28 Dec 2015

Cari Guru Bertauliah

Aku ingat mati2 la cerita Carl dah reda dalam media sosial, tapi ade lagi rupanya... Apa daaa...

Isunya aku nampak 2 benda:

1. Riba dalam pinjaman islamic
2. Carl bercakap dari sudut pandangan CEO

Untuk isu pertama, bukanlah aku orang yang berkredabiliti untuk mengatakan bahawa islamic finance ni riba free. Aku tak setuju dan juga tidak menyatakan aku setuju.

Aku hanyalah pereka grafik berkomputer merangkap usahawan cetak baju. Aku tiada pernah belajar berkenaan banking apetah lagi perbankan islam. Ilmu aku sangat cetek dalam dua2 bidang ini. Masa aku belajar kat Johor dulu pun dalam subjek muammalat, ada satu potong hadis atau ayat al-quran (mana satu aku x pasti) yang aku guna sampai sekarang;

" Allah menghalalkan perniagaan (jual beli) tapi mengharamkan riba,"

Aku rasa...
Aku ulang, posting ini adalah satu teori dan pendapat sahaja, untuk kesahihan boleh tujuk yang lebih pakar. Tujuan aku tulis nak bagi korang fikir...

Aku rasa...

Bank adalah entiti perniagaan yang menawarkan khidmat pembiayaan kepada pelanggan mereka. Mereka tawarkan perkhidmatan pembiayaan islam kepada pelanggan. Diorang tak panggil pinjaman, diorang panggil pembiayaan.

Jadi adalah syarat2 yg dikenakan dan untung yg diambil. Pandai2 la fikir mcm mana bank nk dpt untung ye. Aku bukan pegawai bank. Pembiayaan pun 1 je dengan bank, x byk pengalaman.

Untuk isu kedua pula ialah cara Carl bercakap mengenai sesuatu yang bukan bidang dia dan dia mempertahankan idologi dia berkenaan isu bukan yang dia pakar, adalah tidak wajar dan perlu dibetulkan.

Dia dah buat orang takut untuk membeli rumah. Tambah2 orang muda. Takut dari segi agama, tanggapan masyarakat dan kewangan. Tak dinafikan lagi. Ada juga kengkawan aku dok tanya pendapat aku pasal isu ini.

Respon aku bagi, boleh paca post sebelum ini.

Kesimpulan....

Ada 2 puak yg ada pro and cons. Kau boleh pilih nak ikut kapitalis punya sistem atau ikut sistem ko sendiri. Kalau rasa harga rumah ditentukan oleh 'puak2' property, terpulanglah sama ada nak jadi kumpulan yg menentukan harga atau tidak ikut. Tidak ikut kat sini bukan maksudnya menentang. Tidak ikut kat sini bermaksud korang buatlah apa yang korang rasa betul.

Kau juga boleh pilih ideologi mana ko nk pilih, ikut suka. Tapi...

Tapi.....

Pilih la guru yang betul.

Rasa nak jadi business man, ikutlah Carl Samsudin. Nak jadi pelabur hartanah, jangan ikut dia. Ikut orang lain yg ada kreadabiliti sendiri. Terpulang pada matlamat kewangan korang.

Ingat...

Hartanah dan perniagaan adalah instrumen atau alat untuk mencapai matlamat kewangan yang korang dah letak. Macam mana strategi korang nak capai tu, macam2 cara. Kena pandai pilih.

27 Dec 2015

Bila Otai-Otai Bercanggah Ideologi di Media Sosial

Kah kah kah!!

Malam tadi aku dah nak tido, tetibe Kerut PM FB cakap pakcik botak dengan Khalif Samsudin bertikam lidah kat FB sebab bercanggah pendapat.

Punya gelabah aku tgk fb. Sebab dedua otai ni hebat dalam bidang masing2. Khalif atau nama glamor dia Carl Samsudin adalah CEO Bella Amara. Kedai jual2 pakaian muslimah yg popular tu... Pakcik botak tu adalah sifu personal finance dan otai hartanah aku.

Aku dah tgk status Carl berkenaan [Nasihat Khalif Samsudin (CEO Bella Ammara) Untuk Belia Yang Ingin Membeli Rumah Di Malaysia]

Boleh dia cakap jangan beli rumah tima muda-muda. Fuhh... Bertentangan dengan pendirian aku sebagai pelabur amatur yg takda duit nak labur ni. Ahahaha...



Fuh... Mengundang...

Jahat betul peminat otai-otai dalam ni mempertahankan ideologi masing-masing. Aku siap tengok diorang melaga-lagakan sifu mereka lagi. Walawei!...

Kalau korang nk tgk lagi siapa yg respon berkenaan isu ini adalah Abang Ensem, Pak Di, Pakcik Botak (Opkoslah), Ariff Shah, Izzah Rohaizad, Khairul Ezuwan, dan ramai lagi otai hartanah bagi pendapat mereka dalam berbagai bentuk.

Aku?

Aku hanya mampu berkongsi keuntungan dengan bank tatkala aku membeli rumah di Damansara Damai  yang berharga 90k. Korang nak kata riba, katalah riba. Masing2 ade konsep fahaman yang aku tak kata salah dan betul. Apa yang aku tahu, loan aku adalah loan Islamik dari Public Bank.

Dah beli sebijik rumah, tapi berazam kumpul duit untuk beli next rumah. Bukan apa, kena faham teori mengapa harga rumah semakin meningkat dari masa ke semasa. Dan pengiraan basic berapa persen meningkat setiap tahun disamping memahamkan undang-undang yang sedia ada memperuntukan apa terhadap pembeli rumah. Misalnya rumah lowcost tidak boleh dijual selepas dapat vacant possession dalam tempoh 5 tahun. Contohnya la.

Value sesebuah hartanah itu tidak tetap tetapi konfem meningkat selama mana struktur binaan dia masih tegak berdiri. Sebab disekeliling tu akan dibangunkan mengikut kehendak dan keperluan semasa oleh pihak pemaju. Seterusnya memberikan peluang pekerjaan pada masyarakat tempatan. 

Paling senang di Puncak Alam lah. kawasan tu memang tengah naik, harga rumah dia dah sampai tahap aku mampu tengok. Tapi tidak bermakna kat kawasan tu tiada rumah murah. Kalau nak lagi murah boleh pergi Alam Jaya. Situ memang murah beli rumah. Rumah low cost la.

Nampak tak kita ada pilihan untuk memiliki hartanah murah atau mahal. Itu terpulang kepada individu macam mana dia tafsirkan ideologi rumah murah dan rumah mahal.

Aku raikan semuanya. Aku seorang usahawan tegar dan juga bakal pelabur hartanah tegar suatu hari nanti. Sebab aku nampak dua-dua cabang industri boleh buat duit. Bisness aku sekarang ShengetStudio.com semakin hari semakin maju. Kitorang dalam perancangan untuk kembangkan bisness next year. Tapi tu cadangan baru. Pelaksanaan tu pun dalam proses.

Bak kata Puan Ainon "Orang kaya-kaya dalam Malaysia ni tak kaya selagi tak berhutang,"

Sooo... Raikan perbezaan!!

13 Dec 2015

Baru aku tahu kenapa Dato Sri Najib ni tak endah kritikan...

Aku nak taip bende ni semalam. Tapi malangnya semalam aku sangat tak produktif. Senang cerita aku memang semedang tak produktif la kalau aku balik kampung ni. Tak mengapalah, bukan ini yang mahu aku ceritakan. Ini semuanya terjadi setelah aku mendengar ucapan penggulungan oleh Dato Sri Najib di PWTC kat TV1.

Semua orang aku rasa tau yang minggu lepas ada Perhimpunan Agong UMNO kat PWTC yang berakhir Jumaat. Aku tak tahu pun ade PAU. Aku balik kampung, bukak TV, tau2 dah ade. Aku layankan je la sambil main Anno 1404 kat Laptop. Dengar je la. Dengar ape dia nk kencing. Basah kut rakyat Malaysia kena kencing. Kah kah kah!!

Tapi aku tak salahkan dia. Aku cuma pelik.

Ye la. Dia tau tak sebenarnya dia tu nampak bodoh dimata rakyat marhaen?

Kenapa aku cakap macam tu?

Sebabnya rata-rata kengkawan aku mengkritik kepimpinan beliau. Cara tadbir, cara urus krisis, cara komunikasi dan macam-macam lagi. Tapi rata-rata rakyat Malaysia yang mengkritik Najib ni lebih kepada propa. 

Kenapa propa?

Sebab tak proper...

Aku sempat juga bersembang dengan mak aku. Soalan aku simple;

"PAU ni ma memang tempat orang2 dalaman dan akar umbi untuk kritik Najib secara terbuka ke?"

Dan jawapan mak aku, 'ye'

Nampak tak? Ada wadah lain untuk kritik Najib dengan lebih bertamadun. Aku nampak peluang kat situ. Korang ingt semua orang dalam UMNO tu setuju sokmo ke dengan idea dan cara kerja presiden UMNO tu?

Jadi PAU ni adalah cara lain untuk kritik presiden UMNO merangkap perdana menteri sendiri.

