10 Nov 2011

Solar Vs. Nuclear power part 2

Bahagian pengenalan sudah diceritakan dibahagian 1 Solar Vs. Nuclear power.

Sekarang kita ketahui mengenai tenaga Solar.Slumb3r tanak cerita pasal tenaga suria ni secara global, cukup kita kupas hanya di Malaysia.

Janakuasa suria yang pertama dibangunkan di Marak, Sabah pada Tahun 1995 oleh gomen Malaysia dan Jepun. Pada masa itu penggunaan PV atau panel suria jenis Photovoltaic telah digunakan. Ia boleh menghasilkan sehingga 100kw.

1 panel suria berkeluasan 1 x 1 kaki boleh menghasilkan sehingga 12 watts. Cuba fikir, 1 rumah biasanya menggunakan kira2 3kw maksimum. Kalau nak supply 3kw, korang kena capai 250 kaki panel suria. BESAU!!

Kat Malaysia ni penggunaan tenaga elektrik di semenanjung sahaja pada tahun 2009 dah cecah 14245 megawatt, berapakah panel suria yang diperlukan untuk supply hanya di semenanjung pada tahun 2009 sekiranya 1 kaki persegi boleh supply kira2 10 watt elektik?

Well. Do the math. Slumb3r cakap terus terang yang Slumb3r tak reti nak kira melibatkan mega mega ni.

Lect Slumb3r cakap kalau nak supply 1 Malaysia ni koman-koman nak kena ada panel solar seluas negeri Kedah. Untuk pengatahuan semua, negeri Kedah berlekuasan, 9 425 km². Kalau macam tu, orang Kedah nak dok mana?!

Nampak tak rasionalnye?

Tertanya-tanya juga ye, macam mana panel suria ni boleh menghasilkan elektrik?

Korang mesti tahu macam mana dinamo menghasilkan elektrik? kalau tahu, at least senang sikit nak faham. Ini kerana apa yang Slumb3r nak cerita ni berkaitan antara Kimia dengan Fizik. (both subject is needed in engineering field)

Okay. Panel suria yang popular ialah PV (photovoltaic) panel. Ia dihasilkan secara komersil oleh beberapa syarikat besar antanya ialah Sanyo dan Kyocera.

PV terdiri daripada beberapa lapisan antaranya kaca dan bahan kimia tertentu untuk menghasilkan tenaga.

Cuba fikir, macam mana tumbuh-tumbuhan mendapat tenaga dari cahaya matahari untuk proses fotosintesis?

Cahaya matahari mempunyai 'Photon' (bukan photon canon macam red alert 3 ) yang memberikan cas tenaga dalam betul ion negatif. Ion negatif yang dihasilkan akan bertindak balas dengan bahan kimia tadi seterusnya menyasarkan elektron lebihan ke proton yang bercas positif.

Fizik mengajar kita bahawa proton bercas positif ini tidak bergerak dan tidak menghasilkan tenaga. Hanya ion negatif yang dalam bentuk electron sahaja bergerak dan memberi tenaga. Konsepnya sama macam bateri sel basah, tapi bateri sel basah ni tidak menggunakan photon dari matahari dan menggunakan elektron yang bebas bergerak dalam bentuk cecair yang dikenali sebagai garam dalam bahasa pasar atau substance yang ada tambah 'ate' macam sulphate.



Bila cas negatif lebihan ni terhasil, maka ia akan mencari pasangannya yang bercas positif untuk menjadi neutral kembali. Kalau ketika proses penyah cas terjadi dan kita letakkan wayar sepanjang perjalanan electron mencari proton dan letakkan mentol diantara wayar tu, sudah tentu arus akan terhasil. Arus tersebut dikenali sebagai elektrik.
 
Ish! susah beno nak explain! kome tengok jer la video ni kalau tak faham.

Kat Malaysia ni semakin banyak kajian untuk menggunakan panel suria ni dilakukan tetapi penggunaannya masih terhad kerana mungkin kurang pendedahan kot. Entahla.


Courtesy of:
Solar Panel Company

Wiki- Negeri Malaysia
Wiki- Solar panel

2 comments:

  1. salam kenal, Asy Faro.
    setiap kali menulis entry d blog, aku target nak menceriakan dan mencuit hati sesiapa saja yang membaca. jadi nak ajak usha blog aku untuk mengetahui kritikan dan pendapat kau.
    senang2 nanti usha lah =) be my follower is an extra bonus for me (if n only if u find my blog interesting) =D

    ReplyDelete
  2. Blog kaw unik... suke... penulisan simple... tapi bermakna dan ada unsur humor... terbaek... dah folow dah pun...

    ReplyDelete