Ada seorang sahabat baik aku bertanya satu soalan yang agak susah untuk aku jawab sebabnya aku pun tak tahu nak jawab macam mana. Tapi jawapan soalan dia mungkin lebih panjang dari apa yang dia jangka. Read on guys.
Aku tengah sesedap tgk cerita criminal minds ngan anak buah aku, tetibe satu wasap masuk. Oleh kerana aku bukan multi task punya orang, aku tunggu citer feveret aku tu habis baru aku balas.
Maaf bro, wrong timing... Keh keh keh...
Anyway, back to the story...
Dia bertanyakan pendapat aku berkenaan sebuah rumah beharga RM 60k yang patut diberi berdekatan dengan rumahnya di kampung. Aku dapat agak itu adalah rumah landed sebab agak mustahil nak jumpe rumah bertingkat dekat area situ. No offence, tapi aku x biasa area situ dan aku tak tahu. Kalau cerita area Selangor mungkin aku tahu la nak balas macam mana.
Bertanyakan status tanah adalah soalan pertama aku sebab dalam kepala otak aku selepas ditanya adalah,
"Murah betul sial,"
Tu sebab aku tanya jenis kediaman macam mana. Kemudian aku terfikir,
"Lupa pula... Area tu mana ade rumah apartment kan,"
Hahaha, sorry bro. Terus terang aku cakap, aku tak tahu area situ. Even aku pun tak tahu berapa nilai hartanah di kampung aku sendiri. Hahahaha! So, kawan aku ni minta pendapat sama ada dia patut beli atau tidak.
Berbalik kepada soalan dia, aku respon dengan jawapan kedua, 'why?'
Why kat situ merujuk kepada jawapan 'kau nak beli nak buat apa?' Atau bahasa mudahnya, what is your objectives buying that particular house?
Izzit because of investment?
Izzit bcoz u wanna live there?
Izzit becoz u hv a lot of money and don't knw where to spent it?
Or what?
Nasihat aku
Sebelum kau buat sebarang keputusan melibatkan duit berpuluh ribu tu, ko kena ada matlamat. Short term, middle term and long term. Matlamat tu penting bro.
Kalau nk investment, ko rasa kawasan tu mcm mana? Nak capital gain? Nak rental yield? Nak ape?
Kalau nak duduk sendiri, why? Kau dah yakin nak menetap sana sampai tua? Sekarang stay mana? Jauh dari tempat kerja? Kau nk kerja tempat yg sama sampai bersara? Macam mana?
Kalau tak tahu nak invest mana? Banyak duit? Boleh invest kat projek startup. Macam aku yg baru2 nak naik ni. Work on biz plan then execute. You get your own share percentage even though atas angin goyang kaki?
Ape kau nak sebenarnya? Aku tak faham langsung bhai....
Malangnya, dia tak balas. Mungkin dah tido kot.
Anyway, kalau nak tanya apa2 pada aku, just whatsapp je. Aku on selagi aku boleh balas, aku balas. Ilmu aku tak banyak, tapi cukup la untuk dikongsikan bersama.
No comments:
Post a Comment