Sebelum korang kritik Najib, korang kaji dulu apa rasional terhadap keputusan yang diambil. Kau dengar sendiri ape dia cakap dalam forum, mesyuarat, TV ape semua. Jangan bergantung pada media arus perdana sahaja, boleh juga guna media alternatif seperti blog, fesbuk dan lain2. Dah dapat semua maklumat, barulah kau fikir betul atau tidak tindakan Najib ni sebagai PM Malaysia.

Jadi PM ni pula tanggungjawab besar. Dato Sri Najib sendiri melatih diri dia untuk menjadi pemimpin yang mempunyai matlamat, sasaran dan objektif tersendiri. Dia akan fokus pada matlamat dia dan hanya memilih idea atau pendapat dari 'think tank' dia sendiri. Apa yang pasti, team 'think tank' dia ni terdiri dari golongan professional yang ternyata pakar dalam bidang dia sendiri.

Ape pun korang kritik tanpa melalui wadah yang betul mungkin akan jadi sia-sia. Sebab Najib ni aku tengok orang yang sangat sabar dan cekal menghadapi cabaran dan tomahan. Bukan dia je. Semua orang kuat dalam parti politik, tak kira kerajaan atau pembangkang semuanya mesti fokus pada objektif dan cekal mengharungi cabaran. Diorang ada jati diri yang kukuh mengenai idologi dan perjuangan yang dibawa. 

Jadi......

Toksah fokus pada kepincangan dia. Pandai2 dia la nk tadbir macam mana. Dah ramai pilih kan. Sekarang, hadaplah.

Aku taknak komen pasal Tun M dan klik beliau yang lantang mengkritik Najib. Tu cara diorang. Cara aku nak berbakti pada negara mungkin berbeza sikit.

Semua orang sayang Malaysia, so baik kita perkasakan diri kita dan fokus pada kekuatan berbanding kelemahan. Biar orang lain tolong lengkapkan apa yang kita takda. Sama-sama tolong, lama-lama Malaysia maju, makmur, kaya dan raya. Kalau power bab niaga, berniagalah. Kalau power berpesatuan, berpesatuanlah. Kalau rasa diri tu power sangat, boleh la cuba main Cities XL. Belajar bina negara sendiri. Kalau tak Cities XL, belajar main SIM City. Tengok jauh mana korang boleh pergi.

Dah la, sambung lain kali.

23 Nov 2015

Things keeping me busy lately

Tajuk acah2 omputeh, tapi takde maknanye aku nak tulis dalam english.

Oh...

Aku agak sibuk kebelakangan ini sebab beberapa perkara perlu dibuat dan perlukan perhatian aku yg agak serius. Aku agak malas untuk menulis. (Bukan malas, tp takde masa)

Pertamanya, projek buku aku tengah dalam penulisan. Tak banyak pun. Aku nak siapkan 10 chapter je ponnn... lebih kurang 20k patah perkataan. Benda cuma 1 je. Pengalaman aku membeli rumah pertama pada bulan ke 21 (ke bulan 18... x ingt) aku bekerja sepenuh masa. Agak bongok bunyi dia. Tapi  tu la sebenarnya ape yg aku nak tulis. Benda tu on going project. Transaksi belum selesai sepenuhnya. Senang cerita, rumah tu belum menjadi milik aku pon lagi.

Dalam buku tu mungkin korang tau mcm mana aku beli rumah tanpa keluarkan duit 1 sen dari poket aku. Macam mana nak spot kaki kencing, terutama pada ejen hartanah. Ade juga beberapa tips berguna untuk spot rumah 'panas' dan mencari penyewa yang berdedikasi disamping menyaring penyewa.

Tapi ikutkan aku, itu bukan fokus utama. Fokus utama adalah pada buku sequel dia. Aku dah line up beberapa perkara. Aku fokus kepada asas pengurusan kewangan peribadi untuk menjadi individu dihormati dan disayangi oleh keluarga dan masyarakat. Tajuk boring sial, tapi nak buat mcm mana. Masih ramai yg buta. Memang tak dinafikan lagi choiii....

Setel bab buku, aku cerita bab bisness.

Bisness makin okay. Aku dah mula outsource benda yg aku tak mampu nak buat. Nasib baik kroni aku masih ramai. Memang senang nak cari designer, akauntan, ejen, dan lain2. Good start for last month. Iqa handle beberapa job yg aku kagum sendiri. Tah macam mana dia boleh hooked beberapa client untuk sustain overhead 3 bulan. Berapa amaun dia, aku malas nak cerita. Senang kira, job paling besar kitorang dapat so far. Booooleh la...

Profit kali ni mmg makan la citer dia sebab profit dulu dah dulukan buat beli equipment sekarang. Alhamdulillah,  itulah aset kami untuk menjana lebih banyak wang.

Tapi duit bukan fokus utama. Fokus utama kami adalah menolong orang yang perlukan khidmat percetakan dan konsultasi pakaian. Aku pun ade juga consult beberapa wannabee designer yg nak buat tshirt label sendiri. Quite nice juga design depa. Tapi sekadar cantik tak guna kalau tak ade profit. Itu la datang peranan kami.

Bagi bajet, kami cadangkan macam mana yg korang boleh buat. Consultation yg kitorang buat, FOC. Set tarikh dan masa, kita buat epoimen.

Setel bab kerja, lai lai baca cerita pasal life pulak....

15 November lepas, hari lahir aku. Genap dah 25 tahun. Tahun pertama arwah adik takda nak sambut sama2 dengan aku. Hanya mama dan aku je yg sambut. Mama sponser trip g Sg haji dorani. Lepak kt homestay sana je pun. Lama tak lepak macam tu lepas arwah adik takda. Susah aku nak hadap mama dalam keadaan emosi aku tak stabil.

But life must go on guys. Aku kena move on secepat yg mungkin. Alhamdulillah mama faham.

Aku juga ade mohon TPM untuk kali kedua. Kali pertama tahun lepas, tak mengena. Kali ni InsyaAllah boleh kut. Ikut mana ade rezeki. Memang niat nak sambung master, tapi nak keluar duit sendiri, mmg tak la. Baik aku cari sponser.

Nasib aku baik sebab TPM bukak iklan lagi. Ape lagi, terus mohon la... Moga2 ade rezeki aku kt sana dengan UiTM.

Temujanji aku dengan pakar kaunseling pun bulan 12. Aku just makan ubat buat masa sekarang ni lepas doktor bagi ubat lepas epoimen awal bulan ni. Doktor kata aku makin pulih. Aku harap begitulah hendaknya. Kesihatan adalah aset terbesar aku. Kalau aku sakit, ape bende tak boleh buat.

Soooo... itulah mengape aku bizi memanjang....

Kepade partner in crime aku, sori  bro... Aku patut last week balik Johor, tapi motor aku rosak dan aku kena siapkan tempahan baju yg melambak. Mungkin next time aku ajak ko lepak. Aku berhutang ko beberapa cerita ni. Jangan kecik hati... Sori terbukak teaser haritu, tapi tak mampu nak setelkan habis ceritanya........

Ps: gambar aku dengan kek tu petang tadi. Farah, Shida, Kak Nita dengan Ikin gatei nak sambut. Padahal last week... Terima kasih korang... Bak kata Lyn, aku 'terbaruuu' dengan adegan korang... Kah kah kah!

29 Oct 2015

Podcast: New Intro!



Artikel tu mukasurat 86 di Majalah Mastika November 2015 tau. Bukan 2014 macam aku cakap dalam podcast tu. Malas aku nak edit balik.

Point podcast kali ni:

1. Podcast innovation.
2. Special podcast pasal arwah adik
3. Business pitch

27 Oct 2015

Podcast: Eksperimen dengan Audacity



Setelah aku jumpa tutorial guna Audacity, inilah hasilnya. BGM boleh cari kat Audionautix.com dan jangan risau pasal hakcipta. Freebies je.

Sekarang aku tengah cari pot untuk download bunyi2 pelik secara percuma... Mana ye...

Mungkin BGM aku tak berapa dengar. Cam sial je.

Point podcast kali ni:

1. Audacity
2. Pasca pemergian arwah adik
3. TPM dah buka!!

Podcast ni aku rasa macam nak buat hari2. Senang dan cepat. 30 minit je 1 post. Ape ade hal.

Okay, nak chow. Aku belum balik dari opis lagi... Tata!

26 Oct 2015

Podcast: Nak lepak?



Sepatutnya aku upload benda ni Jumaat lepas. Tapi aku ada appointment doktor di Shah Alam.

Ini hanya separuh. Isinya:

1. Podcast project
2. New income generated project
3. Coffe session (Lepak2 time)
4. Pilot test website
5. Pantang ketika lepak

Sikit je pointnya. tapi saje buat panjang2 sebab nak drag masa. Aku suka benda ni sebab sambil korang dengar, korang boleh buat benda lain. Limit aku cuba buat 3-5 minit sahaja. Tak lama.

22 Oct 2015

New Project, New Device


Aku beli gajet baru. Ni first try. InsyaAllah aku akan disiplin update podcast aku.

