.
Aku kira beruntung la juga dapat kat Fixi sebab Fixi xda opis, jadi aku byk buat kerja kat rumah dengan jual buku kat event je. Elaun pn x byk mcm kat tempat intern lain seperti Petronas, Sime Darby, UiTM, University Press, Cerdik Publication, Galeri Ilmu, Majalah sukan atau lain-lain. Kerja pun takda opis met.
Sunyi juga kalau pergi event sensorang lepas tu xda member nak ajak bersembang ni. Lunch pun sensorang. Mcm org gila.
Banyak perkara aku belajar dalam sebulan ni. Contohnya cara2 nak jual buku, tulis buku, design buku, hantar buku dan macam2 lagi pasal bukulah. Paling banyak adalah jual buku.
Petang ni dah nak kena balik Shah Alam... Rasanya nak berguling je balik. Penat ni doe. Buku log tak tulis lagi. Aku guna instagram dgn tuit je sebagai panduan aku nk tulis buku log.
Anyway, sesiapa x follow aku kat insta, instahandle aku @gafafilafofo. Aku ade update byk benda untuk event. Follow tuit aku. Ade org tanya FB, minta maaf, FB aku kurang sikit dan banyak kepada perkara lebih personal sebab family banyak kat sana. Tapi insta dgn tuit untuk semua.
Aku harap dapat terus kerja kat Buku fixi ni la. Kerja pada waktu yg fleksibel. Aku taknak terikat dengan waktu 8-5 serta tatacara berpakaian formal selalu. Aku kurang selesa dan bajunya mahal. I can be myself when I'm at work. Siapa taknak? Gaji? Belakang kira. Aku kira minat aku dulu.
Konsepnya :
Kalau minat = rajin
Kalau rajin = kaya
Siapa xnk? Ye dok?
Aku selesa kerja kat sini. Bos pn sempoi, kenal ramai orang, kwn pn ramai.
Aku letak sikit gamba sebagai rujukan aku pd masa hadapan sebab nk isi buku log tu aku x berapa reti. Ade format atau ikut aku je isi mcm mana pun aku x tau...
Ps: Terkantoi dgn bos blog aku ni... Adussss....
pergh.,. best gileee. kite minat sangat dengan FIXI ni ! yuuu
ReplyDeleteFollow la tuit ngan fb Buku Fixi...
ReplyDeleteuniversity press mana ada elaun tinggi. Most of us doing the internship for free of charge. =)
DeleteAlhamdulillah, mesti satu dunia bangga dengan awk...
Delete