Aku ingatkan nak mula post ni guna pantun, tapi aku tak reti nak karang pantun yang sesuai untuk aku gambarkan perasaan aku sekarang ni. I'm not good with words.
Okay, aku terus terang jela. Selalunya aku update bila ada benda seronok nak kongsi, perkembangan diri aku dan ape benda aku rasa menarik, aku post. Tapi kali ni bukan sebab aku nak post. Aku tengah moral down sedikit. Aku nak mencari kekuatan sambil memotivasikan diri. Aku selalu dapat tekanan, tapi selalunya tekanan aku dapat tu aku boleh tipu moral aku dan menjadikan tekanan itu sebagai pencetus motivasi.
Tadi adik aku cerita pada aku yang dia baru balik lepak dengan dua orang member kampung aku. Dua-dua dah kerja. Paling sadis, dua-dua tu baya aku. Biasalah. Adik aku ni kalau takda benda menarik, dia tanak cerita. Jadi aku biarkanlah dia bercerita.
Cerita adik aku macam inverted piramid sikit. Dia cerita part yang dia paling kagum dulu. Dia kagum dengan dua orang kawan aku tu. Kagum dengan diorang punya nikmat duniawi. Adik aku bercerita yang diorang dah pakai henfon power, baru beli kereta, baru lepas melancung ke Amsterdam, baru belikan mak diorang handbag bagai. Semua nikmat duniawi yang pada aku memang itu sesuatu yang boleh dibanggakan.
Aku cerita sikit pasal dia orang kawan aku tu. Tak payah aku point nama diorang. Aku cuma kabor ape diorang keje je la. Yang sorang pegawai kerajaan. Dia Tentera. Baru tamat latihan tentera laut tahun lepas. Sekarang masih berkhidmat dengan TLDM sebagai Leftenan Muda. Sorang lagi kawan aku tu baru grad dalam kos ijazah sains gunaan UiTM Shah Alam. Grad sem lepas dan sekararang dia bekerja sebagai consultant dalam sebuah syarikat ternama di Kuala Lumpur.
Aku namakan kawan aku yang TLDM tu sebagai Mat P dan member consultant aku ni sebaga Mat A.
Mat P adalah seorang yang tidak berapa cerdik disekolah. Dia sedar akan kelemahan ini dan dia cari kekuatan dia yang lain iaitu, dia rajin. Hanya sebab rajin itu, dia masuk TLDM dan perlahan-lahan naik sampai sekarang. Dia memang bermula dari bawah.
Mat A adalah seorang yang pandai. Antara pelajar cemerlang dalam sekolah aku dulu dan digilai ramai gadis. Rupa dia adalah hensem sedikit nak dibandingkan bangla buat jalan tu. Keh keh keh... Okay, itu aku tipu, tapi bab muka dia hensem, itu betei. Dia pelajar pandai kat sekolah. Lepas SPM dulu dia dapat sambung matriks. Alhamdulillah, lepas tu dia dapat sambung degree dekat Shah Alam. Sebelum dia grad dulu aku ada la jumpa dia beberapa kali.
Family diorang berdua takda kaya mana. Aku boleh kategorikan sebagai keluarga yang kuat agama dan sederhana. Mat A dan Mat P ni takda feymes mana pun masa sekolah. Sekadar popular dalam kalangan member kampung la. Tapi dua-dua berwawasan. Itulah menyebabkan diorang jadi macam sekarang.
Bila aku melihat diri aku sekarang dan bertanya,
"Apa ada pada aku sekarang?"
Ohhh... Soalan itu selalu menjadi soalan cabaran pada Kerut dan Kukuk. I know, they are mentally injured then me. Kawan-kawan diorang ramai dah establish dari diorang. Pelan-pelan aku rasa apa yang diorang rasa cuma bezanya aku masih ada banyak masa untuk bersaing dengan diorang.
On the other side of their story, there are always unpleasant one that most of us don't even realize it.
Mat P selalu travel. Sebabkan dia Navy, dia banyak offshore. Jadi dia ada kekangan masa untuk buat apa yang dia minat contohnya cari jodoh, masa dengan keluarga dan sebagainya. Kadang-kadang offshore sampai berbulan-bulan. Pergi Australia, Filipina, India, Indon. Tah mana-mana la dia pergi.
Mat A pula lebih kurang macam Mat P. Masa. Tapi dia tak berapa kesah sangat. Kerja office hour kot, kul 8-5. Pada dia takda masalah dan pada aku pun itu tak jadi masalah. Tapi menjadi masalah pada dia dari segi spesifikasi tugas. Mat A sebenarnya tak suka kerja dia. Kerja dia pressure. Pressure dari client, bos. Company nak untung banyak kadang-kadang sampai dia terpaksa sembunyikan kebenaran. 'Sembunyikan kebenaran' ni bukan menipu ye cuma dia tak bagitahu 100% kebenaran je. Kerja dia banyak risiko. Tanggungjawab pun besar.
Apa yang aku nak sampaikan kat sini adalah, aku tak mampu nak jadi macam diorang buat masa ini. Aku masih berfikir yang benda yang adik aku banggakan kat diorang itu sebenarnya adalah liabiliti. Some people might not agree with me, but in my opinion, all those things that they have is actually liability.
Aku sebenarnya tidak mengukur seseorang itu punya kejayaan dengan gajet diorang miliki, kereta diorang naik atau pakaian yang diorang pakai. Tidak. Itu semua tak penting. Aku mengagumi orang macam makcik aku. Duduk kat rumah, belai2 kucing, tiap2 bulan duit masuk. Walaupun sikit tapi consisten.
Tu satu, duduk kat rumah, duit masuk. Keduanya bila kau memiliki syarikat sendiri dan pekerja yang ramai. Aku tahu, nak mulakan perniagaan tu susah. Dah la nak mula susah, nak maintain lagi susah. Because of the hardship I value their work. Bukan maksud aku yang orang kerja makan gaji tu senang, diorang pun ada tanggungjawab yang diorang kena pikul dan tanggungjawab tu tak semuanya senang. I do understand their feelings.
Ketiganya, sumbangan mereka kepada masyarakat. Aku nak kata yang orang yang hebat sebenarnya adalah seorang philanthropist yang hidup dia untuk orang lain. Jarang nampak kelibat orang macam tu dalam Malaysia ni. Aku bagi contoh sikit la, macam Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Aku tanak cerita details, apa yang aku cerita ini adalah sikit dan barangkali 80% tipu. 80% tipu. Nak percaya atau tidak terpulang. Tapi apa yang pasti, aku ada cita-cita aku sendiri dan aku akan menjadi hebat dengan cara aku.
Cukup dengan 3 list orang yang hebat ikut cara aku tu sebab sekadar cakap je takda guna. Kita mesti bertindak sekarang. Bak kata Irfan Khairi la. Aku ikut je. Oh, lupa pula. Ada sesiapa nak bagi duit kat aku tak? Aku nak beli buku Rich Dad Poor Dad.
Oh, lupa pula... Aku nak share satu news la. Pagi tadi aku semak mynewshub. Diorang ada kongsi cerita yang NASA balas surat budak umur 7 tahun. Budak tu tanya macam mana nak jadi angkasawan. Budak umur 7 tahun nak jadi angkasawan. Budak Malaysia umur 7 tahun nak jadi apa agak-agaknya ye?
hmmmmm
ReplyDeletePergh!... Stalker...
ReplyDelete