Model aku beli adalah Vococal 8gb. Beli kat Lazada RM 63. 2 minggu dah dapat. So far okay la.

Audio ade terpotong2 sebab gajet aku ni kalau takda suara, dia pause kejap. Jilake.

Ni la bendanya

3 Oct 2015

Moral Down: Tanggungjawab vs Minat

Sedih aku sebenarnya. Banyak benda aku nak buat untuk diri aku. Benda yang lebih kepada passion yang aku nak buat. Ada perkara yang menghalangi aku untuk aku buat aku punya minat. Antara tanggungjawab dan minat. Aku terpaksa bahagikan sama rata untuk dua benda tu.

Aku dah nampak benda ni dah lama semenjak aku graduasi dari UiTM tahun lepas. Aku memang tak boleh lepas dari tanggungjawab. Aku nak buat apa yang aku suka, tup tup aku kena setel tanggungjawab aku dahulu. Tanggungjawab sebagai seorang anak, lelaki, ketua, designer dan lain-lain lagi. Aku nampak, itu adalah tanda kita semakin dewasa, tetapi makin lama, makin menyampah pula rasa jadi orang dewasa pula.

Tahun lepas aku apply untuk TPM, mungkin rezeki aku tak panjang dan tahun ni aku ditimpa musibah pada bulan 7, pasca adik aku meninggal. Memang lagi banyak tanggungjawab aku kena setel. Pressure gila babi.

Pagi ni aku tak buat apa. Aku recall balik benda passion aku nak buat. Sayu....

Sayu sungguh...

Aku nak masuk competition untuk kembangkan bisness aku yang ciput ni. Competition tu ada hadiah bernilai RM 500k. Memang besar sungguh nilainya pada bisness aku yang nak up ni. Tapi nak masuk tu aku kena buat sikit bisness proposal yang pada aku memerlukan fokus dan konsentrasi aku yang optimum. Aku memang tak boleh nak carry on dengan passion aku buat masa terdekat. Jadi apa yang aku boleh buat adalah, menunggu untuk musim seterusnya tiba. 

Season 2 untuk tahun ni dah lepas, sekarang tunggu untuk borang buka bagi sesi ke 3 tahun 2015. Argh!! Tak kira, aku nak masuk juga!

Aku harap urusan aku berkenaan arwah adik akan setel selepas konvo dan pertukaran nama motor arwah. Selepas tu aku boleh fokus pada kerja aku pula. Kerja memang takkan pernah habis.

Allah beri masa aku 24 jam satu hari dan terpulang pada aku untuk uruskan macam mana.

Nampak asasnya dimana?

Doa-doakan proposal aku berjaya untuk yakinkan para pelabur dalam perniagaan aku. Aku nak sangat RM 500k tu. Aku nak cabar diri aku, sejauh mana aku boleh pergi dengan idea yang tak seberapa ni. Mana tahu ada juga rezeki untuk kawan-kawan JV projek dengan aku. 

InsyaAllah!

22 Sept 2015

Kengkawan mintak pendapat

Kejap tadi ade seorang member aku post minta pendapat. Korang kena rujuk dulu gambar kat bawah kalau nak tau cerita sebenarnya. Aku cuma bagi pendapat aku sebab aku juga menghadapi masalah yang sama macam ko Anis... Tak perlu berhenti kerja untuk kejar cita2. Cuma pandai susun masa semula je aku rasa.

Aku tak tahu nature kerja ko macam mana, tapi nature kerja aku agak pelik sikit. Aku habiskan masa untuk kerja full time 8 pagi sampai 7 petang. Nampak pelik kan working hours aku macam tu. Hakikatnya aku cuma kerja dari 9 pagi sampai 6 sahaja hari-hari. 2 jam tu adalah masa aku untuk ulang alik dari rumah ke tempat kerja. Aku ambil masa 45 minit sehingga 1 jam untuk sampai ke opis. Sepajang perjalanan pergi dan balik tu aku berangan macam mana nak rangka strategi hidup ni. Banyak betul masa aku berfikir. Hahaha

Jadi, waktu tidur aku pula adalah pukul 10 sehingga pukul 6. Lama kan aku tido. Hahaha... Tak cukup tidur boleh bawa masalah besar pada aku. Mengantuk misalnya.

Aku punya free time dari pukul 7 petang sehingga pukul 10 malam dan dari pukul 6 pagi sampai pukul 8 sahaja kalau hari biasa. Hujung minggu yakni Sabtu dan Ahad adalah hari free aku saje. Kebanyakkan hujung minggu aku occupied untuk hari bersama keluarga. Tambah2 selepas kematian arwah adik aku, aku kerap pulang ke Perak dan kadangkala ke Johor untuk melawat ayah aku. Cuti dan lain2 aku kurang ambil kira sebab kalau takda special occasions,  aku tak cuti.

Persoalannya sekarang, apa yang aku guna masa free aku hari biasa? Free time ada lebih kurang empat jam satu hari yang wajib.

20% masa tu aku buat rutin. Basuh baju, masak, kemas rumah, ibadat, personal grooming yadayadayada. Aku ada 3 jam 20 minit (agak2 la, aku bukan reti matematik sgt).

Ape yang aku buat, aku buat ape yg aku suke la. Caranya:

1. Set target besar dan pecahkan target besar tadi jadi tugasan kecik2.

Contohnya kau nak kereta besar dan kosnya lebih kurang 80k. Pecahkan target ko kepada task yang kecik. Kau kena saving atau kau kena ada extra income misalnya. Boleh lagi detail lagi untuk task tadi.

-Saving berapa ratus yg mampu?
-Sebulan jumlah untuk hidup berapa?
-Ape yang boleh dibuat untuk cut cost hidup?

Tu part saving, part extra income pula boleh jadi;

-Nak mula ada modal atau tiada modal?
-Apa skill aku ada dan boleh guna?
-Apa aset lain aku ada?

2. Bila dah ada tugasan, set dateline untuk capai tugasan tadi.

Misalnya nak kumpulkan 80k tadi perlukan masa 3 tahun.

-Jadi berapa banyak kena saving sebulan untuk kumpulkan duit downpayment?
-Budget kos hidup sebulan boleh tahan berapa lama?
-Free time aku cuma 3 jam, 20 minit (misalnya) apa aku boleh buat?
-Kalau aku dapat saving 300 je sebulan, berapa lama masa aku ada untuk kumpul downpayment?

3. Istiqamah.

Part ni agak susah. Aku pun masih dalam part istiqamah sebab bahagian ni perlukan usaha yang berterusan. Bab ni terpulang pada ko. Execute your plan within your capabilities. Nak cabaran dan lebih ilmu macam ko cakap? Ape tak boleh pula, boleh saje. Minggle around with your co-workers atau kenalan yang lain dan minta cadangan atau orang dalam jaringan mereka yang boleh beri kau peluang dan ruang untuk capai target ko dengan lebih cepat atau lebih besar nilainya. Keyword untuk cabaran besar sikit adalah cepat dan besar nilainya.

Kadang2 kawan2 dalam jaringan kita yang rajin beri peluang dan ruang yang kita sendiri kena cekup cepat2 supaya tak terlepas. Businessman and entrepreneurs are opportunists. So, ape yang tak boleh? Semua boleh laaa...

Kesimpulan.
=========

Tak payah berhenti kerja.

Nak cabaran? Nak ilmu? Cipta matlamat sendiri dan buat cara sendiri. Cabarannya ko harus patuhi rules and regulations full time work dan cuba patuhi etika ketika bekerja. Kita pun cari keberkatan dalam bekerja. Tu kena ingat juga.

Ko baru 2 tahun kerja dah boring. Aku start masuk kerja dulu pun dah boring. Dah dekat 2 tahun juga kerja sekarang. Dari first year aku dah buat sebab aku nak cabar diri. Ikutkan aku, waktu tidur on paper sahaja pukul 10 malam. Mampu juga aku exceed sampai pukul 4 atau 5 pagi siapkan kerja.

Dalam perjalanan mencapai matlamat ko tu akan jumpa juga ilmu, jaringan dan diiring pengalaman yang tidak ternilai harganya.

Kerja full time buat otak aku tepu. Tiada OT, tiada elaun lain, tiada juga kerja luar. 9-6 duduk dalam opis depan PC. Masalah kesihatan lain timbul. Kerap juga aku sakit belakang atas alasan duduk terlalu lama. Cabaran juga tu.

Nak cabaran ni?

16 Sept 2015

Adik oh adik

Adik ade satu tabiat yg aku ngan mama je boleh tahan...

Bila beli makanan, dia makan sampai2 nak abes then dia tinggalkan untuk kami cukup2 bagi rasa...

Tgk mcm dlm gambar ni... sebijik perangai arwah adik aku dulu...

10 Sept 2015

Kesah plak aku pasal ekonomi?

Nampak gambar yang aku share ni? Kalau tak nampak, ade bawah post ni. Baca dulu sebab aku nak korang hadam betul-betul apa yang aku nak sampaikan kejap lagi. Aku tak dapat tunggu sehingga esok sebab malas. Aku taip ni pun pakai note. Cepat dan pantas.

Tapi, baca dulu. Aku bagi masa unuk korang baca screen shot bawah tu. After reading it, then continue reading this whole post.

Dah habis baca?

Bagus kalau dah....

Kalau malas, sila keluar dari blog marhaen ni sekarang sebab ianya tidak bermanfaat untuk anda.

Sekiranya anda masih teruskan bacaan sehingga ini, minta hadamkan apa yang akan aku tulis sini.

Ekonomi semakin tak stabil?

Tolong jangan kupas lagi berkenaan isu ekonomi tak stabil. Jangan paranoid sangat. Malaysia masih aman. Cari peluang dan gunakan sebaik mungkin. Mana tahu rezeki anda ada tatkala Malaysia dalam keadaan ekonomi rapoh.

Tolong jangan bagi alasan...

Baru2 ni Faizul Ridzuan ada cerita pasal keadaan ekonomi Malaysia. Stabil ke tak sebenarnya? Kalau ikutkan aku masih stabil. Ko tengok individu viral dalam facebook dalam beberapa hari ni. Beli mod Vape 17k? Beli helmet 40k?

Petang tadi aku ada terbaca orang kumpul duit lama dan unik mencari duit kertas bertandatangan bekas permaisuri agong, Aishah dengan harga yang tidak masuk akal juga. Tak logik. Kalau ikut kepala otak aku la.

Aku petang tadi jalan2 pergi bank CIMB di seksyn 14 PJ. Nampak ramai bersepah beli air starbak walaupun sedang menunggang kapcai bersama seorang anak kecil diapit dia dan isterinya. Wadehel iz that?  Are Malaysian in economic doom?

Sampai saje di CIMB Jaya 33 seksyn 14 PJ, aku terus pergi ke kaunter pertanyaan untuk mengklarifikasi beberapa persoalan yang bermain dalam kepala aku. Aku tanya berapa banyak loan rumah yang aku boleh pinjam dari bank untuk beli rumah.

Setelah berpuas hati dengan penerangan dan beberapa tips beli rumah dari pegawai bank tersebut, aku putuskan untuk blah saja dari bank CIMB tersebut sambil berfikir bagaimana untuk membeli rumah dalam jangkamasa terdekat. Sebelum tahun depan. Kalau boleh la. Sebelum tahun depan.

Nampak macam angan2. Tapi tah la. Kadang2 dalam kesdaan terdesak otak baru berfikir dengan ligat bagaimana untuk uruskan benda tu.

Ape makna kau bebel semua ni?

Kau perhatikan. Kau fikir alasan dan menuding jari untuk salahkan orang lain, atau kau cari jalan bagaimana untuk selesaikan segala2nya?

Kau ingat Najib nak dengar ape kau cakap?
Kau ingat Rosmah nak undur?
Kau ingat kerajaan akan buat pilihanraya dalam jangka masa terdekat?
Kau rasa masalah selesai walau berganti pucuk pimpinan?

Bullshit...

Itu semua angan2. Perubahan patut dibuat dalam diri kau. Tak payah untuk tuding jari menyalahkan ekonomi, SPRM, Najib, Rosmah dan sekutunya.

This is free country people! Think how we gonna improve from this situation. Belajar berfikir...

Cakap ekonomi tengah merosot tapi elok pergi bercuti ke Bali. Iphone 6s belum keluar dah beratur nak beli, kereta Proton dijual semakin hari semakin banyak. Kau tak tengok lagi tempat makan yang mahal penuh dengan orang walaupun dah terang2 tulis depan pintu, "servis charge 10% will be added with GST 6%,".

Aku paling menyampah bila ada student bebel pasal ekonomi sekarang dan dalam keadaan barang naik gila-gila tambah lagi inflasi, tetiba dia keluarkan dari poket kunci kereta yang dihadiahkan oleh mak bapak. Kau tak berhak cakap pasal ekonomi kalau kau tak improve diri kau dulu. Kau rasa ke ape yang orang susah lain rasa? If you could afford a nice luxurious car, so does your life. Walaupun aku memang cemburu dengan apa yang kau ada, itu tidak dinafikan, tapi apa tindakan aku? Merungut sahaja?

Maaf, tapi kereta bukan apa yang aku pandang sekarang...

Kalau dah tak mampu, buat cara tak mampu. Tak yah pakai gucci, prada atau suzuki swift. Cukup dengan motor 135 LC dan tinggal di flat tingkat 5 tiada lif. Cukup dengan naik public transpot kalau tak mampu yang lain2.

Duit korang yg keluar, terpulang la macam mana nak urus. Aku tak boleh nak cakap lelebih sebab mind set aku dengan korang mungkin beza dia macam Pluto dengan matahari. Apa korang tahu? Merungut?

Tengok trafik jem kat Federal Highway hari2. Aku nak keluar pergi kerja dalam pukul 9. Sangat terkejut, PJ masih jem. Bersesak dengan kereta bersepah2.

Cuba sesekali korang cuba perhatikan dalam kereta tu ada berapa orang. Berapa kereta yang ada hanya seorang di dalamnya? Berapa ramai yang memandu sendirian untuk ketempat kerja. Ini korang kata Malaysia dalam krisis ekonomi?

Lebih kepada krisis identiti.

Ape kau nak cakap ni sebenarnya?

Fikir kemana kita kalau kita dok kondem orang.
Fikir berapa jauh boleh pergi kalau kita tak bertindak.
Fikir apakah kita patut dan boleh buat sekarang.

Bukan fikir apa yang orang lain boleh buat untuk kita.

Pendek je kan? Kah kah kah...

5 Sept 2015

"Okay tak rumah 60k ni?"

Ada seorang sahabat baik aku bertanya satu soalan yang agak susah untuk aku jawab sebabnya aku pun tak tahu nak jawab macam mana. Tapi jawapan soalan dia mungkin lebih panjang dari apa yang dia jangka. Read on guys.

Aku tengah sesedap tgk cerita criminal minds ngan anak buah aku, tetibe satu wasap masuk. Oleh kerana aku bukan multi task punya orang, aku tunggu citer feveret aku tu habis baru aku balas.

Maaf bro, wrong timing... Keh keh keh...

Anyway, back to the story...

Dia bertanyakan pendapat aku berkenaan sebuah rumah beharga RM 60k yang patut diberi berdekatan dengan rumahnya di kampung. Aku dapat agak itu adalah rumah landed sebab agak mustahil nak jumpe rumah bertingkat dekat area situ. No offence,  tapi aku x biasa area situ dan aku tak tahu. Kalau cerita area Selangor mungkin aku tahu la nak balas macam mana.

Bertanyakan status tanah adalah soalan pertama aku sebab dalam kepala otak aku selepas ditanya adalah,

"Murah betul sial,"

Tu sebab aku tanya jenis kediaman macam mana. Kemudian aku terfikir,

"Lupa pula... Area tu mana ade rumah apartment kan,"

Hahaha, sorry bro. Terus terang aku cakap, aku tak tahu area situ. Even aku pun tak tahu berapa nilai hartanah di kampung aku sendiri. Hahahaha! So, kawan aku ni minta pendapat sama ada dia patut beli atau tidak.

Berbalik kepada soalan dia, aku respon dengan jawapan kedua, 'why?'

Why kat situ merujuk kepada jawapan 'kau nak beli nak buat apa?' Atau bahasa mudahnya, what is your objectives buying that particular house?

Izzit because of investment?
Izzit bcoz u wanna live there?
Izzit becoz u hv a lot of money and don't knw where to spent it?
Or what?

Nasihat aku

Sebelum kau buat sebarang keputusan melibatkan duit berpuluh ribu tu, ko kena ada matlamat. Short term, middle term and long term. Matlamat tu penting bro.

Kalau nk investment,  ko rasa kawasan tu mcm mana? Nak capital gain? Nak rental yield? Nak ape?

Kalau nak duduk sendiri, why? Kau dah yakin nak menetap sana sampai tua? Sekarang stay mana? Jauh dari tempat kerja? Kau nk kerja tempat yg sama sampai bersara? Macam mana?

Kalau tak tahu nak invest mana? Banyak duit? Boleh invest kat projek startup. Macam aku yg baru2 nak naik ni. Work on biz plan then execute. You get your own share percentage even though atas angin goyang kaki?

Ape kau nak sebenarnya? Aku tak faham langsung bhai....

Malangnya, dia tak balas. Mungkin dah tido kot.

Anyway, kalau nak tanya apa2 pada aku, just whatsapp je. Aku on selagi aku boleh balas, aku balas. Ilmu aku tak banyak, tapi cukup la untuk dikongsikan bersama.

4 Sept 2015

Rutin Harian makan 40% masa seharian

Aku ada terbaca satu tips dari internet yang sangat berguna. Kau tengok atas tu, tu la fakta yang aku baca. Aku tengah didik aku untuk buat benda tu. Rutin seharian

Rutin harian adalah satu bentuk perbuatan yang kita buat sendiri tanpa perlu disuruh. Contohnya bangun pagi, amek air sembahyang terus solat subuh, pas tu mandi, sarapan terus pergi kerja. Itu adalh contoh rutin yang kau buat hari-hari. Benda ni auto-pilot dan tah payah fikir.

Ada kes ornag-orang yang selalu kerja opis buat (aku le tu) yang rutin. Macam aku, pagi2 bila sampai opis, aku on komputer dan cek email kemudian cek fesbuk dengan twitter. Mana tau ada benda best. Sementara tengah tunggu website tersebut load, pergi belakang amek sarapan percuma disponser oleh opis. Buat kopi dan letak kopi dengan sarapan atas meja sambil scroll fesbuk dengan twitter selepas semak email untuk kerja hari itu.

Itu adalah rutin harian aku. Positif la maksud aku.

Ada juga orang yang rutin harian diorang bangun pagi pergi jamban. Berak kasi puas then baru sembahyang subuh dan seterusnya. Macam-macam perangai kalau ko tengok. Benda rutin ni berbeza-beza setiap orang atas faktor didikan, saikologi atau emosi.

Pokoknya satu.

Kau buat benda tu sendiri. Tak payah orang suruh, tak payah fikir. Jimat tenaga mental ko. Just do-it.


Aku nak tulis novel. Tapi masalahnya aku tak komited langsung nak tulis menulis ni. Tapi selepas beberapa ketika, aku rasa aku boleh rangka rutin aku. Memang kena rangka memula, kena paksa diri sendiri untuk bentuk rutin yang kau buat. Tapi bila dah biasa, takda masalah. Untuk seminggu ni aku latih diri aku untuk buat artikel kat blog Shenget sebanyak 300 patah perkataan atau lebih. Buat blog je pun. Tapi nak latih supaya jadi rutin.

Aku nak latih memahirkan menulis menggunakan laptop supaya lepas ni aku boleh menulis 300 patah perkataan dalam masa 30 minit sahaja.

300 patah dalam masa 30 minit. Kalau ikutkan aku, lama juga tu. Kalau boleh aku nak 300 patah dalam masa 10-15 minit je. Tapi depends on aku punya write up la tajuk apa. Kalau tajuk berat, mana boleh 30 minit. Mungkin boleh 30 minit tapi aku dah buat research dulu sebelum tu. Setakat menaip, kejap je. Nak karang tu payah.

Kerut call aku pagi tadi.

Banyak benda aku cerita dengan Kerut. Partner in crime aku semenjak 2009 aku. Tapi pemikiran kami jauh kedepan sampai kadangkala kami tidak berpijak pada realiti. Banyak perancangan tapi execution kelaut.

So, dulu kami cerita teori sekarang kami cerita execution. Musim belajar teori dah habis dan kami perlukan tindakan. Cukup la dari tahun 2009 belajar teori habuk pun takda. Duit dah banyak keluar, tapi satu pun habuk takda. Gila betui.

Aku harap kami dapat jalankan plan kami bulan 11 tahun ini. Aku cakap dengan dia benda betul sebab sekarang musim untuk cari duit je. Need RM450. Modal belajar untuk 2 tahun. Kalau plan menjadi, memang terbaik.

Blog baru

Sekarang aku dah latih rutin aku untuk update blog baru yang aku cakap tu. Blog tu boleh tengok dekat link bawah ni:


Blog ni aku nak jadikan blog bisness sebenarnya, tapi tak tahu sejauh mana boleh pergi. Aku just update ikut suka aku. Main hentam dulu. Nanti kalau PR naik sikit, aku minta exchange review kat internet. Ikut macam apa yg Muzammil (editor semuanyabola.com) kabor. Nak naikkan PR tu makan masa, mahu bertahun. Tapi aku nak juga buat. Tengok hasilnya macam mana.

Semua itu rutin bhai.

Desperate ni.

2 Sept 2015

Idea.. Dimana kau?

Ahhh... Lega...

Bila satu SOP yang lama dah kau plan akhirnya siap. Patutnya lama dah aku buat benda ni. Tambah-tambah untuk printing punya SOP. Senang nak buat scheduling kalau ikutkan. Dah ada daily routine yang boleh dibuat ikutkan. It's all about managing according to the priorities guys!

Alhamdulillah, tadi Miss A pun dah lepas ditemubual oleh RTM untuk salah satu slot dalam Lensa Siswa ape tah kat RTM. Aku tak de TV, jadi tak berapa follow sangat cerita dia. Aku tahu diorang ramai2 dari UiTM.

Nak dipendekkan cerita, Puan Aishah yang kontek Miss A berkenaan nak interview. Kontek hari Selasa semalam, tapi nak interview hari ni. Pejadahnye? Aku tak kesah. Tapi agak terkilan diorang nak interview pukul 3 petang. Nasib la, bukannye aku ade. Aku kerja kan. Jadi Shenget hantar wakil je. Miss A g sorang.

Interview kat kedai mentor aku, Abg Adib dimana semuanya bermula disitu Mac 2014. Kalau diorang tahu ceritalah kat situ. Dan kalaulah Miss A cerita aku mula dari situ. Aku sangat respek Abg Adib sebab dia suka share ilmu yang dia ada. Simple tapi common sense. Benda yang patut tahu oleh usahawan dalam Malaysia tapi tak ramai yang ada benda tu.

Minggu lepas aku mengadu nasib kat dia. Bisness tak jalan dah 2 bulan. Sangat slow. Alasan klise aku adalah GST, ringgit jatuh dan supplier naik harga barang. Bullshit la. Aku tak suka bagi alasan, tapi sampai tahap macam ni aku saje bagi alasan untuk tutup kelemahan aku.

Dia tanyalah kenapa. Aku pun cerita pasal kes arwah adik aku dengan cerita stress cari duit sebab *tuuut* kan...

Dia tak marah. Tapi dia bagi nasihat untuk clearkan kepala hotak aku dulu. Sebab kalau dia bagi cadangan macam mana pun, aku bukan boleh ikut sebab aku dalam keadaan yang serabut. Walaumacammana pun, dia tetap bagi aku satu insight mengenai bisness yang aku dah take action dalam beberapa hari yang lepas. Aku stress sangat sebab nak cari duit sampaikan aku terpaksa perah otak untuk create satu rutin yang aku patut amalkan.

Aku reka SOP seperti Muzammil (Editor semuanyabola.com) cadangkan untuk update dalam blog. Aku dah setup satu blog untuk Shenget yang mana khas untuk para printer silkscreen satu Malaysia tengok dan hadam. Syiok sendiri aku rasa. Butttt... I need at least a year from now to make the website quite influential towards the readers. Keyword dia adalah konsisten. Konsisten dalam menulis blog. 1 hari 300 patah mengenai percetakan, design dan reka bentuk pakaian. Banyak nak isi, tapi aku limitkan 1 hari satu artikel paling koman 300 patah.

Ada cadangan untuk flip site tu semata-mata untuk dapat cash cepat. But for now, reserve dulu. Aku ngah work on project dengan Kerut. Tapi dia nak 2k sial untuk run projek dia tu.

Kepala bana dia nak 2k untuk dibakar. Mana aku ade duit sebanyak tu. Kalau dia nak juga 2k, mai tolong aku perah otak untuk jual baju nanti.

Bab baju pun menarik. Aku plan nak jual baju untuk geng vapors satu Malaysia. Tapi design so far maish dalam kepala, belum diludah atas kertas. Miss A jugak ade bagi cadangan untuk buat t-shirt untuk geng BPA. So far aku tak buat ape2. Aku baru buat SOP rutin untuk aku dengan Miss A. Nanti tunggu je la benda tu up. Nak come out dengan satu design pun aku rasa susah. So, kena buat pelan2.

Ahhh... Persetankan itu semua. Bikin serabut sudah. Aku nak hadap ape depan mata. Baju signature Shenget sendiri. Ikutkan malam ni nk buat. Nak cuci blok semua bagai. Tapi tengok dulu la, design pun belom ade.

Dah la, nak buat design sendiri dulu. Babai!

20 Aug 2015

Where to get monies?

Aduh... Tengah bulan konfem poket berlubang macam ade orang curi dari dalam wallet aku.

Bila nak berkepok2 duit haa?

17 Aug 2015

Tabiat pasca pemergian arwah adik

Lama aku tak tulis blog selepas arwah adik aku kemalangan. Ikutkan aku memang banyak benda yang aku nak tulis, tapi aku rasa 80% tu baik aku simpan. Ianya akan membuat aku lebih sedih berbanding biasa. Sedih kali ni lain daripada yang lain. Bukan sedih kerugian 100K akibat tersontot skim emas mahupun kehilangan kereta Mazda Rx8 ketika parkir dihadapan 7e ketika membeli kondom. Ini satu kehilangan yang tiada gantinya. Tuhan sahaja tahu apa perasaan aku tatkala kehilangan seorang adik yang aku sayang. Sayang lebih dari segala harta yang aku dapat kumpul dalam dunia.

Mungkin selepas 100 hari aku akan share cerita penuh. Cerita bagaimana perasaan aku tatkala menerima berita mengejut tersebut. Tu pun tak tahu betul atau tidak 100 hari pemergian arwah aku akan post. Ikut mood.

Apa yang pasti, aku develop habit buruk. Habit yang Miss A, mak aku dan sedara-mara yang lain susah nak terima. Dan aku memang nak berhenti, tapi tak tahu macam mana.


Ini bukan aku punya. Ini arwah adik punya. Aku cuma guna semula je.

Kawan-kawan aku tahu ketagihan aku sebelum ini adalah bermain komputer, tapi setelah PC aku rosak beberapa tahun ni, aku tidak bermain komputer sangat dan lebih kepada bisness dan berpaksikan duit. Jadi kehidupan aku beberapa tahun lepas sangat simple.

Tapi kini aku terlalu tension. Aku tak tahu nak salurkan kat mana yang boleh:

-menjimatkan kos (kos ini dengan kos bikin PC baru, ini lagi murah)
-hilangkan fokus aku sebentar sebelum aku berfikir yang bukan2 akibat hilang fokus
-hobi serupa bikin PC, ada ciri-ciri teknikal yang aku minat.
-kumpulkan networking ketika ber-vaping dengan peminat vape yang lain.
-dan lain-lain


Aku sedar perkara ini dalam grey area berbanding apa yang diwar-warkan dimedia arus perdana mahupun media atas talian. Kenapa aku kata grey area? Ada beberapa perkara yang boleh dibincangkan dengan lebih lanjut merangkum isu sosial, politik, agama dan ekonomi. Ade pro and cons. Tapi aku rasa balance antara dua tu. Aku terangkan 3 benda je la.

1. Sesiapa yang memberi statement negatif mengenai vape, dia tak pernah hisap rokok/shisha/vape.


Aku tak hisap rokok, tapi aku peminat shisha. Atas faktor apparatus dia tu yang sedikit sofistikated berbanding rokok. Rokok tidak boleh alter seperti balang shisha atau alat vaporizer. Kau beli rokok ikut jenis. Menthol, vanilla, Surya yang ada rasa cengkih2 sikit dan struktur rokok sangat simple. Ada puntung, tembakau, kertas je. Kalau lebih pun mungkin bebuli menthol yang terdapat dalam puntung tu sendiri. Boring. Aku tak boleh cakap banyak sebab rokok bukan bidang aku.

Shisha pula sofistikated. Kau tengok tong besar gedabak tu ada macam-macam jenis. ada yang elektrik, ada penyejuk, ada kecik, ada besar ada macam2 lagilah. Bila masuk bab perisa jangan ceritalah. Macam-macam ada beb. Antara kau tahan dengan tak je kandungan tembakau dia tu je. Pada yang expert, boleh explain lagi detail pasal shisha. Aku tak ekspert. Aku tahu isap sedap, tak terbatuk2 je.

Miss A baru-baru ni je tahu aku isap shisha. Dan hanya beberapa orang kawan aku sahaja yang tahu apa yang aku penggemar shisha. Aku tak expose sangat pasal benda2 lagha ni. Aku isap sebab sosial.

Dari pengetahuan ini, aku simpulkan bahawa, mufti, menteri dan yang lain2 ni tak tahu apa-apa pasal vape. Kalau doktor tahu pun, diorang tak hisap. Dia tak tahu yang kita boleh bancuh sendiri liquid vape tu ikut sukatan yang dibenarkan.

2. Masalah vape ni yang kritikal aku dapat kategorikan kepada tiga, sikap penghisap, penjualan bawah umur dengan kandungan nikotin.


Sikap ini paling utama. Ada sesetegah pengemar vape ni tidak beretika ketika menggunakan vape. Hembus wap kat tempat yang tak sepatutnya. Isap dalam hospital, shopping mall, kedai mamak. hembus kat muka budak2, mak2 budak, orang tua. Apekejadah ini? Itu masalah sikap. eloknya angkut orang2 sebegini dan humban dalam parit dan cakap "ala bro, air je pun," biar padan muka depa. Dah la hisap dan hembus kat tempat yang tidak sepatutnya, lepas tu riak dan takbur upload kat media sosial yang diorang isap vape. Pergh... Tak matang betul. Isap dendiam sudah la.

Perkara kedua adalah penjualan bawah umur. Kalau aku jumpe seller yang jualvape ni untuk orang bawah umur, memang aku sound tepek. Sebabnya ini melibatkan etika sebagai penjual. Benda ini ada yang boleh bikin ketagih. Jadi pembelian berulang pasti berlaku. Oleh itu sangat tidak sesuai untuk mereka yang belum berpendapatan sendiri seperti remaja sekolah menegah dan rendah. Ini kerana mereka masih meminta duit mak bapak lagi. Kalau tak dapat mcm mana? Ape lagi, mencuri la! Pada yang yang bekerja tu bagus. Bila dah ada duit sendiri, pergi mampos la nak buat apa dengan duit sendiri. Betul tak?

Ketiga adalah kandungan nikotin. Arwah adik aku ada banyak flavor. Dari 5 botol tu, ada 1 takda nikotin, yang lain low nikotin.(6 mg). Nikotin adalah bahan yang boleh bikin seseorang penggemar vape ini ketagih dan telah difatwakan haram. Itu kata mufti Wilayah Persekutuanlah. Dalam fatwa itu juga menyebut bahawa walaupun dilabel sudah ditulus 0 nikotin, masih ada jumlah nikotin dalamnya walaupun sedikit. Bahan2 dalam liquid ada 4 yang besar, Properlene Glycol (PG), Vegetable Glycerin (VG), Flavor (Artificial or organic) dan nicotine.

Untuk menangani masalah ketidaktelusan dalam bancuhan zero nikotin, sepatutnya ada cop halal didalamnya. Keh keh keh... Sebab zero nikotin, ibarat biasa je. 

Aku ada 3 flavor baru selain arwah adik punya. Dedua flavor tu orang bagi. Bukan aku beli. Dan aku request kat diorang untuk zero nikotin. Kenapa aku tak beli kat luar? sebab kawan-kawan aku yang jual flavor tu depa bancuh sendiri. So, aku lebih percayakan mereka. Bancuh sendiri bruhh... Halal... Kata akulah sebab fatwa kata yang haram dalam tu cuma nikotin.

Cukup aku senaraikan 2 masalah utama tu. Untuk yang lain, kome pikir sendiri. aku cuma buka pintu untuk korang fikir.

Back to the point. 


Aku hisap vape ada 4 sebab utama yang aku jelaskan diatas. Tapi paling utama sebab tension. Terlalu banyak berfikir dan bergelumang dengan masalah emosi yang aku tak tahu bila nak habisnya. Miss A faham aku stress, tapi dia masih tidak dapat terima tabiat aku yang ini. Aku faham dan aku harap dia sabar je la dengan perangai buruk aku ni.

Kepada kawan-kawan yang tengok aku berperangai pelik, terutama ketika fasa pasca adik aku meninggal, tolong jangan putus kawan. Aku tak harap korang faham, tapi at least jangan benci aku.

Miss A, mak aku dan sedara-mara aku yang tidak suka bau vape yang manis ni, aku minta maaf. Aku tidak akan hisap depan korang. Aku boleh tahan sebab aku tak ketagih. Harap maklum.

6 Jul 2015

Adik Tiada... Sedih...


Kahwin Sejenis lwn. Perkahwinan Normal

Masa kes ni tengah hot kat twitter dan FB, aku, Miss A, Sha, Mat Yie dan Azwar tengah layan cerita TED kat Subang Parade. Azwar mula point out benda ni.

"Walaupun aku liberal, tapi takdalah sampai nak kahwin sejenis," - Azwar

Tak dinafikan, ramai juga yang benci benda ni berlaku dan ramai juga orang yang suka. Ada Imam kat US mengaku gay dan ada juga orang Islam pergi perarakan LGBT kat US tu. Kena kecam kot. Tapi ada juga respon kawan aku yang join geng LGBT ni menentang perkahwinan sejenis. Alhamdulillah, dia mengakui yang homoseksual ni adalah tabiat dan tingkahlaku yang salah. Lebih kepada Psikologi dan bukan biologi.

Well, aku tinggalkan video ni untuk korang tengok dan nilai. Aku nampak kat wall FB aku si Izwan Shafiq share.




4 Jul 2015

Here is what I do with my peanut salary (RM 2 100 fresh grad). How do feed girlfriend? (Counter)

*Ini adalah artikel counter pada website funnymalaysia.net yang terang-terang menyatakan kesusahan untuk menguruskan duit ketika Malaysia sedang dirudum krisis ekonomi. Aku ulas sikit je pasal 'girlfriend'. Isu remeh. Setakat bawak girlfriend keluar... Pfffttt...



Malaysia memang sudah dalam kancah kemelesetan ekonomi yang bertalu-talu akibat pelbagai faktor yang kita sendiri tidak boleh kawal (seperti kata majoriti kawan2 FB aku). Jangan bingung, jangan panik. Artikel kali ini akan membantu anda untuk membelanjakan wang anda sekiranya gaji anda bawah RM 2 100 sebulan.

Aku bukan nak cakap apa, tapi dalam artikel di funnymalaysia.net tu menunjukkan cara perbelanjaan sebanyak RM 2 500 dan banyak pembaziran dalamnya. Kalau aku kata bazir dan hanya akan membuat korang butthurt dan mengaum dengan pelbagai cara, aku tak tahu la nak kata apa. Tapi memang membazir (bayar ansuran kereta misalnya)

"Duit mengalir mengikut keutamaan," - Zaidi Ismail

Aku sendiri berguru dengan En Zaidi ni. Kalau korang ada hutang tersontot, terbantut dan mempunyai banyak hutang sehingga beribu-ribu, korang boleh laburkan duit korang sikit dan jumpa dia untuk sesi 1 on 1 financial consultation. Tak rugi. 

Aku tak buat free marketing pun, aku cakap sebab aku semak tengok dinding fb aku. Ramai menyalak dan menyalahkan kerajaan atas kenaikan harga barang dan minyak tatkala kita hampir-hampir menyambut musim perayaan. Memang faktor kerajaan memainkan juga, tapi itu bukan faktor terbesar.

Ikut pendapat aku, faktor kerajaan hanya 5% dan 95%  yang lain datang dari diri sendiri. Aku fokus pada 95 % tu. Sekiranya kerajaan memberikan manfaat dan kelebihan maka aku akan anggap itu sebagai satu bonus. Iya, bonus...

Permulaan



Okay, ikut Brader Izwan Robotys, formula kewangan yang senang diikut adalah;

Gaji - Simpanan - Insuran - Perbelanjaan = Lebihan

Alah, kalau tak belajar secara formal pun, ramai dah faham dan pernah dengar formula ini. Ada juga yang pecahkan formula tersebut secara peratusan. Brader Suzardi Maulan misalnya ada pernah aku terbaca dalam buku dia 'Rancang Wang Dari Sekarang' menyatakan bahawa selain formula asas tersebut, perlu juga ditambah elemen sedekah dalam merancang kewangan individu. Ini bagi memastikan keberkatan dalam setiap sen yang kita dapat.

Senang kira macam ni;

Gaji - simpanan (20%) - derma (10%) - perbelanjaan = lebihan

Bukan dalam agama Islam sahaja memperuntukkan sedekah dalam amalam harian kita, Agama Kristian dan banyak agama lain turut menuntut penganutnya menderma. Penderma akan merasa rezeki mereka bertambah dan tidak akan merasa rezeki mereka berkurang.

Sedekah



Banyak versi dan banyak cara. Ada yang tafsir sedekah itu lebih kepada memberi kepada golongan yang lebih memerlukan, contohnya seperti anak-anak yatim, fakir dan miskin. Memang kalau ikutkan itu definisi sedekah. Tapi perlu diingat juga, pahala sedekah tu bukan mufti, imam, khatib, atau hakim yang bagi. Benda tu Allah yang bagi. Jadi jangan risau jikalau hendak memberi hadiah sebagai sedekah. 

Iya, hadiah.

Contoh hadiah;

Beri duit kat mak bapak kat kampung. bagi adik duit belanja kolej, bagi nenek yang nak besarkan rumah, bagi duit raya kat budak-budak, sponser sepupu yang nak kahwin, belanja keluarga makan besar setiap hujung minggu, belanja kawan-kawan makan dan sebagainya. Itu juga merupakan satu cara untuk kongsikan lebihan rezeki yang dikurniakan. Kongsikan ikut kemampuan. Benda ini subjektif.

Perbelanjaan bulanan.


Okay, mulakan dengan jumlah gaji yang diterima. Gaji kasar - KWSP/Socso (12%) = Gaji bersih.
*anggaran sahaja 12% tu ada kata 11% kena semak semula nanti

RM 2 100 - RM 252 (KWSP 12% ) = RM 1 848

Apa nak buat dengan RM 1 848?

Simpanan 20% = RM 369.60
Sedekah 10% = RM 184.80

Belanja;
- Dapur RM 200
- Minyak motor RM 180
- Servis motor RM 50
- Topap Henfon RM 63.60 (termasuk GST)
- Duit lunch RM 66 (RM 3 sehari selama 22 hari bekerja)
- Sewa rumah, elektrik dan air RM 380
- Insuran RM 150
- Internet telefon RM 53 (termasuk GST)
- Hiburan RM 100

Jumlah perbelanjaan sebulan = RM 1 242

Lebihan = RM 51.6 (RM 1 848 - RM 369.60 - RM 184.80 RM 1 242)

Ini adalah anggaran perbelanjaan bulanan yang boleh dibuat sekiranya anda mempunyai gaji sebanyak RM 2 100. Pada aku rata-rata gaji fresh grad selepas konfem bekerja selepas tempoh 6 bulan dalam sesebuah syarikat. Sekiranya lebih, maka itu adalah bonus bagi anda. Tahniah.

Aku tak nafi, untuk memulakan kehidupan selepas bergelar pelajar memang susah. Aku pun perlukan masa setahun untuk stabilkan diri dan kewangan. Memang sangat susah dalam tahun pertama selepas tamat balajar. Industri pekerjaan gemar memilih pekerja lelaki berbanding wanita untuk tugas-tugas yang berat. Aku akui memang sukar bagi wanita untuk bersaing mendapatkan pekerjaan sekarang. Tapi jangan risau, Rezeki Allah itu luas.

Perbelanjaan diatas diambil kira sekiranya anda sudah setahun bekerja atau selepas tempoh percubaan di alam pekerjaan. Namun begitu Senarai dibawah adalah justifikasi yang menentukan rasionaliti angka-angka seperti terdapat dalam perbelanjaan:

1. Belanja dapur.

Nasi Tanpa GST too mainstream, how about garlic bread?

Mengapa RM 200?

Tengok. Beli ayam, ikan dan sayur di kedai seperti Econsave atau pasar memang murah. Aku tak tipu. Aku sendiri beli di Econsave sebulan 2 kali. Cukup untuk dimasak untuk makan malam dan makan tengah hari selama sebulan.

Tips:
- Pastikan sekali masak dalam kuantiti yang besar untuk bertahan selama lebih kurang 3 hari. Masak dan simpan dalam peti ais. Sekiranya ingin makan, keluarkan dan panaskan semula. Jimat!

- Kumpul resepi dalam internet yang simple-simple kalau taknak simpan makanan. Contohnya resepi spageti dan garlic bread with mushroom soup. Feveret aku dua ni.

- Bandingkan harga di pasaraya besar dan pasar-pasar awam yang terdapat di sekitar tempat tinggal kita. Jangan terkejut perbezaan harga seperti pasaraya AEON dan Econsave terlalu luas jurangnya. (*Kalau ikutkan aku, Tesco pun mahal.)

2. Minyak motor.

Boleh balik kampung, tapi jangan berbelanja lebih-lebih. Bengong neh...
Elakkan pakai kereta. Kalau takda kenderaan lain selain kereta, jual kereta dan beli motor. Lebih senang dan praktikal. Anda perempuan yang takut naik motor? Jadilah berani dan tungganglah motor. Berani adalah sifat insan. Kalau hidup di Kuala Lumpur dan bandar satelitnya seperti Shah Alam, Damansara dan Puchong, penggunaan kereta adalah tidak relevan dari segi praktikal. Ini kerana lambakkan orang kaya Malaysia yang menggunakan kereta terlalu banyak sehingga mengakibatkan kesesakkan lalulintas. 

Kalau kaya, barulah naik kereta. Pastikan juga anda 'kaya' masa, kerana masa adalah komoditi yang paling berharga.

Nasihat aku, tak payah beli kereta sehingga diperlukan. Fresh grad beli kereta umpama menggantung diri. 

3. Servis motor

Servis motor disini merangkumi servis rutin dan servis bukan rutin. Rutin adalah seperti penukaran minyak hitam, tukar oil filter dan apa alat ganti yang perlu kerap ditukar yang lain. Bukan rutin pula seperti tukar tayar, tukar pad brek, tukar rantai dan spoket, tukar kabel throttle dan alat ganti yang tidak perlu ditukar setiap bulan.

Kebiasaannya tidak mengambil nilai lebih daripada RM 50 pun. Tukar minyak hitam baru RM 20,  mentol kalau terbakar baru RM 5. Kalau ada lebih, carry forward lebihan tu pada bulan hadapan.

Pemilihan motor pula memainkan peranan. Tayar motor EX5 dengan tayar moto Kawasaki Ninja 250 tidak sama harga misalnya. Jadi kalau kaya dan bekemampuan, boleh la pakai motor besar.

4. Topap telefon.

Aloo, Roti Najib satu...
Ini adalah keperluan. Tapi aku sendiri pakai cuma RM 30 sebulan. Lebih tu kot kot ada nak bergayut dengan mak kat kampong, nenek kat bandar, makcik kat obersi ke. Tapi orang macam aku ni nak call sape? Miss A pun aku wasep je. Payah call-call ni. Aku kengkadang bizi main game. Kah kah kah!

5. Duit Lunch

Tengah kumpul duit beli mangkuk tingkat ni untuk bawa bekal

Kalau nak jimat makan tengah hari, masak dan bawa bekal dari rumah. Jimat RM 7 sepinggan. Tu untuk makanan sahaja, belum minuman. Kalau bawa bekal, air minuman boleh beli yang eksklusif sikit. Teh bunga atau laici misalnya. Kosnya kurang dari RM 3.

Pada yang dah berkahwin, variasi makanan tengah hari korang ada bonus. Bini tolong masakkan kuttt! Apa guna bayar hantaran mahal-mahal kalau setakat mintak tolong masak nasi ayam hainan untuk laki tak reti kan? Hahahaha!

6. Sewa rumah.

Tidak semestinya sewa rumah. Boleh sewa bilik. Lagi jimat berbanding sewa rumah. Sewa bilik di bandar lebih kurang RM 150- RM 300 sebulan. Ikut keperluanlah. Orang bujang takpayah bazir sangat bab tempat tinggal ni. Masa korang lebih banyak dihabiskan ditempat kerja berbanding dirumah. Iye dok? Ni semua dah lengkap bayar bil elektrik, bil air dan bil Indah Water.

7. Insuran

Ambil!
Kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan anda kerugian besar. Tapi ingat, fungsi insuran adalah untuk melindungkan anda dari masalah kewangan akibat faktor yang tidak boleh dikawal seperti kesihatan, kemalangan atau kematian. Dia macam payung time-time nak hujan.

Jangan fokus pada insuran yang menawarkan bersama skim pelaburan. Fokus pada perlindungan ditawarkan. Sekiranya anda tertarik dengan skim perlindungan yang ditawarkan bersama skim pelaburan, anggapkan skim pelaburan itu sebagai bonus.

Untuk pelaburan, insuran bukan instrument yang betul.

Oh ye,... Jangan jadi aku. Dah beli insuran, lepas tu ada masalah dengan sistem pembayaran. Aku hubungi ejen aku masuk dulu memaklumkan masalah dari segi pembayaran, malangnya ejen insuran aku telah berhenti dan kes masalah pembayaran aku sehingga sekarang tidak selesai. Senang citer, aku takda insuran. Pastikan ejen insuran anda berkredibiliti dan dah lama buat insuran. Kalau tak, dia akan rasa kerja ejen insuran tak best dan berhenti. Menyusahkan anda kemudian hari.

8. Internet Telefon

Ini adalah keperluan. Plan internet ni ada banyak. Pilih ikut kemampuan dan sesuai dengan keperluan anda. Setakat nak download dengan dengar Sportify, buat kat opis je la. Rumah tu ibarat tempat tidur, mandi, makan dan berlindung. Tak payah pun internet kat rumah. Kalau mampu nak pakai internet, apa salahnya kan?

9. Hiburan.

Aku suka tengok wayang. Tapi takdalah kaki wayang sangat. Maklumlah, movie sekarang boleh download dan buang lepas tengok. Hiburan kat sini adalah sebagai ganjaran setiap bulan selepas penat bekerja. Kalau takda hiburan, anda boleh mati. Mati kutu. Maklumlah, berhibur itu adalah fitrah manusia.

Hiburan juga aku letak perbelanjaan untuk duit grooming. Penjagaan peribadi. Sebab kos gunting rambut, gel rambut, syampoo rambut, sabun badan, pencukur, buih pencukur, dan sebagainya tidak memerlukan komitmen setiap bulan secara konsisten. Korang gunting rambut setiap bulan ke? Aku gunting rambut 2 bulan sekali. Wax tahan 3 bulan, sabun 2 bulan (beli refill je), pencukur Gillete yang ada 6 mata tu, beli 6 bulan sekali. Banyak barang-barang grooming beli 2 bulan sekali minima.

Tips:
- Kaki wayang boleh tengok wayang pada hari Rabu. Biasanya murah. Pandailah pilih.

- Sebelum bergerak keluar untuk berhibur atau berbelanja, pastikan sudah makan. Ini bagi memastikan kewarasan akal tidak diganggu kelaparan. Terutama ketika berbelanja.

- Cari hiburan yang tidak boleh dicari dirumah. Contohnya main paintball atau Escape Room. Setakat main belon celup-celup kat Setia City Mall atau Putrajaya tu, tak payah la.

- Bahagikan perbelanjaan hiburan untuk membeli gadget seperti permainan konsol Xbox, PS5 atau PC. Ini akan jimat perbelanjaan dikemudian hari kerana kos permainan konsol ini adalah one off. Nak lagi jimat, permainannya boleh di download secara haram di internet. Kalau nak secara halal, tunggu sale STEAM. Beli game sampai muntah.


Kesimpulannya

Cium duit tanpa usaha tidak akan membuahkan hasil. Kerja la woi!


Apa yang aku tulis adalah lebih kepada cadangan. Kalau nak bash dengan pertanyaan 

"Mana modal nak beli dapur untuk masak?"
"Nak beli tong gas tolak duit mana?"
"Nak beli baju baru bila?" 
"Kasut sukan dah terkopak, duit mana pula nak cekau ni?"
"Alamak, motor rosak pula. Siapa nak sponser,"

Get creative. Ini adalah guideline. Bukan peraturan yang mesti dan wajib diikut. Apa yang penting tahu membezakan keperluan dan kehendak. Definisi keperluan dan kehendak adalah berbeza pada setiap individu. Contohnya:

- Rokok pada pandangan individu yang tidak merokok adalah kehendak, tapi pada pandangan individu yang merokok itu adalah satu keperluan.

- Kereta bagi yang bujang adalah kehendak, manakala bagi yang sudah berkeluarga pula itu adalah keperluan.

-Cermin mata adalah kehendak bagi individu yang tidak mempunyai masalah penglihatan, tetapi pada yang mempunyai masalah penglihatan ianya adalah satu keperluan.

- Keluarga kat kampung orang susah, jadi perlukan jumlah yang besar untuk menyara mereka. Kalau rasa-rasa itu keperluan, why not?

Pokoknya, diri sendiri. Kalau rasa naik kereta Suzuki Swift adalah keperluan berbanding naik kereta Perodua Viva, maka terpulang. Kalau rasa Rokok Winston lebih sedap berbanding Vape perisa aiskrim Solero itu satu keperluan, terpulang.



Sengaja aku tak masukkan pembayaran hutang PTPTN sebab hutang PTPTN korang boleh bayar ikut hati. Kalau nak guna duit lebihan sebanyak RM 51.60 untuk bayar yuran PTPTN tu pun boleh. Leverage-kan hutang PTPTN anda. Elak ASTRO kalau boleh pakai siaran percuma, elak UNIFI kalau guna internet untuk berfesbuk dan blog sahaja, elak bayar ansuran kereta kalau mampu naik motor.

Berkenaan ber-girlfriend, pastikan girlfriend faham status kewangan korang, bagi yang lelaki. Pada yang perempuan pula, jangan ingat boipren korang tu DS Najib yang kaya. Sekiranya apa yang berlaku sebaliknya, anda mempunyai pilihan sama ada teruskan atau cari yang lain. Kumbang tak sekuntum, bunga tak seekor. Pilihan ditangan anda.

Anda mampu mengubahnya.


Persoalannya sekarang, apa nak buat dengan duit simpanan itu?

30 Jun 2015

Time Alone

Tahun ini aku ponteng puasa selama 3 hari, dari hari Jumaat lepas sampai hari Ahad. Aku demam. Alhamdulillah mak aku ade sekali temankan aku yang tak larat demam ni. Nak makan pun takde selera, aku hanya bergantung pada lemak yang ada ddalam badan untuk hidup. Ramai orang kata aku cengkung sikit sebab sakit. Adoiyai... Dah sakit, nak buat macam mana kan.

Aku masih teringat kata-kata Azwar pasal nak jadikan menulis sebagai habit. Nanti bila ada idea gempak datang, takde la terkial-kial nak menaip. Paling tidak aku boleh mencarut apa aku nak carut. Alah, macam main taram tulis sekarang.

Masalahnya aku tak boleh fokus pada satu tempat dalam jangkamasa yang lama. Persekitaran aku tak kondusif untuk aku fokus pada satu benda satu-satu masa. Panas, tempat duduk tidak selesa, mengantuk, sunyi dan seram. Seramshit siyal...

Mata pun mengantuk setelah berbuka puasa sebentar tadi. Aduh. Dah la kegemaran aku lepas berbuka adalah tidur. Aku punya feveret tu.

Nak buat kerja, external terlupa pula nak bawa balik rumah. Padahal semua cerita breaking bad dah standby dalam tu nak tengok malam ni. Hampeh! Bukan tu je, kerja YPBN pun ade dalam tu. Pishang la aku malam ni. Memang lepas ni ngadap internet kejap lepas tu tido la.

Sekarang ada bunyi muzik tah datang dari mana aku tak tahu bersama suara sayup sayup bangla bawah flat aku duduk ni. Cakap pasal flat, sewa rumah sudah aku bayar. Legaaaaa....

Malas cerita pasal rumah. Sedih pulak aku mengenangkan hidup masih menyewa lagi. Chow la, nk tido...